Kejadian ni dah lama dah. Ramadhan ke 25 bersamaan 23 Julai 2014 masa tu. Tapi sbb nak dijadikan catatan kehidupan, maka kena la masuk blog!
Pagi tu kami terlambat bangun sahur. Saya turun ingat nak minum air aje. Kat luar hujan lebat dan angin kuat. Tup2 dengar bunyi pecah dgn sgt kuat. Saya pon terus jenguk luar tingkap nak tau apa benda yg pecah. Cuma yg nampak pokok2 melayang2 daunnya.
Then dgr cik HB berlari turun dr atas cari baldi. Katanya bilik tidur kitorg masuk air. Ada la sikit air menitik dr ceiling.
Bila hujan dah berenti dan hari pon cerah sikit, baru la kami keluar menjenguk keluar. So ini la yg kami lihat:
Atap berterbangan rupanya...kuat tak kuat angin sampai atap tiles ni pon boleh jatuh.
Bersepah halaman dgn serpihan atap. Mujur la tak kena kereta.
Agak banyak juga la atap tiles kami yg tertanggal. Dalam 60 keping. Tapi org lain lagi teruk rupanya.
Jiran belakang pon atapnya tercabut2 jugak
Salah satu pemandangan dalam taman kami.
3 buah pokok yg besar tumbang sampai blok jalan. Mujur tak hempap rumah.
Sampai tercabut2 akar sekali
Kat area kampung lagi teruk. Banyak jugak rumah yang rosak teruk. Alhamdulilah takde melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan fizikal yg teruk.
Agak havoc jugak la pekan Durian Tunggal masa hari kejadian. Sbb banyak pokok tumbang dan kerosakan harta benda. Ini baru sikit Allah duga. Baru ribut beberapa minit bukan ribut taufan mcm kat luar negara tu. Kena muhasabah diri selalu. Semoga kita semua dilindungi dari malapetaka.








2 comments:
Nasib baik tiada yang cedera. Ribut betul tu.
Itulah..Alhamdulilah. Pertama kali terlibat dgn kesan ribut, cuak jugak rasanya.
Post a Comment