Pages

Friday, September 26, 2014

Mutiara Kata: Koleksi Kata2 Ebit Lew

Hari ni nak kumpul kata2 hikmat Ustaz Ebit Lew dari page FB dia. Membaca bait2 tulisan Ustaz Ebit Lew kadang2 sgt melegakan hati dan boleh buat kita memunasabahkan diri. Jom baca!

Hubungan Suami-Isteri:

Dalam 1 minggu ini saya menerima hampir 1000 inbox mengenai masalah rumahtangga. Kebanyakan ayat permulaan soalan kami teramat cinta dan sayang pasangan kami tapi.............

Sebenarnya banyak pasangan saling mengasihi dan mencintai. Dan keduanya teramat derita dengan perpisahan, pergaduhan, masalah..tapi kerana ego dan tidak pandai menzahirkan cinta...

Menzahirkan cinta ialah kehidupan Islam...

Tidaklah perlu jadi romeo dan juliet.

Cukuplah sekadar walau betapa sibuk kita hubungi atau sms pasangan dan kata sayang betapa abang mencintai sayang kerana Allah. Dek kesibukan ini dan keletihan ini juga kerana dakwah dan menuntut ilmu. Tapi terlalu mencintai dan mengasihimu kerana Allah. I love u sayang...

Cukuplah ketika 10-15 minit di rumah pegang tangan pasangan sambil usap-usap tangannya mendengar cerita-ceritanya. Senua orang bila jumpa kita tanya apa khabar? Tanyalah sayang sihat, dah makan, amalan dan dakwah..dengarlah mereka cerita dengan sayang. Tenung mata sambil usap dan gosok tangannya.

Peluk lama-lama dengan rasa sayang..terharu dan saling menghargai..

Setiap kali bertengkar,diam, tidur dan mengalah. Jika tak tahan marah, pergi solat dan lari beli hadiah paling kurang ambil sekuntum bagi pada pasangan...

Apa yang kita tidak dapat dari pasangan menggambarkan apa yang kita enggan beri..kebaikan mereka ialah cermin kebaikan kita. Begitulah sebaliknya..bila kita memberi pasti kita akan menerima.

Selalu mendoakan pasangan dengan ingat wajah mereka. Hadiah terhebat melebihi segalanya ialah doa. Doa tanda sayang yang sebenarnya. Bagaimana tinggal sekali, tidur sekali, mereka berkorban banyak buat kita tanpa kita mendoakannya...doa itulah sebab kita masih hidup dan bahagia. Nabi saw doakan Allah ampunkan Aisyah ra, dia berpusing-pusing terlalu gembira dan seolah-olah terlalu gembira..doa itu rahsia sebuah cinta.

Duduk sekejap baca al-quran dan baca hadis bersama-sama..

Selalu memikirkan apa lagi kehendak pasangan kita. Apa lagi saya boleh gembirakannya kerana Allah..

Jika ingin sesuatu berterus terang. 1 hari 1 perkara. Jangan semua perkara disebut satu masa. 7 pujian lepas tu baru satu teguran. Cover dengan pujian semula..Jangan pendam. Bina keluarga dengan targhib galakan..bukan kejian dan ancaman...

Selalu ingat pasangan kita bukan kita punya. Tapi amanah dari Allah..

Berilah dan berusaha beri nafkah secukupnya buat isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Jangan bebankan pula orang di bawah tanggungjawab kita..

Cukuplah menjadi manusia yang ingin bawa kebaikan pada ahli keluarga dan manusia seluruh alam.

Di dalam pernikahan ada ketenangan, kebahagiaan sebenarnya..pernikahan satu tanggungjawab. Bahagia itu dalam amanah terhadap tanggungjawab.

Ya Allah berilah kami menjadi manusia yang menzahirkan kasih sayang dan cinta keranaMu. Mengasihi orang yang mengasihiMu. Dan mati dalam keadaan sebenarnya memiliki cinta padaMu sedangkan tiada perkataan betapa indah cinta padaMu-ebit lew kembara iman dan sahsiah cuti sekolah nov dis 3 hari 2mlm transformjiwa.com


Nikmat Islam- Erti Bahagia Hidup yg Sebenar

Seorang bertanya saya, ustaz kenapa saya solat, buat baik, belajar agama dan rajin berusaha tapi hidup saya susah...ramai kawan saya tak Islam dan tak solat tapi hidup mereka kaya raya. Semua mereka nak dapat.

Jawab saya, Sejuknya malam Ramadhan ini. Terasa bahagia dan suasana nikmat dan dalam rahmat Allah. semua syaitan besar telah diikat...

Dalam hadis tertulis jika dunia ini ada nilai walaupun sebelah kepak nyamuk sekali pun, Allah tidak akan beri seteguk air pun pada orang yang ingkar dan tidak mengenal tuhan.

Ada orang tidak ada tuhan tapi seolah-olah mereka ada semua benda dunia ini.

Islam ini hadiah dan kurnia Allah yang sangat besar. Satu dunia ini sebenarnya tidak pernah merasai ketenangan dan kebahagiaan di saat kita khusuk dalam sujud. Seluruh masalah dunia ini menjadi kecil dan mudah bila kita sujud pada Allah. Semua jalan mati terbuka jalan dengan sujud pada Allah. Doa satu keajaiban yang telah membawa kita di mana kita berada hari ini. Kita sangka kita tahu apa yang kita nak. Sebenarnya Allah tahu sebenarnya apa yang kita perlu dalam hidup ini..

Kita sangka kita perlukan isteri cantik dan terkenal. Tapi sebenarnya kita perlukan isteri yang memahami dan menghormati kita. Ramai orang terkenal dan cantik akhirnya suami mereka hidup sebagai lelaki dayus kerana membiarkan isteri mereka menjaja aurat dan dosa. Tiada sifat hormat menghormati. Tengok mak ayah kita orang kampung tapi lihat kasih sayang ibubapa kita sehingga lahirkan kita dan besarkan kita sehingga hari ini..tidak indah ke kehidupan mereka.Cuba tanya mak ayah kita. Nak tak tinggalkan semua tu dan tinggal bersama kita di bandar..Mereka menolak kerana itulah keberkatan hidup walaupun di kampung.

Kita sangka kita perlukan duit banyak. Tapi berapa ramai orang yang duit banyak akhirnya bermusuh dengan keluarga sendiri sehinggakan ada yang lupa ibubapa dan mereka ingat ibubapa bila mereka susah dan ada masalah atau ibubapa mereka mati..

Kata seorang sahabat Nabi yang susah tinggal di pondok buruk bersama isteri orang sangat kampung dan sangat biasa. Bila ditawarkan isteri yang cantik dan rumah yang besar..

Jawabnya aku bersyukur kerana Allah beri aku isteri yang buat aku rasa rendah diri dan tawaduk dan tidak hilangkan cintaku pada Allah. Aku syukur rumah sekarang kerana dengan rumah ini aku mudah bangun malam dan sentiasa ingatkan baginda Saw. Ingat akhirat...

Apapun keadaan hidup kita inilah yang terbaik bila ada Islam...tiada Islam musnah jananam habislah hidup kita..terima kasih Allah-ebit lew

Wahai Allah terima kasih atas nikmat ini. Wahai Rasulullah saw terima kasih atas pengorbananmu.

Malam sejuk Ramadhan ini. Jom kita baca Al-Quran dalam solat malam. Baca Al-Quran 2 juz sehari paling kurang. Solat tahajud setiap malam. Laluilah malam dan siang dengan amal dan kebaikan.

Pasti kita jadi orang paling bahagia. Ramadhan ini kita pegang tangan saudara Islam kita. Ajak kepada kebaikan. Tiada lebih berharga dari Islam dan amalannya.


Kasih Sayang pada Anak-anak:

Saat anak-anak membuat perkara yang tidak berkenan di hati kita..

Pandanglah mereka dengan rasa sayang. Syukur Allah beri kita anak. Sakit sangat untuk dapat seorang anak. Ramai orang yang Allah sayang diuji tanpa anak...

Ingatlah satu masa nanti anak-anak itu tiada dirumah dan pasti kita akan berpisah dengannya walaupun masih hidup lagi.

Syukur pasti Allah tambah nikmat. Jangan pandang rendah pada mereka. Cari emas dalam diri mereka...

Hargai mereka insyaAllah satu masa mereka belajar menghargai manusia...menghargai nikmat Allah. Jika kita seolah-olah tidak hargai anak. Siapa lagi yang nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita 'sempurna'

Memegang tangan anak rahmat Allah. Dukung peluk anak menyebabkan saat itu kita dihujani dengan rahmat kerana saat kita sayang anak, Allah sayang kita.

Dukung, peluk, bergurau dengan anak-anak. Indahnya bila hati kenal Allah dan bersyukur dengan amanah anak. Anak ialah saham akhirat kita.

Bila anak sedih. Pagang mereka. Pujuk mereka. Wahai anak jangan sedih kita ada Allah. Allah sayang kamu wahai anakku...Allah jaga kita bila kita jaga perintah Allah..

Bila anak mendapat nikmat. Best tak aiskrim ini. Siapa beli. Ayah. Siapa bagi kamu wahai anakku. Allah yang bagi. Baik tak Allah. Baik Allah. Sedapnya. Siapa bagi sedap. Allah bagi sedap..terima kasih Allah.

Bila anak menangis takut hantu. Wahai anakku ,Allah jaga kamu wahai anakku..hantu semua tak boleh buat apa. Jin, syaitan, pocong, hantu gigi, hantu durian tiada kuasa
ALLAH Maha kuasa. Kita ada Allah.

Masa keluar rumah ajar anak doa. Ya Allah saya serahkan segala urusan kepadamu. Saya tak boleh buat apa-apa melainkan dengan kuasa kau Ya Allah.

Bila anak nak bertengkar dengan adik beradik atau kawan-kawan. Wahai anakku bila kita memberi, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik...

Anak nak jadi princess..jadi super power.. wahai anakku, nak terbang dalam syurga tak..nak terbang kena pakai tudung macam umi..cantik. dalam syurga leh jadi princess...nanti kita sekeluarga ,masuk syurga.

Wahai anakku, ayah dan umi sangat sayang kamu kerana Allah.
Sangat sayang kamu. Allah sayang kamu lebih dari segalanya.

Wahai anakku kamu kena kenal Nabi saw. Dia sangat sayang pada kita..Dia sayang kita. Hanya dengan sunnah kita berjaya dunia dan akhirat..

Bila anak nak sesuatu ajar minta pada Allah. Ayah, saya anak mainan. Minta dengan Allah wahai anakku.Nanti Allah bagi insyaAllah. Atau Allah beri dalam syurga.

Ya Allah nak mainan..ya Allah..sukanya anak kecil berdoa. Mereka tiada dosa. Ajar mereka juga doa ya Allah hidayat. Ya Allah beri kami dan 7 bilion manusia hidayat.

Jika anak buat salah. Tegurlah dengan kasih sayang dan hikmah walaupun tegas. Kerana ketika Musa as kalimullah berjumpa Firaun. Allah perintahkan supaya berlemah lembut dengan firaun. Kita tidak wara' macam Nabi Musa. Dan anak kita tidaklah seperti firaun..Insya Allah anak kita jadi orang paling mulia dan percakapannya jadi lunak didengari. Kerana dengan menjaga lidah dan banyak sujud kepada Allah, seseorang itu dimuliakan oleh Allah

Nabi saw manusia terbaik dan sempurna tetapi tidak pernah mengherdik anak-anak yang dekat dengannya. Semuanya dibesarkan dengan suasana kasih sayang. Sehingga bila mereka remaja dan dewasa mereka telah bawa kebaikan pada dunia.

Minta maaflah pada anak-anak jika kita salah. Anak-anak akan mudah dapat sifat Nabi saw. Orang lain buat salah, tapi Nabi saw rasa bertanggungjawab. Mudah mengaku salah dan membetulkan kesilapannya.

Ya Allah sayangilah kami suami isteri, ibubapa dan anak-anak kami. Jadikan anak kami Daie, hafiz, alim, orang yang kau sayangi dan jaga solat...Orang yang hidupkan sunnah Nabi saw dengan ikhlas...

0 comments: