Walaupun dah lebih 2 minggu since discharged dari hospital, baru sekarang nak share some kisah2 yang saya kutip masa berada kat hospital. Tak lama saya kat hospital, just 2 hari satu malam tapi adalah kisah2 yg nak saya rekodkan kat sini buat bacaan di masa depan :)
Kisah 1: The Sweet HO
The night I got heavy bleeding, we rushed to Emergency Room GH Melaka dan setelah tunggu sekian lama baru la diperiksa walaupun masa tu dah siap darah menitik2 di lantai disebabkan heavy bleeding. Dan kemudian dirujuk di Kamar Bersalin. Kat Kamar Bersalin pon tunggu lagi dan lepas seketika baru diperiksa. Apa boleh buat, dah hospital kerajaan, orang pon ramai jadi diorg kena utamakan kes2 kritikal dulu. So kena bersabar aje la. Kalau tak sabar dan ada banyak duit boleh la pegi hospital swasta. Yang kesian waktu menunggu tu ada ibu yang dah nak bersalin, bukaan pon dah 4 cm, muka dah berkerut2 tahan sakit tapi terpaksa juga tunggu sampai la ada yg entertain. Pulak tu sebelum boleh dilayan, kena interview dulu mcm2 soalan.
Walaupun menunggu agak lama, saya kemudiannya dilayan oleh satu HO (Houseman Officer atau doktor pelatih) ni yang memang manis mukanya. Despite it was 3.30 am in the morning, and I could see her tired face, still she treated me with smiling face and cakap baik2. I knew 3 doctors in cik HB's family and I knew what a HO kena go through sepanjang tempoh housemanships diorg. Long working hours, non-stop treating patients, kena marah lagi dengan MO atau specialist. Pendek kata mmg stressful la.
So while she was tending me, I asked this HO " dah berapa jam keje?" and she was surprised by my question and jawab dah 36jam katanya with 5 hours break in between. And then the conversation between us flowing...she mentioned she is married, ada anak yg baru few months old, tapi sedih sbb katanya anaknya mcm tak kenal dia. Ye la, imagine if you work 36 hours already, and u only see her for 5 hours, the baby actually spends more time with the babysitter than the mother. And then she shared how difficult it is to manage a baby without a reliable family member helping taking care the child. Hantar taska sebelum ini, anaknya balik dengan lebam2 di badan dan taska tak nak ckp apa yg terjadi. Langsung dia buat report polis dan tukar taska lain.
" Sedih saya kak, saya jaga anak org lain baik2, org tak jaga anak saya baik2"....tu kata dia.
Then dia shared jugak mmg susah buat housemanship kat hospital Malaysia ni sbb mmg sangat stress. Sebab dia pernah buat praktikal kat oversea (I guess dia belajar medic oversea), dia kata situasi sangat berbeza. Kena marah dgn doktor specialist mcm kucing kurap pon ye. Yang ini saya pon sempat saksikan seorg specialist maki hamun HOs siap baling fail lagi!
Deep inside, I was asking "perlu ke berperangai begitu?"
So what if you are a specialist? Hebat sangat ke sampai perlu layan orang bawahan mcm tu?
What are u trying to show?
By the time I was about to be sent to the ward, that HO masih lagi bekerja, berlari sana-sini entertain patients. It was nearly 9am. Tak tau berapa lama dia perlu bekerja utk shift itu.
Adik HO, semoga kehidupanmu bertambah baik dan semoga hidupmu dirahmati Allah kerana apa yg kamu lakukan utk kerjamu mmg sangat mulia.
Dan terima kasih atas senyumanmu walaupun kamu mungkin terlalu penat dan tertekan utk sentiasa senyum.
Kisah 2: The Arrogant Specialist
Again, as my kisah last year, I was warded in wad kelas 3 despite ada GL yg melayakkan saya duduk single room kelas satu. I didn't mind, walaupun nurse bersusah payah memujuk katanya kelas satu takde kekosongan, you are here for just one-night observation so takpe kan duduk kejap kelas 3.
Iye, saya paham dan saya tak bising pon. What is there to complain when you still have a bed to lie down? Tapi still makanan tak sedap la...hehehe.
But the roomates were not that friendly so saya banyak membaca aje. And then the routine check-ups, MO interviews, bla...bla..bla...bosan yang amat dok hospital.
Next morning, the morning round, ada doktor specialist datang. A malay lady with loud voice. So bila sampai katil saya, dia pon tanya serba sikit. Then asked if I have any question. Saya pon tanya about my MC whether ada tak in the discharge note asingkan the hospitalization and MC. Tapi dia tersalah faham dan ingat saya nak MC lebih. Dengan nada yg sarcastic dan marah2 dia ckp org keguguran hanya layak dpt 7 hari, dia dulu pon dpt 7 hari dan itu pon lepas 3 hari dia dtg keje sbb dah sihat katanya.
I told her saya tak kisah berapa hari MC nak bagi pon cuma saya nak tau dalam MC tu tulis sekali dengan hari saya dimasukkan ke ward ke sbb company saya ada policy utk hospitalization dan MC. Dan jugak utk saya claim apa2 yg perlu dengan company.
Agaknya sbb dengar saya ckp banyak term2 professional (saya sikit lagi nak speaking aje...hahaha), nadanya terus lembut dan tanya "u ni keje apa?"
So saya cakap saya engineer utk company sekian sekian. Dan paham la saya sebentar tadi yang dia ckp sarcastic dengan saya tu sbb dia ingat agaknya saya ni low-educated person yang nak amik kesempatan atas status kesihatan saya. Maklum la, itu kan kelas 3 eh?
Terus pulak lepas tu interview saya byk2 pasal keje saya and somehow I shared some info dengan dia pasal air, terus ckp kat MO dia, kasi saya MC 10 hari!
Bila saya cerita kat cik HB, cik HB kata that extra 3 hari dia kasi sbb nak cover malu la kot...
Hmmmm...
Oh, that specialist siap tanya saya lagi "oh, u tak kisah ye duduk kelas 3?"
*ternganga kejap*
Tapi sempat jawab dah kata kelas 1 takde kekosongan, takkan saya nak paksa hospital kasi jugak saya bilik kelas 1? Takkan saya nak ngamuk2 kat situ demand jugak kelas 1? Besar sangat ke darjat saya ni?
Alahaiiiii doktor!
Hmmmm.....macamana ye nak berdepan dengan mentaliti begini? Itu golongan profesional tu...
Tak boleh ke u layan semua orang sama rata tanpa kira taraf pendidikan dan pekerjaan seseorang?
Maaf cakap, saya rasa mentaliti penjawat awam yang suka memandang rendah pada orang masih lagi wujud tak kira la dari level mana sekali pon (saya pernah alami perkara INI dulu ). Though saya tak nafikan ada yang tak macam tu.
Kepada yang tidak, saya ucapkan tahniah.
0 comments:
Post a Comment