It's been a while since my D&C.
But there's something I would like to share here in the blog when I stayed in the hospital for 3D/2N. Bukan la satu percutian yg menarik pon tapi sesuatu yg harus dicatatkan sebagai pedoman dan bersyukur dengan nikmat pemberianNya. Bukan juga sesuatu yg besar tapi sesuatu yg menginsafkan of everyday people's life.
Memandangkan insuran kesihatan saya tidak cover maternity-related cases, saya ke hospital kerajaan for D&C procedures. Plus, cik HB is a government staff so ada GL yg juga membolehkan saya masuk wad kelas pertama. No doubt, we prefer private hospital, bukan sbb byk sgt duit tapi for its conveniences - waktu melawat yg tak terhad, wad lebih selesa, etc.2 tapi it comes with caj yg sgt mahal so kalau x leh cover with insurance atau pun bukan utk bersalin, then rasanya x perlu la.
Tapi nasib saya kurang baik, hari saya checked-in, doc yg buat surat kemasukan saya ke wad few days sebelum tu telah letakkan saya kat wad kelas tiga tanpa rujuk ada GL ke tak . Bila ke wad situ, nurse yg terima kemasukan saya pon pelik kenapa ada GL yg entitled first class tapi dihantar ke kelas wad tiga.
Mana la kami tau kan....
Cik nurse called wad kelas satu utk check kekosongan tapi mmg xde kekosongan maka kena la masuk wad kelas tiga dan akan dipindahkan bila ada kekosongan.
Saya takde la rasa terkilan sgt tapi ada la juga rasa tak best sbb wad kelas tiga tu mmg ada byk benda la yg membuatkan saya x selesa. It's crowded dan bercampur lelaki-perempuan. Wad tu ada byk partitions dan setiap partitions tu ada 4 katil. Kat partition tu xde la bercampur lelaki-perempuan. Cuma x bestnya, setiap partition cuma ada dinding nipis dan bahagian depan ditutup dgn langsir. Mujur saya dapat katil yg dibelakang. Jadi xde la org lalu-lalang kat koridor nampak sgt saya.
Then toilet agak jauh. Mujur surau dekat. Keadaan toilet pon agak menyedihkan. Pintu x leh ditutup properly, ada paip yg tercabut kepalanya. Walaupun nampak toilet selalu dibersihkan tapi sekejap aje dah kotor dan berbau hancing. Maybe sbb ramai sgt yg gunakan, toilet pon ada 3 aje.
But partition-mates saya adalah those friendly ladies yg sekejap aje sudah buat saya rasa selesa dgn mereka despite the shabby condition around me.
The first lady, let's just name her Mrs.C - is an Indian lady in her late 30s. Pregnant for the first time but being warded because she has diabetes.
2nd one, I shall call her Adik M - a Malay lady in her 20s, warded due to hyperemesis gravidarum - a condition I am very familiar with because I had it masa pregnant with twins and Insyirah.
Then 3rd one, Mrs. L - a Chindian lady. Memula ingatkan dia melayu sbb dia sgt fasih ckp melayu. Muka pon nak kata cina, jauh sekali, nak kata India pon xde la India sgt. Warded sbb diabetes juga.
So bersembang la saya dgn 3 org ini dari mula saya checked-in sampai sorang demi sorang discharged. Dan byk la cerita kehidupan yg saya dapat dr mereka2 ini.
Let me start with Adik M. Adik M ni mengandung kali kedua. Bekerja sebagai free-lance performer bersama2 suaminya kat satu theme park kat Melaka ni. Katanya bila dia sakit ni, terpaksa la dia upah performer lain utk ganti dia dan dah kurang la pendapatan dia kat situ. The same first night I was there, and second night for her, dia terpaksa minta nak keluar dr hospital sbb katanya ada isu kat tempat kerja dan suaminya tak dapat nak handle, so kalau x diselesaikan, kemungkinan kontrak diorg akan ditamatkan. Padahal dari segi kesihatan, dia patutnya kena stay lagi kat hospital. Merayu punya merayu dan sesudah tandatangan surat yg pihak hospital x bertanggungjawab atas apa2 hal, baru la dia boleh keluar.
Terkedu saya tgk dia....at least saya ada MC dan gaji jalan. Dia pulak terpaksa korbankan kesihatan demi kelangsungan ekonomi kehidupan. Tak boleh saya bayangkan dengan hyperemesis gavidarum - a severe morning sickness condition, dia nak kena menyanyi, menari etc. Kalau saya, nak berdiri pon x larat.
Then, Mrs.C....Mrs.C ni cerita dia dah mengidap diabetes sejak 10 tahun lepas. Katanya masa muda2 dia keje kat KL. Nak jimat belanja, hari2 dia makan roti canai 2 keping dgn teh tarik. Lama2 dapat la diabetes at the age of 27. Just recently got married dan terus pregnant. Because of diabetes, walaupun baru 5 minggu pregnant, sudah kena masuk hospital utk pantau diabetes dia. Ada sekali tu dia nak call husband dia tapi tak boleh sbb credit telefon dah abis dan dia ckp dia tunggu husband dia masukkan credit tapi x masuk2. I offered her to use my hp tapi dia tak nak. Dia discharged the second night I was there.
Mrs L pulak, the Chindian yg pregnant anak ke 6. Sepatutnya ke 7 tapi katanya anak no.6 meninggal masa pregnant 5 bulan. Cerita dia paling tragis dibandingkan dengan Adik M dan Mrs. C. Dari zaman muda dah biasa buat keje berat. Sekolah hanya setakat form 2 lepas tu tolong mak dia toreh getah. Kalau tgk appearance dia, nampak mcm dah dekat 40 thn gitu tapi sembang2, baru tau dia baru 31. Ada satu malam tu anak2 dia dtg dengan suami dia, diorg share makan 1 bungkus makanan sama2. Kira 5 beranak la makan 1bekas polistrin tu (lagi 3 x ikut). Suami dia keje sendiri, ada masa menoreh, ada masa ikut org buat kerja2 renovate rumah. Dia pon sebelum ni keje kat mini-market tapi bila pregnant dia berenti sbb takut kejadian anak mati dalam perut berulang. Anak sebelum tu dia keje menoreh, selalu angkat benda2 berat, so dia suspek itu la sebabnya anak tu meninggal.
Byk la yg dia share dgn saya sbb masa tu tinggal kami berdua aje kat partition tu. Kisah keluarga dia yg berantakan pon dia citer. Tapi as much as saya rasa kisah hidupnya tu sedih dan susah, Mrs.L ni ceria orangnya. Dia citer pon byk unsur lawak2. Dah la fasih ckp melayu, jadi kita rasa mcm sembang ngan org2 kita aje.
Kagum je dengar bila dia kata kat rumah anak2 independent. Selalu je tinggal anak2 unsupervised sbb katanya anak sulungnya yg dah drj 6 dan anak pompuan drj.5 tu dah boleh diharap. Katanya "Nak makan aku dah sediakan Maggi berkotak2, pandai2 la korang masak sendiri (dia main aku-engkau je ngan saya'). "
Kesian jugak anak2 kecik dok makan Maggi sokmo tapi maybe itu yg dia mampu.
Then dia ckp, dulu masa dia masuk hospital caj x semahal skrg. You wonder how much mahal yg dia define?
Sbb Mrs. C yg dah discharged tu ckp kena bayar RM100++ for a week-stay! So dia kata utk dia, dia x tau bape pulak nak kena bayar...for her RM100++ pon dah cukup mahal!
Terkedu saya kejap, sbb sebelum sembang tu, adik saya call tanya nape x masuk Hospital Pantai, dan saya ckp x mo la mahal, nanti bayar ribu2....
And here, my new friend kata RM100++ tu pon dah mahal dah pada dia......
And yet, saya nak komplen pasal kena masuk wad kelas ketiga yg x selesa? Sedangkan saya langsung x perlu bayar apa2 sbb masuk dgn GL!
By the time saya discharge, Mrs. L masih disitu sbb paras gulanya masih tinggi. Simpati sungguh saya dgn dia sbb sepanjang saya disitu, saya tgk jenuh dia menjaga pemakanan dia, nasi x makan, hanya makan lauk2 aje, lepas tu setiap 1 jam or so kena cucuk jari check darah.
Masa hari kedua sebenarnya, nurse bgtau saya dah ada kekosongan kat kelas satu dan tanya saya nak pindah tak, tapi somehow saya tak rasa nak pindah dah. Satu sbb, D&C saya dah selesai, dan saya dah boleh balik esok harinya dan kedua, saya seronok hang-out dgn Mrs. L. Biar la dia berlainan bangsa dan agama sekalipon, saya kutip byk cerita2 yg menginsafkan tentang kehidupan yg membuatkan saya sepatutnya lebih bersyukur dgn apa yg saya ada dalam hidup ini.
Dan saya sedar, betapa dah kurangnya saya bergaul dengan golongan2 begini, yg dikira berpendapatan rendah. Let say saya masuk private hospital atau duduk di kelas pertama, saya hanya akan jumpa org2 seperti saya juga, atau pon yg lebih senang lagi.
Yang akan saya nampak mungkin apa yg saya takde, dari apa yg saya ada, menjadikan saya kurang bersyukur dengan apa yg saya ada.
Setiap apa yg jadi pasti ada hikmahnya!
6 comments:
well said dear!
terharu baca citer nie.
itu ler, klu kiter rasa kita susah ada org lain lagi susah pada kita.
insaf betoi cerita kalini...
masa org kat matrik dulu.. org slalu duduk makan ngan makcik² cuci... byk gak benda yg menginsafkan...
betoi.. setiap yg jadi ada hikmahnya...
Kadang2 terlupa nak tgk dibawah, asik pandang ke atas.
Jadi bila diuji dgn sedikit kesusahan, ketidak-selesaan, pon dah tak tertahan.
Sbb tu kena muhasabah diri selalu kan :)
sy pun insaf....huhuhu :)
sedih baca citer ko neny, but reality bites. Kebanyakan orang mmg punya kesusahan dalam hidup. Tapi tiap kali ditimpa Ujian, aku suka membandingkan keadaan mereka yg lebih susah sebab disitu timbul keinsafan betapa keciknya UjianNya pada diri ni berbanding mereka itu. Susah-susah kita pun, diorang lagi susah :(
Nice story
Post a Comment