Pages

Thursday, March 26, 2015

Tetamu Jauh

Weekend lepas kami ada tetamu istimewa yg datang dari jauh....

Pada yang selalu baca blog saya zaman saya duduk kat Jerman dulu, mesti dah kenal tetamu jauh saya ni...

Diorg adalah Kak Liza and Cik Dee!


Sejak saya balik dari Jerman tahun 2011, at least setiap tahun kami berjumpa, samada kami ke Teluk Senangin, kampung kak Liza atau diorg berkunjung ke Melaka. Cuma tahun 2014 aje kami x berjumpa. 

Kak Liza & cik Dee dtg petang Jumaat, ditemani oleh anak2 sedara cik Dee...tapi anak2 sedara cik Dee stay satu malam aje. Pagi sabtu lepas sarapan diorg balik ke KL.

Yang kak Liza pulak, pagi2 dah bangun bersihkan laman rumah saya...segan x segan tuan rumah..hehehe


Abis longkang, rumput rumpai dibersihkan


Yang tuan rumah pulak jadi mandur...hehehe

Jenuh tuan rumah pujuk tetamu supaya berhenti mengemas dan makan sarapan lepas tu pegi jalan2. Berjaya jugak tuan rumah paksa tetamu pi jalan2 kat Mini Malaysia. Nasib tetamu mmg suka lawatan ke rumah2 tradisi Malaysia ni...hehehe

Tuan rumah x rajin amik gambar, ni dah kat rumah Sabah baru amik gambar.

Duduk lama kat rumah Sabah sbb best melepak...sejuk je rasa duduk kat dalam rumah tradisi ni...tak payah kipas elektrik or air-cond pon takpe. Dah makin pupus dah rumah2 tradisi ni...anak2 kena dtg tempat camni baru dapat tgk rumah2 tradisi Malaysia.

Kat Mini Malaysia ni ada game archery. Cik HB sempat la jugak mencuba.

Sikembar pon seronok dapat memanah.

Balik dari Mini Malaysia, kami semua terdampar kepenatan. Lepas Maghrib kami keluar ke Bandar Hilir. Kak Liza nak jalan2 kat Jonker Walk. Bandar Hilir and Jonker Walk seperti biasa di hujung minggu mmg sesak bangat. Kami larat berjalan separuh aje pasar malam Jonker Walk tu...panjang sangat. Penat nak dukung Insyirah all the way...hehehe. Malangnya tak sempat nak amik gambar2 kat Jonker Walk.

Ahad: Kami pi groceries shopping kat Tesco and Mydin bawa kak Liza & cik Dee...apa daa..bawak tetamu gi hypermarket. Tapi sbb kak Liza yg nak masak utk BBQ yg kami plan nak buat malam tu, so tukang masak kena la ikut. Untung saya kan? Tetamu jadi tukang kebun, tetamu jugak nak jadi tukang masak...hehehe. But that's Kak Liza....dari zaman saya di Jerman dulu sampai la dah bertahun2 dah balik Malaysia, she is what she is...mesti nak buat macam2...tak reti duduk diam2...hehehe

Setting utk BBQ dah bermula dari petang. Kami jumpa Ain & Fatah anak beranak.

Menu simple aje...ada garden salad and steamed broccoli topped with roasted almond slices and oyster sauce, yogurt dressing and garlic butter. 
Utk BBQ, ada lamb slices dan ayam. Buat kentang bakar jugak

Tengok la...tetamu yg beria2 masak...tuan rumah? Tuan rumah jadi tukang amik gambar...hehehe

Ni siapa yg tuan rumah ni???? Hehehe

Flaming hot!!!!

Si Nabilah happy dapat makan grilled lamb. Dulu pon masa kat Jerman kak liza rajin buat grilled lambs sbb Nabilah la yg suka makan.

Fatah & Ain: juga sahabat dari zaman duduk Jerman lagi. Kami mula kenal diorg pon kat sana. Tak sangka boleh duduk se pekan Durian Tunggal.

Pagi Isnin lepas kembar dah ke sekolah dan kami pon nak gerak ke tempat keje, masa tu la kak Liza and cik Dee bergerak menuju KL, lepas tu baru balik Teluk Senangin. They'll be back to Frankfurt tomorrow. Seronok dapat jumpa diorg walaupun sekejap. Terasa balik kenangan zaman2 duduk Jerman dulu.

Flash back memories dulu2:

Masa wedding kak Liza & Cik Dee...our first year in Germany
Ni masa birthday kembar ke 4
Kami pi jalan2 kat some sort of fun-fair kat kampung sebelah Raunheim...Hochheim ke apa tah nama kampung tu
Ni kak liza buat surprise farewell party memerangkap kenduri doa selamat sebelum kami pulang ke Malaysia for good.

Sometimes I wonder would we be able to merasa balik kehidupan di Jerman? Kadang2 mmg terasa rindu life kat sana...sbb kehidupan tak sibuk dan simple. But kena terima hakikat itu hanya kehidupan sementara. Sama la jugak utk kehidupan didunia ini tak kira di bumi mana. Sementara cuma. Akhirat tu jugak yg kekal abadi.

2 comments:

iu rf said...

suka! :)
hari ni belek2 blog.. tgk entry2 lama... byk gambar2.. mmg sumenye memory kat dochland..sebak rasa hati.. bertapa sy rindu sgt2 yg amat kehidupan kat sana.. if dpt balik ke zaman tu semula....alangkah seronok sgt2..

tp bak kata kak neny.."kena terima hakikat itu hanya kehidupan sementara. Sama la jugak utk kehidupan didunia ini tak kira di bumi mana. Sementara cuma. Akhirat tu jugak yg kekal abadi."

Masyaallah.. hati rasa tenang kembali.. terima kasih kak.. rindu kak neny & kawan2 jermen yg lain.. sgt! :)

Neny said...

Iuuuuu...

Akak pon rindu, bukan tak rindu...ayat2 tu ayat memujuk hati supaya positif aje...hehehe

Hopefully kita boleh buat gathering satu ari nanti kan?