Pages

Thursday, January 14, 2016

Insyirah ke Tadika

Musim persekolahan 2016 dah minggu kedua. Hajat di hati,  first day of school every year for the twins nak diabadikan di blog ni. Bukan apa, untuk kenangan di masa depan. When i browse through entry dulu2, masa kembar kecil, memang kenangan yang indah.

Tapi pagi first day of 'Back To School"saya boleh pulak terlupa nak snap gambar kembar. Sbb masa diorg nak ke sekolah saya masih lagi sibuk memasak di dapur. 

Umi sorryyyyyyy.

Tahun ni Insyirah juga dah mula bersekolah. Kami daftarkan dia ke Tadika Iman, tadika kakak2 dia dulu. Sejak dah dibelikan beg, kasut sekolah, dan brg2 sekolah, dia excited sangat nak pegi sekolah. Kami tak lah mengharapkan sangat dia belajar membaca/menulis/mengira dan cepat pandai. Tujuan kami hantar dia ke tadika, supaya dia boleh berkawan. Duduk rumah Nenek (babysitter dia), cuma ada baby umur setahun (cucu Makcik). Lagipon rimas jugak la dia dok mengadap kartun kat sana dari pagi sampai petang.

First day tu memang sangat senang la. Dari bangun tidur, mandi dan bersiap dan sampai sekolah asik la tersengih2. Gembira sangat. I didn't have to wait for so long. Tengok dia ok je dan boleh sesuaikan diri, saya pon ckp kat dia yang umi nak pegi keje. Dia pon kata ok. 

Muka ceria nak pegi sekolah

Excited!

Insyirah and group anak2 4 tahun

Jemput dia balik dari sekolah pon dia sangat happy. Cuma dia minta nak singgah rumah Nenek. Si saya pon bawa jumpa Nenek. I know how much she and Nenek love each other.

The first 3 days langsung takde masalah nak pegi sekolah tapi masuk hari ke-4 dia merengek2 tak nak pergi sekolah. Nak pergi rumah Nenek. Jenuh pujuk nak siapkan dia. Sampai sekolah pulak x nak keluar kereta. Thinking that mungkin malam sebelumnya dia tido lambat maybe sebab tu cranky. Tak nak paksa2 dia, saya pon bawa dia pegi office saya.

Lepak kat opis umi

Rupanya dia x sihat sbb masa di office saya pon dia nampak mcm kuyu dan ada batuk n selsema. Bawa ke klinik dan lepas tu hantar balik rumah (sbb Abah dia ada kat rumah).

Esok paginya kembali ceria ke sekolah.

Tapi minggu ni adalah minggu yg mencabar. Malam Ahad Nenek dan famili datang jenguk dia kat rumah. Terus pagi Isnin ckp x nak pegi sekolah, nak pegi rumah Nenek. Meraung2 x nak keluar kereta tapi sbb Abah yg hantar takde chance la nak ponteng lagi.

The rest of days Umi yg kena hantar, pon kena dealing dgn tantrum dia. Tapi keraskan hati jugak, cuma tak la marah n tengking2 dia. Just pujuk baik2. Nak kata x suka sekolah, jemput sebelah petang gembira aje. Maybe pagi2 tu rutin dia dah biasa pegi rumah Nenek maka rindu sgt la kat Nenek kot. Kesian jugak bila fikirkan, dia dah dijaga Nenek dr umur 2 bulan sampai nak dekat umur 4 tahun ni, for sure the bonding is so strong. Nenek pon aritu masa mula2 ckp nak hantar Insyirah ke tadika, mmg sedih sangat.

Saya tak berniat nak putuskan hubungan diorg. Cuma dah sampai masa Insyirah kena masuk sekolah. Dah ckp jugak kat makcik, nanti hujung minggu kitorg akan bawa Insyirah jumpa Nenek. Makcik pon bila2 boleh dtg rumah jenguk Insyirah.

Alhamdulilah, all this while Insyirah dijaga oleh org yg sgt sayang kat dia mcm cucu sendiri. Insyallah sampai bila2 pon Insyirah akan sayang Nenek, ye Nenek!

0 comments: