Pages

Sunday, September 5, 2010

Dah Nak Raya ke?


Alamak....

Ada lagi 4 hari je lagi rupanya bulan Ramadhan ini. Jerman dijangka menyambut Aidilfitri on Khamis, 9th September 2010.

Aduss...dr segi persiapan mmg mcm x bersiap apa2...cuma alhamdulilah, baju2 raya dah selamat sampai, dikirim adik tersayang bermula dr July lagi. Sengaja suh dia hantar awal sbb nak guna kos pos yg murah aje tapi akan amik masa yg lama. So, lega bila dah sampai sebelum raya. Konon nak buat biskut raya sikit...xde la nak buat byk, just nak buat lagi 2 jenis aje. So far dah ada chocolate chip yg dibuat bersama anak2. Tapi yg 2 jenis tu pon x terbuat2.

Tahun ni raya insyaallah akan menerima tetamu dr Jülich dan UK - kwn2 yg merancang nak sambut raya bersama kami. Tapi so far sy masih belum decide juadah raya. Thn lepas agak meriah sbb buat sate, thn ni tak tau la tapi confirm la ada ketupat dan lemang...SEGERA la tapi ^_^.

Dari segi penghayatan ramadhan...alahai...azam nak baca Al-Quran byk2 tu xde la jadi sebyk mana....baru abis juzuk 2 aje...Ya Allah, ampunkan hamba mu ini yg leka dgn urusan dunia. Terawih pon boleh kira ngan jari berapa je buat. Mudah2an hati ni ditetapkan jugak membuat terawih utk mlm2 terakhir Ramadhan.

Kpd keluarga dan sahabat handai, kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua ahli keluarga di Malaysia dan sahabat sekalian x kira dimana jua anda berada.

Gambar raya thn lepas....

Monday, August 30, 2010

Auf Wiedersehen

Rumah sy terasa sunyi skrg...si kecik Liya ngan mama & papa dia dah balik beraya kat Malaysia Sabtu lepas. Sebulan diorg dok kat rumah ni, bila takde mmg terasa la kesunyian. Nak2 pulak hari2 terhibur dgn keletah Liya yg mcm2 tu. Si kembar dah mula bertanya bila Liya nak balik sini balik...aik, baru 2 ari dah tanya...jenuh la nak jawab ari2 sampai sebulan nanti.

Aksi Liya & kakak2

Good thing is, rumah baru Mat & Liza sangat dekat ngan rumah kami, hanya seberang jln raya/rel keretapi. Dr tingkap dapur rumah sy dah boleh nampak balkon rumah baru diorg. So ari2 pon boleh pegi culik Liya :)).

Sabtu tu jugak, kawan kami, Iu & Arif sekeluarga yg sebelum ni duduk di Homburg, pulang ke tanahair for good. So sempat la kami jumpa diorg kat airport Frankfurt. Cuma x sempat nak borak panjang sbb diorg sampai pon kira dah last minute utk check-in then sempat la amik gambar sikit2 pastu dah kena boarding.

4 sekawan...

izzah yg monyok...sedih ke izzah nak tinggalkan deutschland?

us...

tchüss...jumpa lagi!

To Iu & Arif, selamat menjalani kehidupan baru di malaysia. Mudah2an kita jumpa lagi di bumi Malaysia.

Tuesday, August 24, 2010

Tahun ke-6

Masa berlalu dgn pantas kan? Tempoh setahun bagaikan tak terasa. Barangkali ni la antara tanda2 akhir zaman, betapa masa berlalu tanpa kita menyedarinya...

Sy rasa mcm baru aje came out ngan entry ulangtahun perkahwinan kami yg ke-5, tau2 it's time ulangtahun ke-6 pula...

Alhamdulilah, jodoh kami masih panjang dan moga2 ikatan perkahwinan kekal hingga ke akhirat. 6 thn perkahwinan banyak mengajar kami erti bahagia, sabar, tolak-ansur, saling memahami...pendek kata mcm2 perkara. Sometimes it is not a smooth journey, ada masa kami bertekak, bermasam muka, berperang dingin, namun alhamdulilah dpt berbaik semula. Sbb itu sy kagum pd married couples yg x penah berselisih faham. Sy sendiri bukan isteri yg perfect, ada masa sy degil, ada masa sy bersikap x peduli, ada masa asyik x puas hati... tapi sy selalu berdoa moga Allah s.w.t jadikan sy seorg isteri yg terus berusaha menjadi isteri yg baik, yg solehan utk cik HB.

Doakan kami bahagia dunia akhirat dlm ikatan perkahwinan ini.

Oh, BTW, sempena ulang tahun kami ke-6, cik HB telah menghadiahkan sy kitchen machine BOSCH MUM4426 yg sy suka sgt2. Thnak you laling...i love you so much ^_^




Ini satu artikel berkenaan perkahwinan yg sy tertarik. Dipetik dr SINI. Buat pasangan suami isteri diluar sana, let's work towards happy marriage ok...

Erti Sebuah Perkahwinan...

September 2009 genap 24 tahun perkahwinan kami. Saya beruntung kerana suami seorang yang penyabar kepada saya dan anak-anak. Dia menyayangi kedua ibu bapa saya sebagaimana dia menyayangi kedua ibu bapanya dan dia menerima semua ahli keluarga saya. Begitu juga di pihak saya, saya juga menyayangi kedua ibu bapa dan keluarganya. Saya menerima mereka seadanya.

Pernikahan bukan sekadar menghalalkan yang haram tetapi ia lebih daripada itu.

"...Melihat perkahwinan sebagai medan untuk MEMBERI, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan..."

Perkahwinan datang bersama tanggungjawab di bahu. Jika dahulu hanya fikir tentang diri sendiri, apabila berkahwin kena fikir sekali tentang pasangan/anak2/keluarga dua2 pihak. Bukan sedikit pengorbanan daripada pihak suami, isteri dan apatah lagi anak-anak. Apabila dah tinggal bersama segala kekurangan diri akan terserlah. Carilah titik persamaan yang akan mengukuhkan lagi ikatan yang ada, bukan masing2 mencari alasan untuk saling menjauhkan diri.

Begitulah kehidupan berumahtangga, saling lengkap melengkapi dan saling memerlukan di antara satu sama lain. Perkahwinan datang bersama dengan tanggungjawab yang mesti digalas di bahu.

Sebaik-baik contoh kehidupan berkeluarga ialah rumahtangga Rasulullah s.a.w. Baginda yang paling berlemah lembut pada keluarganya. Baginda menyayangi kanak-kanak dan tidak segan untuk mencium anak-anak dan cucu-cucu baginda. Sesungguhnya banyak lagi yang kita boleh pelajari dari buku-buku yang baik yang bercerita tentang Sirah Rasulullah s.a.w. untuk kita jadikan pedoman.

Pelbagai cerita yang kita baca dan ada yang kita lihat dengan mata sendiri tentang perkahwinan. Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bersabda :

"... bukan dari kalangan umatnya sesiapa yang menentang perkahwinan. ... Jika seseorang itu berkahwin maka telah sempurna sebahagian dari agamanya. Besarnya nilai sesebuah perkahwinan...."

Malangnya apa yang kita lihat hari ini amat menggusarkan. Perkahwinan menjadi seperti permainan. Bila suka, ambil, tak suka, lemparkan ke mana sahaja. Ada yang berkahwin umpama menukar baju, baik lelaki atau perempuan. Bukan sedikit seorang suami yang mengabaikan anak isteri hanya untuk mengejar wanita lain.

Kepada adik-adik yang akan berkahwin, selalu saya ingatkan. Kadang-kadang jadi seperti leteran kepada mereka .... Cantik atau kacak bakal pasangan kita, bukan menjadi keutamaan bila telah sah ikatan perkahwinan. Apa guna pasangan yang cantik atau kacak jika masing-masing tidak menjalankan tanggungjawab? Mungkin sebelum bernikah, adik-adik hanya mendengar umpama angin lalu apa yang saya katakan, tapi selepas bernikah mereka akan mengakui dan berhadapan dengan realiti kehidupan. Tambah lagi, apabila telah ada cahaya mata, tanggung jawab menjadi semakin besar !

"....perkahwinan itu akan menjaga kehormatan dan pandangan....tetapi jika agama tidak dijadikan landasan dalam sesebuah perkahwinan, maka jadilah perkahwinwn itu umpama barang yang tiada nilai..."

Friday, August 20, 2010

Iftar

Masa hari kedua puasa, kami semua pi buka puasa kat restoran Turki kat Ruesselsheim. Planning asal nak pi buka puasa kat Frankfurt, kat DoyDoy , restoran favourite kami kat Frankfurt tapi disebabkan hujan yg turun x berhenti dan menyusahkan cik HB, anak2, Liza & Mat to travel to Frankfurt maka kami pilih buka puasa kat Ruesselsheim aje.

Restoran Turki kat Ruesselsheim ni actually not bad jugak la. Siap ada pakej utk berbuka puasa. Tapi tak tau la nape, restoran tu x ramai pon org...maybe org2 turki x suka buka puasa kat luar or baru 2nd day puasa, so org masih belum suka nak buka puasa kat luar. Jadinya kami ni dilayan dgn istimewa la jugak.

muka excited Nabihah sebelum makanan sampai

Cuma since it was package, byk sungguh la makanan. Bermula ngan starter, kami dpt sorang satu linsensuppe (sup kacang dal) bersama roti Turki dan salad. Dah lapar, kami makan dgn bersungguh2 linsensuppe dan roti turki tu. Then utk menu utama, kami makan complete dish yg ada kambing, ayam, lembu grill bersama dgn nasi Turki. Rasa mcm portionnya sgt byk sampai x larat2 nak makan. Tapi x abiskan kang, rasa mcm membazir pulak. Bukan x sedap..sedap tapi bila byk sgt, mmg jadi satu penyeksaan nak makan bg habis.Then dtg pulak dessert - baklava sejenis manisan turki yg sgt manis. Sy mmg surrender part Baklava ni...even kalau perut x penuh pon sy mmg reject baklava sbb sy x boleh tahan kadar kemanisannya. So kami suruh tuan kedai bungkuskan aje dessert kami tu.

Makan roti turki cicah dgn linsensuppe

menu utama

muka2 struggle nak abiskan makanan

Baklava

Cik HB siap merayu lagi, tolong la pas ni jgn pi buka puasa kat luar lagi sbb dia kata x larat la nak mkn byk2 gitu. Silap kami la...apsal amik pakej setiap sorang kan...patut order ala-carte cukup la.

Now sy imagine, dulu kat Malaysia apasal boleh je pi buka puasa kat buffet Ramadhan yg makanan punya la byk tu...ke sbb umur dah bertambah ni, maka keupayaan makan byk dah berkurang2an? Apa2 pon sy insaf la jugak...org patut Ramadhan ni bila siang dah posa tu, jgn la time berbuka makan sampai senak2 perut.

Makan biar la berpada2 ok...

Nota kaki: Photos courtesy of NEX3´s owner ^_^

Zila in the Town

Haih...sy malas sungguh nak update blog nan satu ini. Balik2 sy dok ngadap blog masak je skrg ni. Tapi kadang2 rindu gak nak update blog ni.

2 minggu sy menerima tamu istimewa, kwn sy memerangkap ex-officemate SMHB dulu, Zila dtg berkunjung ke Germany. Zila yg sebelum ni keje di Doha, Qatar dtg all the way dr sana utk singgah sekejap ke Germany sebelum pulang ke Malaysia for good. We worked together in SMHB dr 2002 to 2006 before she quit from SMHB and went to work in Dubai (then Doha) 2007 and I went to work at site office. Last time kami berjumpa was raya 2007 masa dia pulang bercuti kat KB.

Sempat la sy bawak zila jln2 kat Köln and then zila off to Berlin to visit her friend for 2 days and came back to Frankfurt.

Us kat depan Kölner Dome

Gila demand ah si cupid nih....syarat nak amik gambar ngan dia mesti byar 1€!
Zila kata xpe la, for the sake of memory

Pusing2 Köln naik tram
Zila & Nabihah on the way home

Then Thursday, the 2nd day of puasa, sy bawa zila jln2 Frankfurt, just the two of us. Kembar sy tinggalkan ngan cik HB sbb tau how cranky they would be kalau jln2 lama sgt (like masa pi Köln). Thought of naik bot kat Sg Rhein Main tu tapi cuaca tak mengizin, sbb hari adalah hujan, Jadinya kami hanya keluar masuk shopping outlets gitu.

Zila & sy - berlatarbelakangkan view Frankfurt

Sepanjang Zila kat sini, sempat la kami dok bergossip berita2 terkini dan reminiscing kenangan kami masa keje kat SMHB dulu. Zila ngan sy walau berbeza department, kami selalu lepak sama2 time breakfast kat pantry opis kami yg kecik dan selalu share 1 bungkus nasi lemak cik Mon yg sedap itu (konon nak diet...hehehe). So bila jumpa Zila, sy rindu lak kat zaman keje dan rakan2 sepejabat.

Thanks Zila for coming. I hope our friendship remains forever.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Esok insyallah umat Islam di bumi Jerman ini akan mula berpuasa. So kepada semua, sy minta maaf jika ada salah & silap, terkasar bahasa atau apa shj yg tidak menyenangkan. Semoga Ramadhan ini mendatangkan byk rahmat, barakah dan maghfirah kepada kita semua.

Kalau lupa niat puasa, meh dgr lagu Raihan

Monday, August 9, 2010

Suka hati la labu....

*This is an entry of self-pondering....

Someone told me there's another someone said she doesn't like me...

Reason being?

This someone feels I am a snob because there was one time she she wanted to chat with me at YM and I dismissed her saying that I needed to go off cause I had chores to do.

Hmmm....bila dgr camtu, sy x tau how to react....sy cuma senyum kelat aje la.

I know I shouldn't be bothered....if one decides not to like me atas alasan remeh temeh gitu, do I need to feel guilty?

Maybe sesetengah org fikir, jadi surirumah ni mesti ada byk ample time, and in my situation, cuma ada 2 org anak preschool age and no babies, so suppose to always available utk chatting or do any leisure activities gitu?

Well...I do not know surirumah lain cemana, but for me ever since I venture into full-time housewife career, life always been busy. I know I can choose to do whatever I want, since I am my own boss but takkan nak jadi the type of housewife yg dok bermalas2an sambil anak2 berterabur dan rumah mcm tongkang pecah. Sometimes sy malas jugak, rumah bersepah jugak but takkan nak adapt that kind of attitude all the time kan? Sy nak la jadi surirumah yg berwawasan ^_^.

I do chat from time to time, tapi masa chatting adalah limited...tanya la my online friends how often they see me online and even if I am online and chat with some people, I always apologize for not being able to chat for long because that time la anak nak berak la, anak nak makan la, nak pegi masak la....in fact I chatted more masa keje dulu compare dgn skrg. And the one yg always chat with me pon are working people. Selalu kalau sy chat with housewife friends pon, either me kata nak kena offline of these friends akan kata they need to go offline.

Tapi for me, itu biasa la...xde la sy nak kata apa2 pon!

All I can conclude for myself pondering is - human beings characters are complex and sy hanya la manusia biasa yg x mampu utk menggembirakan hati semua org....

So, you don't like me?

Have it your way....