Pages

Wednesday, March 9, 2011

Counting days...

Aaaa..lamanya blog ni terbiar sepi!

Tuan punya blog takde la busy mana tapi tadak mood dan situasi mcm tak berapa best nak memblog. Bila rasa nak memblog, masa tu ada je benda yg nak kena buat.

Bulan Mac sudah! Dah nak tgh bulan lak tu...

Bermakna dah boleh menghitung hari2 nak meninggalkan Deutschland dan pulang ke tanahair tercinta.

Buat masa ni preparation is like 70% i would say. Benda2 byk yg dah dok dlm kotak. Kotak2 pon dah byk tersusun sana sini. Cik HB sedang memulun sakan menyiapkan report dan target utk submit full report pd 15 Mac. Then bersedia utk qolloquium. Kami target utk amik flight pulang ke Malaysia pd 31/3/2011. Mudah2an semuanya berjalan lancar.

Ada org tanya apa perasaan nak balik Malaysia for good.

Ntah, takde perasaan apa2 so far. Tapi bukannya takde perasaan rindu kat family, mmg la rindu sesangat, I'm sure yg menunggu kami lagi la tak sabar2 nak nantikan kepulangan kami. Setiap kali call Mak, soalan dia mesti "dah beli tiket flight?", "sampai nanti balik mana dulu?", "bila balik rumah Mak?"

Camtu la...

Sikembar pon asik tanya bila sebenarnya kami nak balik Malaysia. Hari2 mesti tanya "esok ke balik Malaysia?". Susah nak explain to budak2 yg belom paham konsep masa ini.

Tak sabar juga nak tgk reaksi dan komen diorg sampai2 Malaysia nanti. Sebab masa tinggalkan Malaysia dulu, umur diorg around 3 years old, ckp tak byk lagi masa dan x tau apa yg diorg ingat about life in Malaysia. Now dah makin besar, komen mcm2, so boleh imagine la beribu2 soklan cepu emas diorg akan tanya.

Bukan tak happy nak balik Malaysia, itu kan negara sendiri tapi as I always said to friends bila ditanya best ke dok oversea - hidup disini rileks. Rileks la kot sbb sy tak payah keje, hanya fikir hari ni nak masak apa, nak beli apa. Rileks sbb kita tak payah fikir pasal nak beli rumah, nak beli kereta, atau nak bersaing dgn org keliling mcm2 aspek. Maybe kalau duduk permanently, my views will be different. Tapi dlm 2 thn lebih duduk disini, ada byk living aspect & quality disini yg sy kagumi - recycling system, education system, driving attitudes, social attitudes (bab2 menegur, senyum) yg sy harap satu hari nanti Malaysia juga begini. Ok, bukan semua bagus la, kang ada pulak org ckp, kalau benda2 oversea tu semuanya bagus la ye...tapi yg mana bagus tu, harus la dicontohi! Yg tak bagus tu tolak la ketepi!

So there would be a lot to think of bila dah balik Malaysia nanti - kualiti kehidupan, pendidikan anak2, kerjaya sendiri, pembagunan keluarga, well....it's reality of life!

Thus, at the moment, I'm not going to think about any of these yet. Sy masih mau menikmati kehidupan yg rileks ni (tapi rileks ke bila dah nak pindah?) yg tinggal lagi beberapa hari.

Tuesday, February 22, 2011

Nebenkosten

Kat Germany, bila sewa rumah, bukan setakat sewa itself yg harus dibayar, ada service charges dan utiliti lain juga perlu dibayar sama dgn sewa rumah setiap bulan, dipanggil nebenkosten. Nebenkosten ni tak fix, ikut kontrak sewa rumah yg dipersetujui oleh tuan rumah dan penyewa. Macam rumah kami, nebenkosten meliputi caj gas (utk heater & air panas), bekalan air, urusan sampah, pembetungan, insuran rumah tertentu dan lain2. So setiap bulan, bersama dgn duit sewa rumah, kami juga bayar 150 Euro utk nebenkosten. Yg kami bayar sendiri cuma bil elektrik.

Dulu masa mula2 nak sewa rumah ni, nebenkosten yg asal 100 Euro tapi bila tuan rumah lama tgk kami ada 2 anak, dia jadikan 150 Euro. Mulanya nak bising juga la sbb rasa mcm tinggi tapi kak Liza kata xpe bayar nebenkosten lebih pon sbb by the end of the year, ianya akan dikira semula dan kalau amaun bil rendah dr apa yg kita dah bayar, duit kita akan dipulang balik. Tapi kalau guna lebih, sendiri mau hengat la top-up itu duit!!!

Kawan2 malaysia se-jerman ada byk kisah melibatkan nebenkosten, ada yg sampai kena top-up sampai 2 ribu euro utk nebenkosten. So ramai la yg warning kami supaya berjaga2 dgn penggunaan air dan heater. Tahun pertama (October 2008 - January 2009) kami tak dapat pon bil nebenkosten, which kami assumed sbb kami baru menyewa kan....in the meantime kami cuba la kawal penggunaan utiliti sbb takut terlebih guna. Untung kak liza dah bg kami mcm2 tips utk menjimatkan penggunaan utiliti ni semua.

Tahun kedua (January 2009 - January 2010), kami masih tak dapat bil nebenkosten. Agak seriau la jugak sbb org lain kecoh terpaksa top-up banyak utk nebenkosten. Nak pi tanya tuan rumah tapi tak tertanya2 sbb masa tu ada peralihan tuan rumah. Tuan rumah lama kami dah jual the whole lot to org lain masa tu tapi tuan rumah lama masih menginap disitu sampai Ogos 2010. So nak tanya tuan rumah baru, pon tak tertanya2. Kami cuma assumed mungkin bil nebenkosten kami kurang dr apa yg kami bayar sbb kalau lebih, mesti tuan rumah dah awal2 tuntut duit dr kami.

Tapi still wonder la jugak apa la kes nebenkosten kami ni? sy cuma risau sekali tuan rumah bg bil nebeskosten tertunggak, dibuatnya nachzahlung beribu2 euro, hey! mana nak cekau duit???

Dan akhirnya, minggu lepas kami dapat la bil nebenkosten kami yg di kira dr Jun 2009 to September 2010 (kira dr time tuan rumah baru officially memiliki rumah ni). Dan sgt lega bila tgk nachzahlung kami cuma perlu top-up 33.39 Euro!!!


Alhamdulilah!!!

Akhirnya kerisauan berakhir....tapi kisah bil nebenkosten dr October 2008 - May 2009 tidak la kami ketahui sbb masa tu pemilikan masih dgn tuan rumah lama. Samada bil kami kurang dr apa yg kami bayar, then tuan rumah lama buat dek aje (x pulangkan balance) atau bil kami ngam2 dgn nilai yg dibayar atau terlebih sikit so tuan rumah absorbed shj (i doubt yg ini!).

Ada la jugak hikmahnya tuan rumah lama suruh bayar extra utk nebenkosten sbb bila bayar bulan2 walaupun rasa tinggi sekurang2nya kita x kalut nak kena top-up amaun yg banyak kemudian hari.

Apa pon, moral of the story - berjimat-cermat dan berhemah la bila menggunakan kegunaan utiliti :)

Thursday, February 17, 2011

Templates Punya Hal

Gara2 tukar template blog punya pasal pasal terus rasa nyampah nak tgk blog sendiri...huhuhu. Tak tau la nape ari tu gatal sgt nak tukar template, konon nak cari yg latest design, standard blogspot punya tak mau, sekali terus huru-hara jadinya blog ni. The thing about latest design free template, kebanyakanya kena rajin edit HTML code kalau nak maintain dan susun cantik2 semua gadget sedia ada. Memula cam rajin, pastu dah jadi malas tapi nyampah tengok gadget semua berterabur, pastu gi delete lak segala gadgets tu....pastu menyesal...haih!!!

So skrg guna je la standard template blogspot. Tak sakit mata tgk susun atur blog. Nak update blog pon rajin la sikit!

Heh, tp nanti la update...skrg tgh rasa nak nonton cerita Korea :)

Friday, February 4, 2011

Rumah Sewa

Kat Malaysia kami masih belum memiliki rumah sendiri. Sepanjang 7 thn perkahwinan dah 4 biji rumah sewa kami duduk. Rumah pertama kat Desa View Towers, Taman Melawati KL - duduk 5 bulan aje sbb dpt rumah dekat ngan opis sy kat Desa Pandan. Dah pindah, baru cik HB ckp rumah tu berhantu sbb dia selalu kena kacau...alhamdulilah sy tak penah kena apa2 gangguan sepanjang dok situ.

Rumah kedua kat Desa Pandan. Dari segi keselesaan, mmg x berapa selesa sbb area padat penduduk bising siang malam, parking berebut, rumah pon kecik, cuma 750sqft tapi cukup la utk kami 4 beranak. Yg x kisahnya, depan rumah adalah opis sy, so masuk keje 8.30am, kul 8.25am keluar rumah pon xpe...hehehe. Facilities lengkap - bank, kedai makan, pejabat pos, groceries stores semua within walking distance. KLCC just 10 minutes away by car. Duduk kat situ dr Februari 2005 to January 2007.

Then cik HB dpt keje kat Melaka, kami pon pindah kesana. Duduk kat Taman Kenari Jaya, Durian Tunggal - rumah teres setingkat, 3 bilik tido yg sgt baru (kami first tenant) dgn sewa cuma RM300! Pada kami yg sebelum tu bayar RM700 utk rumah 750 sqft. terasa ianya sgt murah. Cuma agak jauh dr pusat bandar tapi since jln kat melaka tak jem, so x kisah la (skrg tak tau!). Menetap dr Februari 2007 hingga la Ogos 2008 then kami ke Germany.

Germany - rumah sewa skrg adalah jenis wohnung (apartment), selesa utk kami anak-beranak dgn 2 bilik tido. Cuma agak jauh dr uni cik HB dan kami terpaksa membayar dgn harga yg agak tinggi (tinggi bg kami yg berstatuskan student-with-family). Tapi so far financially, alhamdulilah, we managed to pay all the living expenses.

Sekarang, walaupun kami belum lagi menjejakkan kaki ke tanah air, potential rented house sudah ada. Thanks to Jalak Lenteng yg mengambil inisiatif memberikan maklumat pasal rumah ni. Rumah ni milik staff utem yg sedang cuti belajar di luar negara.

Prospek rumah ni sgt menarik - cuma 5 minit dr tempat keje cik HB, tgk gambar2 lagi tertarik, sewa pon murah compare dgn nilai rumah ini, cuma RM450. Rumah besar, struktur cantik, laman juga luas - seronok utk anak2 bermain. Seronok juga kalau mau buat BBQ.

besar kan?

Gambar2 adalah courtesy tuan rumah yg dihantar melalui e-mail

Tapi tuan rumah dah ckp awal2, maintenance byk. Sampah takde org amik, sbb kawasan kampung, so kena bawak sampah ke tong sampah besar berhampiran. Halaman yg luas tu kena maintain jgn bagi rumput/lalang naik dan juga maintain pokok2 keliling rumah (cantas, sapu daun gugur...whatever)

Sy suka rumah ni, sgt cantik dan menenangkan fikiran dgn pokok2 disekeling. Walaupun mungkin hanya sewa utk sementara sbb kami pon nak membeli rumah sendiri dan tak mungkin boleh disewa lama2 sbb tuan rumah pon bila dah habis belajar, mesti nak rumah dia balik. Tapi bila mengenangkan maintenances yg harus dibuat, sy tak confident. Lagipon kalau cik HB kena outstation, tak berani la jugak sy nak dok kat rumah ni ngan anak2 aje sbb jarak rumah ni ngan rumah yg lain cam jauh aje. Kot org pecah rumah ke....takut la jugak.

Makanya kami terpaksa lupakan rumah ni dan maybe looking for a small terrace house je la kot....

Duit bagaikan dipetik dr pokok ye?


Seksi kah bibir diatas tu?

And know what it is?

It's Lulu Guinness Clutch Lip!

Ok, sy sedikit jakun...ni first time sy dgr pasal jenama ni dan clutch ini. Eversince sy ventured into doing Behabella Shoppe, mcm2 jenama dan barangan mewah yg sy kenal termasuk la clutch ni, sbbnya sy terima request minta sy carikan clutch ni.



Macm2 la fesyen skrg, dan utk org buta fesyen cam sy ni...mmg ternganga la, nak2 bila tgk harganya...RM3000 keatas youuuuuuuuuu...

And I can't help thinking, cemana ada org boleh spend duit byk camtu for a small clutch?

But then teringat scene Secret Garden, bila Ra-Im tanya Joo Woon, dia tak faham cemana ada org sanggup spend 100,000 USD setahun kat shopping store? and Joo Woon tanya Ra-Im, dia tau tak duit dia ada berapa byk dlm bank? and Ra-im ckp mesti la...Joo Woon kata - that's the thing, org2 kaya tak tau how much money they have in the bank, yg diorg tau duit diorg berganda2 all the time, so takat spend 100,000 USD setahun tu apa la sgt...

Teringat jugak novel Jean P.Sasson - Princess (A True Story of Life Behind a Veil in Saudi Arabia)....cemana org2 kaya Arab ni beli brg tanpa tgk harga, suka, berkenan, amik....walau berjubah ke mana2, dlm jubah tu, pompuan2 arab yg kaya ni pakai Versace, Prada, Gucci segala....

Hmmm...gitu la hidup org kaya2 ek...rasa mcm best aje, tapi utk org Islam, bila dah kaya2 sampai camtu, berat tu dugaan nak ingat kat Allah s.w.t. kan?

Makanya kita bersyukur la dgn apa yg ada....

Lega

Officer dr jabatan kebajikan masyarakat dah dtg ke rumah 2 hari lepas. Sy, cik HB & kak liza mmg dah bersiap sedia menunggu dia. Lega bila berdepan dgn seorg officer, seorg perempuan jerman yg tidak sombong2 dan mahu memahami situasi kami.

Mulanya agak susah mau diterangkan dlm bahasa English sbb officer mcm tak berapa nak faham (sbb pd awalnya kak liza kata let her be pemerhati dulu), so bila kak liza start bersuara, officer tu mula faham dan pointed out apa yg patut kami buat. (oh kak liza, what would we do without you?)

Actually dia cuma mahu pastikan kebajikan kanak2 terjaga, dan since private insuran tak mahu bayar kos utk pemeriksaan U9, dia bagi kami satu borang/surat dan hanya suruh doktor kanak2 kami buat check-up ringkas dgn bayaran 5 Euro. Ok, yg tu acceptable. Tapi dia cuma baw satu borang utk Nabilah, Nabihah punya takde...sbbnya dia tak tau yg sebenarnya ada 2 kanak2. Mesti diorg confused dgn nama Nabilah & Nabihah dan assumed cuma ada satu budak yg involved.

Makanya kami tunggu la dia hantar lagi satu borang dan mudah2an lambat la borang tu sampai and by then masa pon dah sampai utk kami pulang ke Malaysia.

Wednesday, February 2, 2011

Mesir - Semoga Bumimu Aman & Makmur

Sy sedang berfikir tentang Mesir, tentang pergolakan yg berlaku disana, tentang nasib rakyat malaysia yg terkandas, tentang masa depan rakyat Mesir sendiri, yg secara umum adalah saudara seIslam. Menonton berita di BBC channel, semakin hari rasanya situasi semakin teruk disana.

Sy takde sedara mara atau rakan2 yg sy ketahui berada disana, cuma sy kenal seorg rakan blogger bernama Huessna yg sedang belajar di Mesir. Dah sebulan blognya tak diupdate, sy harap dia baik2 saja, and mudah2an dia dah selamat keluar dr Mesir. sy baca dr newspaper, kebanyakan rakyat mesir skrg hidup dlm kacau bilau, tak cukup supply makanan, duit dlm bank pon x boleh nak withdraw, rompakan berlaku sana sini, banduan pon terlepas dr penjara.

Aduhai Hosni Mubarak, kenapa la kamu tak undur diri saja? Kalau rakyat dah x suka kamu, takde maknanya kamu nak terus jadi pemimpin melainkan mahu jadi diktator saja. Tak cukup kah kamu kekayaan yg kamu ada sampai 120billon itu? Tak malu kah kamu mahu terus menerus menindas rakyat negara? Bersekongkol dgn US dan Israel dan terus meneruskan menyusahkan hidup rakyat palestin disebabkan kamu tak mau buka pintu masuk sempadan utk org lain menghantar bantuan kpd mereka?

Semoga rakyat Mesir dapat menuntut hak mereka.
Semoga Mesir mendapat pemimpin baru yg baik dan adil, yg menepati ciri2 khalifah Islam. Semoga takde lagi pertumpahan darah dlm pergolakan ini.
Semoga bumi Mesir kembali aman damai.