Pages

Tuesday, August 7, 2012

Keberkatan Waktu

Sebelum Ramadhan, cita2 nak mengaji Al-Quran sebanyak mungkin. Kalau boleh setiap kali selepas solat nak cuba mengaji barang semuka dua. Awal2nya istiqamah la jugak. Tapi malangnya impian ni tewas dek kesibukan masa, ketiadaan azam yg kuat dan tidak memberikan keutamaan terhadap cita2 ini.

Pagi tadi selepas sahur, macam biasa mengepam susu sambil tgk Semanis Kurma. Topiknya Syafaat Al-Quran kalau x silap. Betapa ruginya kalau x membaca Al-Quran byk2 di bulan Ramadhan ini sbb besar syafaatnya di Akhirat. 

Selalunya pas pam susu, sy gi basuh pinggan dulu, gosok baju dulu pastu baru mandi dan solat. By then dah kena siapkan anak2 ke sekolah pulak. Selalunya mmg huru-hara sbb at the same time Insyirah pon bangun nak menyusu. Jadi pagi ni sy abaikan dulu pinggan-mangkuk dlm sinki, baju lepas dah ngaji la baru gosok. Sempat x sempat biar la. So masuk je Subuh, terus mandi dan solat dan bertekad nak juga baca Al-Quran. Tengah2 mengaji, Insyirah bangun, nangis sikit2 tapi sy abaikan sampai la sy abis ngaji dua mukasurat. Abahnya tepuk sikit2 dan dia pon eventually stop nangis dan tgk sy mengaji (sy solat tepi katil kami).

Lepas tu baru amik Insyirah, susukan dia dan surprisingly dia tido balik. Selalunya dia nak main2. Boleh la sy iron baju ngan aman damai dan kejutkan sikembar bgn mandi, kemudian siapkan diorg ke sekolah. And pagi ni actually diorg dpt disiapkan 10 minit lagi awal dan boleh pegi sekolah lagi awal.

Dan sy rasa lebih lega :).

Of course sy x sempat basuh pinggan tapi xpe la, balik ptg karang sambil masak basuh la pinggan la. Bak kata Prof. Dr. Muhaya:

 "kalau kita jaga urusan kita ngan Allah s.w.t, insyaallah, Allah akan jaga urusan kita"

Semoga terus istiqamah ye kawan2!

Friday, August 3, 2012

Aksi Terbang Live

Pagi ni, on the way nak pegi TNB Jalan Banda Kaba sbb ada meeting, sy menyaksikan accident didepan mata. 

Kisahnya, masa berhenti kat traffic light Jalan Batu Berendam, waktu tu pulak hujan renyai2, tetiba tgk satu motor terbabas, motor langgar divider dan penunggangnya 'terbang'. 

Ternganga sekejap tapi bertenang sebentar dan keluar dr kereta sbb nak tolong apa2 yg patut. Driver kereta depan pon sama keluar dan kat lane sebelah kebetulan ada kereta polis, pon turut sama berhenti.

It happened to be an Indian woman rider, menangis teresak2, landing atas rumput. Masa dia 'terbang' tu mujur la sempat menyeberangi longkang besar. Pulak tu jln tu bertebing. Kalau sy nak lompat pon x lepas tu!. Dan mujur jugak dia x apa2, cuma nampak kaki dia luka sikit. 

Rupanya menurut pemandu kereta depan sy, minah ni in order nak elakkan lopak air, dia langgar side mirror kereta depan sy, langsung terbabas dan langgar divider. Nasib baik la tak masuk dlm longkang besar tu dan jatuh atas rumput. Kalau jatuh dlm longkang besar tu (xde air), mingkin dia cedera lebih teruk. 

En. Polis yg ada telefon ntah sapa, mungkin mintak bantuan. Sy nak tolong check minah tu x dpt sbb dia diseberang longkang, yg sy nak lompat pon x lepas, takut kang sy yg jatuh dlm longkang tu. Sy cuma tanya dia ok ke tak, dia kata dia sakit. Then mintak sy call kan husband dia. So sy pon call kan. Then tolong pass kan handbag n kunci motor dia, takut kang ada lak org curi.

By then ada la sorang brader ni lompat ke seberang longkang dan tolong pimpin minah tu duduk kat tempat selesa sikit. Yg driver kereta dia yg minah tu langgar, x abis2 merungut kata hal ni dah menyusahkan dia. Amboi, xde kesedaran sivik tul! Camna kalau terjadi atas diri sendiri atau kaum keluarga? Sy sikit lagi nak ckp, ni bulan posa encik tapi terfikir dia ni bukan muslim kot sbb muka cam chinese cuma cara ckp tu sebiji org melayu la. Kat melaka mmg cam gini, ramai cina, india boleh ckp melayu sebiji org melayu so kadang2 confuse diorg ni kaum apa. 

Lepas tgk minah tu dah settle down, duduk bwh pokok ditemani 2 lelaki, sy pon gerak la pegi sbb ada meeting kan....

Korang, hati2 di jalan raya ye!


Thursday, August 2, 2012

Surat Chenta

Kisah pagi semalam...

Pegi tgk rumah baru ngan cik HB (yey! kunci sudah dpt!) nak tgk any defects then nak revert to developers. Sedar2 tepon lupa nak bawak rupanya. So lepas inspect rumah, sy pon drive nak balik umah nak amik tepon. X jauh pon, 3km ada kot. Tapi elok2 pas selekoh  ada road block rupanya. Maka mokcik pon ditahan.

Sebab?

Gue tidak pakai seatbelt. Mmmm....

So dpt la surat 'chenta' dr pak polisi. RM300 ada kot ye nak kena bayar?

Moral of the story: Pakai la tali pinggang kelendar bila2 masa anda memandu. Bukan sbb x nak kena saman tapi utk keselamatan anda jua.


Monday, July 30, 2012

Ambil Iktibar

Terkejut baca KOSMO! hari ni. Berita seorg ibu muda, beragama Islam ditemui mati, dipercayai membunuh diri dgn menggantungkan diri kat kipas bilik tidurnya.

Rasa x percaya pon ada sbb beliau dikatakan bertengkar dgn suaminya sebelum itu, kemudian menguncikan diri di dalam bilik tidurnya. Suami yg sangkakan isterinya tu merajuk, pon pi la ketuk pintu bilik ajak buka puasa. Bila ketuk2 x buka, suaminya pon pecahkan pintu dan jumpa isteri dah tergantung tak bernyawa kat kipas angin.

Kalau betul arwah benar2 bunuh diri (mana la tau kalau sebaliknya kan?), alangkah sedihnya nak2 arwah ada anak berumur 2 thn yg ada dirumah ketika kejadian. Tambahan pula skrg bulan puasa. Takkan begitu hebat tekanan sampai mengambil jalan singkat i.e bunuh diri?

Hmmm...kita x tau cerita sebenar. 

Nauzu billahi min zalik.... apa2 pon kita ambil la iktibar. Diakui, kadang2 sy pon rasa tertekan dgn cabaran kehidupan. Walau bagaimana berat pon masalah yg kita tanggung, jangan la ambil jalan singkat yg dilarang dlm Islam. Apa2 pon masalah yg dihadapi, mengadu la pada Allah s.w.t. Insyaallah akan ada jalan keluar.

Seperti maksud dlm Surah Al-Insyirah:

 Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


Thursday, July 26, 2012

Breastfeeding while fasting...

Salam Ramadhan semua!

Alhamdulilah, it's the 6th day puasa, and as an exclusive-breastfeeding mother, I am still doing ok with breastfeeding while fasting.  Ada la sedikit pengurangan in pumping production. Selalu, non-fasting time I managed to get 5oz every pumping session. Tapi bila berpuasa, pumping in the morning ok, still dpt 5oz, cuma menjelang tengahari dan petang, boleh dpt lebih kurang 3oz. So far stok masih cukup and I am praying so hard semoga terus cukup tanpa perlu sy meninggalkan puasa.

A chinese lady engineer from contractor team was very concern about me fasting while breastfeeding. and she keeps asking 'ok or not?'. I told her, yes Islam allows a breastfeeding mother to skip fasting if she is worried that by fasting will do harm to her or her baby. But as for me at the moment, I feel ok, milk production is still doing well, so why would I skip fasting, right?

Actually, I try to follow useful tips for breastfeeding mothers who are fasting. The key point is, drink plain water (without ice) as much as possible during break fast and sahur and in between (kalau stay up la kan, tapi mak kul 8.30pm tu dah lalok/ngantuk sampai x leh nak buka mata. Dan juga makan kurma sebanyak mungkin. 

Sebelum ni ada amik VCO yg dikatakan supplement yg boleh menambahkan susu badan. Tapi dah abis sebotol. Nak beli lagi, supplier kata stok dah abis, kena tunggu dulu. VCO ni boost la sikit milk production tapi takde la byk sgt. Then ada terfikir nak amik Shaklee tapi since production xde la kritikal. Nanti dulu la. 

So menyusu dan berpuasa sebenarnya takde masalah kalau kita dah bersedia dr awal. As for me, selalu minta nasihat from my best friend, Linda yg dah dua kali berjaya exlusively breastfeeding anak2 dia sampai umur 6 bulan, then continue sampai umur 2 thn. Lagipon byk website penyusuan ibu yg membantu.

Insyallah boleh!


Monday, July 16, 2012

On Being Housewife

I'm on EL today. Nabilah bangun tido ngan muka kesian, kata rasa nak demam n muntah. Selalunya susah nak percaya because she always a drama queen but I checked her temperature and it was 38.5C. So ok la, x yah gi sekolah ari ni. Takut kang pengsan lak kat sekolah kan...So bg dia mkn ubat demam dan suruh tido balik.

Tapi sapa nak jaga dia kat rumah?

Nak anta kat daycare rasa mcm bersalah sbb anak sakit, xkan la nak letak kat org. Ubat mmg ada tapi x elok la kan. Sy mmg boleh aje cuti tapi dek kerana cuti yg ada ciput aje, nak save utk raya and so on, kalau boleh x mo la amik cuti. Cik HB cuti ada byk lagi tapi hari ni lak dia ada benda penting x leh skip. So i la terpaksa cuti kan...

After one hour Nabihah dah off to school, elok je si Nabilah terlompat2. Adehhh..geram tul ngan anak dara sorang ni, tadi kemain lagi aksi dia sakit, siap nak muntah2, berselimut bagai....alih2 siap main game, terpusing sana, terpusing sini!

But the good thing is, byk keje rumah boleh settle hari ni. Even weekend baru je berlalu, x siap sy nak siapkan semua keje2 rumah. Gi groceries shopping la, gi window shopping la, gi tgk sample house la...pendek kata susah nak lekat kat rumah (ok, cik HB ye yg suka ajak merayap ^_^)

But as per now, it's not even noon, sy dah siap masak bubur nasi (requested by budak yg kononnya demam), dah siap kemas bilik belakang @ store, dah gosok baju2 utk seminggu dan sempat lagi berblogging...hehehe. Thanks to Insyirah yg tido nyenyak since pagi. Insyirah pon sy x anta kat babysitter pagi ni sbb x sampai hati. Ye la, kita cuti dok rumah, xkan nak hantar kan....tapi Insyirah cerdik, x mo dia minum EBM yg sy reserved since Sabtu sbb Sabtu patut keje tp sy x gi, so ada satu botol EBM spare yg kalau x minum by today, kira expired dah. She rejected anyway walaupun dah dipanaskan seperti sepatutnya sbb dia tau yg fresh, direct from the breast is available! Nampak gayanya kena la jugak buang susu 5oz tu...huhuhu

Honestly, I love being housewife. Maybe it sounds boring to some people but as Ustaz Don Daniyal ckp : Pekerjaan terbaik utk seorang isteri ialah menjadi surirumah tangga sepenuh masa. 

I believe that walaupun sy seorg isteri yg bekerja. 

Teringat perbualan minggu lepas dgn seorg lady engineer, a chinese woman yg x paham kenapa sy sanggup berhenti bekerja keje 3 thn lalu n now just back to work on a contract basis. Sedangkan dia percaya, if I'm willing to move to KL, I would get an engineer position on permanent basis and good salary considering the experience I have.

The thing is, I'm not willing! Sy tak mahu jadikan seorg yg pentingkan kerjaya tapi takde masa utk anak2. Kalau boleh, sy tak mahu hidup berjauhan dr suami/anak2 disebabkan kerja. I know some people mmg terpaksa hidup begini, it's not a choice sometimes, it's more because of survival. Tapi alhamdulilah, kehidupan kami masih baik kalau cuma cik HB seorg shj yg bekerja. Cuma x boleh nak bermewah2 je la. Dan kerja yg sy ada ini mmg sgt convenient sbb tempat kerja yg dekat dgn rumah, waktu keje yg flexible, bos yg ok dan working environment yg menyelesakan. So ini lah sebab kenapa sy kembali bekerja.

To all housewives out there, be proud of what you are doing. No doubt, masyarakat kita in general suka pandang rendah pd wanita yg tak bekerja seperti yg penah sy alami. Tapi selagi kita lakukan yg terbaik utk keluarga kita dan dgn hati yg ikhlas, Insyaallah besar ganjarannya samada di dunia atau akhirat.

Wednesday, July 11, 2012

Bedroom Ideas

Maafkan sy sbb asik come out dgn entry featuring interior design. Can't help it! Byk sgt design cantik2 kat internet. Tak boleh stop tgk. So kita kumpulkan dulu mana berkenan. Cedok idea sana sikit, sini sikit. Kot2 ada budget boleh la apply kan?

Tak berapa berkenan dgn colour tapi sgt berkenan 
dgn plaster ceiling yg cover the top of curtain. 
Cantik je nampak langsir tu jatuh.

Colour scheme sama je ngan gambar atas but 
somehow this looks so cozy right? Katil cantik!

Haih...balik2 berkenan kaler coklat!

Berkenan jugak dgn katil kayu camni and 
yellow/orange colour paint

But the colour is too bright, no? 
mcm nanti rasa panas la pulak

Lawa jugak wall dgn kaler biru laut dak? 
But the bed of course too much for me. 
I like something simple aje

Love this too!!!

Aaaa....chanteknya!!!!

Ok, cukup la dulu. Nanti kita tgk lagi ye!