Pages

Thursday, June 6, 2013

Yes, I did it!

Yesterday, after work, it was cloudy and drizzling.

And I thought "there goes my walking plan"

Then, I remembered I've bought the Zumba workout DVD couple of months ago which I haven't even use it. Last time, it was because cik HB said he misplaced the DVD connection cables, I tried the DVD on laptop, it never came out playing.

But now the DVD is already connected to the TV, so no more EXCUSE!

So, I played it on and started. Cik HB was making fun of me but I just ignored him. The children were sprawling around the carpet in front of the TV and I just made do with the available spaces around.

The Zumba DVD is not so bad. It has two parts - first is toning and second is Sentao (if i'm not mistaken). Toning is ok, I can follow the steps quite successfully. They use weights (dumbells) in the process, I don't have weights but I used 2 unopened chili sauce bottles which I have in the kitchen cabinet. 

See, NO EXCUSE.

First part done in 30 minutes, I sweated all over.

Thought of continue with the second part - SENTAO. But the steps are more extreme and fast. I didn't have heart to it. For starting, 30 minutes is good enough, eh?

If you don't know what is Zumba, see this Youtube video:


Wednesday, June 5, 2013

Just Keep Doing It

I don't know when I would ever come out with weight loss success story of my own....

I was down to 68kg, I was happy I got down below 70kg. I know it's not so much but getting the numbers down shows it's progressing.

But then I was challenged with the hospital stay. 

Staying in the hospital for 5 days was really boring and the only place I could escape from the room is the hospital cafe. And the cafe did not help with my weight loss control as they have so much options of food. And they have delicious coffee too.

Being in the room, and due to boredom, I munched on something. I really lost control.

Out from hospital, my eating plan still haywire. I gave excuses to myself, there's no proper healthy food in the house, I have no time to shop, etc. etc. I ended up eating the typical high-carb food options - white rice, fried mee....and in big portion!

Yesterday, I forced myself to step on the scale...

I am back to 70kg!!!!!!!!!!!!

Surprise? Nope...I did that to myself.

So today, I determined I would start again. I made dragon fruit juice for early breakfast. I made quinoa beans salad and packed it for lunch. Quinoa has been sitting in the kitchen cabinet for quite sometime and I kept giving excuse of not eating it because I have not bought the ingredients to make a quinoa salad. 

Excuses no more...I cooked the quinoa, and I mixed it with boiled beans I already stored in the fridge few days ago. I cut some cherry tomato, ice-berg salad and diced some onions, toss it to mixture. Then add salt,pepper and squeezed half of lime for its juice and mix everything well. 

I also brought two sachets of Jacob's oat biscuit for snacking.

In the office, I made a mug of oat-Horlick drink and another mug of green tea. And a bottle of 1L plain water which I target to finish it off by lunch time. I also logged in to WebMd and recorded what I've eaten.

12pm, I refilled 1L bottle plain water and ate my quinoa beans salad. It tasted quite good actually :).

As of now at 2pm, I made a mug of green tea and snacked on 2 pieces of Jacobs.

I also googled for more weight loss motivations and I found this nice blog called Mama Laughlin. 

She was at 198lbs (90kg) and now she is at 135lbs (61kg) and loss the weight by eating right and doing exercise.

So she's my latest weight loss idol now :)

I am planning to go for a 30-min walk after work today. Let's see whether I could make it. 

Silent Asthma Attack

Hari Isnin malam, we went out for dinner sbb nak shopping sikit kat Tesco lepas tu. Kami mkn kat Nasi Ayam Gemas and Nabilah kalau makan kat situ sure nak makan chicken chop. Tapi as usual dia makan x abis, so ummi jugak la kena abiskan...huhuhu.

Lepas makan kami gi Tesco tapi Nabilah komplen dia sesak nafas. We thought she was having her usual crankiness so we ignored her at first. But then she kept complaining so kami batalkan je la shopping dan balik sbb tak boleh nak membeli pon kalau anak asik komplen x sihat. We thought she was sleepy that was why she was acting that way. But then I insisted to cik HB singgah the nearest clinic to check her out. Mana la tau if it something serious kan?

Kami pegi klinik panel Dr. Rosnani kat Batu Berendam. Nasib buka lagi walaupun masa tu dah dekat pukul 10 mlm. I waited in the car sbb Insyirah menyusu. Then cik HB called kata doc bagi neb kat Nabilah. Few minutes later cik HB called lagi kata doc nak refer Nabilah to hospital cause she suspected Nabilah is having silent asthma attack! 

Takut mokcik! 

I pon masuk dalam klinik dan tengok Nabilah was on nebulizer.

Kat klinik lepas neb.

Doc called ambulance dtg sbb dia kata bahaya kami bawa Nabilah sendiri by car sbb level oksigen dia kena monitor, takut dropped ke paras bahaya. So kami kena la tunggu ambulan dtg and only mother is allowed to ride in the ambulance. Cik HB, Nabihah dan Insyirah followed us by car.

First time I naik ambulance. Ada la jugak feeling2 ER masa tu. The medical staff monitored Nabilah's pulse rate and oxygen level. She said her oxygen level seemed to be ok. So takde la I risau sgt. Tapi risau naik ambulance yg punya la laju. Kalau x hold on to something rasa cam nak tertonggeng je bila dia amik corner!


Sampai ER Hospital Pantai, they kept monitoring her pulse rate and oxygen level and put her on oxygen for a while to stabilize her breathing. ER doc checked her but from her observation she seemed to be ok. But she advised her to be warded overnight for observation.

I googled (nasib la boleh google sokmo), silent asthma is defined as:

Silent asthma is a type of asthma that occurs suddenly and is usually severe. The wheezing that usually precipitates and asthma attack is usually absent or very mild. Silent asthma involves rapid constriction and inflammation of the airways which makes breathing difficult.


Malam tu cik HB yang jaga Nabilah kat hospital sbb saya nak kena jaga Insyirah. Next day, cik HB kata paed checked, he didn't want to diagnose Nabilah as having silent asthma attack. Nabilah mmg tak penah kena asthma pon sebelum ni. He just advised us to be alert on her condition in future. By ptg paed bagi pelepasan utk discharge. Alhamdulillah.

I suspected dia jadi camtu because the day before dia mandi laut lama sgt. Tapi entah la. Hopefully x jadi lagi mcm ni lepas ni. 

I named May/June as bulan hospital. Cik HB's family ada WhatsApp group and since bulan lepas, ada ramai our family member kena hospitalized. Bermula ngan my biras kena denggi, then sorang adik ipar bersalin (ni normal la kan :)), then Insyirah kena warded, then Kak Na my biras pulak warded sbb chicken pox, dan the recent one cik Nabilah la. 

Harap2 no one adding the statistic lepas ni...health is wealth!

Picnic @ Tanjung Bidara

Hari Sabtu dah pegi Taman Rama-Rama, hari Ahad kami pegi piknik kat Tanjung Bidara pulak. Kami pegi ngan kawan kami, Wali and Enon, kawan seperjuangan A-Level and Uniten. Saja ajak diorg memandangkan diorg pon ada anak2 lebih kurang sikembar. Umar is seven and Uzma is five years old. Jadi sesuai la berkawan ngan kembar. Wali and Enon pon baru pindah ke Melaka tahun lepas. The more the merrier kan...

Kami pegi awal, kul 9.30 am dah sampai. So boleh parking dgn selesa dan cari port yg baik. Saya bawa nasi lemak dan sandwich sardin, Enon bawa mee goreng dan tit-bits. 

Pantai Tanjung Bidara agak ok dan cantik juga la. Tak la bersih sgt tapi boleh la. Cik HB nyaris terpijak kaca pecah masa mandi-manda. Saya and Enon x turun pon ke dalam air, jadi kami lepak2 aje bawah pokok. Sebab byk pokok, jadi xde la terasa panas.

Budak2 dan bapa budak seronok main air

Insyirah takotttt....kejap je cik HB bawak dia dalam air. Dia dok pejam mata dan peluk cik HB sekuat hati. This is her first time at the beach...agaknya belum biasa lagi.


Budak2 main pasir

Sebab dia takut air, jadi dia melepak ngan umi je la. Main pasir pon tak nak, siap kaki kena pasir pon dok kuis2...haih, cam anak bandar sungguh!

Susah nak suruh budak2 ni makan, asik berendam dalam air. Naik makan kejap aje. Makan aiskrim pon nak lepak dalam air!

Pukul 3pm, kami balik walaupun budak2 tu agak payah nak suruh keluar dari air. Habis la pasni sikembar sure asik ajak pi pantai. Sebelum ni diorg x tau ada pantai boleh mandi-manda. Kami penah bawak diorg pi Pantai Puteri kat Klebang tapi waktu petang dan x mandi. Just jalan2 amik angin.

Tengok la ye, bila free nanti boleh dtg lagi.

Tuesday, June 4, 2013

Taman Rama-Rama Melaka

Cuti sekolah dah masuk minggu kedua. Kami tak boleh nak plan jalan jauh2. Cuti mokcik dah abis masa Insyirah masuk hospital hari tu.

Tapi kesian pulak kat kembar tu tak kemana2. Mujur la kami ni dok dekat tourist attractions. So we took them to Taman Rama-Rama. Dah bertahun dok Melaka, ni la first time pegi Taman Rama-rama. I thought it was going to be boring sbb takkan nak tgk rama2 aje..

Tapi not bad jugak la Taman Rama-Rama ni..worth a visit jugak la. Sebab ada byk jugak koleksi haiwan. Kira mcm mini zoo jugak la. Ada species burung2, ular2, reptilia2 lain, buaya, arnab and of course rama2 la. Ada taman ikan koi yg sgt nyaman dgn lanskap yg cantik. So utk tiket yg bernilai RM10 utk dewasa dan RM7 utk kanak2, kira berbaloi la.

First time tgk burung merak putih. Cantik dan exotic!

Antara species burung yg ada
Entrance to Taman Rama-rama

Tak byk rama2 yg cantik, cuma banyak rama2 warna hitam/kelabu ni aje

Kakak seronok ada rama2 atas kepala dia

Punya la banyak rama2, sana sini diorg hinggap, takut terpenyek aje!

Ada la few yg colourful
Buaya pon byk kat sini

Burung unta pon ada

Taman ikan koi yg sgt cantik dan sejuk

Ikan2 ni sgt friendly....agaknya tunggu org bagi makanan

Ada arnab tapi gambar x clear la pulak

Kat souvenir shop, si kecik ni jumpa bouncer ni, terus duduk atas tu. Lama nak tunggu dia bosan ngan benda tu

Lepas tu dia berkenan ngan stools yg comel2 ni..empat2 tu dia test duduk..hehehe

Kami spent masa kat dalam dalam 1 jam lebih je. Cukup la tu...disebabkan dekat dan entrance fee pon x mahal lenkali boleh dtg lagi. Dtg utk jalan2 aje, makan kita balik rumah ye!

Mokcik kedekut! hehehe

Thursday, May 30, 2013

Be Alert

Masa Insyirah warded tu, ada org share satu kisah baby ni kat FB. Umur lebih kurang Insyirah, just a few weeks older. Condition juga sama, bermula dgn demam dan selsema. Parents dia dah rujuk ke klinik dan hospital dari awal lagi tapi kesnya menjadi lebih extreme, Allah lebih sayangkan dia. Dia meninggal dunia setelah lebih kurang seminggu bermulanya demam itu.

To the parents, I can only pray may both of you stay strong and positive. It's really sad losing our child, but we all know he is in better place now. 

For info, the mother has a blog and you can visit her HERE.

I share it here for our awareness....jangan ambil mudah bila anak demam, x sihat. It could lead to something serious. Walaupun ajal maut di tangan Tuhan, tapi kalau kita dah berusaha sepatutnya, Insyaallah kita tak rasa menyesal seumur hidup....


Perginya seorang permata hati indah, Aqil Hamzah
----------------------------------------------------------

25 April 2013 (Khamis)

Genap Aqil setahun 2 bulan. Aqil mula demam. Hari2 sebelumnya dia seorang anak yang ceria, aktif macam biasa. Makan pun berselera. Comel dengan keletahnya.Kami ingatkan demam ni mungkin demam nak "tambah akal" atau nak tambah gigi. Sebab kebiasaanya Aqil akan demam bila masuk "bulan" baru. Tapi kami tak pernah pandang remeh kalau Aqil sakit. Risau tu sentiasa ada. Petang tu kami ke DEMC, suhu Aqil 38.3. Dr. Aida check Aqil. Check telinga, nafas, heartbeat. Semua ok. Alhamdulillah. Doktor kata demam dan tekaknya merah sikit. Nafas pun ok takde bunyi. Doktor bagi paracetamol syrup dan ubat selsema. Aqil selsema sikit sebab doktor kata dalam hidung Aqil ada macam berkuping2 (hingus kering).

Lepas makan ubat, Aqil ok. Demam kebah. Aktif. Kami bagi dia ubat setiap 4-5 jam. 2 hari lepastu kami perasan Aqil demam lagi. Demam dia akan kebah 1-2 jam lepas makan ubat, tapi lepas tu panas balik. Masa demam dia kebah, dia aktif. Kami sempat ke birthday party Aish Sabtu tu.

28 April 2013 (Ahad)

Badan Aqil panas. Panas dari demam yang sebelumnya. Hanya Allah yang tahu betapa risaunya kami haritu. Kami ke DEMC semula. Kali ni jumpa Dr Gulam. Suhu Aqil 39.7. Ya Allah. Tinggi sangat. Dr Gulam check nafas Aqil, dia cakap ada bunyi sikit. Aqil kena neb. Lepas neb Aqil nampak lega. Blood test Aqil pun ok, Doktor kata takde virus infection ataupun denggi. Alhamdulillah. Kami lega. Doktor bagi paracetamol dan antibiotik. Antibitiok yang wajib dihabiskan dalam masa 3 hari. Kalau lepas habis antibiotik,dan Aqil masih demam,doktor nasihatkan ke DEMC semula.

29 April 2013 ( Isnin)

Esoknya Aqil dah tak demam. Syukur. Cuma kami perasan,dia selalu merengek. Bukan menangis,merengek. Merengek sambil ketap mulut. Taknak menyusu. Makan nak,cuma nak yang lembik2 je. Masa ni memang ingatkan dia sakit gusi sebab perasan ada gigi baru.2 gigi bahagian atas. Dia merengek je. Dan nak mintak dukung sentiasa. Bila letak dia menangis. Malam tu kami risau sebab Aqil taknak tido.Merengek nak ayahnya minta dukung. Di bagi susu (direct), dia takmo. Tapi bila dibagi air kosong dari dalam botol air, laju je dia sedut. Bersungguh2. Aku pump,bubuh susu dalam botol air. Barulah dia minum. Malam tu kami pun tak tido, berusaha macam2 cara untuk tenangkan dan tidurkan Aqil. Bila dia dah tido, sekejap je..lepastu dia akan merangkak ke atas perut ayah dia mintak dukung. Ya Allah..sebaknya tengok dia. Manja sangat dengan ayahnya. Merengek je. Aqil masa tu nampak penat.

30 April 2013 (Selasa)

Terus kami bawa Aqil ke DEMC sebab risau tengok keadaan dia. Badan Aqil panas sikit. Nafas pun nampak kuat. Aqil nampak letih sangat, pucat. Memang kami bertekad, nak Aqil berehat dalam wad sebab kesian dia tak tido. Syukur Dr Gulam yang bertugas masa tu. Dia semacam terkejut tengok Aqil sebab 2 hari lepas dia jumpa Aqil aktif. Menangis2 masa neb. Kali ni Aqil nampak letih dan pucat. Perasaan aku masa tu hanya Allah yang tahu. Doktor check nafas Aqil, katanya agak kuat. Dada pun dengar bunyi sikit. Aqil kena neb. Lepas neb, Aqil kena amik darah untuk buat blood test. Dr datang dengan muka risau. Masa tu aku tau ada yang tak kena dengan Aqil. Ya Allah..kau beri kanlah aku dan suami kekuatan atas segala kemungkinan yang berlaku. Doktor kata sel darah merah, platlet sel darah putih Aqil turun mendadak dari blood test hari Ahad haritu. Masa tu memang sedih sangat. Kenapa dengan anak mama ni?? Mesti ada yang tak kena. Doktor buat xray dekat dada Aqil. Dr Ahmad, paedtrician DEMC pun ada sekali masa tu. Nampak Dr Gulam dan Dr Ahmad tengah berbincang sambil tengok xray Aqil. Aku dapat rasakan sesuatu masa tu. Dr Ahmad dan Dr Gulam datang pada kami. Masa tu Aqil baring dia atas badan ayahnya sambil buat neb. Xray Aqil menunjukkan paru2 Aqil sebelah kanan putih, ada "sesuatu". Penuh dilitupi dengan "sesuatu". Ya Allah..kau selamatkan anak ku. Tapi doktor pun tak pasti apa "sesuatu" tu. Mungkin pneumonia (jangkitan paru-paru). Tapi bukan pnuemonia biasa sebab kalau pnuemonia, sel darah tak berkurang. Aqil kemudian dipasangkan tiub oksigen, untuk bekalkan oksigen yang cukup dalam badan dia. Aqil admitted di High Dependy Unit (HDU).

Sepanjang dalam wad, Aqil kena neb setiap 1 jam. Malam tu Alhamdulillah Aqil nampak tenang. Dia menyusu macam biasa dan tido. Cuma sesekali terjaga bila kena neb. Dr Ahmad datang check Aqil malam tu, dia arahkan tiub oksigen Aqil dibuka sebab bacaan oksigen Aqil dah ok. Syukur.

1 Mei 2013 (Rabu)

Lepas Subuh nurse pasangkan balik tiub oksigen dekat hidung Aqil sebab bacaan oksigen Aqil rendah semula. Aqil nampak pucat tapi bertenaga banding hari sebelumnya. Pagi tu elok je dia, tak merengek.Kami suapkan dia breakfast. Dia nganga, buka mulut, makan. Suka kami masa tu tengok Aqil nak makan. Masuk suapan ke 4, Dr Ahmad masuk. Riak muka risau. Dia check Aqil..nafas, heartbeat. Rasa perut Aqil. Pandang kami dengan muka yang risau. Katanya, Aqil bukan pneumonia. Kalau pneumonia, kanak2 masih aktif. Aqil nampak lemah dan pucat. Diperiksa perut Aqil tadi, nampak membengkak. Hati dan limpa Aqil mula membengkak. Masalah Aqil serius. Dia terpaksa refer kes Aqil ke Hospital Kuala Lumpur haritu jugak sebab di sana ada lebih ramai doktor pakar. Ya Allah..anakku!!! Air mata berjujuran tak boleh disekat2 lagi. Encik suami cuba untuk tenangkan aku, tapi tak boleh. Aku rasa takut setakutnya. Takut kehilangan anak tercinta. Ya Allah, kau selamatkan Aqil Hamzah.

Jam 11 pagi, kami ke HKL dengan menaiki ambulans. Aqil ku peluk erat. Dalam hati tak putus2 berdoa agar Allah kuatkan Aqil. Sembuhkan penyakit Aqil. Kalau boleh nak amik sakit Aqil tu, biarlah mama yang sakit. Bukan Aqil. Sesampainya di Institut Paedratik HKL, Aqil dimasukkan di wad Kanak-Kanak 1. Ramai doktor2 mengelilingi Aqil. Doktor praktikal, doktor pakar. Ramai. Aqil nampak lemah. Taknak senyum. Taknak makan, dan minum. Sekali sekala Aqil terbatuk, dan macam nak termuntah. Mungkin tekaknya kering. Bibir Aqil kering. Aqil kemudian dibawa masuk ke 1 bilik, kami terpaksa tunggu di luar bersama kesayangan Aqil yang lain. Tok ayah, tok mama, opah, maklong, ayahlong, makngah, ayahngah, ibu, ayah GG semua ada dekat luar tunggu Aqil. Semua risaukan Aqil. Dalam bilik tu darah Aqil di amik untuk dibuat blood test. Seorang doktor datang, tanya ada ahli keluarga yang ada kanser? Kami jawab takde. Family aku dan family suami memang takde kanser. Hati ku memang berdebar2 sangat masa tu. Sedih, takut. Mereka suspect Aqil ada kenser darah atau luekimia sebab sel darah Aqil pecah2. Sel darah merah dan darah putih Aqil makin merosot. Ya Allah. Luluh hati ku dengar apa yang doktor tu kata. Datang lagi seorang pakar, katanya kemungkinan "sesuatu" di paru-paru kanan Aqil tu ialah tumor atau lymphoma ( kanser darah). Tak tertahan lagi rasa sedih kami.

Tak lama lepastu datang lagi doktor, terangkan yang takde abnormal cell dalam darah Aqil, maksudnya kemungkinan bukan kanser. Syukur, rasa lega bila dengar penjelasan doktor. "Ya Allah, kau selamatkan lah Aqil". Doktor kata Aqil kena dijalankan "blood transfusion" dengan segera sebab Aqil makin pucat. Aqil tak boleh makan dan minum sebelum blood tranfusion dijalankan. Aku rindu sangat nak susukan Aqil masa tu. Sedih. Sebab bibir Aqil makin kering. Aku lembabkan bibir Aqil dengan vaseline. Petang tu Aqil dipindahkan di High Dependency Ward (HDW). Wad penjagaan separa rapi. Masa di sini, badan Aqil dah dipasang dengan 3 jenis wayar di badannya untuk memantau heartbeat dan nafasnya. Wayar di ibu jari. Tiub ubat dipasang di tangan kanan dan kiri. Sedihnya tengok keadaan Aqil. Malam tu "blood transfusion" dijalankan.Dimulakan dengan suku beg darah putih, kemudian separuh pain (kira2 200 ml) darah merah dimasukkan ke dalam badan Aqil. Aqil tido sepanjang proses dijalankan.

Alhamdulillah aku diberi katil di wad sebelah untuk tido disitu. Susah nak lelapkan mata, walau badan penat, terasa macam nak sentiasa berada disamping Aqil. Pukul 2 aku masuk ke HDW, tengok Aqil tengah tido nyenyak. Ku usap rambutnya, bisik dekat dia " Aqil kuat ye sayang..mama tau anak mama kuat". Air mata memang jadi peneman setia sepanjang aku dekat hospital. Tak sanggup tengok keadaan Aqil.


2 Mei 2013 (Khamis)

Pagi tu lepas subuh, aku terus pergi tengok Aqil. Rindu tak terkata. Rindu nak peluk Aqil. Rindu nak susukan Aqil. Aku masuk HDW, tengok Aqil dah bangun. Aktif. Dia nampak aku, terus depakan tangan minta dukung. Ya Allah..anak mama macam dah sihat. Dah tak pucat. Kulit dah kemerahan2, bibir pun tak pucat. Ya Allah, syukur padamu. Aku dukung Aqil, letakkan kepala dia dekat bahu aku. Rindunya nak peluk dia macam tu. Walaupun wayar berselirat tapi nurse benarkan untuk aku dukung Aqil. Aqil kemudian semacam tak selesa, nak di tarik2 nya wayar yang berselirat dekat badan dia. " Tak boleh la sayang, tak boleh cabut semua ni, Aqil nak cepat sihat kan, Aqil kuat kan". Aku pujuk Aqil. Aqil merengek, nangis. Doktor kata awak boleh nyusukan dia kalau awak nak. Itu akan buat dia tenang. Aku suakan nenen, Aqil minum..macam haus sesangat. Aku sebak. Tengok Aqil minum susu. Aku bersyukur sebab Allah makbulkan doaku untuk susukan Aqil. Aku betul2 rindukan nak menyusukan Aqil. Aqil minum susu sampai dia tertidur. Bila dia dah tidur, aku angkat letak dia semula atas katil. Masa tu aku perasan badan Aqil macam berat sikit. Aku tatap muka dia masa dia tido. Indahnya perasaan tu."Cepat sembuh sayang, mama rindu nak tengok Aqil senyum"

Tengah aku menatap muka Aqil, nurse datang kata Aqil tak kencing dari malam tadi. Doktor datang dengan muka risau. Aku benci bila doktor buat muka macam tu. Sebab aku mesti ada yang tak kena dengan Aqil. Doktor kata, Aqil tak kencing sejak malam tadi. Mereka takut kalau jangkitan dah sampai ke buah pinggang Aqil, keadaan Aqil akan jadi lebih serius sebab buah pinggang tak dapat "mencuci" darah yang baru Aqil terima. Jadi doktor terpaksa masukkan ubat untuk buat Aqil kencing. Dan masukkan tiub kencing di bibird Aqil. Ya Allah..sakitnya Aqil!! Walaupun aku tak dibenarkan tengok waktu tiub kencing tu dipasangkan, aku tahu betapa sakitnya Aqil sebab aku pernah melaluinya. Lepas Aqil dipasangkan tiub kencing tu, dia nampak sangat tak selesa. Menangis. Sekali sekala dia cuba untuk bukak pampers dia, aku tau dia tak selesa kat situ. Sakit."Ya Allah..kau sembuhkanlah Aqil. Kau kuatkan lah dia." Aku dukung dia. Bergilir2 dengan ayahnya. Aku mula perasan badan Aqil macam dah "membengkak" sikit. Kami pujuk Aqil, "Aqil kencing ye sayang..Aqil nak cepat sihat kan". Sedihnya aku tengok Aqil. Hati aku macam remuk sangat tengok keadaan dia.

Doktor datang, katanya buah pinggang Aqil dah tak berfungsi, jadi kena dilakukan "dialysis" dengan segera sebab badan Aqil makin membengkak. Badan Aqil dah penuh dengan air. Takut air dalam badan Aqil terlalu banyak, dan membuatkan paru-paru2 Aqil makin lembab. Mempercepatkan lagi kuman merebak. Kami diarah keluar untuk doktor pasangkan tiub ke pundi kencing dan buah pinggang Aqil. Dan proses dialysis akan dilakukan di ICU. Aqil akan dipindahkan ke ICU segera."Ya Allah..kau sembuhkanlah Aqil".

Waktu Aqil dibawa ke ICU, sangat sedih perasaan aku ni. Aku tau, bukan aku je yang sedih..semua yang melihat keadaan Aqil waktu pun turut sedih. Seorang anak kecil, berselirat wayar penuh di badan. Dengan macam2 jenis "dadah" untuk bantu jantung Aqil terus berdenyut. Macam2. Aku masuk untuk tengok keadaan Aqil, dia tak sedar. Dah diberi ubat penenang. Tapi matanya terbuka separuh. Mata hitam dia merenung ke arah aku. Sebaknya aku waktu tu. Aku tau Aqil masa tu tak sedar lagi. Tapi matanya tu seolah2 nak memberitahu betapa sakitnya dia.Badan Aqil pun dah mula kebiru-biruan. Sedih teramat. Aku usap dahinya..cium pipinya. "Aqil kuat ye sayang".

Doktor panggil aku, suami dan semua ahli keluarga terdekat masuk ke bilik untuk membincangkan sesuatu. Doktor diagnose Aqil menghidapi Lobar Pneumonia akibat jangkitan Streptoccoccus bacteria yang paling kuat. Bakteria ni dapat dikesan di dalam urine Aqil. Kes Aqil agak luarbiasa sebab selalunya bakteria ni akan menyerang otak. Tapi dalam kes Aqil bakteria ni sangat cepat dan menyerang ke buah pinggang Aqil. Dan sepanjang dia bertugas, 98% pesakit yang kena kes macam ni akan meninggal. Tersedu sedan aku menahan sebak bila doktor cakap macam tu. "Kuatkan lah hati ku menerima dugaan mu ini Ya Allah". Doktor cakap mereka takkan berputus asa, tetap akan buat yang terbaik untuk selamatkan Aqil. Dia akan tetap lakukan dialysis dekat Aqil tapi risikonya ialah Aqil boleh "crash" bila2 masa je.Ya Allah. Doktor tu nasihat yang dia hanya lah doktor. Apa2 pun ubat yang paling mujarab adalah doa, semuanya dari Allah.

Aqil dipasangkan alat bantuan pernafasan di mulut. Mata nya dah dilekatkan dengan plaster lutsinar agar matanya sentiasa tertutup. Kalau dibiarkan separuh terbuka, risiko matanya nya akan kering, dan dijangkiti kuman. Sedih tengok keadaan Aqil. Macam tak percaya. Baru pagi tadi nampak Aqil aktif, menangis, minum susu tapi tetiba dia dah terlantar. Kaku. Aku usap rambut Aqil, 2-3 helai rambut Aqil gugur. Ya Allah.Masa tu aku bisik dekat Aqil " Mama tau anak mama kuat, anak mama kuat. Tapi kalau Aqil tak mampu nak lawan, takpe sayang mama redha". Walaupun perasaan aku sedih, hati terasa sakit masa bisikkan tu dekat Aqil, tapi aku kena kuat. Redha. Aku tak sanggup nak tengok keadaan Aqil. Tak nak tengok dia menderita.

Petang tu kami didatangi doktor, katanya keadaan Aqil tenat. Sangat tenat. 4 jenis "dadah" digunakan untuk support jantung Aqil. Mungkin Aqil tak lama, dalam masa 24 jam je Aqil akan survive. Bagai dikoyak2 hatiku masa dengar penjelasan doktor.

Dalam hati ku tak putus2 berdoa " Ya Allah, kau kuatkan lah hati kami untuk menerima dugaanMu yang sangat hebat ini. Andai kau mahu ambil anakku, kau redha kan lah kami. Kau kuatkanlah kami " Malam tu aku dan suami tak tido. Sama2 bacakan yasin untuk Aqil. Solat hajat untuk Aqil. Aku takut kehilangan anak ku, tapi dalam masa yang masa aku tak nak tengok Aqil menderita.

3 Mei 2013 (Jumaat)

Pagi tu keadaan Aqil nampak tenang. Seolah2 dia tengah tido. Badan dia pun dah kecoklatan. Bibirnya merah. Tak pucat. Doktor kata keadaan Aqil stabil. Tapi masih memerlukan bantuan "dadah" untuk teruskan jantungnya nya berdenyut. Dialysis akan dilakukan dalam masa 48jam - 72jam. Kalau Aqil kencing dalam masa 48 jam, maksudnya buah pinggang Aqil berfungsi. Ramai yang datang untuk melawat Aqil. Alhamdulillah..ramai yang sayangkan Aqil.

Lebih kurang pukul 2 ptg, aku perasan ada cecair semacam air kencing dalam urine bag Aqil. Lebih kurang 3 ml. "Anak mama dah kencing ke ni??" Gembira bercampur lega aku masa tu. Aku tanya doktor, Aqil dah kencing ke ni doktor?? Dia senyum. "Jadinya, buah pinggang Aqil dah boleh berfungsi kan doktor?". Doktor senyum lagi.."Saya tak boleh menjadi sangat positif". Even doktor taknak aku terlalu mengharap tapi aku terasa lega, nampak macam ada sedikit harapan.

Petang, ada seorang ustaz datang untuk melihat keadaan Aqil untuk cuba menolong merawat Aqil. Rawatan alternatif. Ustaz Aziz membacakan ayat-ayat AlQuran di sisi Aqil di temani ayah Aqil. Sewaktu sesi mengubati dijalankan, bacaan nafas dan "heartbeat" Aqil "jatuh" secara tiba2. Mereka berdua diarahkan keluar sementara doktor dan nurse semua nampak tergesa2 berusaha selamatkan Aqil. Ustaz kata, kalau umur Aqil panjang, dia akan usaha merawat Aqil. Ajal di tangan Allah. Semuanya Dia yang tentukan. Kita kena kuat dan redha dengan sebarang apa yang akan terjadi.

Lebih kurang 5 petang,doktor datang dan beritahu, tadi heartbeat Aqil "drop", nafas dia pun tak stabil. Darah mula keluar dari hidung dan mulut Aqil. Internal organ Aqil "crash".Ya Allah..anak mama.Aku nangis semahunya. Peluk mama, peluk mak. Doktor ada explain pasal ubat pencair darah,ubat ni, ubat tu tapi aku tak boleh fokus. Dalam hati aku, otak aku fikirkan Aqil.Aku nak masuk jumpa Aqil. Doktor nasihatkan jangan tinggalkan Aqil. Dia boleh pergi bila2 masa je.Mama tau anak mama tengah sakit. Aku tau Aqil kuat, berjuang melawan penyakitnya. Setiap hari dia memberi harapan pada kami. Tapi Aqil terlalu kecil untuk menganggung semuanya."Ya Allah..kau redhakan aku untuk lepaskan Aqil pergi"

Pukul 645 petang, doktor keluar, panggil kami untuk tengok keadaan Aqil. Aqil nazak. Aku dan suami masuk tengok keadaan Aqil. Luluh hati tengok keadaan Aqil. Badannya membengkak kebiruan, darah mengalir dari hidung dan mulutnya. Doktor bagi kami peluk Aqil dipangkuan kami. Diorang cabut wayar2 dari mesin supaya Aqil boleh berada dipelukan kami. Mama dan mak juga masuk untuk tenangkan Aqil. Kami bacakan Afatihah, bacakan syahadah. Kami selawat."La ila hailallah muhammadurrasullulah" tak henti2 di telinga Aqil.Seperti nak mendodoikan dia tido.Di pangkuan kami, aku nampak nafas Aqil turn naik. Dari mesin bantuan pernafasan Aqil, aku nampak bacaannya makin rendah dan rendah. Hinggalah doktor kata Aqil dah pergi.Tepat pukul 7 petang."Ya Allah..kau redhakan aku..kau redhakan lah aku"

Ayah Aqil minta doktor cabutkan segala wayar dekat badan Aqil dengan cara yang paling lembut sekali. Kami keluar sewaktu doktor "membersihkan" Aqil. Di luar, hujan mula turun dengan lebatnya. Semacam perasaan kami waktu itu. Sedih. Aqil Hamzah telah meninggalkan kami buat selamanya. Aku redha Ya Allah.

Esok paginya, Aqil dimandikan, dikafankan dan disolatkan dirumah. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mandikan Aqil kali terakhir. Sewaktu dikafankan, muka Aqil sangat tenang. Macam tengah tido. Dia dipakaikan kain putih seakan2 jubah. Sucinya muka mu wahai anak.Ku cium dahinya buat kali terakhir. "Semoga tenang di sana sayang". Pertama kali dalam hidup aku menunaikan solat jenazah. Solat jenazah untuk anakku. Sewaktu dalam perjalanan ke tanah perkuburan, aku dan suami sama2 memeluk Aqil. Ayah Aqil mendukung dan memasukkan dia ke liang lahad. Perlahan2 jenazah Aqil hilang dari pandangan, ditutup dengan kayu sebelum ditimbus dengan tanah.

Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Semuanya berlaku terlalu pantas. Kadang2 terasa bagai mimpi. Anak yang selalu menghiburkan hati, comel, baik budi, telah pergi buat selamanya. Hari ini genap seminggu pemergian Aqil Hamzah. Aku redha. Aku bersyukur kerana dikurniakan ahli keluarga, sahabat handai dan saudara mara yang tak putus2 memberi sokongan, semangat,pertolongan dan doa dari saat Aqil Hamzah tidak sihat hingga sekarang. Aku bersyukur diberikan kekuatan dan semangat olehNya untuk membuatkan aku terus tersenyum meneruskan hidup. Aku juga bersyukur diberi peluang olehNya untuk membesarkan selama setahun 2 bulan, seorang ahli syurga. Aku redha dengan pemergian Aqil Hamzah, permata hati yang cukup indah dipinjamkan oleh Allah. Aqil Hamzah bagaikan mimpi manis kami. Kenangan terindah kami. Kenangan indah bukan untuk ditangisi dan diratapi kan?? Rindu memang rindu, setiap hari dia didepan mata, tapi setiap hari aku mohon agar Allah berikan kami kekuatan, keredhaan. Bukan aku sahaja yang rindu, ramaiii yang rindukan Aqil. Ayah Aqil juga sangat merindukan Aqil. Aqil sangat manja dengan ayahnya. Tok mama juga rindu, opah, tok ayah, maklong, ayahlong, ibu, ummi semua rindukan Aqil.Tapi aku tak boleh mementingkan diri dengan hanya bersedih. Kalau aku terus bersedih, orang disekelilingiku juga akan bersedih. Aqil juga diatas sana akan sedih kalau tengok mama dia bersedih. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada ku dan suami untuk meneruskan kehidupan. Segala yang terjadi sudah ditentukan olehNya. Semoga dengan apa yang terjadi mendekatkan diri kami kepada Allah. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga tenang di sana sayang.
Aqil selamanya di hati mama & ayah. Di hati kami semua.
Adik Aqil Hamzah Bin Amir Fozy : 23 Februari 2012- 3 Mei 2013

Wednesday, May 29, 2013

The Hospital Stay

The long weekends, where most people spent it on vacation or family event, we on the other hand, spent it in the hospital. Second time of the year..

Insyirah start demam hari Selasa dan sy ingat cuma demam2 biasa. Sy bg dia paracetamol. But then demam dia on-off. Hari Khamis, sy bawa dia ke klinik panel thinking that she might need antibiotics. Hari tu pulak klinik Dr. Wahidah tu punya la ramai org, kami menunggu dr 9.30am, kul 11am baru dpt jumpa doc. 

Bila doc check dada dia, doc kata nafas bunyi pelik, could be asthma or bronchiolitis. Bronchiolitis as I googled means:

Bronchiolitis is a common illness of the respiratory tract caused by an infection that affects the tiny airways, called the bronchioles, that lead to the lungs. As these airways become inflamed, they swell and fill with mucus, making breathing difficult.

So dia kata kena refer to hospital for further check-up. Which I complied and asked to refer to Insyirah's paed, Dr. Lee kat Hospital Pantai.

Sampai kat hospital, terus gi klinik dr.Lee dan mujur Dr. Lee xde patient time tu. Dia terus check Insyirah dan confirm kena masuk wad. Terus naik ke paed ward dan sementara diorg uruskan Insyirah utk amik darah dan pasang drip line, sy turun ke bawah utk uruskan admission. Cik HB kena balik jemput kembar dari sekolah. Then buat x-ray pulak.

Mujur ada katil kosong walaupun 4-bedded room. Last time Insyirah warded, kami menunggu berjam2 nk dpt bilik. 

Ptg tu diorg buat physioteraphy utk buang kahak. First time sy tgk, x sampai tgk Insyirah melalak2. Physio dibuat 2 kali sehari. Neb every 4 hours. Kalau mlm2 tu tgh tido, rasa mcm kejap2 nurse dtg. Dtg amik suhu, kang dtg bg ubat, kang dtg lg buat neb. Tu yg penat dok hospital. Tido terganggu. 

Kena bedung camni, pastu belakang ditepuk2 for quite sometime.
 

Lepas tu sedut kahak dr hidung dan mulut. Mmg meraung mcm nk rak la Insyirah

Kena neb every 4 hours. Hari pertama dan kedua mmg dia melalak2 la time neb tu. 
Hari ke-3 muka dah pasrah dah!

Hari kedua: bosan dok bilik, kita pusing2 wad kanak2. 
Ada playroom tp kena kunci sbb ada kes penyakit berjangkit...huhuhu

Mujur la cafe hospital ada jual mcm2 makanan dan yg penting kopi sedap! 
Jadi ummi retreat kt sini je la bila dah x larat nk lepak kt bilik

Ada masa dia ok je layan conteng buku...hehehe

Hari kedua dapat upgrade ke single room. 
Jadi kakak2 suma 'bercuti' jugak la kat hospital. 
Angkut comforter, bantal segala!

Bila kakak2 ada, ummi n abah ada extra babysitters :)

Last day in the hospital, dah tahap bosan sgt dah, 
kejap2 ajak keluar bilik.

By 5th day, doc ckp kahak dah hampir clear, so boleh discharge. Kata physiotherapist, kes macam ni dah common dah. Waktu Insyirah masuk tu ada 4-5 kes yg sama. Budak umur 2 minggu pon ada kes macam ni.

I asked doc, since dia kata Insyirah ada sedikit lelah, bermakna Insyirah asthmatic ke? Doc kata utk first time ni, dia x consider Insyirah as asthmatic tp kalau kes ni berulang2 lagi, mmg asthmatic la. Hopefully she is not. Kesian kalau dia asthmatic.  

Bila org tanya kenapa Insyirah kejap2 masuk hospital, I don't know what to react. Ikutkan Insyirah was a full-breastfed baby until 1 year old. Only recently I top up with formula sbb production dah menurun. She doesn't go to nursery, she is exclusively cared by the babysitter. Takde budak lain kecuali kadang2 cucu babysitter dtg. But still, kalau nak sakit...apa la yg boleh dikata?

Hangat juga la hati bila kata 'kejap2 masuk hospital'. Sebab bukan la selalu sgt pon. Baru kali kedua dan kali pertama was in February which 3 months ago. Itu pun kes lain.

Tapi takpela, biar la apa org nk kata kan...yg penting kita dah amik langkah2 yg sepatutnya utk kesihatan anak kita.

Moga sihat la Insyirah sentiasa hendaknya...aminnnn.