Pages

Monday, September 9, 2013

Perihal Beli Rumah


Semalam, kat advertisement board nak masuk taman kami, developer dah tampal iklan baru new housing development. Maknanya taman kami akan bertambah besar la nampak gayanya.


Tetapi, harganya nampaknya semakin mahal (walaupun org Lembah Kelang sure kata MURAH!). Kalau ikutkan Durian Tunggal ni masih area kampung, jadi ingatnya harga rumah sepatutnya rendah lagi la. Well, nak kata apa...sure akan ada buyers jugak walaupun kita rasa ianya mahal.

Mesti la makin ramai org mengeluh dgn nilai rumah yg semakin mahal ni. Naik bukan takat 10k, 20k, by few months sampai 100k pon boleh jadi.

Alhamdulilah, kami dikira membeli rumah pada harga yg berpatutan dgn nilainya. We bought our house back in 2011 sebaik saja pulang ke Malaysia dan rumah siap sepenuhnya in 2012. Mujur la developer yg sememangnya punya track record yg cemerlang, menyiapkan rumah lebih awal dr yg dijanji.

Kakak saya beli rumah thn 2006 sampai skrg x siap2! Kes developer lari. Kesian kat abg ipar yg kesana-kesini minta tolong org kerajaan dan bukan kerajaan untuk selesaikan hal rumah dia. Dah masuk paper, masuk TV, akhirnya baru la ada pihak yg amik-alih dan sanbung pembinaan. Insyaallah bulan November katanya boleh la masuk. That makes about 7 years to be completed!. Kalau ada byk duit, boleh la pegi beli rumah lain tapi walaupun rumah x siap, installment dgn bank tetap jalan!

Kami dulu pon the first few years berkahwin, ada jugak ura2 nak beli rumah. Masa tu still menetap kat KL. Nak cari rumah mampu milik kena la mencari2 di area pinggiran bandar. Kami masa tu asalkan ada iklan rumah baru, ke Kajang, ke Rawang, Sg. Buloh gigih kami pi tengok. Ada rumah yg kalau nak book kena bayar RM50 la, RM100 la...jadi x jadi beli tetap no-refund! Ada satu rumah kat Kajang ni, kami dah berkenan dah, dah bayar duit booking bagai tapi fikir banyak sgt langsung x jadi beli. Fikir nak meredah jem nak pi keje KL, fikir juga tambahan kos utk petrol dan tol. Fikir jugak anak2 nak letak kat mana. Patut letak ngan tempat jagaan dekat opis ke or dekat rumah ke...pendek kata byk benda la fikir.

So we postponed the idea of buying house.

Adalah hikmahnya bila cik HB dpt keje kat Melaka. Dah pindah Melaka pon kami rajin jugak pi tgk show house tp masa tu kami x decide nak beli lagi sbb cik HB masih berbelah bagi nak menetap kat Melaka sampai tua ke tak...hehehe.  Then kami pi Jerman sbb cik HB further study kat sana. 

Balik Malaysia/Melaka, masa cik HB dok cari rumah sewa, dia jumpa projek rumah kitorg skrg. Jumpa developer, tgk show house, cik HB terus berkenan dan book terus. Pulak tu mmg rumah ni sgt laku, masa cik HB pi tgk, tinggal 5 unit je tinggal. Kalau lama sgt fikir, cik HB risau sold out terus.  Pastu baru call saya bgtau dia dah book rumah nak beli. Terkejut gak mokcik...baru je balik sini x sampai sebulan, tau2 dah beli rumah?

But it was a good decision, sbb saya pon suka rumah ni. Kiranya menepati ciri2 rumah idaman la. Alhamdulilah, proses pembelian berjalan lancar, rumah pon siap lebih awal dr tarikh yg dijangka. 

Tapi skrg ni proses nak dapatkan rumah yg mampu-milik dah semakin susah. Selain harga rumah yg semakin mahal x masuk akal, proses nak dapatkan pinjaman perumahan pon dengarnya semakin ketat. Kalau sebelum ni boleh dpt 90-95% loan, dgrnya nanti akan jadi 70% saja. Kalau betul, mati la camtu...kata la rumah harga 200k, kena ada cash 60k kat tgn, baru boleh beli rumah...huhuhu.

Harapannya, semoga kerajaan akan kawal selia harga2 rumah dan mudahkan la proses pinjaman perumahan. Ramai lagi org2 kat luar sana yg x mampu nk beli rumah sendiri dek kerana harga yg makin melampau2.

Thursday, September 5, 2013

Isu 20 Sen dan Kisah Seorang Ibu

Tgk tajuk pon dah tau nak citer apa kan?

Mahap la, mokcik still seronok lagi nak citer pasal hal minyak. Bukan apa, smlm first time isi minyak pada harga baru. Selalu full tank around RM80, smlm jadi RM92. 

You know, I could, if I choose - not to be bothered. 

With my job, I am provided with a SUV, along with a petrol card paid by the company and the limit is quite huge. And so far, my monthly usage would not even reach 1/3 of the card limit.

So yes, the petrol price increase would not affect me -  not directly and if I think as an individual.

But I live in a society and I'm thinking about those people who live on meagre salary. So bila saya tgk komen2 kat FB yg berbunyi "20 sen pon nak bising ke?" - saya pon nak marah tau! Obviously org2 ni mungkin tak penah bergaul dgn org2 yg hidup susah, yg mengira setiap syiling yg ada demi kelangsungan hidup. Dan x payah la nak citer pasal mereka2 yg miskin tegar, yg sebelum harga minyak naik dah sedia kala susah, tgk la golongan yg berpendapatan rendah, yg berkemungkinan jatuh ke paras miskin kesan dr kenaikan harga minyak ni.

Dgn harga minyak baru ni buat saya terkenang seseorg yg penah bekerja bersama2 saya disini tapi kemudian dapat job offer lain kat Nilai. She's a mother of three, dua kat IPTA dan seorg masih sekolah. And husband is not working due to health issue. The family based in Seremban, so masa keje kat sini dulu, she commuted Melaka - Seremban like twice a week. At first I thought, dia tinggal menyewa kat sini but I always saw her personal stuffs siap ngan toto n bantal kat surau opis. I suspected she slept in the surau throughout the weekdays tapi tak penah tanya dia. Until at last she told me mmg dia tido kat surau opis everyday. Awal2 menyewa bilik tapi kemudian dia nak jimatkan duit utk buat travelling balik Seremban dua kali seminggu, so katanya baik dia tido kat opis aje. Makan pon ala kadar, kat pantry opis, saya nampak ada la biskut kering, milo, maggi dan pek2 bubur nasi.

Saya tak terkata, tp kagum ngan keberanian dan semangat  dia. Plus, she also took cleaning jobs for our two site offices, so after office hour she would start doing her cleaning jobs. She is such a tiny lady but very energetic and cheerful.

I asked her "macamana akak larat buat semua ni?"

Dia kata sambil tersenyum "Larat x larat, demi anak2, buat2 larat la"

Apparently dr zaman muda remaja dia dah biasa buat two jobs. Penah juga siang keje kerani, malam keje cuci pinggan kat kedai mamak. Katanya kalau ada byk masa lagi, bukan takat 2 keje, 3-4 keje pon dia sanggup buat asalkan dapat rezeki halal. Dan apa saja yg boleh dijimat, dia akan jimat.

Saya selalu bersimpati ngan dia, masa dia keje sini dulu, selalu la saya belanja dia makan tengahari. Ada lagi sorang staff yg tau cerita dia jugak, bila kakak ni tolong buatkan OT claims, selalu jugak hulur duit RM50. Antara kesusahannya lainnya yg saya tau, rumahnya nyaris nak dilelong sbb dah lama x bayar installment. Actually dia bg duit kat husband dia tiap2 bulan utk bayar duit rumah, tapi husband dia x amanah, guna duit utk kepentingan sendiri. Tapi dia sgt tabah, cari jalan sedaya upaya utk selamatkan rumah dia, dan Allah bantu dia bila ada seorg kawan dia yg sanggup pinjamkan duit berpuluh2 ribu tanpa interest untuk dia dapatkan balik rumah tu.

Last week we were talking on the phone (sebelum harga minyak baru diumumkan), and I asked how she was doing, she shared the same old stories. Struggling every day nak cukupkan belanja rumah and anak2. Hari2 duit travel pon dah RM7. Her income with the new job pon not so much, x sampai 3k pon. And she can't do part time job sbb keje banyak, dia selalu balik lambat and now dah stay kat rumah sendiri, balik kena masak dan urus rumah lagi.

So I guess she's one of those people who would be badly affected with the petrol increase. Semoga dia bertabah dan diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran kehidupan. I just hope she is healthy sbb masa kat sini dulu dia selalu sakit perut dan saya dah berkali2 suruh dia gi hospital. Tapi dia ckp, xpe...sakit sikit2 aje, padahal masa sakit perut muka sampai pucat2.

Dan tolong la utk mereka2 yg claim 'mampu' tu, jgn la come out dgn statement2 yg mengguris perasaan ramai pihak. 

Tolong ada hati perut sikit!

Tuesday, September 3, 2013

Segalanya Naik Lah!

Kecoh kan semalam minyak petrol RON95 naik 20sen/liter....

Ramai la org meroyan kat FB, I pon meroyan sama but I choose to meroyan kat dalam blog ni instead of FB. FB kang ramai pulak mengomel, ada yg x kisah minyak naik, ada yg marah sgt2...kang I pulak antara yg bertanggungjawab menimbulkan huru-hara kat FB. Satgi kang ada je yg saling unfriend/block bagai...hahahaha. Kat blog ni hanya org yg rajin dtg melawat je yg akan baca, komen pon belum tentu....

Semalam geng wassap taman perumahan kami melaporkan kejadian amuk kat Shell Durian Tunggal. Dipercayai ada org mengamuk sbb tak dapat nak isi minyak sebelum harga RON95 dikuatkuasakan. 
Hah, dasat x dasat meroyan?

Untuk yg x kisah tu dan rasa ianya mmg tindakan wajar...wahhhh, saya kagum dgn anda!

Maybe pendapatan anda skrg sgt la mewah atau anda adalah penyokong kerajaan BN yg tegar (oh, ini statement cari nahas...hehehe).

Bagi saya rakyat marhaen dan ramai lagi diluar sana, ini adalah tindakan yg tidak wajar memandangkan janji2 yg ditaburkan oleh kerajaan BN kata minyak takkan naik tahun ini. 

Masalah utama: bila harga minyak naik, harga segala yg lain akan berjemaah naik jugak lah!

Sebelum2 ni pegi beli groceries, mokcik dah cukup juling2 mata tgk harga brg2 dapur/makanan makin lama makin naik. Ini yg tak diwar2kan, hanya mereka yg biasa buat groceries shopping dan rajin compare price would notice. 

Hari Ahad, kami ke Melaka Sentral. Selalunya parking cuma RM1, tup2 dah jadi RM1.50. Kalau naik 20 sen takpe jugak, ini terus 50 sen! 

Mesti ada yg komen kang "x yah la gi Melaka Sentral". Huhuhuhu....

Dalam pemikiran saya rakyat marhaen yg x berapa paham politik ni, ini adalah kesan gula2 BR1M masa PRU lepas. Dah tabur gula2 RM500 sana sini, dgn imbuhan macam2 lagi, apa cara lagi nak dapatkan duit? Janji pulak BR1M akan dtg RM1200 (kalau x silap)...wahhhh, mana korang nak korek duit tu?

So ini lah caranya, naikkan harga barang, naikkan cukai, naikkan tol...naikkan segala lah!

Takpe la, kita rakyat marhaen boleh bebel gini je la.....

Untuk saya, dan peringkat keluarga kecik kami, kami akan berusaha berjimat cermat sedaya mungkin. 

Meh kita tanam sayur sendiri, meh..kalau boleh ayam, itik, ikan pon usaha ternak sendiri :).

Monday, September 2, 2013

Stage Main Bedak


Dah mcm tepung gomak kan?

Alkisahnya dia berjaya membuka zip beg baju dia yg dihantar ke rumah babysitter. Dalam tu ada bedak. By the time saya nampak, dah separuh botol dah kot yg dituang.

Padahal, kakak2 kembar n Abah were there in the living hall. Tapi takde sapa pon perasan yg minah kecik dah buat onar ngan bedak bayi...huhuhu.

It's part of the growing up process, eh? Stage main bedak ni rasanya rata2 mak melaluinya...ke tak?

Tuesday, August 27, 2013

Oh Budak Kecik!

Pagi tadi si budak kecik patahkan cermin mata saya...huwaaaaaa!!!

Ni bukan kali pertama, masa bulan posa tu dia dah buat sekali dah. Yg tu mmg salah saya la sbb letak atas katil, dia jumpa apalagi kan...

Pegi ke kedai cermin mata, diorg kata x leh buat apa, kena la tukar frame yg suit dgn lense. Terbang RM250 masa tu..abis bajet baju raya I...huhuhu

Yg pagi tadi saya letak atas ironing board, sbb nak sapu krim kat muka...sepantas kilat dia boleh capai dan tau2 dah prakkkkk....patah! Sama je ngan kejadian hari tu...

Mmg saya marah kat dia sambil tepuk sikit tgn tu. Biasa sgt!

Terus melalak2 cari Abah. Dia ni mmg x leh marah sikit pon, bila kena marah, teresak2 nangis dan selalunya Abah la tukang pujuk. Surprisingly at this age, sekali pon Abah x penah marah dia lagi padahal kembar dulu masa umur mcm ni dah kena marah dah.

Anak manja Abah sungguh!

Tadi masa anta dia ke rumah babysitter, dia tgk saya dgn muka berkerut. Selalunya rajin gak babai2 saya, tp pagi tadi dia jeling2 aje. Amboi!!!

Ni saya kat opis, teringat kat dia, rasa kesian gak marahkan dia. By the way, umur dia baru setahun 5 bulan. Walaupun nampak gaya dah paham macam2 tp tak boleh la nak salahkan dia atas kejadian spek patah kan?



Maka Ummi redho je la....

Jadi nak ubat hati sbb menyesalkan marahkan Insyirah Solehah, ni nak tepek gambar2 aksi comel dia:

Suka dok dalam bakul baju...sila abaikan persekitaran umah yg bersepah ye

Ni masa kena angkut dia dtg opis, makcik bbsitter amik EL!

Mcm ni la aksi dia selalunya kalau menonton rancangan kegemaran 



Ni pulak video masa kakak2 dia ada sukan tadika, diorg buat persembahan, si Insyirah pon sibuk nak join...hahahaha




Friday, August 23, 2013

Garden Update

As requested by a friend, here I am updating the progress of our garden. Tak banyak mana pon yg ditanam but it's progressing from the last time I posted entry on gardening.


Cik HB dah tanam rumput kat laman depan.  Masa bulan posa, balik dr Tg. Malim, gigih dia singgah Sg. Buloh beli rumput. I was not convinced rumput2 ini berjaya ditanam, maklum la bulan posa kan....Tp cik HB was very determined. So for a trial, beli 50 keping dulu. Harga sekeping RM1.80 - rumput carpet jenis Philipine. Termurah yg dijumpai setakat ini. Dan setelah 3 minggu (termasuk seminggu kami takde kat rumah), rumput naik dgn bagus sekali. Kalau upah landscaping contractor, diaorg akan buat tanpa ada gap cam cik HB buat, so nampak cantik. Tapi bersedia la ngan RM. Quotation yg kami dapat utk tanam rumput bg laman rumah kami paling murah pon RM1500. Tu pon rumput jenis cow grass. So xpe la, kita usaha sendiri dulu, tgk macamana. 

Before bulan puasa, kami tanam pokok2 ini . Namanya tak tau tp beli kat nursery sepokok RM5. Beli dalam 5 pokok dan sekarang dah membiak.

Dan juga pokok bunga ini. Tanam 5 pokok. Satu pokok mati la pulak. Maybe sbb tanah tu penuh ngan cement waste kot. Jenuh cik Hb cangkul area ni sbb byk batu besar dan tanah penuh construction waste. Pokok ni senang jaga actually, dan yg bestnya ia sentiasa berbunga. 

Our pokok halau nyamuk dan mengecik. Saya try nak pecahkan pokok ni sbb dah merimbun sgt dan transfer ke pasu lain. Tapi dah transfer, mati la pulak. Nasib baik pokok induk hidup lagi. Pokok lagi satu still subur.

I am hoping that pokok lilit2 ni akan membelit tiang rumah sampai ke atas :)

Pokok lidah sudah bertambah. Tapi nak tunggu besar kena la sabar sikit.

We still have a lot to do on landscaping the front lawn. Tapi dek kerana kos utk menghasilkan landscaping yg cantik agak mahal juga dan kami pon tak berapa ada byk masa terluang, maka kita buat slow and easy aje la. 

Selalu skodeng rumah jiran belakang, cemburukan rumputnya yg hijau cantik...hehehe. They hired landscaping contractor so mmg cantik la...siap ada air terjun kat tepi brickwall tapi dalam gambar ni x nampak la. Well, ada duit byk semua pon boleh buat kan?

Ingat tak bunga2 yg kami beli dulu ? Habis mati semuanya...huhuhu. Tinggal marigold yg pon dah nyawa2 ikan. Takpe2, jgn putus asa. Pasni belajar pasal tanam/jaga bunga.

Our backyard: Dalam raised bed tu dah ada few things yg ditanam and thriving for life.

Pokok kunyit dalam poly bag yg x transfer2 lagi ke pasu. Juga pokok kantan dan lengkuas yg baik ngan baik.

Pokok halia bara. Sepatutnya ada cekur juga tapi cekur x naik2 lagi.

Pokok kari yg asalnya patch pokok pandan. Pokok kari ni walaupun kecil lagi tapi dah lepas la utk buat kari

Hah! Sedih! Pokok rosemary yg saya beli kat Nurseri Sg Buloh masa cik HB beli rumput. Balik raya seminggu, agaknya x dapat air, kering kontang dah pokok rosemary ni. Nak buang sayang. Biarkan la dulu

Pokok ulam raja paling subur setakat ni. Sebelahnya saya tanam pokok halau nyamuk sbb dr sumber website gardening, pokok halau nyamuk boleh halau makhluk perosak cam ulat bulu dan lalat buah.

Pokok limau purut dab belakangnya anak pokok betik. Anak pokok betik tu x tanam tapi naik sendiri sbb masa saya nak prep tanah, saya buang bahan2 organik kat sini termasuk la kulit betik/biji betik. Tup2 naik pulak. Sempit kat situ tapi biar la dulu. Pokok limau nipis tu awal2 jenuh nak jaga sbb ulat bulu punya la banyak melepak dtg makan daun.Putik2 buah pon gugur. Saya tanam pokok marigold kat sebelahnya baru la kurang sikit ulat bulu. 


Ni cambahan pokok2 sayur pak choy dan sawi. Benih saya beli kat Tesco. Saya takde masa nak semai2 so campak je la dalam bed raised. Kalau hidup, Alhamdulilah.

Cik Kak kita ni rajin teman saya siram pokok. Ni dia pon nak inteprem jugak :)

Adoiii...stress tgk ini. Projek raised bed kedua yg asik tertangguh2. Nanti la cari semangat nak buat. I still have a lot to plant for my kitchen garden - serai, pandan, pokok cili, ulam2....amboi, cita2 kemain lagi kan?

So tu je la update setakat ini. Berkebun ni best rupanya, tapi memerlukan komitmen yg berterusan. Moga2 our garden would be thriving.


Tuesday, August 20, 2013

Ayah dan Ibu


Recently, my youngest sister uploaded a lovely photo of my parents. Semua adik-beradik were amazed how she managed to get Mak to get pictured this way. Because Mak is a camera-shy. Abah selalunya sporting aje.

I guess Mak is  looking at her best and much younger in this photo. She has just celebrated her 64th birthday. Abah is 69 and soon approaching 70 in next January.

In my prayers everytime, all I wish kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan utk kedua mereka di dunia dan akhirat. Semoga kami anak2 mereka, mampu menjadi anak2 solehah yg sentiasa mendoakan mereka. Aminn.



Ayah Dan Ibu 

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat