I guess now semua org merungut tentang kenaikan harga of mcm2 perkara disana-sini. Dari petrol, gula, elektrik, tol merebak ke keperluan asas, dan berjangkit2 kepada caj perkhidmatan, pengangkutan, bla, bla....
Adoiii, sure x larat nak bersungut kan? Kalau kat FB tu xde isu lain, selalunya isu barang naik saja la!
Caj van ke sekolah agama kembar dah dinaikkan ke RM50 dari RM40 sebulan (utk 2 org). Tu untuk satu trip aje satu hari. Semata dr transit ke sekolah agama yg jarak dalam 2km aje. Pergi dan balik sekolah kebangsaan, the balik sekolah agama kami masih uruskan sendiri.
Yg parents ada anak 3-4 org dan guna sepenuhnya khidmat van x tau la berapa kena bayar. Dan terkini, harga makanan kat kantin sekolah pon dah naik.
Kembar ada ckp la harga makanan kantin sekolah dah naik but I didn't ask specifically. Sebab dr pertengahan tahun lepas, saya sediakan bekal utk sekolah. Duit belanja sekolah kebangsaan, saya bagi RM2 dr drj 1 satu based on harga makanan kat kantin. Paling mahal kat kantin dia nasi ayam harga RM1.50. Bunyi mcm murah sgt kan? Tapi don't expect nasi ayam mcm kat kedai tu la...nasi ayam kantin dia adalah nasi sejemput dgn ayam secarik dua. Seriously, it's so pathetic. Tapi yg lain2 like mee goreng, nasi lemak ok la...at RM1 sepinggan. Now that diorg bawak bekal, duit RM2 tu diorg simpan dalam tabung.
Last year they requested nak bawa bekal ke sekolah sbb nak join group budak2 yg bawak bekal. Apparently siapa yg x bawak bekal x boleh join group ni. Saya penah cerita kat SINI. At first, saya agak reluctant sbb rasa mcm huru-haranya nak siapkan bekal pagi2. Sebelum ni breakfast diorg setakat cereal campur susu or roti sapu jem. Jadi xde la susah sgt nak prepare. Bila nak bawak bekal kena la bagi something heavy dan kena la variety supaya diorg x bosan.
I am always inspired by my friend, Nat who lives in Japan and always shares her bento's idea for her kids. Kalau tgk bento dia, mmg sgt Wow!.
See her bento....
Jeles x? jeles x?
Bento dia byk variety, very creative, healthy, colourful dan nampak sedap kan? kan?
And also I am inspired by Kak Min of Salam Dua Benua yg selalu share what she made for her kids' food pack.
Tapi saya tak mampu la buat bento mcm Nat dan bekal sedap2 macam Kak Min. Belum lagi.
I just make nasi goreng, cucur bodoh, mee goreng, sandwich, sosej roll, kadang2 pasta meal. Anything that is quick to make and what I have in the kitchen will do lah!
Most of the time nasi goreng la yg jadi pilihan especially bila ada nasi left-over from previous dinners.
Cucur bodoh ni pon boleh, kembar suka aje. Just bubuh ikan bilis, bawang besar potong kecil2, telur dan goreng garing. Jgn lupa pek kan sekali cili sos utk cicah!
Over the weekend, prepare menu2 yg boleh di sejuk-bekukan mcm sausage roll ni.
Beli je puff pastry yg small square tu lepas tu balutkan sosej. Simpan kat freezer.
Bangun pagi nanti tinggal bakar aje dalam oven.
Kalau ada masa, saya buat meal yg complicated sikit tapi takde la susah sgt and make it the night before. Like this baked pasta, all I did, rebus je pasta sampai ala-dente lepas tu tos. Tumis bawang besar lepastu masukkan mushroom soup dalam tin (Campbell), satu tin tuna mayonese, masukkan broccoli yg dah dipotong kecil. Masak sampai mendidih lepas tu masukkan pasta. Tambah garam dan serbuk lada hitam kalau perlu. Lepas tu masukkan ke casserole dan tabur grated cheese. Bakar about 20-30 minit sampai cheese jadi keperang2an. Esok pagi panaskan aje for breakfast and bekal sekolah.
I am trying to improve lagi penyediaan bekal sekolah. I want to prepare a balanced menu. Tapi kembar tu bagi byk2 pon kadang2 x sempat makan habis jugak sbb katanya x sempat. Tau2 waktu rehat dah habis. Agaknya byk berckp kot sambil makan, tu yg tak sempat habis.
And I also join satu group kat FB ni called Moms Without Maid Club. It's a closed group tapi kalau nak join boleh je request kat FB. Approve ke tak I don't guarantee because now the admin dah makin strict about new members sbb ada kes besar sebelum ni. Mothers in this group share a lot of things, dari tips2 rumahtangga, parenting sampai la luahan perasaan. I just take the positive things je la. Saya pon xde la aktif sgt, sesekali je mencelah when I see issue yg relevant dengan saya. But indeed byk benda boleh belajar dr group ni termasuk la pasal buat bekal anak2 ke sekolah :)
So mothers, tak kira la working mothers or stay-at-home mothers, let's make bento for our kids. Buat sendiri kita boleh tentukan tahap kebersihannya, khasiatnya dan juga jimat duit. Saya sendiri pon bawa bekal ke opis because I am too stingy to spend RM10 a day utk belanja makan kat kedai....hehehehe.


















