Saya baru kembali dari Kota Bharu. Bukan cuti2 Malaysia tapi kami balik sbb ada emergency. Ayah cik HB, yang kami panggil Ayoh x sihat.
Bulan Disember ini mmg bulan sgt sibuk untuk kerja saya. Just minggu lepas disebabkan hal kerja, saya terpaksa batalkan percutian kami untuk family day cik HB. Bayangkan la, dah berbulan2 perancangan dibuat utk family day ni yg melibatkan ahli keluarga yg hampir 50 org (saya agak2 aje), tup2 family kami x dpt pegi.
Sbb arahan kerja diberi beberapa hari sebelum nak bercuti. Saya cuba utk elakkan tapi dengan ketiadaan bos saya yg bercuti tanpa gaji sepanjang cuti sekolah ni and I am responsible for M&E works, saya dah x dapat nak elakkan.
Maka berkorban la saya demi kerja....huhuhu.
Saya suruh cik HB pegi dengan kembar because I knew how much they looked forward to go tapi cik HB kata without me takde makna la the family day. Dia pon x nak pegi.
But on last Wednesday waktu malam, abg sulung cik HB telefon dan bagitau Ayoh x sihat, dan memandangkan kesihatan Ayoh tahun ni makin merosot, kami pon x jumpa dia masa family day, rasanya baik la kami balik menjenguk.
I immediately told cik HB, kalau nak balik, kita balik. Kalau bab bercuti, I can sacrifice but when it comes to family emergency, I would put priority to family first than work. Cik HB kata tunggu hari Khamis tgk progress Ayoh cemana. Cik HB pon tgh sgt sibuk with upcoming student exams dan dia perlu abiskan syllabus sebelum study week bermula.
Come Thursday, kami dapat berita Ayoh x perlu warded sbb adik cik HB yg doktor tu boleh monitor keadaan Ayoh dirumah aje tapi keadaan Ayoh x improved banyak. Jalan pon perlu dipapah, makan pon perlu disuap dan Ayoh kejap2 lupa. Lupa siapa org keliling dia, lupa yg dia rumah dia duduk tu rumah dia.
Maka kami buat keputusan nak balik jugak on Friday. Lantak la all the works issues. Kerja xkan habis bila2 pon.
Baru berkira2 nak inform rakan sekerja, yg saya akan EL hari jumaat, tiba2 rakan sekerja ini pulak call saya dia kena EL sbb baru dpt berita isteri dia tak sihat. Saya serba-salah sbb pagi Jumaat ada meeting besar dgn Datuk dan saya berharap rakan sekerja ni dapat gantikan saya. Memandangkan meeting sebelah pagi, saya minta cik HB lewatkan sikit bertolak ke KB. Pukul 11 pagi baru meeting saya selesai dan kami terus balik KB and on the way jemput adik cik HB kat Sepang.
Pukul 12.30 mlm baru kami sampai KB.
Alhamdulilah, Ayoh dan Mek punya anak2/menantu/cucu yg sgt mengambil berat. Mostly berkejar balik bila tau Ayoh x sihat dan semua take part/bergilir2 menguruskan Ayoh. Samada menyuapkan Ayoh makan, mandikan, bawa Ayoh berubat, temankan Ayoh tido malam.
Saya mcm biasa, prefer the catering works compared to others jadi keje saya lebih kepada memasak, menghidang dan menguruskan dapur. And I was not doing it alone, akan sentiasa ada yg membantu.
Come Sunday, Ayoh dibawa berurut dan berbekam dan bila balik, he looks much better. Sudah byk berckp dan senyum dan jalan pon dah kuat sikit. But we all know, with his age dan penyakit yg berangkai2, dia x mampu utk sekuat dulu. Takpe la, sekurang2nya dia lebih sihat dr beberapa hari sudah.
So Monday, memandangkan Ayoh semakin ok, cik HB buat keputusan utk balik Melaka. He has important interview regarding his work on Tuesday so itu la kenapa kami kena balik Melaka. Kami doakan semoga Ayoh baik2 sahaja lepas ni.
Dan syukur jugak cik HB punya ramai adik-beradik yg menetap kat KB jadi pada mereka la yg kami harapkan menjaga kebajikan Mek Ayoh. I know cik HB rasa bersalah not being near them all the time and maybe it's not fair to just let the other siblings to take care the parents. But cik HB punya ahli keluarga yg superb, as far as saya berada dalam family ini belum pernah saya dengar diorg merungut/mengungkit bab2 menjaga Ayoh dan Mek.
They are one close family and I am happy and proud to be part of them :).
Cik HB ckp, when it comes to this situation, he being a son, it's very important for the wife to support him. I understand what he's saying, maknanya kalau suami nak berkorban utk mak ayah dia, baik dari segi masa dan wang ringgit juga tenaga, kita isteri kena la redha dan berkorban sama. Ikhlas juga penting. Sebab dalam Islam, Allah dah tetapkan, menjaga ibu dan ayah adalah tanggungjawab anak lelaki
Alhamdulilah, saya rasa sangat ikhlas dalam soal ini dan Allah lorongkan hati saya utk sayang keluarga mertua saya sbb saya punya ibu ayah mertua yg sgt baik, juga ipar duai yg serasi. Kalau la mak mertua ala2 Nyonya Mansur cerita Ibu Mertuaku atau ipar duai yg suka cari pasal, saya pon tak tau saya mampu ke tak utk ikhlas dan berkorban.
Ayoh yang kami kasihi, semoga Allah merahmati dan memberikan kesihatan yg baik utknya...amin.

0 comments:
Post a Comment