Pages

Friday, January 17, 2014

Bekal Hari Ini

I intend, bila berkesempatan to post gambar bekalan hari2 sebagai rekod. Semalam xde gambar sbb puasa. So hari ini sempat bawak bekal, maka ada la gambar :)



Again I said, it's quinoa-week. Maybe minggu depan pon sama sbb cooked quinoa byk lagi dlm fridge...hehehe. That is quinoa-mix beans salad dgn perahan jus lemon, bwg besar didadu topped with cherry tomato. For breakfast, roti whole-meal mkn dgn kuah ikan goreng asam. Tak nampak kuahnya sbb dah letak roti kat atas utk jimatkan jumlah bekas nak dibawa. It's left-over lauk from dinner last nigt. Juga potongan buah oren dan saki-baki kurma. Kurma dah habis, so kena la pi beli lagi kat Mydin

I failed to walk on hari Rabu sbb balik keje lambat. Of late mmg selalu balik lambat so how la to achieve exercise at least 5 days a week?

Thursday, January 16, 2014

Maulidur Rasul 1435H

Hari Selasa, sempena Maulidur Rasul, kami pergi tgk perarakan Maulidur Rasul kat bandar Melaka. Actually kalau kembar x beria2 nak pergi, kami pon x tau. Diorg ckp ustaz sekolah agama kata ada perarakan Maulidur Rasul dari Stadium Kubu di Jalan Hang Tuah ke Masjid Al-Azim. 

Nabilah siap ckp nak join perarakan tu!

So lepas Subuh, kami siap2 la nak pegi sbb takut jalan sesak. Pukul 8am sampai, suasana biasa2 aje, cuma penuh la dgn mereka2 yg berbaju melayu/kurung bermacam2 warna. I guess staff2 badan kerajaan antara mereka yg perlu hadir ke perarakan ni. Memandangkan mcm lambat je perarakan nak bermula, kami breakfast dulu kat kedai mamak berhampiran.

By pukul 9 am, baru la perarakan bermula. Kami dok tepi jalan je la tgk. Ramai sungguh peserta perarakan. Must be thousands of people. Cuma mengikut pandangan saya, agak sedikit kecewa sbb laungan selawat tak sekuat jumlah org2 yg berarak. Hanya kedengaran sayup2 oleh tukang pembawa hailer dan sekumpulan dua kumpulan yg sungguh2 berselawat. Yang lain, selain uniform baju yg gah berwarna-warni, colour sedondon mengikut kumpulan2, saya tgk setakat jalan2 aje, sambil bergelak ketawa, melayan smartphones dan sembang2. 

Sepatutnya yg saya harapkan ketika tgk perarakan ini ialah selawat yg kuat yg boleh didengari satu bandar Melaka jika dah sampai ribu2 yg menyertainya. 

I am very much agreed dgn artikel terbaru Warga Prihatin berkenaan ritual sambutan Maulidur Rasul. 

Apa2 pon berbanyak2 lah berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W setiap masa. Semoga kita semua mendapat syafaat daripadanya di Akhirat kelak.

My munchkins pagi2 dah bangun, berjubah dan bertudung nak pegi tgk sambutan Maulidur Rasul

Menunggu perarakan bermula 

3 daughters...semoga menjadi anak2 yg solehah semuanya

Gerombolan ungu 

Geng2 ahkak pink :)








Wednesday, January 15, 2014

Weighing-in Wednesday

Dah few weeks x buat WW entry....

Apsal tah...maybe sbb byk public hols on Wednesday kot?

Anyway my weight today is 71kg. Tak banyak turun since my last WW whisch was 73kg. But at least it's something, isn't it?

I'm not very strict with what I eat. Just adapt a mindful eating...minuman tu selalunya air suam or green tea aje coz that's the easiest way I can control. Nasi masih susah nak elakkan

So ini bekal saya hari ni:


I have yee mee sup (left-over previous dinner) for breakfast. Salad quinoa campur roasted breast chicken dan juga kismis/kurma/almond for snacking. The roasted breast chicken pon left-over whole roasted chicken saya masak for dinner hari Isnin. Recycling is always my way to save foods. This week gonna be a quinoa-week sbb saya masak byk quinoa over the weekend dan simpan dalam fridge. Juga ada frozen mix-beans which would be what I eat for next bekal :). 

Planning ahead pon penting to make sure you are eating well :)

For exercise, Alhamdulilah I managed to push myself to do walking on Sunday for 3km. Isnin saya puasa so no walking exercise. Then yesterday, I walked for 2km.

Until next WW ya!


Monday, January 13, 2014

Sedekah Al-Fatihah

Dah lama x mengumpul 'Mutiara Kata'. Walaupun kerap-kali baca artikel dan perkongsian yg menarik dan bermanfaat di FB dan websites, lupa pulak nak copy-paste kat sini utk rujukan bila2 masa.

Ini satu artikel menarik dr FB. Nak mulakan amalkannya...Insyaallah.

SEDEKAH ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan .-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-F atihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

Terima kasih kepada @Umi BeautyStore

Kepada yang sudah pernah mengamalkannya boleh berkongsi pengalaman anda di sini...

Friday, January 10, 2014

Bekal Pejabat


Hari tu saya buat entry pasal Bekal Sekolah. Skrg entry Bekal Pejabat pulak la. Saya kan tengah berusaha nak turunkan berat badan ke paras BMI normal. Jadi kena jaga pemakanan. My diet approach bukan x makan tapi kena makan dgn cara yg betul. Coz kalau buat crash diet it won't stay long, nanti kita akan craving lagi teruk. Anyway, ada masa-masa (kebanyakan masa!) terbabas jugak la.

Tapi saya akan terus berusaha dan berusaha. It may be a long process..nak dijadikan satu tabiat mungkin susah tapi sy akan terus mendidik diri utk berusaha makan dgn cara yg betul.

Yg kat atas tu bekal saya utk hari ini. Roti kismis Gardenia tgh2 ada pisang yg dipotong2 adalah utk breakfast. Then hard-boiled eggs salad utk lunch. Juga almond dan kurma utk snacking time.





Wednesday, January 8, 2014

Bekal Sekolah

I guess now semua org merungut tentang kenaikan harga of mcm2 perkara disana-sini. Dari petrol, gula, elektrik, tol merebak ke keperluan asas, dan berjangkit2 kepada caj perkhidmatan, pengangkutan, bla, bla....

Adoiii, sure x larat nak bersungut kan? Kalau kat FB tu xde isu lain, selalunya isu barang naik saja la!

Caj van ke sekolah agama kembar dah dinaikkan ke RM50 dari RM40 sebulan (utk 2 org). Tu untuk satu trip aje satu hari. Semata dr transit ke sekolah agama yg jarak dalam 2km aje. Pergi dan balik sekolah kebangsaan, the balik sekolah agama kami masih uruskan sendiri. 

Yg parents ada anak 3-4 org dan guna sepenuhnya khidmat van x tau la berapa kena bayar. Dan terkini, harga makanan kat kantin sekolah pon dah naik.

Kembar ada ckp la harga makanan kantin sekolah dah naik but I didn't ask specifically. Sebab dr pertengahan tahun lepas, saya sediakan bekal utk sekolah. Duit belanja sekolah kebangsaan, saya bagi RM2 dr drj 1 satu based on harga makanan kat kantin. Paling mahal kat kantin dia nasi ayam harga RM1.50. Bunyi mcm murah sgt kan? Tapi don't expect nasi ayam mcm kat kedai tu la...nasi ayam kantin dia adalah nasi sejemput dgn ayam secarik dua. Seriously, it's so pathetic. Tapi yg lain2 like mee goreng, nasi lemak ok la...at RM1 sepinggan. Now that diorg bawak bekal, duit RM2 tu diorg simpan dalam tabung.

Last year they requested nak bawa bekal ke sekolah sbb nak join group budak2 yg bawak bekal. Apparently siapa yg x bawak bekal x boleh join group ni. Saya penah cerita kat SINI. At first, saya agak reluctant sbb rasa mcm huru-haranya nak siapkan bekal pagi2. Sebelum ni breakfast diorg setakat cereal campur susu or roti sapu jem. Jadi xde la susah sgt nak prepare. Bila nak bawak bekal kena la bagi something heavy dan kena la variety supaya diorg x bosan.

I am always inspired by my friend, Nat who lives in Japan and always shares her bento's idea for her kids. Kalau tgk bento dia, mmg sgt Wow!. 

See her bento.... 






Jeles x? jeles x?

Bento dia byk variety, very creative, healthy, colourful dan nampak sedap kan? kan?

And also I am inspired by Kak Min of Salam Dua Benua yg selalu share what she made for her kids' food pack. 

Tapi saya tak mampu la buat bento mcm Nat dan bekal sedap2 macam Kak Min. Belum lagi. 

I just make nasi goreng, cucur bodoh, mee goreng, sandwich,  sosej roll, kadang2 pasta meal. Anything that is quick to make and what I have in the kitchen will do lah!

Most of the time nasi goreng la yg jadi pilihan especially bila ada nasi left-over from previous dinners.

Cucur bodoh ni pon boleh, kembar suka aje. Just bubuh ikan bilis, bawang besar potong kecil2, telur dan goreng garing. Jgn lupa pek kan sekali cili sos utk cicah!

Over the weekend, prepare menu2 yg boleh di sejuk-bekukan mcm sausage roll ni. 
Beli je puff pastry yg small square tu lepas tu balutkan sosej. Simpan kat freezer. 
Bangun pagi nanti tinggal bakar aje dalam oven.


Kalau ada masa, saya buat meal yg complicated sikit tapi takde la susah sgt and make it the night before. Like this baked pasta, all I did, rebus je pasta sampai ala-dente lepas tu tos. Tumis bawang besar lepastu masukkan mushroom soup dalam tin (Campbell), satu tin tuna mayonese, masukkan broccoli yg dah dipotong kecil. Masak sampai mendidih lepas tu masukkan pasta. Tambah garam dan serbuk lada hitam kalau perlu. Lepas tu masukkan ke casserole dan tabur grated cheese. Bakar about 20-30 minit sampai cheese jadi keperang2an. Esok pagi panaskan aje for breakfast and bekal sekolah.

I am trying to improve lagi penyediaan bekal sekolah. I want to prepare a balanced menu. Tapi kembar tu bagi byk2 pon kadang2 x sempat makan habis jugak sbb katanya x sempat. Tau2 waktu rehat dah habis. Agaknya byk berckp kot sambil makan, tu yg tak sempat habis.

And I also join satu group kat FB ni called Moms Without Maid Club. It's a closed group tapi kalau nak join boleh je request kat FB. Approve ke tak I don't guarantee because now the admin dah makin strict about new members sbb ada kes besar sebelum ni. Mothers in this group share a lot of things, dari tips2 rumahtangga, parenting sampai la luahan perasaan. I just take the positive things je la. Saya pon xde la aktif sgt, sesekali je mencelah when I see issue yg relevant dengan saya. But indeed byk benda boleh belajar dr group ni termasuk la pasal buat bekal anak2 ke sekolah :) 

So mothers, tak kira la working mothers or stay-at-home mothers, let's make bento for our kids. Buat sendiri kita boleh tentukan tahap kebersihannya, khasiatnya dan juga jimat duit. Saya sendiri pon bawa bekal ke opis because I am too stingy to spend RM10 a day utk belanja makan kat kedai....hehehehe. 




Thursday, January 2, 2014

First Day of School 2014


Baru je lepas hantar sikembar ke sekolah and stay for a little while in case nak kena bayar yuran or apa2 yg perlu.

Kembar is in Darjah 3 tahun ni. Rasanya mcm baru je masuk Darjah 1!

Ramai juga parents yg menurut anak ke sekolah walaupun bukan darjah 1. Parents utk drj 3 pon penuh berkumpul kat koridor kelas2 Drj.3 Tapi selepas murid2 dah masuk ke kelas, cikgu umumkan xde apa2 yg perlu dibayar di hari pertama ni. Ala2 nak suruh ibu-bapa bersurai la. Ye la, anak bukan Darjah 1 nak buat nak tunggu2 kan? But at least dah tau la kat mana kelas baru diorg.

So first day ni everything seems to be smooth. Semalam mokcik gigih jahit tudung2 yg longgar dan lencana sekali. Dan iron baju utk 2 hari sekolah. With baju2 dah siap digosok, my morning pon x chaotic sgt. Cuma masak nasi goreng utk breakfast. Insyirah pon tak dihantar ke babysitter sbb babysitter dia mintak cuti nak hantar cucu masuk sekolah. Cucu dah Darjah 3 jugak tapi still request neneknya dtg utk first day of school. Luckily x perlu amik cuti sbb adik saya ada kat rumah skrg, so dia tolong jaga Insyirah.

Sikembar pon lebih berdikari tahun ni. Tak perlu disupervise lagi nak bersiap ke sekolah. Bangun senang, mandi, pakai baju n tudung dan solat tanpa perlu disuruh2. Hopefully kekal begini berterusan.

Kurang stress mokcik pagi2!

First day yg ceria, maklum la uniform baru, beg baru, mostly baru! 
Hopefully hari2 yg mendatang juga ceria begini!

When it comes to twins matters, mokcik berazam tahun ni sebagai parent, mau lebih organize and dedicated, which are:

1. Baju2 sekolah dan baju kerja nak digosok for weekly supply. Sebelum ni saya gosok on daily basis, which utk 2 pasang baju sekolah kebangsaan, 2 pasang baju sekolah agama, dan baju kerja saya n cik HB, will take about paling kejap pon 1/2 jam. Kalau tak payah menggosok pagi2, kurang satu task saya dan lebih tersusun masa. Cabarannya utk gosok for 1 week supply - weekend pon jarang ada kat rumah sbb byk  urusan2 lain yg memerlukan keluar rumah. Tapi xpe, kita perlu berazam dulu.

2. To sit down more with them dan tgk2 pelajaran diorg. Tahun lepas honestly I didn't really spend time on checking out their studies. Tapi Alhamdulilah, they did quite well in the school. Nabilah dpt 3 hadiah subjek matapelajaran terbaik PBS dan Nabihah pulak 2 subjek matapelajaran PBS. Sekolah agama, Nabilah dapat no.2 dan Nabihah pulak no.5. Syukur sgt2 because I was very busy juggling between works and housechores and other responsibilities, I just asked them to study on their own. But this year, I am determined to squeeze some time checking out their studies. Kadang2 mmg diorg boleh buat sendiri tapi all they want is, attention from their parents. Kena ingat ini selalu!

3. Perkembangan akhlak, sahsiah dan ibadah - harus2 diberi perhatian! Masih belum cukup lagi solat 5 waktu sikembar. Kena bersuruh dan diingatkan selalu. Ummi tak boleh bosan dan lalai dalam bab ini.  Bab mengaji, Alhamdulilah, dua2 sudah naik Al-Quran since last year dan mujur dapat Ustazah yg komited mengajar. Cuti sekolah x pegi mengaji langsung sbb Ummi n Abah byk sgt hal x sempat menghantar. It's our bad. Sibuk cemana pon, hantar mengaji adalah MESTI!

4. Nak menjaga pemakanan mereka lebih baik - tahun lepas they requested to bring food pack because their friends doing it so ianya akan diteruskan sbb byk kebaikannya walaupun sgt la mencabar utk Ummi lakukan. Bawak bekal ke sekolah bukan saja jimatkan duit tapi Ummi boleh pastikan diorg makan benda sihat dan bersih. Walaupun Ummi mungkin fail sediakan makanan 100% sihat but at least mungkin lebih sihat dr apa yg dijual dari kantin sekolah. Kadang2 it frustating tgk diorg makan sosej/nugget yg dibeli dari sekolah, knowing that processed food is bad for health, lepas tu x tau la minyak yg menggoreng tu dah bape kali digunakan. Saya ckp kat kembar, if u want sosej or nuggets, tell me, Ummi beli and goreng dirumah. dan u bawak as bekal. Sebenarnya saya mmg jarang simpan frozen processed food like sosej, nuggets etc kat rumah sbb nak kurangkan makan processed food. Tapi kalau ini menyebabkan diorg beli yg sekolah punya, baik la sy sendiri yg sediakan. 

It's very challenging eh to make sure anak2 makan secara sihat?