Pages

Thursday, September 18, 2014

I'm Not So Readyyyyyyy

Mmmm...i'm going to start a new job.

By TODAY actually.

But because of funny arrangements, saya cuma akan lapor diri petang ini dan kemudian kena adjust masa antara kerja baru dan kerja skrg sbb saya masih terikat dengan kerja skrg.

Usah ditanya kenapa dan macamana sebab saya sendiri pening memikirkannya.

Sebab job baru saya adalah arrangement oleh pihak Client. Saya akan join consultant baru dan projek baru yg clientnya adalah client projek sekarang.

So i'm going tp move to a new office at Batu Berendam with new boss and project team.

I'm reluctant sebenarnya. Walaupun projek sekarang sudah hampir siap dan I would be unemployed soon kalau tak amik job baru, I wish I could work in this job forever!

My current job is a dream job! Only it is not a permanent job...huhuhu.

Imagine opis yg cuma 1km dari rumah, site 4km, waktu keje yg flexible, bos yg sangat baik, environment keje yang selesa...oh, I'm going to miss this very much!

New job:  dengar cerita, bos sangat strict and demanding, team work tak sebulu dan opis agak jauh dari rumahku....huwaaaaaa.

Tapi sebab saya dah buat commitment dengan client utk join projek ni dari awal tahun lagi, maka saya kena la pegang commitment saya tu.

So saya kena berlapang dada dan fikir positif. Moga2 semuanya baik2 saja. 

Berusahalah!!!


Wednesday, September 17, 2014

Weighing-In Wednesday

I think dah 2 Rabu tidak update on the weightloss. Though I'm doing much,sometimes managed to eat clean, sometime not, exercise tak juga buat tapi update saja la whatever it is in the blog utk rekod.

So the measurements are:

Waistline: 35.5 inci
Weight: 70kg

For the past one week saya diserang selsema dan batuk yg agak teruk jugak dan selera makan x berapa nak ada. Tapi tu la, takde la pulak kehilangan berat badan yg ketara. Nampak sangat metabolisme mmg dah turun. I try to avoid white refined carbs most of the time. Tapi smlm cuti Hari Malaysia, tetap jugak mokcik belasah white refined carbs sbb masak nasi Arab dan buat creamy spaghetti!

On eating clean, ada hari2nya mokcik gigih jugak sediakan apa yg patut. Antaranya:


A complete seat for a-day meal: dari bawah kanan - strawberry/kiwi/pear topped with low fat yogurt and sliced almonds. Strawberry tu ada sbb ada org balik dr Cameron sedekah. Nak beli selalu kat pasaraya mmg x mampu! Then tuna salad yg dicampur carrots, salads and avocado. Susah nak cari avocado yg good quality. Yg x berkualiti sgt pon dah mahal. Tgh cari maklumat cemana nak tanam avocado. Avocado adalah makanan yg penuh dengan kebaikan dan provide lemak yg baik utk badan. Jadi sesekali cuba la makan avocado. Then kurma dan raw walnuts/almonds for snacking. 


Sesekali mencari perubahan, maka buatlah grilled eggplant yg dihidang dengan daun salad, tomato dan grilled garlic. Topped with parmesan cheese untuk penambahan rasa. 



Morning breakfast kadang2 kalau ada bahan2 yg sesuai boleh la buat buat smoothies. Yang ini campuran kiwi, strawberry, almond powder dan low-fat yogurt.

So that's it for today's WW update. Kita tunggu update minggu depan ye.

Monday, September 15, 2014

Nikmat Kesihatan

Nampaknya September ni blog The Rose Garden sunyi sepi dari entry terbaru. Dah tgh bulan baru tuan tanah nak update...huhuhu.

Well, nak buat cemana...keadaan kehidupan yg huru-hara mmg buat mokcik x punya masa nak update blog. Tulis blog ni kena ada mood, baru laju nak menaip. Kalau mood ke laut mmg tak jadi satu entry apa pon.

Bulan ni busy sikit dari segi kerja dan personal life. Awal September, sikembar tak sihat. Dua2 pon demam. Lepas tu kami balik ke KB menjenguk Ayoh yg kesihatannya semakin merosot. Kat KB insyirah pulak demam teruk dan lepas balik dari KB tu saya pon diserang demam yg teruk. Dah lama betul saya tak demam, seingat2 saya saya demam lepas raya tahun lepas. Lepas tu takat sakit2 kepala yg akan baik kalau saya tido semalaman. 

Ini dah seminggu, selsema dan batuk saya masih lagi ditahap hardcore. Berkotak2 tisu dah habis dan ubat pon dah hampir abis. Malam2 batuk sampai mengganggu tido. Selsema jugak buat kepala saya berat. Untuk saya yg jarang2 demam, bila diuji demam mcm ni rasa mcm tak tahannya la badan. Sebab sebagai seorang mak, bila saya tak sihat memang la menjejas banyak benda dirumah. Saya tak boleh laju nak buat kerja2 rumah. Asik nak tido dan mood pon x berapa baik.

Sungguh pon redha sakit tu adalah ujian dari Allah, tapi sangat la insaf bila diri sakit betapa banyaknya nikmat kehidupan yg kita hilang. Makan apa pon rasa x sedap. Badan tak bertenaga. Tak boleh layan anak dengan ceria. Sesungguhnya sihat itu adalah nikmat kehidupan yang sangat2 bernilai.

So lepas ni kena watch out balik penjagaan kesihatan. Selsema dan batuk adalah tanda badan tak cukup vitamin. Mungkin baik mulakan amalan pemakanan sunnah (dah lama membaca amalan pemakanan sunnah tapi masih belum bermula). 

HEALT IS WEALTH. 

Thursday, August 28, 2014

Study Visit - Institut Teknologi Bandung

Minggu lepas mokcik ditugaskan secara ad-hoc untuk buat technical presentation to Master students dari Institut Teknologi Bandung. Bayangkan la event tu 2.30pm dan mokcik ditugaskan oleh bos pada pukul 9.30am hari yg sama!. Asalnya presentation sepatutnya dibuat oleh pihak Client kami tapi entah apa sebabnya disuruhnya consultant ambil alih.

Mujur la slide presentations memang dah sedia ada, mokcik cuma perlu amend sikit2 aje. Tapi nervousnya toksah cerita la. Ye lah, secara tiba2 nak bagi presentation kat 20 org Master students dan wakil dari Kementerian Tenaga dan Air Indonesia, mmg panick attack jawabnya.

Mujur la mokcik the 2nd presenter, so dapat la memujuk hati supaya tak nervous. Dalam hati berkali2 membaca "Allahuma Yasir Wala Tuassir" (Ya Allah, permudahakan la, jangan lah Engkau susahkan).

Alhamdulilah, berjaya la jugak membuat presentation dengan agak jayanya. Dan since memang terlibat secara langsung dengan projek ini, maka isu2 teknikal tidak ada masalah untuk diterangkan. Mokcik juga led the group untuk site visit dan rupanya takde la horror mana nak entertain Master students ni. They were very friendly dan juga sangat kagum dengan sistem loji air kita. I guess mungkin di Indonesia sistemnya belum lagi secanggih dengan sistem yg telah kami siapkan.

Melawat Aerator
Di Filter Gallery

Gambar Kenang-kenangan....heheh. Can u spot me? Mokcik pon dah  like of the students eh?

Lepas dah selesai, balik opis baru la mokcik google tentang Institut Teknologi Bandung ni dan x sangka pulak it's one of the top university kat Indonesia. Sebab diorg guna term institut kan, not university. Then baru teringat MIT (Massachusetts Institute of Technology) pon tak guna term University but is a top-class university.

From Wiki:

The Bandung Institute of Technology or Institute of Technology, Bandung (Indonesian: Institut Teknologi Bandung, abbreviated as ITB) is a state, coeducational research university located in Bandung, Indonesia. Established in 1920, ITB is the oldesttechnology-oriented university in Indonesia.
ITB was considered the top choice among Indonesia's high school students in 2006 and has been credited as one of the most "prestigious" universities in Indonesia, together with University of Indonesia, and Gadjah Mada University.[5][6]
Sukarno, the first president of the Republic of Indonesia, earned his engineering degree in civil engineering from ITB. B. J. Habibie, the third president of Indonesia also graduated from ITB.

Tapi lepas tu mokcik panik balik "abis lah kalau apa aku ckp tadi tak betul" hahahaha

Wednesday, August 27, 2014

Weighing-in Wednesday - Bermula Kembali

Sepertimana lamanya tiadanya update on gardening, begitu la jugak dgn weight loss update. I was not doing good in losing weight for months. 

Bulan puasa I managed to lose 3kg but that 3kg came back easily during Raya time! Saya langsung tak kisah apa yg dimakan dan berapa banyak yg dimakan.

Natijahnya badan terasa sangat berat dan lemau. Asik mengantuk dan tak bertenaga. Campur pulak dengan teguran2 org yg komen saya dah gemuk (mmg sebelum posa pon dah gemuk pon!).

I guess takde jalan pintas untuk kurus, jadi saya bermula kembali dengan regime weight loss yg dah diabaikan berbulan2. Bermula smlm, saya mula rancang kembali apa yg dimakan dan exercise yg perlu dibuat. 

Hari ni timbangan saya adalah 72kg and waistline is 36 inci! Waistline adalah my biggest concern now sbb as woman, pakar kesihatan menyatakan waistline melebihi 35 inci berisiko utk dapat mcm2 penyakit. Jadi target saya skrg adalah penurunan ukur lilit pinggang!

Utk 2 pagi berturut2 saya berjaya bangun awal dan buat pilates for 30 min. Makanan pon saya dah mula buat bekal dan sgt2 berusaha utk tak ambil white-refined carb mcm nasi, mee dan roti putih.

Bakal saya hari ini: sup sayur lebihan dinner smlm utk breakfast pagi ni. Kidney beans salad for lunch dan kurma for snacking. Juga green tea dan air suam. Resepi utk kidney beans salad boleh rujuk kat blog masak saya. 

How long I can commit to this plan?

Entah la, I've been struggling for years to lose weight, kejap semangat kejap hilang semangat. I guess I just keep trying saja la rather than being ignorant. Faktor utama utk turunkan berat badan adalah demi kesihatan jadi moga2 istiqomah. 

Tuesday, August 26, 2014

Garden Update (August 2014)

Sudah agak lama saya tak buat post on monthly garden update. The last one was in May 2014. Jun dan Julai lansung tak tersempat nak buat update. Dek kerana kesibukan kerja dan menguruskan kehidupan seharian, laman dan kebun sekangkang kera pon tak terjaga. Kadang2 berhari2 tak siram. So banyak jugak la pokok2 yg pupus. Mujur banyak jugak la yg masih survived.

Sekarang since situasi kat tempat kerja pon dah kurang sibuk,  slowly, saya cuba tumpukan perhatian kepada gardening. Belum all-out lagi tapi cuba menyiram pokok secara konsisten. Gardening is a therapy to me, so I cannot stop. Dapat tengok satu bunga yg keluar di awal pagi dah cukup menggembirakan. Org lain tgk laman kita mungkin rasa takde apa pon yg menarik tapi utk diri sendiri yg menanam, it means a lot!

So let's see apa je yang ada kat garden saya. 

On halaman depan:


I am trying to convert this section as a flower beds, so dah tanam ros jepun pelbagai warna. 
I think I need to create a boundary for this flower bed by adding batu2 lanskap. 


Tengok ros jepun berbunga pon boleh buat hati saya gembira. Pokok ros jepun saya ni sebenarnya multi-colors. Satu pasu ada mcm2 colour tp hari tu elok pulak satu pasu keluar bright pink saja dan satu lagi pasu keluar putih sahaja. Masa ni belum trim lagi rumput. Dah trim rumput baru cantik nampak ros jepun!



My pokok kemboja sudah tak berbunga...sedihnya. Daun pon nampak macam tak sihat. Skrg saya cuba pastikan pokok ini dibaja setiap 2 minggu. Semoga berbunga kembali wahai pokok kemboja...

Kat bahagian kitchen herbs garden:

Pokok kacang botor dah lebat. Ada nampak la jugak berbunga satu dua tapi belum sempat jadi buah lagi. Saya suspek si burung pipit dok makan bunga dia. Logik tak? Sbb selalu je saya tgk ada bunga hari ni, esok dah hilang dan burung2 pipit dok hinggap kat situ. Saya tak marah pon, dah rezeki kau di burung pipit. Cuma berdoa moga2 byk la jadi kacang botornya supaya dapat juga saya merasa kacang botor tanam sendiri.

Bunga kacang botor yg sempat saya snap sebelum ianya hilang secara misteri :)


Kangkung berbunga! Dulu kecik2 biasa saya nampak bunga kangkung kat sawah padi kampung halaman mak saya. It brought nostalgia seeing it again in my own yard! Kangkung ni hidup dicelah2 rimbunan kacang botor. Nak buat goreng mmg tak banyak tapi selalu saya petik utk dibuat ulam. 


Sebelah kacang botor ada pokok ulam tenggek burung. Lama dah saya tanam pokok ni tapi peliknya tak besar2 pokok ni walaupun dibaja setiap 2 minggu. Takpe la, saya sabar menunggu :)


On the other side, deretan pasu2 yg ada satu tu masih kosong lagi. Saya ingat nak tanam pokok limau purut didalamnya memandangkan pokok limau purut saya sebelum ni yg ditanam kat raised bed asik dikerjakan ulat bulu. Tapi belum lagi berkesempatan nak ke nursery. Sebelahnya tu pulak pokok tomato yg naik secara x sengaja sbb saya campakkan buah tomato ceri yg dah benyek kedalam pasu ni. Tup2 naik jadi pokok pulak :)


Close-up sikit pasu2 lain: Ada pokok kemangi ataupun thai basil. Pokok asal sebenarnya dah mati lama dah tapi somehow tgk ada anak2 pokok yg naik. So saya transfer ke pasu yg sebelum ni ada bayam merah. Bayam merah sebelum ni naik menjadi tapi sebab saya sibuk sgt, nampak dah tua bayam tu saya x petik2. Jadi saya buangkan bayam tua tu dan alihkan pokok kemangi dalam pasu ni. Tu ada lagi saki baki bayamnya. Tengok je la siapa yg survive.Sebelahnya juga saki baki bayam dan ada kailan yg saya jumpa tersemai kat raised bed, lalu saya alihkan dalam pasu ni.


Move on to another portion of the garden: Dulu ada pokok betik di sini tapi cik HB dah tumbangkan ia sbb risau akar dia akan pecahkan dinding. Tak sempat pon tunggu buah dia masak...huhuhu. Kantan nampaknya naik dgn baik tapi bila nak berbunga tu tak tau la. Besar harapan saya pada pokok kantan ni memandangkan bunga kantan dah tersangat mahal. Satu kuntum RM3-4 sekarang ni cik jah oiii

Kat celah2 kantan tu, ada jugak pokok lengkuas yg sgt slow pembesaran. Takpe, biar la dia. Serai biasa dan serai wangi juga disitu tapi tak memberansangkan sgt tumbesarannya. Saya masih perlu beli serai kat kedai...huhuhu. Juga terselit ada pokok sirih yg masih kecil. Then pokok durian belanda dan delima. Juga pokok mengkudu. 


Close-up raised bed: Pandan yg semakin subur - sgt la handy bila2 masa nak buat nasi lemak atau bubur, ulam raja yg baru dipindahkan dari sebelah pokok kari dan x berapa menjadi sebelum ni sbb terlindung dr cahaya matahari. Ada sepokok kailan disitu saki baki tanaman dulu. Pokok bawang sepokok dua, dan sepokok tomato. Reserve the empty space for bendi yg sedang disemai sekarang.



Sambungan dari raised bed tadi: 2 pokok kunyit yg naik cantik. Kemudian pokok kari yg juga subur. Yg itu dah berkali2 jugak saya cantas dahan2 sbb dah merimbun sgt. Then dlm patch yg sama ada halau nyamuk, pegaga dan pudina yg dah bercampur-aduk. Pokok limau nipis dok mcm tu jugak, x berbuah2 dek kerana dah jadi koloni rasmi ulat bulu. Saya biarkan saja sbb gembira tgk rama2 yg banyak. Sumber hiburan buat Insyirah :)  Pokok kunyit hitam dalam bekas polistrin pon naik cantik, malangnya kesum yg berkongsi bekas dengannya dah hampir pupus. Lepas ni kena la semai semula kesum dalam bekas lain sbb kesum adalah herba dapur yg penting utk saya.

So takat ini saja utk update Ogos. Moga2 akan ada pertambahan pokok2 baru serta progres yg memberansangkan. Selalu saja saya rasa x cukup banyak lagi pokok2 yg ditanam. Cita2 besar tapi kemampuan x cukup....hehehe




Selingan: No, this is not real flowers but artificial flowers I bought from Romantika. Alangkah bestnya kalau tanam pokok bunga, bunganya cantik sebegini kan?









Friday, August 22, 2014

10th Anniversary & Malaysia Berkabung

22 Ogos 2014.

Genap 10 tahun ulangtahun perkahwinan kami. 

Honestly, tak rasa sudah begitu lama. Sudah melepasi dekad pertama rupanya. Alhamdulilah.



Being married for 10 years now, I wouldn't say kami sgt bahagia. Tipu la kalau kata kami tak pernah bergaduh, x bermasam muka,  x berselisih faham dan sebagainya.

Tapi Alhamdulilah, gaduhnya takat perkara remeh-temeh dan takde la sampai berperang besar. Kalau perang dingin pon mungkin sehari dua lepas tu baik mcm biasa. What I've learned all these years, belajar la memahami pasangan kita. Dan sebagai isteri, fahami betul2 tuntutan agama peranan, akhlak dan tanggungjawab kita. Perbaiki diri dari masa ke semasa dan jangan mengharapkan saja yg pasangan kita berubah ikut apa yg kita harapkan. Kita perlu ubah diri kita dulu sebelum kita berharap org berubah utk kita.

Sentiasa la cari ilmu rumahtangga. Zaman sekarang ilmu boleh dicari dgn hujung jari saja. Pada saya Ustazah Norhafizah Musa dan Ustaz Ebit Lew sangat la terkesan ceramah2nya utk bab2 munakahat (rumahtangga). 

Us after 10 years of together

Doa saya semoga Allah SWT melimpahkan rahmah dan mawaddah kedalam rumahtangga hingga ke Jannah. Semoga saya mampu menjadi isteri yg solehah yang terbaik buat cik HB walaupun saya tidak sesempurna mana. Semoga cik HB menjadi suami dan ayah yang dapat membimbing kami semua ke syurga Allah.

Dan 22 Ogos 2014 juga adalah hari rakyat Malaysia berkabung sempena pulangnya 20 jenazah mangsa MH17 ke Malaysia. Walaupun tak kenal mangsa2 yg terlibat secara peribadi, melihat berita2 dan gambar2 mangsa, pon mampu membuatkan saya menitiskan air mata.

Allahyarham Mohd Hakimi, the first officer, 
doted as a loving husband and father and pictured here with his one and only son.

Anak lelaki Allahyarham Mohd Hakimi turut sama serta dalam solat jenazah ayahnya, didukung oleh sahabat baik ayahnya.
Allahyarhamah Mastura Mustafa, salah seorg pramugari yg terkorban

Anak Allahyarhamah Mastura yg menangisi jenazah ibunya....

I guess a lot more heart-wrenching pictures shared here and there. Kita doakan semoga mereka yg terkorban di tempatkan bersama org2 yg beriman dan dirahmati Allah. Semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan kepada ahli-ahli keluarga yg terlibat. 

Innalilahiwainnalilahirojioun....daripada Allah kita datang dan kepadaNya juga kita semua akan kembali.