I'm not doing well in the gardening department this month :(. Always feel that I'm not doing enough for the plants and always feel I need to plant more.Tapi saya selalu tewas kepada kekangan masa dan prioriti utk urusan yg lebih penting lagi.
Tapi not recording the update progress pon tak boleh jugak sbb there are few things happening in the garden.
Sebagai contohnya, pokok kacang botor saya tengah rancak mengeluarkan hasil! Sekian lama saya tunggu, hampir setahun jugak la, bulan lepas ia mula berbunga. Tu pon x berapa banyak dan bunganya asik hilang begitu saja. Tapi lepas beberapa, banyak bunga yg keluar dan bertukar menjadi buah. Setiap hari keje saya mencari buah yg dah cukup matang utk dipetik sbb kacang botor kalau lambat petik dia akan jadi keras dan dah x sedap dimakan.
Setakat ini masih banyak lagi bunga dan buah yg keluar. Tapi yg boleh dipetik satu2 masa tak lah banyak. Kadang ada 2-3 biji aje. Boleh la dibuat ulam.
Then pokok tomato ceri pon dah mula berbuah. Tapi pokoknya nampak mcm tak sihat sbb daun2nya dah mula bergulung2. Saya tak tau nak buat apa. Malas nak mencari sebab dan tindakan yg boleh dilakukan utk mengatasi masalah ni. Hanya belek2 saja dan berckp2 ngan pokok tomato, mudah2an saya dapat la rasa buah2nya.
Then mulberi pon dah mula berbuah juga. Ada 6 pokok kesemuanya tapi tak la begitu subur. Masih kecik dan kurus walaupun dah dicantas beberapa utk menggalakkan pertumbuhannya. Mungkin sbb tak membaja secara konsisten.
Perkara yg paling menyedihkan baru2 ini, pokok sambung nyawa saya hampir togel dikerjakan oleh ulat gonggok. Sebelum ni 2 pokok ni sihat sejahtera dan saya boleh petik buat ulam bila2 masa tapi sbb saya gatal tangan alihkan pokok ni ke tempat baru, tup2 kena serangan ulat gonggok. Kalau pokok limau nipis/purut saya boleh biarkan aje menjadi koloni ulat bulu, yg pokok sambung nyawa ni saya tak sanggup. Saya perang habis2an dengan ulat gonggok ni dengan menyembur serai wangi everytime saya berkesempatan check pokok sambung nyawa. Sebab bukan senang nak dapatkan pokok sambung nyawa ni. Saya ada pon sbb ehsan biras saya di KB yg hadiahkan saya sepasu sambung nyawa ni yg kemudiannya saya semai btgnya utk menambahkan stok sambung nyawa saya.
Sekarang ni saya dah pindahkan balik sambung nyawa ni ke tempat asalnya dan kurang sikit ulat gonggok yg dtg menyerang. Kalau dtg jugak mmg nak kena sembur la ngan serai wangi!
Saya menunggu cik selasih/kemangi ini menjadi besar dan subur. Ini pon kena serangan makhluk perosak yg saya x tau spesies apa. Cuma nampak mcm biji2 kecik hitam kat atas daun and then lepas tu daun pon mcm melepuh. Pon saya sembur ngan serai wangi dan nampaknya mcm dah ok. Saya nak guna daun dia nak buat Thai spaghetti mcm kat Secret Recipe tu!
Pokok2 lain masih sama aje. Tak la subur sangat tp tak la mcm nak mati. I'm trying my best to keep them healthy.
So itu saja laporan kebun utk bulan ini. Moga2 dapat update lebih banyak benda baru di bulan depan!














.jpg)





