Pages

Wednesday, April 29, 2015

Garden Update - April 2015

Alhamdulilah, bulan April ini banyak perkara menarik berlaku di laman sekangkang kera saya tu :)

Ada pokok yang pertama kali berbunga, ada yg pertama kali berbuah, ada yg berbuah/berbunga dengan sakan so mana la tak gembira hati si tukang kebun walaupun selalu tak berkesempatan nak jaga pokok2 dengan baik. Mujur la sekarang ni boleh dikatakan hari2 hujan so tukang kebun tak perlu susah hati kalau tak sempat nak siram pokok. Cuma kalau tak dijenguk tak perasan ada pokok2 yg tumbang or kayu topang dah jatuh atau pasu terbalik. Jadi kena la jugak jenguk2 seminit dua. 

Kita mulakan dengan laman depan:

Utk pertama kalinya sejak ditanam April 2014, pokok bawang spider saya mengeluarkan bunga. Benih saya dapat dari give-away gift Kebun Bahagia Bersama tahun lepas. 

Baru2 ni rajin membaja pokok ros jepun, tu yang meriah ros jepun berbunga


Sebenar dah beberapa bulan saya beli pasu warna-warni dari Tesco. Seronok tgk colourful pots ni menghiasi tingkap. Mana2 anak pokok lidah naga yg keluar dari induk asal, saya korek dan transfer dalam pasu kecil. Lidah naga yg saya tanam kat tepi pagar mcm berpenyakit. Like you see on pasu no.2 dari kiri - dia jadi kering dibahagian atas. Tak tau kena penyakit apa.

Di bahagian kitchen garden pulak:

My mulberries pon rajin berbuah. Cuma tak sempat nak merasa yg jadi hitam, sbb asal merah je si Insyirah dah petik and makan. Rambutan katanya...hehe. Kalau yg merah tu rasanya masam, kalau hitam dia manis. Kena rajin pangkas si mulberry ni baru dia rajin berbuah. 

Ingat tak my post bulan lepas pasal pokok delima? Bulan ni sangat galak berbunga dan banyak juga bunga yg lekat jadi buah.

Ahli2 group berkebun yang saya join di FB nasihatkan supaya balut buah delima dari awal supaya dia masak cantik. Ada la 2 -3 biji saya sempat balut. Ni dah banyak sgt berbuah dah tak sempat dah nak balut. Bila nak masak ranum pon tak tahu. Kita tunggu post bulan depan ye!

Pokok bunga telang saya pon dah berbunga! Give-away gift Kebun Bahagia Bersama pon ada selit biji benih bunga telang but somehow saya tanam tak menjadi. Ini benih dr rumah mak mertua di KB. Saya semai bulan Januari 2015. Maknanya amik masa lebih kurang 3 bulan utk berbunga. 

Pokok mengkudu juga dah berbuah! Pokok mengkudu ni mak saya yang insist suruh tanam. Senang katanya kalau beranak nanti, nak bertungku ke nak tuam anak ke, dah ada daun mengkudu. Tapi nak beranak lagi tah bila...hehehe. Buahnya tu kalau saya rajin, nanti blend utk diminum.....tapi sanggup ke nak telan? hehehe

My pegaga patch ada jugak kangkung yang terselit. Boleh tahan jugak gemuk2 daunnya. Saya selalu potong utk buat nasi goreng kampung.

Benih kangkung yang sama tapi ditanam dalam pasu panjang ni tak berapa nak gemuk. Halus2 daunnya. Mesti tanahnya tak berapa nak subur macam tanah dalam patch pegaga. Yg ini pon dah berapa potong, then naik lagi dan lagi. 

Pokok kunyit pon rajin berbunga. Sejak2 dah tau bunga kunyit boleh dibuat ulam, memang menanti bunga kunyit keluar. Sedap woo makan ngan nasi panas2 dan sambal belacan

Ni la koleksi ulam2an yg ada kat laman saya - pegaga, bunga kunyit yg occasional ada, tenggek burung dan sambung nyawa. Bila2 nak makan petik aje segar dari pokok. Kalau beli dari pasar, seikat bukannya makan habis. Nanti tinggal layu aje dalam fridge.

So that's it utk bulan April ini. Kepada yang ada rasa nak bercucuk tanam, mulakan skrg. Tak perlu tunggu rumah ada laman, rumah flat pon boleh. Takat kari, kunyit insyaallah boleh hidup kalau kena cara. Sekurang2nya jimat jugak seringgit dua dalam perbelanjaan dapur. Di zaman serba mahal ni, duit seposen dua pon nak kena kira tau.

Friday, April 24, 2015

It's Friday!

Salam Jumaat!

Alhamdulilah, it's another beautiful Friday and most importantly I managed to recite complete Al-Kahfi this morning. For me bukan senang nak achieve ini. Semalam x dpt nak buat sbb sakit kepala, so I went to bed early. Pagi ni pon bukannya bangun awal sgt, but since sekolah kembar amik cuti peristiwa hari ni, I decided not to cook anything and beli je la makanan siap utk bekal Insyirah. So lepas Subuh, I dedicated utk baca surah Al-Kahfi sampai habis.

Sometimes we have to give priority to amalan2 sunat walaupun sangat sibuk dengan urusan seharian. Bukan utk semata2 mengejar pahala ke syurga sahaja tapi utk kebaikan diri sendiri di dunia ini. Life is so fragile, kita akan sering diuji dgn mcm2 perkara. Sebab Allah dah kata dunia ini bukan lah tempat kamu bersenang-lenang melainkan utk diuji. Some of us would be afraid of the future, afraid of the unknown - hati jadi resah gelisah walaupun hidup sebenarnya dilimpahi kemewahan dan kesempurnaan. Tapi apa guna kalau ada duit yg banyak tapi hidup rasa tak tenteram?

Jadi kena la rajin didik diri utk tambah amal ibadat. Supaya diri ada byk makanan rohani jadi hidup akan berserah kepada Allah S.W.T. Tak suka pon kena paksa. Mulakan dengan sikit2. Like baca Al-Quran dan terjemahannya 1 muka surat sehari, atau zikir selepas solat. Istighfar selalu.

Everyday is a struggle to be a better Muslim tp Insyaallah kalau selalu ingat mengingati mudah2an kita istiqomah ke arah kebaikan.


Monday, April 20, 2015

Interstellar - Dunia Melepasi Sempadan



Dah lama saya tak buat Movie Review kan?

Nak kata tak tengok movie, ada je tengok movie tapi bukan la tgk wayang. Cik HB rajin download movie so bila ada masa, layan jugak la. Cuma movie2 yg ditonton tu biasa2 aje, tak worth pon nak cerita dalam blog...hehehe

Semalam cik HB ajak tgk Interstellar, dia kata "you sure suka movie ni". When he said that, I know this must movie berat2 yang memerlukan kita berfikir because that is the kind of movies yang memang saya suka mcm Inception, Shawshank Redemption, A Beautiful Mind,  Silence of the Lambs....

Masalahnya, nak tonton movie2 macam ni you have to really concentrate in order to understand and get the satisfaction watching. Mak mcm saya jarang dapat this privilege sbb although weekends supposed to be your rest days since you are working on weekdays, hakikatnya I am busier on the weekends with housechores and whatnots. 

But cik HB would love me to watch it because he needed to share his opinions and awes and queries with somebody. So since I needed to do  a lot of ironing, so while doing it why not get a movie to watch kan?

Back to Interstellar, I'm not interested to go into details in the storyline, you can always read about it from Wikipedia. It's too scientific and you have to like galaxy, solar system, and autospace-related to understand it . It's supposed to be a mission for these four astronauts to find another planet yang sesuai utk kehidupan manusia sbb Bumi semakin tidak selamat utk diduduki. Perjalanan ini melibatkan konsep time travel and dimensions. Too complicated to understand. But interesting!


In this movie, dikatakan waktu di angkasa adalah 1 jam bersamaan 7 tahun di Bumi. Contohnya waktu Cooper dan kawan2nya meninggalkan space ship induk mereka utk ke Planet Miller , it seems they went just for a few hours but when they got back to main craft, they had actually left for 23 years!

Mengingatkan saya kepada penceritaan dalam Al-Quran tentang perbezaan waktu dunia dan akhirat. Saya google tentang itu dan jumpa ayat2 ini:

Dan sesungguhnya satu hari (menurut perhitungan) Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun menurut perkiraanmu." [Al-Hajj ayat 47]

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu." [As-Sajdah ayat 5]

Sebab itu harus lah percaya bila dikatakan bahawa kita hidup di dunia ini hanya lah sebentar sahaja mengikut perkiraan masa Akhirat (I read about this from HERE)

Interstellar dah menunjukkan konsep perbezaan masanya disitu...sayang sekali pengarah dan pelakon2nya tak nampak kebenarannya di sisi Islam.


Juga tentang kemusnahan Bumi. Mungkin dalam Interstellar, manusia dapat diselamatkan dengan kebijaksaan manusia. When Cooper was sending message to his daughter on quantum data which supposed to help mankind to survive and he was sending it through the 5 dimensional space, did they think it's possible  if God doesn't allow for it? I guess the flaws in this movie, mereka tak bercakap soal ketuhanan. 

Itu dari kacamata Hollywood...

Tapi utk kita yg menonton Interstellar ini, fikir2kan lah....

Alam ciptaan Allah sangat lah luas
Sampai tak terjangkau dek akal
Bukan kah Allah sudah berfirman:

"Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)”. (QS. Al Kahfi. 109).


Dan bahawa diakhir nanti kita semua akan kembali kepada Allah...
Disana adalah alam akhirat yang kekal abadi
Dan tak kira la berapa hebat pon kehidupan kita di dunia ini
Ianya hanya akan seumpama mimpi saja nanti....

Lihatlah dengan mata hati...

Thursday, April 16, 2015

La Tahzan...You& Me

Been feeling a bit down....

Received bad news 2 days, my best friend is diagnosed with big C and I am emotionally  affected by it.

Can't believe that this is happening, we are very close, we've been friend since we were 18, we talk thru Skype almost everyday...she's my "cik seri siantan", my advisor and many more.

Suddenly BAMMM....this bad news :((((

I promise her I would be helping her thru this, we will fight this. I asked her to be strong and positive. I promise I'be positive too. 

I know she's a strong person and very positive and she would survive this. Pasti ada hikmah disebalik ujian ini.

Sepertimana firman Allah:

“Allah tidak akan memberikan beban hidup seseorang, melainkan menurut kadar kemampuannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 233). 

Semoga dia kuat, saya kuat dan siapa2 pon yg diuji kuat menghadapi apa jua dugaan. Sometimes we only want to see what we want to see, not what we supposed to see.

Please pray for her speedy recovery.



Tuesday, April 14, 2015

Entry Hall

Ingat tak lagi my post berkenaan dengan Entry Hall Deco?

Well, I've done something with that area. Dah lama dah buat, cuma baru sekarang masuk blog...hehehe. It's not much tapi sekurang2nya dah ada la kemajuan kat area entry hall tu. Yang penting it's functioning as what I want it to be.


Kami beli cabinet 3 laci yg laci2nya agak besar dari IKEA. So boleh berfungsi utk menyimpan beg2 sekolah kembar on emergency basis...hehehe. Emergency I say sbb kembar selalu tinggalkan beg kat pintu masuk. Kena jerit berkali2 baru bawak naik atas. So kalau we are expecting guest, boleh terus sembunyikan beg2 diorg kat dalam laci2 tu. Si abahnya pon ada banyak sgt tah hapa2 dokumen/surat2 bawak balik rumah, so bila I mengemas - in the drawers they go!Cuma kena selalu sort out jugak laci2 ini sbb orang2 dalam rumah ni tend to campak apa saja masuk laci ni. 

One thing I dont like about this area, dinding yg tutup tangga tu x dibuat sepenuhnya. Actually design asal takde dinding melepasi tangga pon. Kira you masuk main door, terus nampak tangga. Masa renovation, kami minta contractor tambah dinding sbb nak tutup tangga. Contractor tu pulak cadangkan kat cik HB (I didnt know about this) jgn tutup semua nanti tambah la kayu2 deco, baru cantik. 

So kecacatannya sekarang, dah x boleh nak gantung gambar sbb mcm x centre aje kalau nak gantung gambar. Nak tambah kayu pulak, belum ada budget. So that's all I can do. I'm planning nak letak framed photos of family tapi nak pegi print gambar pon tak buat2 lagi.

And then, thanks to cik HB, dia offer nak cat the wall with the colour of my choice. So I chose the light brown color.

Cuma yg x best, we dont know how to hide the telephone modem. Tu yg still dok atas lantai tepi tu. Will think of something for that!

Wednesday, April 8, 2015

Jalan2 Naik ETS

Weekend lepas kami balik Tg. Malim. Saja balik menjenguk Mak Abah. Dah dekat 2 bulan jugak la since our last visit. Hajat dihati nak balik at least sebulan sekali tapi kadang2 dek kerana kesibukan yang tak pernah berkesudahan sedar2 dah lepas dah sebulan. Seboleh2nya nak la jenguk diorg selalu walaupun diorg alhamdulilah sihat. Mak ayah ni kan mmg suka kalau anak cucu balik jenguk diorg. So sibuk cemana pon kita cuba la jenguk mak ayah selalu. Kalau balik Tg Malim, selalunya kami balik on weekend aje sbb cuti panjang dah dedicated utk Mek Ayoh di KB. Bukan tak nak berlaku adil tapi sbb KB tu jauh, maka kami perlu sekurang2nya 4 hari cuti kalau nak balik sana. Abis, 2 ari dah abis atas jalan....

Pagi Sabtu tu kami keluar sarapan kat satu kedai makanan Kelantan, since Mak yg rekomenkan kedai tu. Agaknya fikir menantu Kelantan dia sure la happy kalau dapat makan makanan Kelantan eh? Sedap mmg sedap sampai lupa amik gambar...hehehe

Lepas tu kami nak pi pasar, saja nak tambah stok barang dapur Mak. On the way lalu stesen keretapi Tg Malim. So I mentioned "bila la kita nak naik ETS ye?"

Mak pon terus menyampuk "boleh pegi Midvalley!"

Wahhhh...Mak rupa2nya teringin nak pi Midvalley youuuu....hehehe

So dari nak ke pasar beli ikan, terus pegi stesen keretapi nak check tiket ETS. Agak tak best sbb sistem is not friendly, takde jadual keretapi dipaparkan so harus kena beratur dikaunter tiket utk mendapatkan maklumat. Then dimaklumkan next ETS to KL will be at 11.15pm, masa tu baru pukul 9 am. So tak fikir panjang terus la beli. Sempat la balik rumah mandi-manda (kantoi keluar sarapan x mandi...hahaha)

ETS ni train express electric beroperasi antara KL dan Ipoh dan stop di beberapa stesen along the way termasuk la Tg. Malim. Sebenarnya komuter pon dah sampai ke stesen Tg. Malim tapi yg lecehnya kalau nak ke KL kena transit kat Rawang. And of course berhenti kat banyak stesen la. Mau 2 jam jugak nak sampai KL kalau naik komuter dibandingkan dengan 1 jam kalau naik ETS.

Insyirah with Atok and Opah. Excited ni nak naik keretapi

Me and Mak. Kagum jugak ngan ETS ni. Tahap kebersihan boleh dipuji. Sikit lagi nak sama taraf dengan train kat Jerman.  Mungkin perkhidmatan boleh diperluaskan lagi ke seluruh Malaysia. Standard kelajuan dalam 100km/h, which is ok la. Kalau ada train laju camni balik KB kan best?

Sampai KL Sentral around 12.30pm, amik komuter ke Midvalley. Satu stesen je dr KL Sentral. Convenient la jugak. Kami selalu cancel nak outing ke Midvalley disebabkan tak tahan dgn jem nak masuk parking dia and then nak cari parking. Naik komuter sekejap je dah sampai!

Pi Midvalley semata2 utk lunch...hehehe. I love the food court kat Level 3 tu sbb banyak betul variety makanan. Western, Jepun, Korea, Arab....semua ada. Tak payah nak pening nak decide makan restoran mana. 

Kelakar tgk Abah pusingkan cap dia sbb nak senang nak makan. Selamba je Abah mcm hip-hop...hehehe

We didnt go around Mid Valley so much. Kalau ikutkan mmg seronok nak keluar masuk kedai window shopping. Tapi  kesian kat Mak nak jalan banyak2. Lutut dia senang sakit. Asalkan dah bawak dia sampai Midvalley cukup la. By 4pm kami dah gerak balik KL Sentral dan minum petang kat sana sbb our train balik Tg. Malim was at 6pm.

Notes on ETS:

1. Harga tiket berbeza utk dewasa, kanak2 dan warga emas. 

2. Ada 2 jenis ETS - GOLD and SILVER. Sebenarnya train takde beza. Sama je rupa luar dalam. Cuma SILVER  ada subsidi dr kerajaan so murah sikit tapi berhenti di lebih banyak perhentian. Jadual perjalanan utk SILVER pon x banyak. Sehari dalam 2-3 trips aje.

3. Setiap coach ada 2 TV. Tapi yang bosannya diorg mcm tayang movie yg sama aje. Pegi pon Transformer 2, balik pon Transformer 2. Takde cerita lain ke?

4. Saya nak bagi cadangan kat KTM supaya  setiap stesen keretapi dilengkapi lif. Kesian kat org2 tua, OKU dan ibu-bapa yang bawa stroller. Kat KL Sentral ok ada lif. Tapi stesen Tg Malim takde lif. On the way ke KL tak payah naik tangga, tapi bila balik kena naik turun tangga. Tangga tinggi pulak tu. Kesian mak saya tau!



Monday, April 6, 2015

Erti RM2

Hari ni di FB terbaca status FB ustaz Ebit Lew yang sgt tersentuh hati. Sejak GST dikuatkuasakan ramai yang mengeluh beban yg terkesan dek penangan GST. Utk kita yg berpendapatan tetap dan terkelas dalam golongan yg agak berkemampuan, mungkin kesan GST menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan lebih RM, maka kita perlu berjimat-cermat utk memastikan belanja isi-rumah tak over budget. Tapi pada yg sudah berpendapatan rendah, kesan GST benar2 menyebabkan mereka hidup lebih susah, sampai nak makan pon tak mampu!

Saya yg komplen pasal GST, masih lagi mampu makan di restoran2 pada bayaran yg tinggi, masih  lagi mampu jalan sana sini. Tu pon masih nak komplen x mampu nak beli itu ini, x mampu nak pakai itu ini....masih lagi x bersyukur..tsk..tsk...tsk..

Kisah yg Ustaz Ebit Lew kongsikan, nak naik bas pon takde duit :(. 

Insaf betul mokcik :(((((

Semoga beringat2 la bila nak spend duit tu over luxurious items. Semoga ingat2kan hati dan semoga ringan tangan tu nak bersedekah. Dari dok berangan nak ada itu ini (yg lebih kepada keinginan dari keperluan), baik lah ingat2 orang yg susah, nak makan pon xde duit....

Semoga kita semua sentiasa Allah condongkan hati kita utk membantu mereka yang susah.

***************************************************************************************************************************8

Bait2 kata dari status Ebit Lew:

Bagi kita Rm2 kecil tapi masih ramai orang yang Rm2 bagi mereka amat besar..
Tahun lepas saya jumpa seorang makcik tua umur 70 tahun jalan kaki 20 km dalam hujan balik dari ambil ubat untuk anak sakit. Cuma ada Rm2. Tiada duit dalam bank. Rm1 guna di hospital. Rm1 bayar bas. Saya menangis mendengar kisah makcik tu..rumahnya buruk. Jaga seorang anak yang banyak buat masalah.
Saya pernah jumpa beberapa kali orang di stesen minyak tiada duit nak isi minyak. Hanya air mata dan muka malu-malu untuk minta pertolongan.
Saya pernah lihat anak sekolah tak makan macam kawan lain. Dia duduk seorang diri pergi solat Dhuha kerana tiada duit nak makan..di ajak makan dia menolak. Katanya nak solat dhuha rupanya dia tiada duit. Mereka berdoa sambil menangis. Dari kecil hidupnya begitu.
Seorang hafiz Al-Quran sedang belajar lari sana sini kerja. Semua orang marahkannya sebab risaukannya. Tapi siapa tahu apa yang dia tanggung menanggung ibunya yang dah tua. Tinggal dalam pondok buruk dikelilingi bahaya dalam pedalaman dengan sedikit duit zakat dan menjual kuih. Menangis waktu malam. Semua orang ada kisah...
Saya pernah jumpa sekeluarga sentiasa buka puasa di masjid kerana tiada duit langsung..
Saya pernah bawa beberapa anak muda belajar agama. Dompet mereka kosong. Gaji sikit lepas tu semua bagi pada mak ayah di kampung. Bila dapat upah sikit untuk menolong kerja sikit sikit. Mereka bersyukur dan ulang-ulang cakap terima kasih.
Saya pernah lihat seorang yang baik diminta oleh bos poskan sesuatu. Boss nya terlupa bagi duit. Akhirnya dia cakap, dia langsung tiada duit. Dah seminggu duit habis. Cuma makan nasi dengan masak kuah air kosong di rumah.
Saya lihat orang kena saman kena tinggalkan motor sebab tiada lesen. Di suruh naik bas. Menangis merayu sebab semua duit dah jadi minyak. Kerja sara keluarga. Hidup susah.
Masih ramai orang tak keluar rumah dan tak pergi kenduri sebab tiada duit nak isi minyak kereta dan rumah. Anak-anak tak pernah merasa mainan dan ipad macam anak orang lain. Takdir kita semua tak sama. Kita semua terus berusaha tapi jangan pandang hina pada orang lain.
Dalam Al-Quran, Allah menerangkan siapakah manusia penipu pendusta dalam agama. Iaiitu orang yang tidak mengasihi orang miskin dan anak yatim dan lalai dalam solat...penipu yang tak suka tengok orang lain tolong orang susah. Lebih teruk dah susahkan orang tapi tak rasa apa-apa lagi sebab dah terlalu lama hidup senang. Lebih teruk tak pernah langsung rasa susah dalam hidup ini. Benci dan pandang lekeh orang miskin dan susah. Kita yang kaya terlupa mungkin kita diberikan rezeki kerana doa orang miskin dan lemah di kalangan kita. Ingat baik-baik sementara diberi peluang. Saya jumpa ramai orang kaya yang tak faham bagaimana orang miskin ni pemalas. Memang ada yang malas tapi bukan semua. Mungkin bila Allah ambil semua kembali baru mereka faham....
Ada kerana rm2 makan nasi kosong tanpa lauk apa pun. Kerana rm2 ramai yang tak mampu nak beli susu anak. Pergi kedai setiap barang tanya harga. Kerana duit cukup-cukup jer. Ada seorang anak bayar yuran madrasah dengan duit sendiri hasil kutip duit raya. Itupun belum cukup. Keluarkan duit syiling bayar yuran.
Kata ketua pendeta di zaman kegemilangan Islam. Jika ingin kalahkan orang Islam senang sahaja. Saat pemimpin mereka mengutip cukai sedangkan mereka hidup mewah dan senang itulah zaman kehancuran dan kekalahan mereka. Dengan mudah mereka akan kalah kerana mereka tiada bantuan dari tuhan lagi.
Di zaman sahabah rhum dan orang soleh dulu saat menjadi pemimpin dan pembesar mereka kata kamu boleh belah anggota aku dan lihat darah aku yang mengalir tiada di dalamnya dari harta rakyatku. Itulah Islam dulu-dulu sehingga semua kerajaan lain ingin diperintah oleh orang Islam. Islam ialah kasih sayang tuhan. Kasih sayang Allah dizahirkan dengan orang Islam beriman yang sayang orang lemah. Indahnya Islam.
Marilah kita menarik rahmat Allah malam ni dengan kita tambah sedekah dan cari mana-mana orang susah dan bantu mereka. Terbaik kita bantu ahli keluarga kita yang rapat. Ahli keluarga isteri kita. Rezeki kita bertambah dengan sedekah. Allah janjikan dalam taat. Kita doakan hidayat buat semua ketua dan pembesar supaya Allah berikan hidayah buat mereka dan mereka bertaubat atas kesalahan mereka menzalimi ramai orang.. Janganlah benci sesiapa. Kerana Tuhan sayang dan memaafkan kita selagi kita mudah memaafkan orang Islam lain. Kita semua saudara satu kalimah. Semua orang buat silap tapi yang terbaik yang minta ampun. Buatlah dakwah dan doalah hidayah buat 5 bilion orang yang belum Islam. ya Allah maafkanlah kami semua. Kami semua bertaubat kepadaMu. Ya Allah paling kami takutkan kemurkaanMu. Yang paling kami inginkan ialah keredhaanMu. Hanya KegembiraanMu atas kami membuat segalanya berbaloi.
Begitulah lebih-lebih lagi nilainya iman di akhirat nanti. Itulah hari penentuan segalanya. Tiada beza antara orang kaya dan miskin melainkan takwa. Setiap amalan menjadi begitu bernilai. Semuanya akan dihitung. Tiada satu masa yang berlalu yang tidak ditanya oleh Allah.
Mungkin malam ni kita mati, marilah kita semua bertaubat pada Allah. Tiada masalah yang lebih besar dari mati tanpa mengenal Allah. Itulah masalah paling besar dan paling dahsyat.. Tiada bahagia yang lebih besar selain dari mencintai Allah. Mencintai Nabi saw..ya Allah rindunya kepadaMu..Terima kasih beri kami Islam..-yang bersyukur pasti mulia dan yang bersabar pasti berjaya
Ubat bagi setiap orang kaya dan miskin ialah beri masa berdakwah di jalan Allah. Duduk dan makan bersama orang miskin. Melihat dan memahami keadaan manusia ini- ebit lew