Pages

Wednesday, January 14, 2015

Garden Update (January 2015)

Dah lama tak buat update pasal kebun. November and Disember langsung tak tersempat. Menjenguk bila berkesempatan aje. Mujur la November dan Disember memang musim hujan jadi tak perlu la nak siram pokok hari2. Disember pulak mak saya dtg berkunjung, and dia memang suka berkebun, so dia la tolong kemaskan pokok2 saya. Dia galikan ubi kunyit dapat semangkuk besar, temu lawak pon mcm tu jugak. Dia trimkan pokok pandan saya, dia semai pokok cili dan macam2 la. Terima kasih Mak!

I do want my garden to thrive with lots more useful plants tapi tu lah, banyak sangat urusan lain yang perlu diuruskan. Come January, the weather would be so much hotter and less rain, I guess I really have to water the plant diligently.

So utk January record, let's jengah2 the plants:


Welcoming the new members in the house - pokok limau purut dan limau kasturi. Pokok limau purut saya pernah tanam sebelum ni  dalam raised bed. Tapi habis dikerjakan dek ulat bulu sampai mati akhir. Sekarang saya tanam dalam pasu pulak, kita tengok la nasibnya cemana.

Pokok sambung - ada 3 pasu kecil semuanya dan subur2 belaka. Alhamdulilah, sumber ulam saya bila2 nak makan petik aje. Dua pasu kecil tu anak pokok cili yg mak saya semai bulan lepas.

Pegaga dah mendominasi keseluruhan kawasan 1st raised bed. Dah banyak sangat sampai tak termakan. One fine day, I would have to buang separuh dan guna bahagian yg ada utk tanam benda lain pulak.


Pokok kari sedang mengalami krisis serangan ulat yg tak diketahui. Dah berapa kali cantas, bila naik daun2nya, kena serang lagi. Belum sembur lagi dengan apa2. I know the way the combat these perosak, kena la rajin sembur2 pokok dengan ramuan2 tertentu. Takde masa lagi....huhuhu


Just yesterday, I came home from work, siram2 pokok lepas tu terus geram tgk tong sampah yg dah bocor plus besen kecik yg dah pecah, isikan tanah kompos dalamya dan terus semai benih bunga telang (dalam bekas putih) dan ketumbar dalam besen biru. Saya ada stok biji benih mcm2 tersimpan, cuma takde masa nak tanam. The small pots tu pulak saya benamkan bawang2....hehehe. Dia gitu la, bila datang seru nak menyemai, laju je buat!

Kawasan ni dah makin merimbun...dari kiri: delima, sirih, serai wangi, durian belanda, kantan, mengkudu dan pandan. Kena rajin trim area ni...kalau tak...hmmmm...tak tau kalau ada penghuni tambahan kan....

0 comments: