Lepas dah selesai lunch kat tepi airport tu, kami bergerak ke Pantai Chenang sbb nak pegi Underwater World. Patutnya nak pegi semalamnya tapi sbb parking susah sangat tu yg dtg balik hari ni. Sbb hari Isnin, maka x la sesibuk hari Ahad. Kira senang jugak la nak parking.
Bayaran masuk Underwater World agak mahal jugak la pada saya. Dewasa RM33, dan RM23 utk kanak2. Tapi agak berbaloi la jugak la sbb koleksi hidupan air dia mmg menarik. Lebih kurang sama mcm Aquaria KLCC tapi rasanya Underwater World lebih besar kot.
Selebihnya biar lah gambar yg bercerita :)
Kids and the entrance. Boleh tengok hidupan liar kategori binatang kecil kat area ni.
Ada burung2, serangga2.
Koleksi penguin yg mcm2 kat sini. Baru la tau yg penguin ada mcm2 jenis. Karakter2 dalam movie "Feet" pon ada.
Penyu albino di belakang kami
Ikan pari yg sgt cantik kulitnya
Ikan ni mmg menarik sungguh!
Anak2 dara nak posing dgn obor2 tapi sempat capture ekornya saja!
Lepas selesai Underwater World, kami balik motel utk solat dan berehat sekejap. Malamnya kami keluar pegi kompleks Haji Ismail Group untuk shopping coklat dan lain2. Sbb bajet shopping pon tak berapa nak ada, kami shopping ala kadar saja. Beli coklat yg utamanya. Anak2 mmg jadi rambang mata tgk coklat2 kesukaan diorg zaman2 dok Jerman dulu punya la banyak. Tapi nak kata murah tak la murah sgt. Yang pasti mmg lagi murah dr pasaraya biasa. So borong la lebih kurang.
Dan maknya jadi rambang mata tgk koleksi pinggan mangkuk.
Tangkap jugak la 1 set Corningware....
Macam2 ada kat sini...sgt menggugat nafsu shoppingku..hehehe
Esoknya pagi2 kami dah check-out dr motel sbb nak naik feri pukul 10 am dan nak pegi Dataran Lang sebelum balik. Hari kami sampai kami x pegi pon Dataran Lang sbb malas. Tapi dah jejak kaki kat Langkawi mcm x lengkap la pulak xde gambar kat Dataran Lang. Nak2 pulak Dataran Lang ni sebelah jeti Kuah aje.
Elok je abis bergambar kat sini, hujan turun lebat. Terpaksa berlari masuk kereta.
Naik feri pukul 10 am, sampai pekan Kuala Perlis pukul 11 am. Berhajat nak makan laksa Kuala Perlis tapi x nampak kedai laksa yg dibuka. Agaknya buka sebelah ptg. So kami pon teruskan perjalanan balik Melaka. Singgah lunch di R&R Gurun sahaja.
Sempat jugak singgah makan mee udang di Kuala Sepetang, Taiping. Tapi ntah kenapa, rasanya tak sesedap kami makan for first time tahun 2012 dulu.
Harga masih sama...RM10 untuk semangkuk mee ini
Budak kecik yg bad mood....penat
So that's it la cerita ke Langkawi. Kalau ada rezeki boleh pergi lagi. Dan kalau pergi lagi kami plan nak pusing2 pulau naik boat, pegi berendam di Pulau Tasik Dayang Bunting. Kiranya nak menikmati alam la. Insyaallah.

























