Pages

Thursday, February 4, 2016

Food Journal Update


Hari ni tak busy so sempat la amik gambar bekal dan update blog. Bekal ari ni bawa brown rice, dengan mixed salad, telur masin separuh (leftover dinner smlm) dan kari ikan dgn terung takde santan. Untuk makan lunch. 

Breakfast pagi td dah minum milo O campur habbatus sauda dan minyak kelapa dara. So rasa x perlu makan apa2 dah. Sampai opis bancuh air kosong yg dicampur 1 sudu cuka kurma dan 1 sudu jus delima. Mula2 dulu susah jugak nak minum sampai abis. Tapi skrg dah terbiasa.

Anggur hitam tu for snacking. 

Dah lama x timbang berat. Bateri digital weight scale pulak dah kong. Tapi smlm juga rakan sekerja opis lama, dia ckp saya nampak kurus sikit...hehehe.

Minggu depan cuti CNY so akan balik Kota Bharu and stay seminggu kot. That's my biggest challenge to eat clean and control portion. Exercise jangan cerita la...lalalala.


Pengorbanan Ibu Bapa

Semalam, balik dari keje, singgah beli laksa Kedah n keropok lekor dr gerai kat taman perumahan saya. Suka dengan laksa dia, mmg rasa pure laksa Kedah, kuah dia pekat. Tak kedekut ikan. Kakak yg jual tu mmg asal Kedah, ckp pon dok ckp loghat Kedah lagi. Kuih2 dia pon sedap. Mula2 dulu dia n suami dia niaga kuih2 dgn ABC. Lepas tu makin maju, dan mula tambah mcm2 - laksa, rojak buah, keropok lekor.

Sebelum ni saya takat sembang pendek2 je ngan suami-isteri ni. Maklum la diorg pon sibuk menguruskan org berjual-beli. Tapi diorg mmg peramah dan muka pon muka org baik2. Semalam x ramai org, sy pula beli 3 bungkus laksa, so sementara kakak tu dok bungkuskan laksa saya sempat la sembang panjang sikit.

Baru tau yang kakak abg ni sebelum ni dok KL. Tapi sbb anak 2 org belajar kat Melaka, dan risaukan si anak lelaki dok berulang balik KL naik motor, maka mak ayah ni sanggup pindah ke Melaka demi anak2. Abg tu dulu keje kilang kat KL, x tau la dia dah mmg bersara dr keje kilang atau sanggup berhenti keje sbb nak duduk Melaka. Kakak tu pula kata dulu dia ambil upah jaga budak. Kadang2 sampai 10 budak dia jaga. Fuhhh....

So from their story, I guess keluarga ni struggling jugak agaknya dr segi ekonomi. Tapi demi kebajikan anak2, sanggup berpindah dan mulakan hidup baru kat Melaka ni. Rumah kat Melaka ni pon rumah yg disewa. Tapi dr ceritanya rumah yg kat KL rumah sendiri dan disewakan. Jadi ada lah jugak duit timbal balik.

Saya kata kat kakak tu mmg saya kagum pengorbanan mereka pada anak2. Diorg senyum aje dan kata "takpe, duduk Melaka pon seronok jugak. tak jem".

Saya doakan semoga perniagaan diorg maju. Paling doakan semoga anak2 diorg jadi anak yg solehah dan ingat jasa mak ayah. Esok2 bila dah berjaya dalam kehidupan senangkan la pulak mak ayah ye!

Tuesday, February 2, 2016

Risik & Tunang

Alhamdulilah, Insyaallah tahun ni dua adik perempuan saya bakal menamatkan zaman bujang. The second last dan yg bongsu. Kahwin dua2 ni maka complete la semua anak2 Mak Abah yg mendirikan rumahtangga.

Mula dgn Epa, diikat bulan Disember lepas dengan org Jasin, Melaka. Katanya tak nak tunang2, nak terus kahwin. Tapi kena la jugak keluarga dua2 belah berjumpa kan? Tu yg Disember lepas keluarga sebelah lelaki dtg berjumpa keluarga kami. Majlis risik kekdahnya. Buat kat rumah saya memandangkan masa tu mmg Mak Abah ada kat rumah saya. Kami pulak sempoi gila. Tak sediakan apa2 hantaran pon. Saya cuma masak nasi minyak, ayam masak merah, dalca daging, acar timun nenas. Mula2 kata cuma 1 kereta je nak dtg but turn out 3 keta datang! Mujur mmg masak lebih.

Dua2 belah pihak berbincang...

Pihak lelaki bawa 3 dulang - cincin, buah dan sepasang kain

Bakal mak mertua sarung cincin tanda to Epa

Insyallah, majlis nikah/kenduri kahwin Epa akan dibuat bulan Mei tahun ini.

2 minggu lepas majlis Epa, majlis bertunang adik bongsu saya Ain pulak di rumah kakak di Tg. Malim. Ain pon dapat jodoh org Kelantan juga, macam saya. Orang Pasir Tumboh. Sebab ramai ahli keluarga sebelah pihak lelaki nak datang, jadi Ain pon buat la jugak majlis bertunang dan makan2 sikit.

Rombongan pihak lelaki

Hantaran dari pihak kami, hantaran pihak lelaki I x sempat amik gambar

Ain dan bakal mak mertua

Ain dan cik tunang :)))

Kami 6 org adik-beradik perempuan

Part of cucu2 Atok Opah.

Insyaallah majlis nikah/kenduri kahwin Adik Ain akan dilangsungkan bulan Julai tahun ini. Serabut juga 2 kenduri kahwin in 2 months time apart. Tapi dah pilihan masing2 gitu, kita turutkan aje.

Semoga semuanya berjalan lancar.

Monday, February 1, 2016

Rezeki Yang Tak Disangka2

Nak share cerita....

Semalam bawa anak2 ke Popular Bookstore, beli buku latihan and some reading books. Bila ada bajet lebih mmg saya set aside sikit utk bahan bacaan. I want the kids to love reading as I do. 

Masa tengah nak bayar, tiba2 ada satu kakak belakang saya menyapa...

"Dik, nah ambil voucher RM5 ni..."

Saya ternganga kejap, tanya balik " akak x nak guna ke? Takde benda dah nak beli?"

Dia jawab " dah cukup dah apa yg akak nak, kena clearkan jugak voucher ni by hari ni, awak amik aje".

Saya ckp terima kasih dan sy katakan kat kakak tu semoga rezeki dia dimurahkan.

RM5 might not sounds much. Tapi kakak tu boleh je memilih untuk grab anything of RM5 price and use the voucher. Instead, dia memilih untuk sedekahkan saja. Mulianya hati. Semoga RM5 yang disedekahkan itu memberikan ganjaran pahala yg besar untuk dia.

On my side pulak, I saw it as rezeki yang Allah swt melalui didorongkanNya kakak tu untuk sedekahkan saya, She might give it to other people but dah Allah kata itu rezeki saya, maka jadi rezeki saya.

Saya sangat la tersentuh dgn hal ni, tu yg saya share kat sini. Mungkin org nak ckp "alah, RM5 je kot, bukan Rm5 juta". But that's how I feel it, mcm dapat juta2....sbb nampak macam tu la aturan rezeki yang Allah dah tetapkan. 

Sama la jugak dengan sedekah. Kalau rasa nak sedekah, sedekah aje terus. Jangan fikir banyak. Jangan fikir org tu layak x layak terima sedekah. Jangan fikir duit kita tak cukup kalau bersedekah. Insyaallah takkan rugi org yg bersedekah. 

Thursday, January 28, 2016

Food Journal Update

Sorry. Can't commit with the daily food intake update. Tak terkejar dek kerana kesibukan kerja dan urusan rumahtangga.
 
So kita buat takat yang mampu.
 
Semalam x berbekal. Ada perutusan khas NC dan petangnya meeting jabatan. Sbb pagi kena keluar awal so x sempat la nak prepare bekal.
 
Hari pon bangun lambat but managed to masak nasi goreng for kids and buat sandwich ayam panggang for me. That served for breakfast dan lunch. Mujur la ada jugak leftover isi ayam panggang which i made for dinner on Monday. Then ada stok roti wholemeal. Jadi la sandwich ayam panggang dgn slices of timun dan tomato dan sikit mayonese. So kira healthy la jugak.


Hari ni mak mertua dan famili adik ipar akan berkunjung ke rumah kami, so I dont know whether i can still commit not to eat nasi for dinner. Kena betul2 kuat semangat. I am always crumble when I have guests coming to house. Diorg makan, i pon makan! Huhuhu

Kita tgk esok samada akan ada entry bekal makanan atau x ye!

Monday, January 25, 2016

Mari Bermula Semula!

I am looking for mojo to seriously applying my diet program and been browsing my previous entries on weight loss, and I noticed that back in 2012/2013 when I did manage to lose about 8kg, I was monitoring closely what I've been eating and I documented daily food intake.
 
I guess I should start that again - documenting my daily food intake!
 
This time, kena monitor the type of food I'm taking. I've been reading about imbalance/excessive estrogen hormone ataupun estrogen dominance that can be a factor to stubborn weight loss dan juga penyebab kepada sindrom PMS, breast cancer dan banyak penyakit lain. And reading all the symptoms rasanya saya mmg terlebih/x balance hormon estrogen. Salah satu cara nak reduce hormon estrogen kena makan low carb and lebihkan pengambilan certain foods mcm cruciferous vegetables (cabbage/broccoli/cauliflowers), salmon, flaxseeds.
 
Boleh baca kat SINI dan SINI.
 
So here I am today, recording my tapau foods today. Bekal makanan dari pagi sampai ptg. Dinner x tau akan sempat amik gambar ke x:
 
Atas kiri: Granola bar brand Quaker's Oat untuk snacking in case memerlukan. Not really a good choice sbb processed food jugak. Tak sempat nak prepare buah2an. Kalau lapar in between meal, saya akan ngap ini. Lebih baik makan something healthy like this rather than jajan2 yg lagi x sihat. And to put hunger at bay.
 
Then, dalam botol kaca, is overnight oat for breakfast. Saya prepare malam smlm. Letak 4 sudu rolled oats, satu sudu flaxseeds, satu sudu chia seeds, few raisins. Then tuang susu rendah lemak separuh botol. Esoknya boleh makan kat opis.
 
Sebelah oat, smoothies campuran 1/4 dragon fruits dan few cuts of nenas. Tambah setitik stevia utk penambahan rasa. Saya x perlu rasa manis extra sebenarnya tapi cuba nak amalkan stevia utk dapatkan kebaikannya.
 
Dalam bekas oren, is for lunch. 1 biji tauhu yg digoreng dgn minyak yg sedikit dan dipotong kiub. Satu tiub tofu telur, juga digoreng dgn sedikit minyak. Then tomato ceri pon saya stir fry sekejap sbb saya pernah baca cara terbaik utk dapatkan lycopene dr tomato ialah dgn memasaknya.Tambah jugak dgn timun dan salad. Harap2 boleh kenyang...hehehe.
 
That's all for that. Let's see kalau updating my diet journal can be daily task.

Friday, January 22, 2016

Important reminders for marriages

Important reminders for marriages
1. Put problems aside
2. Make spouse a priority. Spouse must be number 1. They must feel like they are number #1.
3. Have a partnership mentality - When we make decisions we must consider how it will effect your spouse. It must be "us" and "we "not just "me". 
4. Seek 1st to understand than to be understood. "I really want to understand where you're coming from" Mature, loving and compassionate mentality.
Avoid
1. Adding fuel to the fire
2. Don't compare
3.Time alone wont heal and solve marriage crisis. Emotional issues need to be addressed.
We must:-
1.Work on our selves (Self Development)
2.Have a beautiful friendship with our spouse. A great marriage equals to great friendship
3. Spirituality - It's about our relationship with the Creator
4. Conflict resolution must be addressed, learn and be developed in a marriage
5. Sexuality is an important area in happy marriages
When you love and give with a higher purpose it will have a more profound impact.
Adapted from Haleh Banani's marriage webinar