Pages

Wednesday, January 14, 2009

Mari berdoa untuk Palestin

Picture from Citrasupply's Weblog


Rasanya semua orang sedar tentang kekejaman Israel terhadap Palestin. Kononnya atas dasar mempertahankan diri, maka Palestin diserang habis-habisan. Hinggakan anak2 kecil yg tak berdosa turut dibunuh. Yang paling menyedihkan, kuasa-kuasa besar dunia hanya mendiamkan diri.


Aku sendiri x banyak boleh membantu dalam situasi sebegini tapi memetik dr blog Ustaz Zaharuddin " Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka. " maka aku pun ingin turut sama cuba menyampaikan maklumat. Mungkin tiada kajian ringkas tentang situasi di Palestine tapi aku letakkan satu link blog yg ditulis oleh seorang rakyat Palestine....From Gaza with Love. Sangat mengharukan......


Terbaru hari ni aku dpt message di Yahoo Messenger yg berbunyi begini:


salam, malam ini palestin akn di bom habis oleh yahudi termasuk masjid al-aqsa. ini benar ikhwam palestin yg menalipon ikhwan m'sia. kt diwajibkn membaca surah yunus 85-88 n al fath 26-27..tolong fowardkan.. ALLAHUAKBAR!!! dolphine cha's: Pimpinan Hizbullah, libanon sydHasanNasrallah meminta Seluruh msulim utk MELAFADZKAN QS. AL-FATH ayat 26-27. MALAM INI.. tolong disebarkan agar Israel hancur. skrg masjid Al Aqsa Sdg diserang oleh IsraelSkutu. buat pertama kalinya roket yg dilancarkan oleh pejuang hamas sampai shngga 50km ke israel dan askar israel yg mati tlh melebihi 50 orang setakat ni- askar israel telah menggunakan semua senjata yg mereka miliki dlm memerangi pejuang-pejuang palestin.Mhn disebarkan


Dan juga mari kita bersama2 bacakan doa Qunut Nazilah (sila rujuk disini)

Aku harap kita sesama Muslim dapat bersama2 membantu rakyat Palestin mengharungi kekejaman Israel ini.

0 comments: