Malam tadi, lepas solat Maghrib, saya baru berkira2 nak bersila depan TV sambil melipat baju yg dah bernimbun2 hasil basuhan entah berapa batch.
Sambil2 tu sembang2 ngan sikembar dan layan kerenah si kecik.
Tetiba Kakak ckp "Ummi, hadiah Hari Guru!"
Erkkkkkkkkk...alamak!!!!
I have totally forgotten!
Sebenarnya kembar dah minta belikan hadiah utk Hari Guru since minggu lepas. Mokcik pon kata ok, nanti weekend kita pegi.
Tapi weekend I was occupied with something else. Ahad pulak I was not well, satu ari terdampar atas katil. So mmg tak ingat langsung pasal nak beli hadiah Hari Guru. Kembar pon x bagi reminder.
Tengok jam pukul 8.50 pm. I pandang cik HB and asked "kedai apa paling dekat?"
Our options - MYDIN or TESCO sbb it just 10 minutes away by driving.
So berdesup makcik capai jubah, sarung je over the house t-shirt dan seluar, sempat la juga touch-up muka ngan compact powder dan sarung tudung....less then 5 minit semua dah masuk kereta.
On the way, saya teringat KK Home Deco yg dekat ngan MYDIN kat MITC. Sure kat situ ada byk choices of souvenirs and less crowds. Nak shopping kat MYDIN memerlukan ketabahan minda sbb situ selalunya crowded tak kira awal bulan, tgh bulan hujung bulan, nak2 pulak waktu malam. So KK Home Deco je la.
Tup2 KK Home Deco dah tutup!
Nasib la ada lagi satu kedai ala2 KK Home Deco dekat area Kota Fesyen yg still buka. Turned out, bukan kami aje parents and kids yg mencari hadiah Hari Guru, ramai juga parents and kids ada kat situ dgn tujuan yg sama. I keep hearing mak/ayah ckp "oh, tu x boleh, mahal sgt".
Sama macam skrip kami...hehehehe
Cikgu2 jangan terasa ye...bukan kami berkira tapi bayangkan la nak membeli 14 items utk guru sekolah rendah/agama/daycare. Rabak jugak la poket...hihihi.
Dah la kembar tu boleh tahan cerewet. Mulanya nak pilih specific hadiah utk setiap cikgu. Tak nak bagi item sama. Aduhhh...mokcik dah la risau berjalan dicelah2 barang2 seramik/kaca/porselin. Kot kang terpecah, naya je nak kena membayar extra. Masa pon x cukup sbb dah pukul 9 lebih. Nak approve item pon satu hal, within budget ke, sesuai ke tak. Last2 kami bagi ultimatum to them - just pick 1 type of souvenir, then bg semua cikgu sekolah rendah hadiah yang sama. Cikgu daycare pilih hadiah jenis lain. In the end they picked up a seramic canister for cikgu2 sekolah rendah dan flower deco for cikgu2 kat daycare.
Berjaya la kami membeli hadiah2 tu just nice time kedai nak ditutup. Tu hadiah belum balut lagi. Balik rumah dah dekat kul 11mlm, terus mokcik gigih membalut 10 kotak hadiah. Lagi 4 hadiah cikgu daycare, sambutan hari Jumaat so boleh ditangguhkan.
Rasa cam stress sungguh membalut sambil Insyirah menangis2 kat kaki nak ajak tido. Tempted to leave it first and bangun pagi esok baru balut. Tapi kalau terbgn lambat, x sempat balut cemana? So balut la dgn selaju mungkin, workmanship balutan mmg out.
Kakak la setia menemani ummi tunggu sampai hadiah habis dibalut. By then dah pukul 12.30 am. Sian Insyirah menunggu. Bagi susu kejap aje dia dah tido. And mokcik dah well pass my bedtime, terus x ngantuk jadi sambung lipat kain, siap kemas living hall dan kemas dapur...hahaha. Dan akhirnya pukul 1.30 am baru ku masuk tido.
I hope the teachers like their presents. I know kalau dibandingkan dgn jasa guru2 mendidik anak2 kita, hadiah yg diberi tu apa je la sangat. Tapi sekurang2nya kita meraikan mereka.
Teringat kat Kak Lemongrass dr blog Salam Dua Benua tu when it comes to celebrate Teacher's Day. She would bake cookies, made home-made chocolate and other goodies and packed them nicely in a basket for each teacher. It's a well-thought present, kan? I wish I could do just the same next time. Tapi entah bilanya....well, kena plan ahead! Kalau last-minute takde maknanya....
To all teachers out there, my ex- teachers dari tadika, sekolah rendah, menengah dan sampai universiti, I thank you a lot. Semoga Allah memberkati anda semua :)
0 comments:
Post a Comment