Selepas 8 minggu (agaknya la, x ingat bila cuti sekolah bermula...hehehe), hari ni anak2 memulakan sesi persekolahan 2015. Sepatutnya 5/1 tapi semua tahu yang cuti sekolah dilanjutkan lagi seminggu disebabkan musibah banjir yang melanda kebanyakan negeri.
Even then, masih banyak lagi sekolah2 di Kelantan yg x dpt memulakan sesi persekolahan hari ini sbb keadaan sekolah yang masih belum bersedia utk menempatkan pelajar2. Kesian kat diorg, semoga urusan mereka dipermudahkan secepat mungkin.
Kembar tahun ni dah darjah 4. Cepat betul masa berlalu. Rasa mcm baru je diorg masuk darjah 1. Tahun ni I promise myself I would sit down more with them with their school things and jugak utk perkembangan sahsiah dan akhlak. Tak nak guna alasan saya ibu bekerjaya takde masa nak spend masa dengan anak2. That should be my top priority so I have to always remember that.
Dah nak jadi anak dara, maka cabaran utk mendewasakan mereka semakin bertambah. Didoakan semoga menjadi anak yg solehah, berjaya hidup dunia dan akhirat
As for me, my busier schedule pon bermula la kembali. Pagi tadi agak kalut jugak sbb terlambat bangun tapi masih sempat masak utk bekal kembar dan Insyirah. Goreng bihun dan buat sup ayam. Cuma tak sempat buat bekal utk diri sendiri.
Tahun ni nak pastikan kembar dapat sumber fiber yg cukup, so kena selitkan buah dalam bekal diorg. Hari ni sorang pear dan sorang dragon fruit ikut kehendak masing2. Ada hari ummi layan la, tapi ada hari ikut kuasa veto ummi ye!
Keluar rumah pon agak lambat, dalam 7.20 am so kena la menempuh jem kat pekan kecil Durian Tunggal. Sampai sekolah pon dah pukul 7.35 am. Takpe kot, first day of school...hehehe. Esok I promised the girls, we will go out much earlier.
This year, I have revamped my schedule and I hope things are more organized. Actually it's about the same like previous years but I have started cooking dinner in the morning dan kena istiqomah make sure baju2 di gosok utk stok seminggu on the weekend.
Gembira rasa hati bila berjaya achieve mission gosok baju utk seminggu. Makes my morning routine easier. But my concern is, will this be achieved weekly?
Kembar juga harus dilatih to be more responsible with their things. I can't be doing everything on my own. So no more pagi2 tanya ummi mana stokin, mana sarung kepala, mana mcm2. They have to make sure barang2 utk ke sekolah ready before off to bed, isi air dalam bekas air dan basuh bekal makanan, keluarkan baju2 kotor dari dalam beg transit.
Diharap tahun ini things are in order dan kualiti kehidupan bertambah baik.



0 comments:
Post a Comment