Few months back, my BFF Nat yang tinggal di Jepun ada share gambar2 aktiviti berkebunnya. Nat and family sebelum ni tinggal di Ibaraki, Tsukuba dok di apartment jadi tak penah berpeluang nak berkebun, April lepas dia sekeluarga berpindah ke Atsugi, Kanagawa dan dapat dok dirumah banglo yang ada tanah untuk berkebun.
Kebetulan pindah2 aje dah musim bunga nak masuk musim panas, apalagi Nat anak beranak terus excited bercucuk tanam. I did ask her utk buat blog dan documented kan cerita2 berkebun tapi Nat ckp takde masa. So I offered nak share gambar2 kebun dia kat my blog so that one day dia boleh baca balik cerita dia berkebun utk pertama kali. Nat ckp tunggu nanti dia pos gambar2 yg cantik sikit walaupun yg dah di share pada saya dah cukup cantik. Bulan berganti bulan, dia sibuk saya sibuk maka takde la gambar2 kebun yg baru.
Ni dah lama sy transfer gambar2 yg pernah dikongsi Nat to my blog sbb bila saya dah resign dr keje lama saya perlu pulangkan semula laptop yg sy gunakan ke majikan. So sbb sayangkan gambar2 ni baik saya masuk dalam blog, ok kan Nat?
Let's see the photos!
Untung Nat, masuk2 rumah ni dah tersedia laman yang cantik, siap ada pokok lanskap mcm2. Tu dia borong pokok bunga marigold (kita panggil bunga tahi ayam...hehehe)
Tu antara yg ditanam, selain marigold, ada pokok cili biasa dan cili capsicum.
Kobi suami Nat gigih berkebun. Kalau tgk rupa mmg org ingat dia org Jepun tapi sebenarnya org Melayu!
I was so excited tgk diorg tanam macam2 walaupun pertama kali berkebun.
Sebenarnya lepas tu kami sembang2 kat skype, Nat ada tunjuk live pokok2 dia dan lepas beberapa bulan tunjuk hasil tanaman sekali, Ada bendi, terung, cili....Nat kata sampai tak termakan la. Menjadi semua tanamannya. Cuma di negara 4 musim ni, musim bunga dan musim panas je la seronok berkebun sbb faktor cuaca mmg membuatkan tanaman naik cantik. Bila masuk musim luruh, kena bongkar balik apa yg dtanam dan kemas2 laman, tu kata Nat.
So Nat, next year spring and summer berkebun semula ye? Nanti share cerita dan gambar and I will share again in this blog :)




1 comments:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment