Pages

Thursday, October 15, 2015

Salam Maal Hijrah 1437H

Hampir terlupa nak buat catatan sempena Tahun Baru Hijrah 1437H. Catatan is more untuk peringatan diri sendiri. Resolusi bukan sahaja dibuat untuk tahun baru Masihi aje tapi yang lebih penting untuk Tahun Hijrah supaya dapat memperbaiki diri sebagai orang Islam.

So these are the aspects to improve:

1. Solat wajib diawal waktu

Yang ini pon perlu disiplin yang tinggi. Kena didik diri!

2. Solat sunat rawatib 

Solat sunat yg sgt dituntut supaya boleh jadi bonus utk cover cacat-cela solat wajib tp to be honest belum lagi terdidik utk buat yg ini. Tu yang jaga solat wajib awal waktu supaya dapat buat solat sunat rawatib. 

3. Solat tahajjud dan dhuha

Tahajjud dah mula bertatih2 jugak. Kalau tersedar sbb nak gi toilet, paksa diri amik wudu' dan kerjakan solat tahajud. Buat 2 rakaat je pon. Lepas tu tido balik. Kalau terjaga like pukul 5am -5.30am terus bangun dan sempat lagi solat tahajjud sebelum masuk Subuh. 2 rakaat tak lama mana pon tapi bila iman tak berapa nak ada, rasa mcm berat sgttttt. Astagfirullahalazim......

Dhuha mmg tak pernah diamal atas alasan sibuk kerja, Tapi la ni dgn kerja baru akan ada ari2 yg saya free sebelah pagi so Insyaallah akan mula latih diri bab ni.

3. Baca Al-Quran

KPI Al-Quran untuk tahun1436H tak begitu memberansang. Kalau tahun lepas saya berjaya khatam Al-Quran pada 5 Zulhijjah selepas bermula pada 1 Muharram 1435H (tau sbb rujuk entri INI), tapi tahun ini pada Awal Muharram 1437H saya baru sampai surah Al-Hajj. I've been trying baca Al-Quran at least satu muka surat satu hari but there were days yg tak achieve pon. So tahun ini kena letakkan matlamat utk khatam 2 kali. Kalau skrg surah Al-Hajj, patut khatam in 2 months time dan lepas tu start balik dan khatam before Awal Muharram 1438H. Insyaallah.

Juga nak amalkan:

Surah Al-kahfi - setiap malam jumaat
Surah Al- waqiah dan Al-Mulk - setiap malam sebelum tidur

Kahfi, Alhamdulilah dah jadi kebiasaan sejak beberapa tahun ni. Kalau x sempat sgt, baca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir, Mudah2an menjadi pembantu utk menghadapi kehidupan akhir zaman ni.

Al-waqiah adalah surah jika diamalkan insyaallah untuk  dari kefakiran manakala surah Al-Mulk adalah penghalang dari siksa kubur. Baru memulakankan amalan ini selepas Isya' dan utk permulaan saya baca satu surah satu hari berselang-seli. Akan cuba diikhtiarkan utk baca dua2 surah setiap malam.

Nak ikutkan panjang lagi resolusi tahun baru ini tapi to sum up, saya mahu jadi hamba Allah yang lebih baik. Nak bersedia utk kehidupan akhirat yg kekal abadi, Tengok senario seluruh dunia dgn mcm2 keburukan yang dah jadi dan sedang terjadi, sesungguh kiamat tu mmg semakin hampir. Bila tu jangan ditanya, tapi apa persediaan kita?

Tak usah kata kiamat la, tgk apa jadi dgn Syria? Syria tu dulu adalah negara yang aman makmur sejahtera sama mcm Malaysia. Tapi skrg dah kucar kacir bila Allah uji dengan peperangan dan keganasan. Selalu saya terfikir kalau ini terjadi kat saya, sanggup ke saya hadapinya? Bila difikirkan cerita Dajjal yg dtg mcm angin lalu dan boleh kafirkan orang sekelip mata, terkecuali kah saya? Ngeri bila fikirkan sbb tau tahap keimanan suam2 kuku aje. 

Sebab tu haruskan diri sementara masih ada masa, mari tingkatkan tahap keimanan kita dan tambah bekalan utk akhirat. Mari kita kejar akhirat dulu, insyaallah dunia pon akan dtg sekali.

Salam Maal Hijrah!

1 comments:

Fida Z Ein said...

Semoga kita semua berada di dalam rahmat Nya