Pages

Monday, October 12, 2015

Some Updates

Assalammualaikum...

Rupanya dah lebih sebulan tak menulis disini. Sbb dah selalu blogging bila dah sebulan x blogging terasa mcm lama pulak.

From September to now, there are changes in life. Paling significant, mulai Oktober saya dah bertukar kerja dan kerjaya. Alhamdulilah, setelah bertahun2 bekerja on contract basis, akhirnya I'm landed on a permanent job. Scope of works juga sudah berbeza, something very new to me tapi sangat disyukuri sbb memberikan saya peluang mendidik anak bangsa.

Bukan kah salah satu utk pahala yang berpanjangan adalah ilmu bermanfaat yang dikongsi bersama2?

So ini adalah minggu ke-2 saya dengan kerjaya dan organisasi baru. Masih awkward dengan banyak perkara but it is a learning process and I hope that prestasi saya bertambah baik selepas ini. Semoga Allah ikhlaskan hati saya dalam menjalankan tanggungjawab saya.

The job opportunity pon came at the right time di saat saya sgt fed-up dengan situasi kerja sebelum ini. Fed-up bukan apa tapi disebabkan my superiors tak buat kerja diaorg tapi dok taichi kat saya manjang. Kita pon takde la berkira sgt bab buat keje ni tapi impaknya bila dah berkali2 the one who supposed to attend the meeting dgn client, tapi tak nak pegi and hantar kita as wakil, and of course la client marah. Kita jugak la yg tadah telinga utk kena marah. Tak kira lagi segala report mak nenek pon taichi kat kita. So masa letak surat resign mmg saya suka la sgt dengan reaksi pihak management. Baru korang tau!

I know mana2 organisasi pon barangkali ada isu yang sama. Jadi pokok pangkalnya kita la yang kena positif. Geram geram jugak bila org taichi keje dia ke kita lepas tu take the credit, tapi lama2 org akan Nampak jugak siapa yang buat keje. Buat je la keje dengan ikhlas, sampai masa nanti akan ada benda baik yang Allah datangkan kat kita. Ni la yang saya katakana kat my colleague yang masih stuck disana dan dibuli dengan keje2 yg buat tanggungjawab dia pon.

I'm sure ditempat baru ini pon mestilah ada isu2nya nanti. Already the system here requires you to work independently. So pandai2 la nak hidup bak kata orang.

Hari tu I resigned much earlier dari tarikh saya masuk keje baru. Kiranya ada 2 minggu la bercuti. Konon2 nak berehat. Tapi takde maknanya. 2 minggu berlalu begitu pantas sampai tak terasa. Banyak yg saya rancang nak buat sepanjang 2 minggu tak kesampaian. Entah apa yang sibuk sangat pon tak tahu la.

That's about it now. I wish to write more especially pasal JK1M yang dah di minggu ke -6 (akhir) tapi saya tugasan yang lebih penting untuk disiapkan.

Till then...


0 comments: