Pagi ni sbb ada sedikit masa, sy jenguk2 laman keliling rumah. Dah lama saya x spend masa belek2 pokok2 kat rumah. Ada masa saya siram, xde masa, nasib la ko wahai pokok2. Mmg laman saya in pathetic condition. Banyak jugak pokok2 yang dah jadi arwah...huhuhu.
Nak2 di musim El Nino ni lagi la kesian kat pokok2. Cuma sehari dua ni hujan dah mula turun. Semalam lebat betul hujan. Alhamdulilah. Semoga episod El Nino kali ni akan berakhir segera. Cuaca mmg sangat x menentu skrg ni.
Jenguk2 banyak jugak la yg menarik utk dikongsikan di blog ni. Tu yg saya spend juga masa sikit nak update blog. Last time sy update pasal gardening was October 2015! That was 6 months ago!!! Nampak sgt sejak saya bertukar kerjaya ni, masa saya utk hobi2 semakin dilupakan....huhuhu.
Apapon, saya masih mencintai dan meminati hobi berkebun. Cuma kerana kekangan masa dan saya kena bagi priority kepada perkara2 lain, maka tak boleh la nak all out. Kita buat saja la takat yang mampu.
Jadi utk update, meh mula dengan ini:
Pokok kantan saya dah berbunga!!! Yeay!!! Bila saya checked balik journal gardening dalam blog ni, kantan ni saya tanam Mei 2013, akhirnya dah nak 3 tahun baru berbunga. Alhamdulilah!!!
Saya punya la seronok, saya pos kat group FB Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri dan dapat respon yg meriah dari ahli group. Tak sangka ramai jugak yg berminat dgn pokok kantan ni. Maybe sbb harga bunga kantan yg semakin mahal buat ramai org berminat nak tanam.
Camni la rupa pokok kantan saya dr jauh....berebut ruang dengan pokok mengkudu dan durian belanda. Huru-hara laman dapur saya ni. Tak sempat lagi nak kemas elok2. Durian belanda tu pon dah berapa kali berputik tapi gugur putiknya. Tak tau la bila berjaya jadi buah.
Selain tu pulak, bayam ni pon tgh naik cantik....ni tinggalan hasil menanam dulu2...ada je benih yang tinggal lagi. 1 bulan sudah ada jugak tanam sawi, tp bila tinggalkan rumah seminggu masa outstation kat Ipoh, mati terus sawi tu....xpe la, pelan2 kita start balik nanti
Pokok pisang tanduk, ditanam oleh mak saya bulan Disember 2015. Angkut dari Tg. Malim. Asalnya ada 3 anak pokok tapi 2 lagi x survive. Satu pon satu la, akan ku jaga sebaiknya...chewah, siram pon kadang2 tak! Yg seronoknya, skrg dah ada stok daun pisang....bila2 nak buat nasi lemak ke, bakar ikan ke boleh amik fresh dari pokok.
Ni pokok terung pipit. Saya x tanam pon, beberapa bulan sudah tetiba sy jumpa dalam pasu pokok limau kasturi. Agaknya dibawa angin atau burung2. So saya ubah ke ruang yg kosong dan dah besar skrg, Lebat berbunga tapi yg jadi buah x berapa banyak. Sekali kutip adalah beberapa biji. Takat rebus buat ulam saja la. Tapi tetap bersyukur, bertambah lagi koleksi ulam2an saya :)
Di laman depan pulak:
Pokok bawang spider pon berbunga di musim panas ni....ni adalah dari rizom yang saya beli dari Kebun Bahagia Bersama pada Jun 2015. Ni la pertama kali ianya berbunga. Sebelum ni ada dah saya tanam dari April 2014 yg saya dapat as free gift dr KBB. Pernah berbunga juga sekali. Bila tah nak berbunga lagi
Amaryllis...juga berbunga...utk kali kedua...kali pertama Jun 2015. Nampaknya setahun sekali la je la dapat menikmati bunganya...hihihi. Bukan salah pokok, salah tukang kebun yg x consistent jaga pokok2nya. Baja pon x penah!
Itu saja update bulan ini. Saya mengharapkan semangat berkebun saya akan membuak2 kembali. Bukan tak nak atau malas tapi saya mmg terkejar2 dengan urusan seharian.
Tapi rugi kalau x berbakti dengan tanah kan? So let's hope ada kemajuan ye?








2 comments:
wah meriahnya kebun rumah ko Neny....aku punya cita2 yg sama...tp kekangan rumah yg aku duduk skrng ni...jd aku cuba divert ke rumah mak aku laa nampaknya...kipidap neny....an inspiration....
Insha Allah Durra, kalau ada cita2 one day akan tercapai jugak. Start sikit2 lama2 nanti banyak la hasil :).
Post a Comment