Pages

Monday, December 30, 2013

Resolusi 2014

Sikit je lagi nak menjelang 2014.

Sesungguhnya saya mmg merasakan masa berlalu begitu pantas. Nak2 pulak bila membaca mmg paksi bumi bergerak makin lama makin cepat, menjadikan masa bergerak semakin pantas.

Itulah salah satu ciri akhir zaman.

Dengan kejadian bencana alam semakin byk dan kerap, dengan kerosakan oleh manusia di sana sini, zina dan anak haram perkara biasa, bunuh-berbununuhan....mmg la tanda2 akhir zaman yg nyata.

Are you not afraid?

Jepun dikatakan tidak selamat lagi diduduki ditahun2 mendatangkan disebabkan faktor bencana alam yg dijangka semakin hebat. Tapi selamat ke juga Malaysia?

For me, rasanya dimana2 juga tidak selamat dah skrg. Takde bencana alam, mungkin diancam dengan sikap2 manusia yg rakus, yg menzalimi dan membunuh sesuka hati. Perang saudara, holocaust, penjajahan pon mungkin boleh terjadi.

So lebih baik lah kita persiapkan diri ke arah hidup yg kekal di akhirat. Perbaiki amal ibadat, jauhi perbuatan maksiat, berbuat baik sebanyak mungkin....byk sgt lagi yg perlu dilakukan utk kehidupan bahagia dunia dan akhirat.

So that is my resolution for the coming new year...to be a better Muslimah. To understand that hidup di dunia ini hanya sementara, yg pasti kekal adalah akhirat. Kerap kali terlupa hakikat ini, selalu dulukan keperluan dunia dari akhirat (solat lambat, x sempat baca Al-Quran etc.)

Dan juga banyak2 berdoa semoga Allah s.w.t memberikan keselamatan, kebahagiaan dan kesejahteraan utk kehidupan kita dunia akhirat.

Selamat Tahun Baru 2014!

Thursday, December 26, 2013

Pengajaran dari Kelas Wad Tiga

It's been a while since my D&C. 

But there's something I would like to share here in the blog when I stayed in the hospital for 3D/2N. Bukan la satu percutian yg menarik pon tapi  sesuatu yg harus dicatatkan sebagai pedoman dan bersyukur dengan nikmat pemberianNya. Bukan juga sesuatu yg besar tapi sesuatu yg menginsafkan of everyday people's life.

Memandangkan insuran kesihatan saya tidak cover maternity-related cases,  saya ke hospital kerajaan for D&C procedures. Plus, cik HB is a government staff so ada GL yg juga membolehkan saya masuk wad kelas pertama. No doubt, we prefer private hospital, bukan sbb byk sgt duit tapi for its conveniences - waktu melawat yg tak terhad, wad lebih selesa, etc.2 tapi it comes with caj yg sgt mahal so kalau x leh cover with insurance atau pun bukan utk bersalin, then rasanya x perlu la.

Tapi nasib saya kurang baik, hari saya checked-in, doc yg buat surat kemasukan saya ke wad few days sebelum tu telah letakkan saya kat wad kelas tiga tanpa rujuk ada GL ke tak . Bila ke wad situ, nurse yg terima kemasukan saya pon pelik kenapa ada GL yg entitled first class tapi dihantar ke kelas wad tiga.
Mana la kami tau kan....

Cik nurse called wad kelas satu utk check kekosongan tapi mmg xde kekosongan maka kena la masuk wad kelas tiga dan akan dipindahkan bila ada kekosongan.

Saya takde la rasa terkilan sgt tapi ada la juga rasa tak best sbb wad kelas tiga tu mmg ada byk benda la yg membuatkan saya x selesa. It's crowded dan bercampur lelaki-perempuan. Wad tu ada byk partitions dan setiap partitions  tu ada 4 katil. Kat partition tu xde la bercampur lelaki-perempuan. Cuma x bestnya, setiap partition cuma ada dinding nipis dan bahagian depan ditutup dgn langsir. Mujur saya dapat katil yg dibelakang. Jadi xde la org lalu-lalang kat koridor nampak sgt saya.

Then toilet agak jauh. Mujur surau dekat. Keadaan toilet pon agak menyedihkan. Pintu x leh ditutup properly, ada paip yg tercabut kepalanya. Walaupun nampak toilet selalu dibersihkan tapi sekejap aje dah kotor dan berbau hancing. Maybe sbb ramai sgt yg gunakan, toilet pon ada 3 aje. 

But partition-mates saya adalah those friendly ladies yg sekejap aje sudah buat saya rasa selesa dgn mereka despite the shabby condition around me.

The first lady, let's just name her Mrs.C - is an Indian lady in her late 30s. Pregnant for the first time but being warded because she has diabetes. 

2nd one, I shall call her Adik M - a Malay lady in her 20s, warded due to hyperemesis gravidarum - a condition I am very familiar with because I had it masa pregnant with twins and Insyirah.

Then 3rd one, Mrs. L - a Chindian lady. Memula ingatkan dia melayu sbb dia sgt fasih ckp melayu. Muka pon nak kata cina, jauh sekali, nak kata India pon xde la India sgt. Warded sbb diabetes juga.

So bersembang la saya dgn 3 org ini dari mula saya checked-in sampai sorang demi sorang discharged. Dan byk la cerita kehidupan yg saya dapat dr mereka2 ini.

Let me start with Adik M. Adik M ni mengandung kali kedua. Bekerja sebagai free-lance performer bersama2 suaminya kat satu theme park kat Melaka ni. Katanya bila dia sakit ni, terpaksa la dia upah performer lain utk ganti dia dan dah kurang la pendapatan dia kat situ. The same first night I was there, and second night for her, dia terpaksa minta nak keluar dr hospital sbb katanya ada isu kat tempat kerja dan suaminya tak dapat nak handle, so kalau x diselesaikan, kemungkinan kontrak diorg akan ditamatkan. Padahal dari segi kesihatan, dia patutnya kena stay lagi kat hospital. Merayu punya merayu dan sesudah tandatangan surat yg pihak hospital x bertanggungjawab atas apa2 hal, baru la dia boleh keluar.

Terkedu saya tgk dia....at least saya ada MC dan gaji jalan. Dia pulak terpaksa korbankan kesihatan demi kelangsungan ekonomi kehidupan. Tak boleh saya bayangkan dengan hyperemesis gavidarum - a severe morning sickness condition, dia nak kena menyanyi, menari etc. Kalau saya, nak berdiri pon x larat.

Then, Mrs.C....Mrs.C ni cerita dia dah mengidap diabetes sejak 10 tahun lepas. Katanya masa muda2 dia keje kat KL. Nak jimat belanja, hari2 dia makan roti canai 2 keping dgn teh tarik. Lama2 dapat la diabetes at the age of 27. Just recently got married dan terus pregnant. Because of diabetes, walaupun baru 5 minggu pregnant, sudah kena masuk hospital utk pantau diabetes dia. Ada sekali tu dia nak call husband dia tapi tak boleh sbb credit telefon dah abis dan dia ckp dia tunggu husband dia masukkan credit tapi x masuk2. I offered her to use my hp tapi dia tak nak. Dia discharged the second night I was there. 

Mrs L pulak, the Chindian yg pregnant anak ke 6. Sepatutnya ke 7 tapi katanya anak no.6 meninggal masa pregnant 5 bulan. Cerita dia paling tragis dibandingkan dengan Adik M dan Mrs. C. Dari zaman muda dah biasa buat keje berat. Sekolah hanya setakat form 2 lepas tu tolong mak dia toreh getah. Kalau tgk appearance dia, nampak mcm dah dekat 40 thn gitu tapi sembang2, baru tau dia baru 31. Ada satu malam tu anak2 dia dtg dengan suami dia, diorg share makan 1 bungkus makanan sama2. Kira 5 beranak la makan 1bekas polistrin tu (lagi 3 x ikut). Suami dia keje sendiri, ada masa menoreh, ada masa ikut org buat kerja2 renovate rumah. Dia pon sebelum ni keje kat mini-market tapi bila pregnant dia berenti sbb takut kejadian anak mati dalam perut berulang. Anak sebelum tu dia keje menoreh, selalu angkat benda2 berat, so dia suspek itu la sebabnya anak tu meninggal. 

Byk la yg dia share dgn saya sbb masa tu tinggal kami berdua aje kat partition tu. Kisah keluarga dia yg berantakan pon dia citer. Tapi as much as saya rasa kisah hidupnya tu sedih dan susah, Mrs.L ni ceria orangnya. Dia citer pon byk unsur lawak2. Dah la fasih ckp melayu, jadi kita rasa mcm sembang ngan org2 kita aje. 

Kagum je dengar bila dia kata kat rumah anak2 independent. Selalu je tinggal anak2 unsupervised sbb katanya anak sulungnya yg dah drj 6 dan anak pompuan drj.5 tu dah boleh diharap. Katanya "Nak makan aku dah sediakan Maggi berkotak2, pandai2 la korang masak sendiri (dia main aku-engkau je ngan saya'). "
Kesian jugak anak2 kecik dok makan Maggi sokmo tapi maybe itu yg dia mampu. 

Then dia ckp, dulu masa dia masuk hospital caj x semahal skrg. You wonder how much mahal yg dia define? 

Sbb Mrs. C yg dah discharged tu ckp kena bayar RM100++ for a week-stay! So dia kata utk dia, dia x tau bape pulak nak kena bayar...for her RM100++ pon dah cukup mahal!

Terkedu saya kejap, sbb sebelum sembang tu, adik saya call tanya nape x masuk Hospital Pantai, dan saya ckp x mo la mahal, nanti bayar ribu2....

And here, my new friend kata RM100++ tu pon dah mahal dah pada dia......

And yet, saya nak komplen pasal kena masuk wad kelas ketiga yg x selesa? Sedangkan saya langsung x perlu bayar apa2 sbb masuk dgn GL!

By the time saya discharge, Mrs. L masih disitu sbb paras gulanya masih tinggi. Simpati sungguh saya dgn dia sbb sepanjang saya disitu, saya tgk jenuh dia menjaga pemakanan dia, nasi x makan, hanya makan lauk2 aje, lepas tu setiap 1 jam or so kena cucuk jari check darah. 

Masa hari kedua sebenarnya, nurse bgtau saya dah ada kekosongan kat kelas satu dan tanya saya nak pindah tak, tapi somehow saya tak rasa nak pindah dah. Satu sbb, D&C saya dah selesai, dan saya dah boleh balik esok harinya dan kedua, saya seronok hang-out dgn Mrs. L. Biar la dia berlainan bangsa dan agama sekalipon, saya kutip byk cerita2 yg menginsafkan tentang kehidupan yg membuatkan saya sepatutnya lebih bersyukur dgn apa yg saya ada dalam hidup ini.

Dan saya sedar, betapa dah kurangnya saya bergaul dengan golongan2 begini, yg dikira berpendapatan rendah. Let say saya masuk private hospital atau duduk di kelas pertama, saya hanya akan jumpa org2 seperti saya juga, atau pon yg lebih senang lagi. 

Yang akan saya nampak mungkin apa yg saya takde, dari apa yg saya ada, menjadikan saya kurang bersyukur dengan apa yg saya ada. 

Setiap apa yg jadi pasti ada hikmahnya!


Thursday, December 19, 2013

Weekend in KL

Ini cerita previous weekend, sebelum balik KB. Kami ke KL nak jemput sikembar yg ikut Atuk dan Opah pegi rumah Mak Uteh diorg di Sentul for few days. Rancangan asalnya nak pick them up dan terus ke Terengganu for family day tapi dah kena cancel cuti, maka kita jalan2 KL saja la!


On the way to KL, singgah Dunkin Donuts for quick breakfast...
budak kecik ni dah pandai makan donut sendiri, x mau yg kita cubit2, mau sebiji terus! 
Abis comot!

Sebelum ke Sentul singgah dulu Bangi hantar sumbangan utk mangsa banjir. Mujur senang jumpa tempat ABIM tu walaupun dtg tanpa GPS. Then pegi One Utama nak cari barang. Dah lama x dtg KL, serabut rasanya dengan jalan yg jem dan nak cari parking kosong kat OU tu pon jenuh berpusing2. Ntah la bape lama mencari2, rezeki kami ada org nak keluar, maka dapat la parking. 


Masuk2 OU, jumpa H&M! Rindu kat jenama ni sbb masa kat Jerman dulu H&M la pojaan hati disebabkan harga-mampu-beli nya. This is the first time masuk H&M Malaysia walaupun dah lama dah H&M sampai Mesia. Maklum la..I bukan KL-lite youuuu...Ingatkan sampai Malaysia it would be expensive. Apparently tak la semahal mana. Setaraf je ngan baju2 yg dijual di Jusco. Hajat dihati nak membeli tapi tgk ramainya org beratur kat fitting room lepas tu beratur panjang lagi kat cashier, maka x payah la...lenkali la shopping H&M.

 Seronoknya dok KL, banyak sgt pilihan makanan/restoran. 
Kat OU saja mcm2 variety. We decided to try out this Fish & Co. 
sbb x penah nampak lagi restoran ni. 

Not a bad choice at all! Ada byk pilihan makanan at reasonable price. Kalau x nak seafood sekali pon, boleh makan ayam, spaghetti or pizza. Tetiba kesian kat kembar sbb pi makan x bawak diorg...hehehe


Kami order Starter Platter. Tengok kat catalog mcm menarik dan ingatkan it would be 
a small amount sbb itu la yg selalu terjadi. Tapi bila sampai, boleh tahan juga 
banyaknya kalau nak dibandingkan dengan harganya.


This is what cik HB ordered. Meal yg ada nasi yg cik HB kata ala2 nasi beriani, ada grilled chicken dan grilled salmon, juga salad. I ordered something similar dgn cik HB tapi ikan dia ada mint ke basil pesto gitu. Malangnya after sometime x sampai2 jugak my order. Bila ditanya, rupanya diaorg sudah missed out my order. Tapi sebab dah makan Starter Platter tu dan share jugak makanan cik HB, saya pon rasa kenyang so cancel la that order. 

Budak kecik ni pon enjoy makan kat sini :). Lenkali boleh dtg lagi because the foods 
are delicious and the price pon ok. I guess lagi cheaper dr Manhanttan Fish kot? 
Ntah la, dah bertahun2 x makan kat Manhattan Fish.

Then the next day, kami bawak kembar la pulak jalan2. Konon2 nak pi Mid-Valley tapi keluar dr Sentul pon dah lambat, kul 11 sampai Mid-Valley, dari Federal Hi-way pon dah jem, jangan citer nak masuk parking dia! Tak sanggup memikirkan nak masuk pon jem, apalagi nak cari parking kosong, kami cancel masuk Mid-Valley, pegi Sunway Pyramid pulak. Jalan ok x jem, nak masuk parking pon ok tapi kena pusing2 berkali2 jugak la baru dapat parking kosong. 

Jalan2 cuci mata je pon...ingat nak shopping brg sekolah kembar tapi tgk lautan manusia yg ramai, terus x rasa nak membeli. Walaupun dah penah jadi KL-lite for few years, somehow Mokcik dah get used to living in Melaka yg hassle-free, rasanya x larat dah nak jadi KL-lite semula. 

So we ended-up gi makan2 aje.

First time mencuba Tony Roma's. Well, it's pricey, yes...but for the foods quality mmg x dapat la nak ckp apa2. We chose this combo set that worth for 3 persons and it came with lamb ribs, roasted chicken, steaks and beef ribs. Dengan prawn salad dan juga fries. Makan 4 org pon jenuh nak abiskan ni.

Tersilap order this steak and wild mushroom flat bread as starter sbb x tau that it's gonna be a large portion. Yg lawaknya starter sampai lepas main course sampai, maka x jadi starter la. Gambar kat atas tu cuma half of the portion. Order shrimp scampi spaghetti  juga sbb Nabihah x makan daging, terlupa yg set tu ada ayam. Last2 mokcik jugak tukang perabih. Spaghetti dia pon byk, patut boleh share utk 2 org. 

Takat tu je la jalan2 KL...jalan perabih duit...huhuhu

Wednesday, December 18, 2013

Weighing-In Wednesday

Selalu saya tgk rakan2 bloggers bila tibanya hari Rabu, diorg akan buat entry Wordless Wednesday (WW).

I think I wanna do Weighing-In Wednesday instead!

Sebab saya sudah kembali overweight, maka saya perlu kembali diet.  Masa pregnant sekejap aritu saya makan byk menyebabkan my weight increased to 74.5kg dari 67kg just within 2 months!

So saya kena kembali membaca e-book Kevin Zahri and eat clean. And back to web MD to record my daily food intake. Juga cuba berusaha untuk exercise setiap hari.

My WW today is 73kg (160lbs). I aim to lose 1kg perweek.

And I promise I would be honest with my reporting!

Tuesday, December 17, 2013

Ayoh

Saya baru kembali dari Kota Bharu. Bukan cuti2 Malaysia tapi kami balik sbb ada emergency. Ayah cik HB, yang kami panggil Ayoh x sihat.

Bulan Disember ini mmg bulan sgt sibuk untuk kerja saya. Just minggu lepas disebabkan hal kerja, saya terpaksa batalkan percutian kami untuk family day cik HB. Bayangkan la, dah berbulan2 perancangan dibuat utk family day ni yg melibatkan ahli keluarga yg hampir 50 org (saya agak2 aje), tup2 family kami x dpt pegi. 

Sbb arahan kerja diberi beberapa hari sebelum nak bercuti. Saya cuba utk elakkan tapi dengan ketiadaan bos saya yg bercuti tanpa gaji sepanjang cuti sekolah ni and I am responsible for M&E works, saya dah x dapat nak elakkan. 

Maka berkorban la saya demi kerja....huhuhu.

Saya suruh cik HB pegi dengan kembar because I knew how much they looked forward to go tapi cik HB kata without me takde makna la the family day. Dia pon x nak pegi.

But on last Wednesday waktu malam, abg sulung cik HB telefon dan bagitau Ayoh x sihat, dan memandangkan kesihatan Ayoh tahun ni makin merosot, kami pon x jumpa dia masa family day, rasanya baik la kami balik menjenguk.

I immediately told cik HB, kalau nak balik, kita balik. Kalau bab bercuti, I can sacrifice but when it comes to family emergency, I would put priority to family first than work. Cik HB kata tunggu hari Khamis tgk progress Ayoh cemana. Cik HB pon tgh sgt sibuk with upcoming student exams dan dia perlu abiskan syllabus sebelum study week bermula.

Come Thursday, kami dapat berita Ayoh x perlu warded sbb adik cik HB yg doktor tu boleh monitor keadaan Ayoh dirumah aje tapi keadaan Ayoh x improved banyak. Jalan pon perlu dipapah, makan pon perlu disuap dan Ayoh kejap2 lupa. Lupa siapa org keliling dia, lupa yg dia rumah dia duduk tu rumah dia. 

Maka kami buat keputusan nak balik jugak on Friday. Lantak la all the works issues. Kerja xkan habis bila2 pon. 

Baru berkira2 nak inform rakan sekerja, yg saya akan EL hari jumaat, tiba2 rakan sekerja ini pulak call saya dia kena EL sbb baru dpt berita isteri dia tak sihat. Saya serba-salah sbb pagi Jumaat ada meeting besar dgn Datuk dan saya berharap rakan sekerja ni dapat gantikan saya. Memandangkan meeting sebelah pagi, saya minta cik HB lewatkan sikit bertolak ke KB. Pukul 11 pagi baru meeting saya selesai dan kami terus balik KB and on the way jemput adik cik HB kat Sepang.

Pukul 12.30 mlm baru kami sampai KB.

Alhamdulilah, Ayoh dan Mek punya anak2/menantu/cucu yg sgt mengambil berat. Mostly berkejar balik bila tau Ayoh x sihat dan semua take part/bergilir2 menguruskan Ayoh. Samada menyuapkan Ayoh makan, mandikan, bawa Ayoh berubat, temankan Ayoh tido malam. 

Saya mcm biasa, prefer the catering works compared to others jadi keje saya lebih kepada memasak, menghidang dan menguruskan dapur. And I was not doing it alone, akan sentiasa ada yg membantu.

Come Sunday, Ayoh dibawa berurut dan berbekam dan bila balik, he looks much better. Sudah byk berckp dan senyum dan jalan pon dah kuat sikit. But we all know, with his age dan penyakit yg berangkai2, dia x mampu utk sekuat dulu. Takpe la, sekurang2nya dia lebih sihat dr beberapa hari sudah.

So Monday, memandangkan Ayoh semakin ok, cik HB buat keputusan utk balik Melaka. He has important interview regarding his work on Tuesday so itu la kenapa kami kena balik Melaka. Kami doakan semoga Ayoh baik2 sahaja lepas ni.

Dan syukur jugak cik HB punya ramai adik-beradik yg menetap kat KB jadi pada mereka la yg kami harapkan menjaga kebajikan Mek Ayoh. I know cik HB rasa bersalah not being near them all the time and maybe it's not fair to just let the other siblings to take care the parents. But cik HB punya ahli keluarga yg superb, as far as saya berada dalam family ini belum pernah saya dengar diorg  merungut/mengungkit bab2 menjaga Ayoh dan Mek.

They are one close family and I am happy and proud to be part of them :).

Cik HB ckp, when it comes to this situation, he being a son, it's very important for the wife to support him. I understand what he's saying, maknanya kalau suami nak berkorban utk mak ayah dia, baik dari segi masa dan wang ringgit juga tenaga, kita isteri kena la redha dan berkorban sama. Ikhlas juga penting. Sebab dalam Islam, Allah dah tetapkan, menjaga ibu dan ayah adalah tanggungjawab anak lelaki

Alhamdulilah, saya rasa sangat ikhlas dalam soal ini dan Allah lorongkan hati saya utk sayang keluarga mertua saya sbb saya punya ibu ayah mertua yg sgt baik, juga ipar duai yg serasi. Kalau la mak mertua ala2 Nyonya Mansur cerita Ibu Mertuaku atau ipar duai yg suka cari pasal, saya pon tak tau saya mampu ke tak utk ikhlas dan berkorban.

Ayoh yang kami kasihi, semoga Allah merahmati dan memberikan kesihatan yg baik utknya...amin.

Wednesday, December 11, 2013

Garden Update (November)

Walaupun dah masuk Disember still kira update utk November la ye...

Ni tujuannya utk rekod peribadi jugak, supaya tau dan ingat so and so bila dan apa yg ditanam sekitar rumah.

Few days sebelum masuk hospital utk D&C, saya sempat beli anak2 pokok dari blog Semua Menjadi. Saya dah lama teringin nak tanam pokok mulberi dan nak tambah koleksi ulam2an (yg ada pon baru ulam raja...hehehe). Disebabkan blog Semua Menjadi tawarkan anak pokok ulam Tenggek Burung (yg dikatakan susah nak dapat), maka saya pon order cepat2. 

2 hari sebelum masuk hospital, anak2 pokok yg diorder pon sampai. Selain pokok mulberi dan tenggek burung, smRose (tuan punya blog Semua Menjadi) dgn baik hati menghadiahkan lagi 5 btg keratan pokok mulberi, biji benih kangkung dan juga biji benih kacang botor.



Anak pokok mulberi dan lagi 5 keratan btgnya saya tanam pada 10/11/13. Dan ini hasilnya setelah sebulan ditanam.


Yg keratan batang mostly progress lebih cepat dr yg anak pokok. Ada satu keratan btg tu mula2 bertunas, lepas tu tunasnya jatuh...cik HB kata keratan btg tu dah nak mati agaknya. Saya kata biarkan je la. Alhamdulilah, skrg dah keluar tunas baru. 

Bunga pon dah keluar!

Kangkung and kacang botor I don't remember exactly bila benihnya disemai. Kacang botor bercambah dgn cepat sekali, kangkung juga. Tapi walaupun dah bercambah, progress kangkung agak slow. Lambat betul nak membesar.

Anak pokok kacang botor

Bila la nak besar ni? 

Selain dari tu, pokok2 lain yg ditanam mcm kailan, kesum pon dah boleh dinikmati hasilnya.

Pokok kailan ni naik dgn cantik sekali tanpa sebarang racun, atau baja yg dibeli. Tak dimakan ulat atau siput (hopefully kekal begini) Sekali lagi membuktikan dgn cara dan tips yg baik, kita pon boleh menghasilkan sayur organik sendiri dirumah. 


Dimusim hujan ni pokok kesum membiak dgn cemerlang!

Seronok rasanya dpt makan hasil tanaman sendiri. Ini yg saya idamkan....bila2 nak masak asam pedas, petik saja daun kesum dr belakang rumah, bila2 nak buat kari, daun kari fresh dr pokoknya. Tapi masih banyak lagi yg saya nak tanam utk menghasilkan Kebun Dapur yg pelbagai. Terung, bendi, cili...byknya dalam list. 

Then 2 minggu sudah Mak Abah dtg rumah. Mak mmg jenis suka bercucuk tanam juga, jadi sebelum dtg sini, dia dah semai siap2 pokok pandan, pokok mengkudu dan angkut benih serai wangi, kunyit hitam, pegaga bagai



Kat ruang2 yg x berapa nak ada ni, Mak selit2kan juga serai wangi dia, pokok mengkudu dia, lengkuas la, kunyit hitam la. Dia ckp kalau beranak nanti senang....daun2 nak buat mandi and bertungku dah ada keliling rumah. Honestly, saya x tau la cemana jadinya bila semua pokok2 membesar. I know pokok kantan tu perlukan ruang yg besar utk membiak. Takpe la....kita tunggu dan lihat.


Saya skrg sedang dalam proses prep kan raised bed baru....jadi kulit2 bawang, kentang, buah dan apa saja berbentuk organik (tapi bukan sisa makanan yg dah dimasak), saya campak kat bed raised tu. Tup2 aritu saya nampak anak benih labu bercambah. Walaupun labu bukan dalam list nak ditanam, sayang rasanya nak buang anak pokok yg dah bercambah, so saya buat patch baru utk labu ni. Tengok la apa nasibnya nanti.

Agak2 dapat x saya makan labu tanam sendiri ni?

Wednesday, December 4, 2013

Ex-Uni Reunion

Utk yg kawan2 yg komen in my previous thanks, thanks for your kind words and concern. Insyaallah I am doing fine physically and mentally. Dugaan Allah boleh dtg dalam pelbagai cara, jadi saya anggap ini lah salah satunya.

Hampir 2 minggu after my D&C, I had a reunion with my ex-housemates masa Uniten dulu kat Sg. Klah Hot Springs Resort, Sungkai. That was about 2 weeks ago.

Kami x sangka dapat arrange for this reunion sbb perancangan dibuat tetiba saja. We just started WhatsApp group recently and all 7 members dapat dihubungi balik. So masa sembang2 kat WhatsApp kami ckp2 pasal nak reunion. Then abruptly terus buat keputusan nak pegi mana dan bila nak buat. Someone proposed tarikh dan immediately terus booking hotel semua memandangkan masa tu semua dah setuju dgn tarikh yg dicadangkan which jatuh masa cuti sekolah. Padahal masing2 masa tu belum pon discuss ngan husbands masing2 boleh pegi ke tak...hahahaha. Mmg main redah aje! Kecuali sorang je la out of 7 yg x dapat join sbb ada family commitment yg mmg x boleh nak dielakkan. So ada 6 keluarga semuanya.

Alhamdulilah dan rezeki kami utk berjumpa, suami masing2 pon ok aje. Kak Nah, yg jauh di utara pon nak join. Dia la satu2nya yg kami semua langsung x jumpa dah lepas reunion tahun 2003, exactly before Mis kawen. Masa tu kami semua bujang lagi dan for the reunion kami buat trip ke Bukit Tinggi.

Masa reunion kat Bukit Tinggi, tahun 2003..masa ni mokcik kurus menawan kan? kan? kan?

Thanks to technology, kami buat arrangement semua thru online and buat discussion thru WhatsApp aje. Semuanya berjalan lancar, hampir semua org sampai on time kecuali cik Ma yg mmg bgtau dia akan sampai petang. Saya pon first time sampai ke Sg. Klah ni, sgt suka dengan suasana damainya.

Rezeki lagi sekali, masa check-in kami diberi villa 3 bilik walaupun cuma booked villa 2 bilik tanpa tambahan kos! Apart from that, kami amik villa 1 bilik dan 3 bilik deluxe. So bila dpt villa 3 bilik, kami minta nak cancel satu bilik deluxe, pihak resort ok saja tanpa apa2 caj.

Sg. Klah Hotsprings ni amat la luas, ada penginapan jenis villa dan juga hotel, dan terdapat kolam2 air panas dan kolam biasa. Kalau x menginap kat resort ni pon still boleh masuk ke Hot Springs dengan sedikit bayaran. How much, I don't know sbb ours diberi percuma sekali ngan penginapan. Cuma kalau menginap kat hotel, jauh sikit la nak pegi ke kolam2 ini. Kena drive. Antara hotel dan villa juga lokasinya agak jauh.

Villa 3 bilik kami, susun atur sgt menarik. Buka pintu utama, ada ruang tanpa bumbung yg ada kolam jacuzi. All 3 bedrooms ada pintu masuk individually dr ruag terbuka.So does the kitchen dan ruang tamu. Juga individual bathroom for every bedroom. Kitchen is fully equipped. So kalau nak masak sendiri, mmg sgt convenient. Ruang tamu pon very nice. Ada tv LCD with few astro channel. Cuma x sempat amik gambar ruang tamu.


Our villa from outside

One of the bedroom - very spacious and comfortable

Kolam jacuzzi kesukaan anak2. Sampai2 aje masing2 x sabar nak terjun kolam!


So happy anak2 berendam dalam kolan jacuzzi

So kami byk melepak kat villa 3 bilik. Family yg dok kat deluxe cuma balik bilik utk tido aje. Lunch tengahari lepas check-in, kami buat pot-luck. Masing2 bawak lauk. Ada kari daging, masak lemak, sambal tumis udang, sayur campur, mcm2 la. Sedapppp (tp lupa gak nak snap gambar)

Lepas Asar, kami turun ke kolam besar. X jauh dr villa, boleh jalan kaki saja. But since it's weekend, cuti sekolah dan pengunjung yg dtg balik hari, agak crowded la kolam besar tu. 



This is the only gambar kami berenam yg dpt captured. Kami mmg x sempat la nak pose cantik2 . Tengok la, ngan anak2 yg berkerumun, ngan pelampung bagai. Anyway, x kisah la tu, janji dapat berkumpul balik camni. Seronok!!!!


Insyirah sgt la ecxited mandi kolam. Jenuh nak ajak dia keluar kolam!

Dah nak dekat maghrib, kami balik ke tempat penginapan masing2. Lepas Maghrib, kami gotong-royong prepare for dinner. Kami buat steamboat dgn sate buah aje dan nasi & lauk leftover from lunch. Mmg dah plan x nak masak susah2 sbb kami get together ni sbb nak sembang2 and catch-up with each other's updates.


Sempat gak saya, cik Ma and Ina posing masa sibuk2 tu. Ntah sapa la yg snap kat gambar


Our steamboat dinner malam tu. Thanks to Linda yg major contributors for the stuffs. Sos cicah pon dia buat ikut stail Johny's 

Malam tu kami yg mak2 dara sembang sampai ke pukul 1 pg. Thanks to suami2 dan anak2 yg langsung x kacau kami bersembang...hehehe. Anak2 semua sgt la well-behave. Takde yg bergaduh, meragam even yg baby2. Tapi tak leh nak sembang sampai ke pagi sbb dah plan pagi2 esoknya nak ronda area resort sbb kata ada byk kolam air panas lagi.

So pagi2 kami buffet breakfast provided by the resort. Breakfast so-so aje kat sini. Tak best mana, x padan dgn nilainya. Lepas breakfast, kami siap2 kemas semuanya dan terus check-out. Lepas tu layan kolam air panas pulak. Tapi budak2 x happy mandi kolam air panas. Ye la, ari dah la panas, mandi pulak air panas. So xde tahan lama2 dalam kolam air panas tu.

Kolam air panas



Insyirah sedap tido kat sini. 








Sbb kolam air panas is not fun, kami berpindah ke kolam besar air biasa. Sejukkk sikit. Anak2 pon enjoy to the full swing. Tak terkecuali bapak2 dan certain mak budak...hehehe

By noon, kami beransur2 pulang. Ina dan Azma antara yg awal balik dulu. Saya n Linda pakat nak makan durian tepi jalan sbb byk durian dijual. Musim agaknya. Kak Nah n Mis mengejar waktu jadi diorg x join. 

Durian kampung yg sgt sedap dan murah. Berbaloi2!

So, that was it our reunion. We really had fun. Insyaallah kalau ada rezeki masa dan wang ringgit, maybe kami akan buat lagi. Dan semoga next reunion Ati akan join jugak. 

Rindu zaman undergrad dulu!