Pages

Thursday, January 23, 2014

Mutiara Kata - Ustaz Ebit Lew

Have you ever heard about Ustaz Ebit Lew?

Kebelakangan ini saya cukup suka dengar ceramah Ustaz Ebit Lew dan juga follow FBnya. Dalam ceramah2nya, dia berbicara sgt lembut, sgt menusuk kalbu...kalau berdoa, kata2nya indah, menginsafkan dan selalu sebak bila berdoa seolah2 dia sgt byk dosa.

First time saya dengar ceramah ustaz Ebit Lew kat radio IKIM. Tajuknya Mencari Bahagia. Mujur saya jumpa video Youtubenya so boleh la share kat sini.


Kalau baca status2nya di FB, selalunya dikarang seolah2 satu cerita pendek yg penuh pengisian. Tak pernah lupa mengingatkan kita tentang hebatnya Allah, cinta Rasullah, kebahagiaan dunia-akhirat dan berdakwah. 

So kalau susah hati, rasa tak tenang, cuba la dengar2 la ceramah Ustaz  Ebit Lew.

Saya nak share satu status dia baru2 ini yg sgt melekat dihati, moga2 dpt melaksanakannya:

Terharu bila saya lihat wanita yang saya sayang ibu dan isteri saya....Mereka dalam kepenatan dan keletihan masih sempat berdoa untuk ahli keluarga..

Dalam kesakitan ibu saya dan isteri yang mengandung masih sempat menghidupkan amalan bacaan Al-Quran dan Hadis Nabi saw bersama anak-anak dan sibuk menggalakkan saya berjuang di Jalan Allah.....Tiada siapa tahu, dari mana kekuatan hati itu datang.Itulah kerja Allah..hakikatnya mencintai Allah itu manis dan indah lebih dari segalanya...

Nabi saw sangat sayang dan memuliakan wanita. Nabi saw tidak marah kerana kurangnya hal dunia ini..atau kerana hal yang kecil atau maruah diri... Kerana tujuannya satu,jika benar cinta kita, hanya satu yang kita mahu, setiap ahli keluarga masuk syurga......

Wahai Ibu-ibu yang banyak berkorban tanpa henti...yang menjaga, mendidik, berdoa untuk anak-anak..Sikit sahaja lagi kamu pasti ahli syurga....

Jagalah solat awal waktu, Allah sayang orang jaga solat awal waktu..Siapa jaga solat awal waktu dengan sempurna, mereka sentiasa dalam jagaan Allah..Kita boleh berhenti untuk makan, untuk ke tandas, untuk yang lain. Kenapa tidak kita berhenti sekejap kerana perintah Allah. Sediakan sejadah untuk anak-anak..Galakkan suami ke Masjid berjemaah.

Didiklah anak dengan Sunnah Nabi saw, tiada jalan kejayaan,keselamatan, kebahagiaan yang lain dari kehidupan Nabi saw. ...Yang lain semuanya hanya fatamorgana....Hanya Jalan Nabi saw...Mencintai Nabi saw lebih dari nyawa sendiri..Amalkan sunnah Nabi saw dengan cinta...

Galakkan suami,anak dan mahram berjuang di jalan Allah..Hidupkan agama. Kata Khansa ra, wahai anakku pergilah berjuang sehingga kamu syahid.Ya Allah rezekikan kami dengan kesyahidan di JalanMu. Jangan risau, dah tak lama kita semua akan bahagia bersama selamanya dalam syurga jika kita istiqamah berusaha atas agama ini...

Dakwah dan sediakan setiap wanita menjadi Daie Allah. Wanita pintu agama bagi anak-anak...Wanita mampu gerakkan 100 lelaki..Wanita kuat..Pelindung dan penjaga kita ialah Allah.

Hidupkan rumah dengan Bacaan AL-Quran, dan Hadis Nabi saw bersama anak-anak...Rumah yang seperti ini bercahaya-cahaya terang benderang di langit...Syaitan lari daripada rumah yang ada suasana majlis Ta'lim, belajar dan mengajar agama.

Hidup sederhana.Ikut kemampuan diri..InsyaAllah syurga menanti dengan segala keindahan....

Jaga aurat kerana Allah.Wanita yang menutup aurat dengan sempurna akan dapat melihat wajah Allah di akhirat...

Jaga amalan baca Al-Quran setiap hari sebaiknya 1 Juz.Sekurang-kurangnya satu satu muka.

Jaga solat sunat dhuha, tahajud, solat sebelum dan sesudah solat fardhu.

Zikir 300 pagi dan 300 petang. Tanda cinta Allah Tasbihad 100 kali dengan merasai kebesaran dan kehebatanya dan segala kebaikannya..segala-galanya, Tanda sayang Nabi saw dan ucapan terima kasih selawat 100 kali dengan mengingat segala pengorbanan Nabi saw, dan 100 kali istiqfar 100 kali dengan menangis kerana terlalu banyak perintahnya yang kita belum sempurnakan...

Jika suami mu meninggalkan mu lebih awal, Ingatlah teruslah galakkan anak-anak keluar jalan Allah...hidupkan sunnah Nabi saw sehingga ia tertegak dalam umat ini ataupun kita mati sedang menghidupkan sunnah Nabi saw

Allah tidak pernah sia-siakan orang yang berjuang untuk agamanya...Kamu tidak seorang. Jangan takut dan jangan sedih Allah sentiasa bersama kita..

Kita boleh mati tapi biarlah kita mati untuk kebaikan dan agamanya..

Bila susah minta pada Allah.....Allah sentiasa membantu orang yang taat dan berjuang di jalanNya..

Terus berjuang dan berbuat kebaikan,mudah-mudahan dengan rahmat Allah jua semoga kita semua dapat bersama dalam syurga bersama Nabi saw yang kita cintai- Sehingga dapat melihat wajah Allah.Tiada ungkapan lagi.Tiada apapun yang dapat menjelaskan betapa indahnya saat itu.......ebit lew Airis FaRayyan


Wednesday, January 22, 2014

WW - Tak Berubah Pon!

Hmmm...I was contemplating whether to do a WW entry or not....

Sbb my weight still sama je ngan minggu lepas...71kg.

I did not do much to accelerate the losses.

Anyway, WW is important for record, so just update je la kan....

Monday, January 20, 2014

Bakery Sedap di Melaka

Ni bukan promo yg berbayar ye...saja je nak berkongsi info pada penggemar2 roti eksotik di Melaka, saya discovered satu bakery + cafe baru dibuka di Mahkota Parade, Bandar Melaka yg jual aneka roti2 sedap ala French/Europe. Pernah tinggal di Jerman for few years, menyebabkan saya jatuh cinta dgn rasa roti2 kat sana. Kat KL mungkin banyak la bakeries yg jual roti2 eksotik sebegini tapi kat Melaka ni susah nak cari. 

Roti2nya diperbuat daripada tepung whole-meal yg diimport dari France, siap tuan punya kedai mmg pamerkan guni2 tepung yg belum digunakankan kat rak roti. Aaaa...rasa nak je tanya, jual x tepung ni? Hehehe...

Sejak balik Msia saya dah x penah buat roti sendiri walaupun ada bawak balik breadmaker. Takde masa satu hal, lagi satu kat sini belum jumpa tepung yg khas utk buat roti. Kat Jerman dulu, mcm2 jenis tepung ada utk buat roti. Saya suka eksperimen beli satu2 jenis utk buat roti.

Sikembar pon suka roti2 disini...they also know the difference between roti kat bakery biasa dan yg ada kat sini

Harga pon reasonable for this kind of breads. Kalau dibandingkan dengan bakery biasa yg rotinya rasa biasa2 aje, x jauh sgt pon beza harganya. 




Cuma yg x bestnya, Mahkota Parade agak jauh dari rumah kami dan kami pon x berapa rajin nak menempuh jem kat Bandar Hilir tu selalu. Melainkan kalau mmg betul2 nak beli something kat Mahkota Parade. Like that time, cik HB nak ke Maxis Centre nak terminate the broadband contract, tu yg terjumpa kedai roti ni.

Oh, they have various coffee too...nanti la nak ajak cik HB dating kat cafe ni utk minum kopi. Minum kopi with kids is not fun coz u cannot concentrate on the taste of coffee...hahahaha. I don't know why, but kalau nak enjoy minum cappuccino or latte, I cannot have it with my kids around. Nanti tak aman! I really want to just sit down with coffee and some breads and talk....without interruption!

That is what I call 'a time-off' for a busy mum like I am :)

Garden Update (January)

Too bad x sempat buat garden update utk December 2013.

Anyway, now it's January, so let's record what's new in my kebun secoet tu...hehehe

Ni pokok pemberian makcik babysitter Insyirah. Makcik pon suka berkebun, jadi bila dia dtg rumah saya dan tgk saya berkebun, dia pon suka bagi pokok2 kat saya. Setakat ni dah 3 pokok makcik bagi kat saya dan saya tgh cuba semaikan pokok halau nyamuk dalam pasu kecil utk makcik sbb dia berkenan ngan pokok halau nyamuk saya. Pokok bunga ungu ni saya x tau apa namanya tapi sejak kebelakangan ni sy tgk byk rumah2 kat area Durian Tunggal ni tanam pokok ni.

Deretan pokok2 lidah naga dan mulbery. Semua naik dgn baik. Alhamdulilah. 
Tak sabar nak tunggu pokok2 ni membesar.

Pokok kacang botor..sadisnya la arrangement utk pokok tu memanjat. Konon nak buat trellis tapi x terbuat2 tapi x sabar2 nak tanam kacang botor sbb dapat benih percuma dr Semua Menjadi. At last guna tiang bekas bakul baju yg dah rosak dan btg kayu. Ntah la apa nasib kacang botor ni, takat mana la dia boleh memanjat. 

Semaian terung bulat. Benih beli dr Tesco. 

Kat dalam bekas ni ada semaian bendi, red lettuce dan tomato. Bekas ni sebenarnya bekas cutlery yg dibeli kat IKEA but somehow x muat nak masukkan dlm drawer. 
Jadi terpaksa la ubahsuai kegunaannya utk tujuan lain. 

Pokok pegaga yg Mak semai bulan lepas dah membiak2 dah. Take note pokok limau nipis dibelakang tu, abis daun2nya dikerjakan ulat bulu. Cam ni gayanya mmg xde chance la nak berbuah. Dulu2 rajin jugak sembur dgn air minyak masak + pencuci pinggan...skrg xde masa...huhuhu

Cuba2 tanam pudina. Takat cucuk lebihan btg2 pudina yg dibeli dr pasar. Nampaknya ada chance nak membesar. Nampak x pokok togel yg kat belakang tu? Tu pokok limau purut yg juga jadi mangsa ulat bulu. Abih togel daun dikerja, tinggal batang semata2. Lalu saya kerat sampai kebawah. Ni nampaknya ada la bertunas baru. Sedih la juga sbb saya dah keputusan sumber penting utk masak tomyam dan paprik. Hmmm...apa la nak dibuat dgn ulat2 bulu ni?

First time cuba kumpulkan benih sawi sendiri. Tunggu dia layu then boleh la petik dan cuba tanam semula. Pokok sawi ni sy dah tanam since Ogos 2013, sampai skrg dpt lagi hasilnya guna kaedah kerat dan tumbuh semula. Maknanya bila tuai sayur tu tinggalkan bahagian bwh btg, Insyaallah daun akan naik lagi. Kailan pon mcm tu jugak. 

My second attempt tanam pokok pandan. Kali pertama tanam, pokok jadi layu lama2 terus kering. Maybe sbb lambat tanam benih. This time, mak saya semai siap2 dalam poly bag dan bawak dr kampung. Lama betul saya biar dalam poly bag. Baru weekend lepas saya transfer ke ruang raised bed yg baru. Mudah2an kali ni pandan menjadi hendaknya.

Ni bukan pokok saya...saya nampak pokok limau bali yang berbuah lebat ni masa gi breakfast kat Kg. Tun Razak. Saya kagum betul tgk pokok ni sbb jarang tgk org tanam pokok limau bali depan rumah. Pokok mangga byk la kalau kat Melaka ni. 

Friday, January 17, 2014

Bekal Hari Ini

I intend, bila berkesempatan to post gambar bekalan hari2 sebagai rekod. Semalam xde gambar sbb puasa. So hari ini sempat bawak bekal, maka ada la gambar :)



Again I said, it's quinoa-week. Maybe minggu depan pon sama sbb cooked quinoa byk lagi dlm fridge...hehehe. That is quinoa-mix beans salad dgn perahan jus lemon, bwg besar didadu topped with cherry tomato. For breakfast, roti whole-meal mkn dgn kuah ikan goreng asam. Tak nampak kuahnya sbb dah letak roti kat atas utk jimatkan jumlah bekas nak dibawa. It's left-over lauk from dinner last nigt. Juga potongan buah oren dan saki-baki kurma. Kurma dah habis, so kena la pi beli lagi kat Mydin

I failed to walk on hari Rabu sbb balik keje lambat. Of late mmg selalu balik lambat so how la to achieve exercise at least 5 days a week?

Thursday, January 16, 2014

Maulidur Rasul 1435H

Hari Selasa, sempena Maulidur Rasul, kami pergi tgk perarakan Maulidur Rasul kat bandar Melaka. Actually kalau kembar x beria2 nak pergi, kami pon x tau. Diorg ckp ustaz sekolah agama kata ada perarakan Maulidur Rasul dari Stadium Kubu di Jalan Hang Tuah ke Masjid Al-Azim. 

Nabilah siap ckp nak join perarakan tu!

So lepas Subuh, kami siap2 la nak pegi sbb takut jalan sesak. Pukul 8am sampai, suasana biasa2 aje, cuma penuh la dgn mereka2 yg berbaju melayu/kurung bermacam2 warna. I guess staff2 badan kerajaan antara mereka yg perlu hadir ke perarakan ni. Memandangkan mcm lambat je perarakan nak bermula, kami breakfast dulu kat kedai mamak berhampiran.

By pukul 9 am, baru la perarakan bermula. Kami dok tepi jalan je la tgk. Ramai sungguh peserta perarakan. Must be thousands of people. Cuma mengikut pandangan saya, agak sedikit kecewa sbb laungan selawat tak sekuat jumlah org2 yg berarak. Hanya kedengaran sayup2 oleh tukang pembawa hailer dan sekumpulan dua kumpulan yg sungguh2 berselawat. Yang lain, selain uniform baju yg gah berwarna-warni, colour sedondon mengikut kumpulan2, saya tgk setakat jalan2 aje, sambil bergelak ketawa, melayan smartphones dan sembang2. 

Sepatutnya yg saya harapkan ketika tgk perarakan ini ialah selawat yg kuat yg boleh didengari satu bandar Melaka jika dah sampai ribu2 yg menyertainya. 

I am very much agreed dgn artikel terbaru Warga Prihatin berkenaan ritual sambutan Maulidur Rasul. 

Apa2 pon berbanyak2 lah berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W setiap masa. Semoga kita semua mendapat syafaat daripadanya di Akhirat kelak.

My munchkins pagi2 dah bangun, berjubah dan bertudung nak pegi tgk sambutan Maulidur Rasul

Menunggu perarakan bermula 

3 daughters...semoga menjadi anak2 yg solehah semuanya

Gerombolan ungu 

Geng2 ahkak pink :)








Wednesday, January 15, 2014

Weighing-in Wednesday

Dah few weeks x buat WW entry....

Apsal tah...maybe sbb byk public hols on Wednesday kot?

Anyway my weight today is 71kg. Tak banyak turun since my last WW whisch was 73kg. But at least it's something, isn't it?

I'm not very strict with what I eat. Just adapt a mindful eating...minuman tu selalunya air suam or green tea aje coz that's the easiest way I can control. Nasi masih susah nak elakkan

So ini bekal saya hari ni:


I have yee mee sup (left-over previous dinner) for breakfast. Salad quinoa campur roasted breast chicken dan juga kismis/kurma/almond for snacking. The roasted breast chicken pon left-over whole roasted chicken saya masak for dinner hari Isnin. Recycling is always my way to save foods. This week gonna be a quinoa-week sbb saya masak byk quinoa over the weekend dan simpan dalam fridge. Juga ada frozen mix-beans which would be what I eat for next bekal :). 

Planning ahead pon penting to make sure you are eating well :)

For exercise, Alhamdulilah I managed to push myself to do walking on Sunday for 3km. Isnin saya puasa so no walking exercise. Then yesterday, I walked for 2km.

Until next WW ya!