Pages

Thursday, January 23, 2014

Mutiara Kata - Ustaz Ebit Lew

Have you ever heard about Ustaz Ebit Lew?

Kebelakangan ini saya cukup suka dengar ceramah Ustaz Ebit Lew dan juga follow FBnya. Dalam ceramah2nya, dia berbicara sgt lembut, sgt menusuk kalbu...kalau berdoa, kata2nya indah, menginsafkan dan selalu sebak bila berdoa seolah2 dia sgt byk dosa.

First time saya dengar ceramah ustaz Ebit Lew kat radio IKIM. Tajuknya Mencari Bahagia. Mujur saya jumpa video Youtubenya so boleh la share kat sini.


Kalau baca status2nya di FB, selalunya dikarang seolah2 satu cerita pendek yg penuh pengisian. Tak pernah lupa mengingatkan kita tentang hebatnya Allah, cinta Rasullah, kebahagiaan dunia-akhirat dan berdakwah. 

So kalau susah hati, rasa tak tenang, cuba la dengar2 la ceramah Ustaz  Ebit Lew.

Saya nak share satu status dia baru2 ini yg sgt melekat dihati, moga2 dpt melaksanakannya:

Terharu bila saya lihat wanita yang saya sayang ibu dan isteri saya....Mereka dalam kepenatan dan keletihan masih sempat berdoa untuk ahli keluarga..

Dalam kesakitan ibu saya dan isteri yang mengandung masih sempat menghidupkan amalan bacaan Al-Quran dan Hadis Nabi saw bersama anak-anak dan sibuk menggalakkan saya berjuang di Jalan Allah.....Tiada siapa tahu, dari mana kekuatan hati itu datang.Itulah kerja Allah..hakikatnya mencintai Allah itu manis dan indah lebih dari segalanya...

Nabi saw sangat sayang dan memuliakan wanita. Nabi saw tidak marah kerana kurangnya hal dunia ini..atau kerana hal yang kecil atau maruah diri... Kerana tujuannya satu,jika benar cinta kita, hanya satu yang kita mahu, setiap ahli keluarga masuk syurga......

Wahai Ibu-ibu yang banyak berkorban tanpa henti...yang menjaga, mendidik, berdoa untuk anak-anak..Sikit sahaja lagi kamu pasti ahli syurga....

Jagalah solat awal waktu, Allah sayang orang jaga solat awal waktu..Siapa jaga solat awal waktu dengan sempurna, mereka sentiasa dalam jagaan Allah..Kita boleh berhenti untuk makan, untuk ke tandas, untuk yang lain. Kenapa tidak kita berhenti sekejap kerana perintah Allah. Sediakan sejadah untuk anak-anak..Galakkan suami ke Masjid berjemaah.

Didiklah anak dengan Sunnah Nabi saw, tiada jalan kejayaan,keselamatan, kebahagiaan yang lain dari kehidupan Nabi saw. ...Yang lain semuanya hanya fatamorgana....Hanya Jalan Nabi saw...Mencintai Nabi saw lebih dari nyawa sendiri..Amalkan sunnah Nabi saw dengan cinta...

Galakkan suami,anak dan mahram berjuang di jalan Allah..Hidupkan agama. Kata Khansa ra, wahai anakku pergilah berjuang sehingga kamu syahid.Ya Allah rezekikan kami dengan kesyahidan di JalanMu. Jangan risau, dah tak lama kita semua akan bahagia bersama selamanya dalam syurga jika kita istiqamah berusaha atas agama ini...

Dakwah dan sediakan setiap wanita menjadi Daie Allah. Wanita pintu agama bagi anak-anak...Wanita mampu gerakkan 100 lelaki..Wanita kuat..Pelindung dan penjaga kita ialah Allah.

Hidupkan rumah dengan Bacaan AL-Quran, dan Hadis Nabi saw bersama anak-anak...Rumah yang seperti ini bercahaya-cahaya terang benderang di langit...Syaitan lari daripada rumah yang ada suasana majlis Ta'lim, belajar dan mengajar agama.

Hidup sederhana.Ikut kemampuan diri..InsyaAllah syurga menanti dengan segala keindahan....

Jaga aurat kerana Allah.Wanita yang menutup aurat dengan sempurna akan dapat melihat wajah Allah di akhirat...

Jaga amalan baca Al-Quran setiap hari sebaiknya 1 Juz.Sekurang-kurangnya satu satu muka.

Jaga solat sunat dhuha, tahajud, solat sebelum dan sesudah solat fardhu.

Zikir 300 pagi dan 300 petang. Tanda cinta Allah Tasbihad 100 kali dengan merasai kebesaran dan kehebatanya dan segala kebaikannya..segala-galanya, Tanda sayang Nabi saw dan ucapan terima kasih selawat 100 kali dengan mengingat segala pengorbanan Nabi saw, dan 100 kali istiqfar 100 kali dengan menangis kerana terlalu banyak perintahnya yang kita belum sempurnakan...

Jika suami mu meninggalkan mu lebih awal, Ingatlah teruslah galakkan anak-anak keluar jalan Allah...hidupkan sunnah Nabi saw sehingga ia tertegak dalam umat ini ataupun kita mati sedang menghidupkan sunnah Nabi saw

Allah tidak pernah sia-siakan orang yang berjuang untuk agamanya...Kamu tidak seorang. Jangan takut dan jangan sedih Allah sentiasa bersama kita..

Kita boleh mati tapi biarlah kita mati untuk kebaikan dan agamanya..

Bila susah minta pada Allah.....Allah sentiasa membantu orang yang taat dan berjuang di jalanNya..

Terus berjuang dan berbuat kebaikan,mudah-mudahan dengan rahmat Allah jua semoga kita semua dapat bersama dalam syurga bersama Nabi saw yang kita cintai- Sehingga dapat melihat wajah Allah.Tiada ungkapan lagi.Tiada apapun yang dapat menjelaskan betapa indahnya saat itu.......ebit lew Airis FaRayyan


1 comments:

Awin said...

lembut dan menusuk hati