Pages

Wednesday, January 29, 2014

Weighing-In Wednesday

Well, well, it's Wednesday again....

So I stepped on the scale this morning and I'm at 70kg!

Yipppieeee!!!!

Turun 1kg pon nak excited eh?

Oh, mesti la coz knowing me and my body, nak turunkan berat badan mmg sgt struggle. Tapi kalau nak naik tu, senang sgtttttt.

Sebab, satu saya mmg suka makan dan juga suka masak. Keduanya, I guess my metabolisme mmg dah menurun so mmg amik masa la nak turun. Ketiganya, aktiviti fizikal xde la konsisten.

But it's ok, pakar2 berkata adalah lebih baik turun berat badan secara perlahan2 tapi konsisten and it would be more sustainable rather than losing weight drastically then susah nak maintain.

Dan yang penting latih diri utk makan secara sihat.


So here is my bekal today: 2 keping roti Gardenia butter raisin and 1 cheese slice in between. Sup Yee Mee with aneka sayur and fish balls for lunch. Juga nuts and buah limau for snacking in case memerlukan. I said memerlukan sbb mmg tak terhabis pon snack2 yg ditunjukkan dalam satu hari. Nuts would be like dalam 10 biji je gitu and limau tu dah berhari2 bawak tapi x sempat makan.

Today also is an overloaded carb-day. Kalau tgk kadang2 ada carb kadang2 takde, I don't have specific rules when it comes to carb. Dulu penah buat Atkins yg omit carb at all on the early stage. Hmmm..berjaya buat 4 ari gitu je kot. Losing mmg losing but feeling something is missing jugak....

Now, I'm more to Kevin Zahri's style. Kevin Zahri suruh seimbangkan semua jenis - carb, protein, lemak, gula which I think lebih make sense. 

So my bekal would be based on what I have in my kitchen and  the time I have to prepare them, bearing in mind, healthy choice would be priority. Kadang2 mmg x sempat nak gi groceries shopping kat pasaraya besar yg ada byk healthy choice like Mydin Hypermarket or Jusco, so beli la apa saja yg ada kat kedai runcit dekat rumah. Like right now, the fridge is nearly empty but I'm not going to stock-up my fridge sbb nak balik KB cuti CNY ni, so that's why the yee mee is on the menu today.

Oh, balik KB would be a big challenge for me to have control over foods. Kat sana it's all about makan, makan dan makan!

And I would be melting bila tgk meja makan at my in-laws is always full of foods and people eating....huhuhu

Tuesday, January 28, 2014

Bekal Hari Ini

Misi utk update 'Bekal Hari Ini' on daily basis nampaknya x berjaya....huhuhu.

Kadang2 keje byk, x sempat nk update blog. Kadang2 x bawak bekal pon....

Tapi hari ni boleh la share!


The omelette is for breakfast - gabungan 2 biji telur and 2 biji tomato ceri juga separuh bawang besar. There goes my quota for eggs this week, x leh amik telur dah. According to a friend, telur limitkan 2 biji seminggu aje utk jaga paras kolestrol. 

Then the grilled salmon and steamed mix-vege for lunch. Salmon keping mmg makin mahal! Sebelum isu kenaikan harga barang, rate sekeping salmon dalam RM4 gitu tapi beli baru2 ni dah jadi RM6 sekeping gitu! Fuhhhh...sesekali beli boleh la demi kebaikan Omega 3 nya tu tapi xde la boleh makan setiap minggu. 

Rabak poket mokcik!

Then of course, the almonds and hazel nuts, buah limau lokam dan se peket biskut oat with chia seeds for snacking.

Sememangnya kos utk makan secara sihat di Malaysia ni agak mahal tp mungkin ada pilihan yg lebih murah yg saya belum explore. Anyway home-made food macamana pon adalah lebih murah dibandingkan dengan makanan yg dibeli.

Birthday Abah 70th @ FRIM Kepong

Alhamdulilah, Abah mencapai usia 70 thn genap 26 Januari 2014.

Alhamdulilah, di usia ini Abah masih dikira sihat dan kuat walaupun ada kencing manis dan darah tinggi. Cuma of late Abah kadang2 jadi terlupa.

Semoga Abah dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yg baik, dirahmati Allah s.w.t. 

Jadi smlm kami adik-beradik sepakat sambut birthday Abah dgn berkelah kat FRIM Kepong. Nak pegi makan2 kat restoran, kami ni punya anak2 kecil, kalau lama2 tu nanti ada je yg buat hal. So bincang2, berkelah la yg paling convenient utk kami yg ramai2 ni. Lokasi FRIM tu dipilih pon sbb convenient utk semua org since Mak Abah skrg ni duduk kat rumah adik saya kat KL utk sementara waktu sbb nak tolong jaga anak dia yg takde pengasuh. Saya and kakak sulung je yg jauh sikit, me from Melaka dan Kakak dr Tg. Malim. But still x la jauh sgt.

Malangnya, my sis Ana x dpt nak join, sbb anak dia masuk hospital 2 hari sebelum tu sbb demam.  

Kami sempat pi melawat Sofia kat hospital on Saturday.

Berkelah kat FRIM is quite nice sbb x padat sgt dan agak bersih. Maybe sbb nak masuk FRIM ni kena bayar kot, satu kereta RM5 then tambahan RM1 utk setiap org dewasa. Jadi xde la ramai sgt org nak dtg dibandingkan dengan tempat2 perkelahan yg percuma. 

Bought SR's Chocolate Indulgence for Abah's birthday. Nasib la cuaca x panas sgt, so kek x cepat mencair. Tapi jadi lembik la juga

These are my sisters, there should be 6 of girls, tapi kesian Ana x dapat join

Adik-beradik perempuan  with Mak & Abah

My three brothers campur anak2 buah with Abah

Fatimah Az-Zahra...cousin Insyirah yg sebaya 

My eldest sister and her husband....
kami bawa makanan secara pot-luck, ended up ada byk betul makanan!

Kat sini ada la waterfall saiz kecik aje tp cukup la utk budak2 main air. 

The water was darn cold walaupun tengahari, 
menyebabkan Insyirah langsung x excited nak main air.


Lepas berkelah kat FRIM, before balik Melaka, sy sempat singgah nurseri Sg. Buloh beli sedikit pokok2. Really love this area of nurseries...byk sgt pokok2 yg menarik, rasa nak beli je semua. Dan jauh lagi murah harganya kalau dibandingkan dengan nurseries kat Melaka. 



Thursday, January 23, 2014

Mutiara Kata - Ustaz Ebit Lew

Have you ever heard about Ustaz Ebit Lew?

Kebelakangan ini saya cukup suka dengar ceramah Ustaz Ebit Lew dan juga follow FBnya. Dalam ceramah2nya, dia berbicara sgt lembut, sgt menusuk kalbu...kalau berdoa, kata2nya indah, menginsafkan dan selalu sebak bila berdoa seolah2 dia sgt byk dosa.

First time saya dengar ceramah ustaz Ebit Lew kat radio IKIM. Tajuknya Mencari Bahagia. Mujur saya jumpa video Youtubenya so boleh la share kat sini.


Kalau baca status2nya di FB, selalunya dikarang seolah2 satu cerita pendek yg penuh pengisian. Tak pernah lupa mengingatkan kita tentang hebatnya Allah, cinta Rasullah, kebahagiaan dunia-akhirat dan berdakwah. 

So kalau susah hati, rasa tak tenang, cuba la dengar2 la ceramah Ustaz  Ebit Lew.

Saya nak share satu status dia baru2 ini yg sgt melekat dihati, moga2 dpt melaksanakannya:

Terharu bila saya lihat wanita yang saya sayang ibu dan isteri saya....Mereka dalam kepenatan dan keletihan masih sempat berdoa untuk ahli keluarga..

Dalam kesakitan ibu saya dan isteri yang mengandung masih sempat menghidupkan amalan bacaan Al-Quran dan Hadis Nabi saw bersama anak-anak dan sibuk menggalakkan saya berjuang di Jalan Allah.....Tiada siapa tahu, dari mana kekuatan hati itu datang.Itulah kerja Allah..hakikatnya mencintai Allah itu manis dan indah lebih dari segalanya...

Nabi saw sangat sayang dan memuliakan wanita. Nabi saw tidak marah kerana kurangnya hal dunia ini..atau kerana hal yang kecil atau maruah diri... Kerana tujuannya satu,jika benar cinta kita, hanya satu yang kita mahu, setiap ahli keluarga masuk syurga......

Wahai Ibu-ibu yang banyak berkorban tanpa henti...yang menjaga, mendidik, berdoa untuk anak-anak..Sikit sahaja lagi kamu pasti ahli syurga....

Jagalah solat awal waktu, Allah sayang orang jaga solat awal waktu..Siapa jaga solat awal waktu dengan sempurna, mereka sentiasa dalam jagaan Allah..Kita boleh berhenti untuk makan, untuk ke tandas, untuk yang lain. Kenapa tidak kita berhenti sekejap kerana perintah Allah. Sediakan sejadah untuk anak-anak..Galakkan suami ke Masjid berjemaah.

Didiklah anak dengan Sunnah Nabi saw, tiada jalan kejayaan,keselamatan, kebahagiaan yang lain dari kehidupan Nabi saw. ...Yang lain semuanya hanya fatamorgana....Hanya Jalan Nabi saw...Mencintai Nabi saw lebih dari nyawa sendiri..Amalkan sunnah Nabi saw dengan cinta...

Galakkan suami,anak dan mahram berjuang di jalan Allah..Hidupkan agama. Kata Khansa ra, wahai anakku pergilah berjuang sehingga kamu syahid.Ya Allah rezekikan kami dengan kesyahidan di JalanMu. Jangan risau, dah tak lama kita semua akan bahagia bersama selamanya dalam syurga jika kita istiqamah berusaha atas agama ini...

Dakwah dan sediakan setiap wanita menjadi Daie Allah. Wanita pintu agama bagi anak-anak...Wanita mampu gerakkan 100 lelaki..Wanita kuat..Pelindung dan penjaga kita ialah Allah.

Hidupkan rumah dengan Bacaan AL-Quran, dan Hadis Nabi saw bersama anak-anak...Rumah yang seperti ini bercahaya-cahaya terang benderang di langit...Syaitan lari daripada rumah yang ada suasana majlis Ta'lim, belajar dan mengajar agama.

Hidup sederhana.Ikut kemampuan diri..InsyaAllah syurga menanti dengan segala keindahan....

Jaga aurat kerana Allah.Wanita yang menutup aurat dengan sempurna akan dapat melihat wajah Allah di akhirat...

Jaga amalan baca Al-Quran setiap hari sebaiknya 1 Juz.Sekurang-kurangnya satu satu muka.

Jaga solat sunat dhuha, tahajud, solat sebelum dan sesudah solat fardhu.

Zikir 300 pagi dan 300 petang. Tanda cinta Allah Tasbihad 100 kali dengan merasai kebesaran dan kehebatanya dan segala kebaikannya..segala-galanya, Tanda sayang Nabi saw dan ucapan terima kasih selawat 100 kali dengan mengingat segala pengorbanan Nabi saw, dan 100 kali istiqfar 100 kali dengan menangis kerana terlalu banyak perintahnya yang kita belum sempurnakan...

Jika suami mu meninggalkan mu lebih awal, Ingatlah teruslah galakkan anak-anak keluar jalan Allah...hidupkan sunnah Nabi saw sehingga ia tertegak dalam umat ini ataupun kita mati sedang menghidupkan sunnah Nabi saw

Allah tidak pernah sia-siakan orang yang berjuang untuk agamanya...Kamu tidak seorang. Jangan takut dan jangan sedih Allah sentiasa bersama kita..

Kita boleh mati tapi biarlah kita mati untuk kebaikan dan agamanya..

Bila susah minta pada Allah.....Allah sentiasa membantu orang yang taat dan berjuang di jalanNya..

Terus berjuang dan berbuat kebaikan,mudah-mudahan dengan rahmat Allah jua semoga kita semua dapat bersama dalam syurga bersama Nabi saw yang kita cintai- Sehingga dapat melihat wajah Allah.Tiada ungkapan lagi.Tiada apapun yang dapat menjelaskan betapa indahnya saat itu.......ebit lew Airis FaRayyan


Wednesday, January 22, 2014

WW - Tak Berubah Pon!

Hmmm...I was contemplating whether to do a WW entry or not....

Sbb my weight still sama je ngan minggu lepas...71kg.

I did not do much to accelerate the losses.

Anyway, WW is important for record, so just update je la kan....

Monday, January 20, 2014

Bakery Sedap di Melaka

Ni bukan promo yg berbayar ye...saja je nak berkongsi info pada penggemar2 roti eksotik di Melaka, saya discovered satu bakery + cafe baru dibuka di Mahkota Parade, Bandar Melaka yg jual aneka roti2 sedap ala French/Europe. Pernah tinggal di Jerman for few years, menyebabkan saya jatuh cinta dgn rasa roti2 kat sana. Kat KL mungkin banyak la bakeries yg jual roti2 eksotik sebegini tapi kat Melaka ni susah nak cari. 

Roti2nya diperbuat daripada tepung whole-meal yg diimport dari France, siap tuan punya kedai mmg pamerkan guni2 tepung yg belum digunakankan kat rak roti. Aaaa...rasa nak je tanya, jual x tepung ni? Hehehe...

Sejak balik Msia saya dah x penah buat roti sendiri walaupun ada bawak balik breadmaker. Takde masa satu hal, lagi satu kat sini belum jumpa tepung yg khas utk buat roti. Kat Jerman dulu, mcm2 jenis tepung ada utk buat roti. Saya suka eksperimen beli satu2 jenis utk buat roti.

Sikembar pon suka roti2 disini...they also know the difference between roti kat bakery biasa dan yg ada kat sini

Harga pon reasonable for this kind of breads. Kalau dibandingkan dengan bakery biasa yg rotinya rasa biasa2 aje, x jauh sgt pon beza harganya. 




Cuma yg x bestnya, Mahkota Parade agak jauh dari rumah kami dan kami pon x berapa rajin nak menempuh jem kat Bandar Hilir tu selalu. Melainkan kalau mmg betul2 nak beli something kat Mahkota Parade. Like that time, cik HB nak ke Maxis Centre nak terminate the broadband contract, tu yg terjumpa kedai roti ni.

Oh, they have various coffee too...nanti la nak ajak cik HB dating kat cafe ni utk minum kopi. Minum kopi with kids is not fun coz u cannot concentrate on the taste of coffee...hahahaha. I don't know why, but kalau nak enjoy minum cappuccino or latte, I cannot have it with my kids around. Nanti tak aman! I really want to just sit down with coffee and some breads and talk....without interruption!

That is what I call 'a time-off' for a busy mum like I am :)

Garden Update (January)

Too bad x sempat buat garden update utk December 2013.

Anyway, now it's January, so let's record what's new in my kebun secoet tu...hehehe

Ni pokok pemberian makcik babysitter Insyirah. Makcik pon suka berkebun, jadi bila dia dtg rumah saya dan tgk saya berkebun, dia pon suka bagi pokok2 kat saya. Setakat ni dah 3 pokok makcik bagi kat saya dan saya tgh cuba semaikan pokok halau nyamuk dalam pasu kecil utk makcik sbb dia berkenan ngan pokok halau nyamuk saya. Pokok bunga ungu ni saya x tau apa namanya tapi sejak kebelakangan ni sy tgk byk rumah2 kat area Durian Tunggal ni tanam pokok ni.

Deretan pokok2 lidah naga dan mulbery. Semua naik dgn baik. Alhamdulilah. 
Tak sabar nak tunggu pokok2 ni membesar.

Pokok kacang botor..sadisnya la arrangement utk pokok tu memanjat. Konon nak buat trellis tapi x terbuat2 tapi x sabar2 nak tanam kacang botor sbb dapat benih percuma dr Semua Menjadi. At last guna tiang bekas bakul baju yg dah rosak dan btg kayu. Ntah la apa nasib kacang botor ni, takat mana la dia boleh memanjat. 

Semaian terung bulat. Benih beli dr Tesco. 

Kat dalam bekas ni ada semaian bendi, red lettuce dan tomato. Bekas ni sebenarnya bekas cutlery yg dibeli kat IKEA but somehow x muat nak masukkan dlm drawer. 
Jadi terpaksa la ubahsuai kegunaannya utk tujuan lain. 

Pokok pegaga yg Mak semai bulan lepas dah membiak2 dah. Take note pokok limau nipis dibelakang tu, abis daun2nya dikerjakan ulat bulu. Cam ni gayanya mmg xde chance la nak berbuah. Dulu2 rajin jugak sembur dgn air minyak masak + pencuci pinggan...skrg xde masa...huhuhu

Cuba2 tanam pudina. Takat cucuk lebihan btg2 pudina yg dibeli dr pasar. Nampaknya ada chance nak membesar. Nampak x pokok togel yg kat belakang tu? Tu pokok limau purut yg juga jadi mangsa ulat bulu. Abih togel daun dikerja, tinggal batang semata2. Lalu saya kerat sampai kebawah. Ni nampaknya ada la bertunas baru. Sedih la juga sbb saya dah keputusan sumber penting utk masak tomyam dan paprik. Hmmm...apa la nak dibuat dgn ulat2 bulu ni?

First time cuba kumpulkan benih sawi sendiri. Tunggu dia layu then boleh la petik dan cuba tanam semula. Pokok sawi ni sy dah tanam since Ogos 2013, sampai skrg dpt lagi hasilnya guna kaedah kerat dan tumbuh semula. Maknanya bila tuai sayur tu tinggalkan bahagian bwh btg, Insyaallah daun akan naik lagi. Kailan pon mcm tu jugak. 

My second attempt tanam pokok pandan. Kali pertama tanam, pokok jadi layu lama2 terus kering. Maybe sbb lambat tanam benih. This time, mak saya semai siap2 dalam poly bag dan bawak dr kampung. Lama betul saya biar dalam poly bag. Baru weekend lepas saya transfer ke ruang raised bed yg baru. Mudah2an kali ni pandan menjadi hendaknya.

Ni bukan pokok saya...saya nampak pokok limau bali yang berbuah lebat ni masa gi breakfast kat Kg. Tun Razak. Saya kagum betul tgk pokok ni sbb jarang tgk org tanam pokok limau bali depan rumah. Pokok mangga byk la kalau kat Melaka ni.