Pages

Thursday, December 11, 2014

3rd Sad Time

Dah bape kali attempt nak siapkan entry yg satu ni. Entry yang ditulis masa tengah MC tapi tak abis2...ari ni dah start keje balik..memandangkan entry ni dah ditaip quite panjang berjela, maka teruskan saja la ye....
*********************************************************************************

Few weeks ago I found out I was pregnant. Although I was on 'family-planning' mode, we were ecstatic about the news and thought that it was just the right time since Insyirah pon dah lebih 2 tahun.

But I decided to keep the news just among family members and some close friends because nak tunggu kandungan betul2 stable. Dah 2 kali miscarried, one back in 2009 and one in 2013, so memamg agak trauma bila mengandung kali ini.

I was busy jugak at the time, you know la with new job at what nots,  so at 7 weeks, baru ke klinik utk confirmkan pregnancy.Prior to that saya tertanya2 jugak why morning sickness tak muncul tiba walaupun sudah 7 weeks sbb selalunya minggu ke-5, simptom2 mengandung mesti dah datang dengan jayanya. Cuma ada rasa kepenatan dan lapar sentiasa aje la.

The moment doktor scan, she said no heart beat detected and saya sudah terdetik something is not right. Tapi doktor kata mungkin kandungan kecil lagi so kita tunggu lagi 2 minggu dan scan semula. I was down tapi tak berhenti berharap. 

After 2 minggu, scan semula and obviously it's a blighted ovum condition. 

Kantung kosong - no baby :((((.

I was supposed to refer my case to hospital. But I was hoping tak perlu lagi buat D&C sbb this gonna be  the 3rd D&C. I read repeated D&Cs might cause trauma to the womb and may cause complications with the next pregnancy. So saya tangguhkan dulu ke hospital and ingat nak seek 2nd opinion with another doctor. Kot2 boleh melalui proses keguguran biasa. 

Tapi 2 weeks after that, saya start getting blood spots for a day or two dan lepas tu heavy bleeding with painful contractions. Masa tu baru rushed to the hospital and went thru all check-ups dan mcm2, and after few hours disahkan complete miscarriage. Dah scan, dan nampaknya semua dah keluar habis, so doktor kata x perlu la d&c.

Cuma still perlu warded untuk tempoh sekurang2nya 24jam utk pastikan semuanya betul2 ok.

Alhamdulilah takde apa2 complications, saya pon dah terasa sihat. Now on long MC, dapat MC 10 hari yo!

Walaupun hati terasa sedih kandungan yang ini juga tidak berjaya, pujuk la hati utk redha. Mungkin ada sesuatu yg lain Allah nak bagi kan? Mudah2an ada rezeki kami lain kali nak tambah anak.



The first scan image...simpan la buat kenangan. This shud be our 6th child....

Friday, November 28, 2014

Cabaran Pemakanan Sunnah

Ingat tak lagi pos saya tentang Amalan Pemakanan Sunnah?

That was in February, and now dah nak dekat Disember, mokcik sendiri baru nak mulakan...huhuhu. Ntah la apa yg disibukkan sangat sampai nak shopping makanan2 sunnah ni pon tak sempat.

Tapi 2 hari lepas sempat singgah MITC borong list makanan sunnah yg mcm Ustazah Norhafizah cakap tu. Minyak kelapa dara dan minyak zaitun saya dah beli kat Jusco. Kat kedai Ya Salam Belweel tu saya beli pati delima, minyak habbatus sauda, madu asli, cuka kurma dan za'faran.

Banyak kan?

Tapi banyak2 macam ni pon total harga semua barangan adalah lebih kurang dalam RM120 aje. How long it would last, tak tahu la....bergantung kepada konsisten tak konsisten saya mengamalkannya la....kan?

And pagi tadi dah try la ambil makanan2 ni semua ikut saranan Ustazah Norhafizah tu.

You know what....the first sudu besar of extra virgin olive oil mmg buat tekak saya kembang semacam! Then cepat2 telan 2 sudu pati delima. Which was ok sikit. Then bancuh 1 sudu besar minyak habbatus sauda + 1 sudu besar madu, 1 sudu besar minyak kelapa dara dan sedikit za'faran....ambil bau dulu...

Macam bau maruku!

Then proses nak minum pulak....adoiii...rasanya tak sedap ok, x macam makan maruku! Tapi makanan utk kesihatan mmg gitu kan? Selalunya tak sedap la.

Well, anyway saya kena gigihkan diri jadikan ini amalan harian. Dah melabur membeli begitu banyak takkan tak guna kan? I am positive about this. Insyaallah lama2 biasa la kan...lagi pon ini utk kebaikan diri. Dari segi dunia perubatan moden pon dah banyak saya baca kebaikan makanan2 sunnah ini. Dari dok bayar mahal2 utk produk2 kesihatan MLM baik kita usahakan dulu amalan pemakanan sunnah.

Insyaallah saya akan kongsikan nanti apa kesan pemakanan sunnah ni....doa2kan saya istiqomah ye :)

Tuesday, November 25, 2014

1 Ganjarannya 10!

Recently, on the way to work saya ada terdengar Motivasi Pagi ustaz Ebit Lew kat radio IKIM tentang ganjaran bersedekah. 

Bukan tak pernah tau ganjaran bersedekah tapi nak mendidik hati tu supaya rajin bersedekah kadang2 liat juga. Tapi perkongsian Ustaz Ebit Lew tentang ganjaran bersedekah dalam motivasi pagi tu benar2 terkesan dalam hati terutamanya bila bersedekah di kala kita susah.

Kisah Saiyidina Ali r.a yg hanya ada sebiji epal saja yg dia mampu beli utk Fatimah, si isteri yg sedang mengidam nak makan epal. Tapi dipertengahan jalan ada orang yg lapar sangat lalu sebiji epal tu disedekahkan ke orang itu. Pulang dirumah, Fatimah cakap ada orang hantar 10 biji epal!

Allahuakbar!

Dan pagi ni, Allah Maha Besar mengizinkan saya sendiri merasa nikmat ganjaran bersedekah itu.

Kisahnya, semalam di FB WargaKilang (NGO yg banyak membantu golongan asnaf dan miskin), announced yg mereka sedang melancarkan kutipan Kembali ke Sekolah dengan 1 kupon RM100 utk setiap murid dari golongan miskin. Tapi sbb diorg dah ada target berapa murid yg akan disponsor, maka yg nak menderma kena la book kupon itu. Warga Kilang ni mmg jujur dan amanah dalam menjalankan aktiviti2 mereka. Selalunya diorg tak nak kita derma duit kalau nak bantu projek2 diorg. Diorg lebih prefer kita sediakan sendiri barang2 yg disedekahkan dan join sekali bila mereka pi hantar bantuan kat org2 susah ni.

Nak tau lebih lanjut aktiviti Warga Kilang boleh baca di SINI

I wanted to take part tapi teringat duit dalam bank nyawa2 ikan dah. Maklum la dah hujung bulan, gaji pon belum masuk lagi. Tapi teringat2 takat RM100 boleh kot. So saya pon terus book satu kupon.

Pagi ni bila saya login Maybank nak transfer duit RM100, Allahuakbar....dalam akaun saya ada extra RM1000....rasa nak menitik air mata. Sebabnya itu adalah duit gaji saya bulan lepas yg company skrg tersalah kira dan bagi saya gaji kurang dari sepatutnya bulan lepas. Saya ingatkan diorg cuma akan bayar hujung bulan ni bersama gaji bulan ini tp rupanya diorg dah masukkan lagi awal!

Allah...Allah...Allah...sungguh benar janjiMu!

Saya share kisah ini supaya yg membaca akan mudah tergerak hati nak bersedekah. Juga buat motivasi utk diri sendiri. Kadang2 ganjaran tu mungkin kita x nampak dari segi wang ringgit tapi dalam bentuk lain.

Mudah2an kita semua terus istiqomah ke arah kebaikan.

Monday, November 24, 2014

Cuti Sekolah

Cuti sekolah sudah bermula!

Yeayyyyy!!!

Apahal mak pulak yg terlebih excited ye?

Eh, excited la...sbb sekurang2nya tak payah fikir preparation pagi2 nak make sure sikembar tu semuanya dah siap pepagi, tak payah buat bekal (but still kena masak utk Insyirah tapi tak la kena masak banyak utk semua org). Tak payah fikir mana la beg sekolah agama diorg, beg2 nak hantar transit, tak payah dengar ada budak jerit2 berebut stokin, sarung kepala dan macam2!

Tak payah tanya homework dah buat ke belum, esok seni nak kena bawak apa, bla...bla..bla....

Pendek kata kurang sikit la keje saya bila cuti sekolah...hehehe

Cuti sekolah ni kami x plan any expensive holiday treats. Next week kembar akan pergi kem tahfiz seminggu dari pukul 8am-5pm. Lepas tu Atuk and Opah akan dtg duduk rumah kami for 2 weeks so kembar akan spend masa dengan Atuk n Opah. Maybe dalam masa 2 minggu kami akan plan pergi short get-away or something. Tengok la macamana. Then cuti krismas, kami akan balik KB. Lepas tu dah nak mula sekolah kembali.

I'm hoping I can plan something for them to do masa cuti sekolah ni instead of using gadgets and watching TV. Tapi belum fikir lagi apa2 yg sesuai.

Any idea mommies?

Saturday, November 15, 2014

Adapting

It's Saturday morning.

And I'm at work...huhuhu.

It's been 2 weeks since I started with this new job fulltime. Belum lagi rasa selesa dengan environment kerja baru. Asyik terkenang opis lama dan bos lama....hahahaha.


I miss this car too! Used it for 2 tahun setengah, with no breakdown at all, saya sangat sayangkan Rush ni. Tapi kena la terima hakikat ianya bukan hak milik peribadi, melainkan part and parcel of the previous job. Bila dah habis job tu, kena la pulangkan. Macam ni la jugak kehidupan kita kat dunia ni, semuanya pinjaman belaka, sampai masanya kena pulangkan jugak.

Especially when I didn't usually work on Saturdays. Cuma dtg bila betul2 ada urgent works, itupon sangat2 jarang.

It's so quiet in the office now. Clerk cuti, bos masih warded kat hospital.

Hah, my new boss recently kena heart attack, langsung kena warded. But still, dalam dah sakit2 tu, dia suruh saya and another staff to bring the apa2 documents yg memerlukan perhatian dia dan berpesan update kan dia on daily works.

Adehhhhh...so workaholic!

Even the project manager pon dah pesan to him tak payah la fikir pasal kerja while you are sick but I guess ini orang karakternya mmg dah camni. Cakap la apa pon, dia tetap dengan cara dia.

Which makes me uncomfortable....coz I'm not workaholic...hahahaha.

I really miss my free Saturdays. Sebab pagi2 sabtu selalunya ada lah masa saya nak jenguk kebun saya. Trimming here and there, buang apa2 yg patut. Pagi tadi cuma sempat jenguk sekejap saja sambil berfikir bila la boleh nak kemas2 laman. Memang dah sangat serabut laman luar.

Dalam rumah pon sama jugak. Sana sini memerlukan perhatian.  Kadang2 rasa nak drop aje this job and be a full time housewife so that I can do what I love to do. But for the time being kena la pujuk hati bersabar dulu. Bukan senang nak ambil keputusan berhenti kerja gitu aje bila kita dah commit utk bekerja. My job is not a typical job yg senang2 majikan boleh cari pengganti. Bukan la special job jugak, tapi kalau you kerja in construction line and based at site, you'll know what I'm talking about. Tapi kalau keadaan memaksa, the choice is still in your hand la. 

Well, maybe lepas projek ni I would just stop working in this line. Maybe...sbb tak berani nak ckp lebih2. Kadang the technical works are not that hard but dealing with karenah manusia macam2 yg buat kita stress. Lagipon memang penat juggling life between works and home responsibilities. 

Apa2 pon semoga diberi ketabahan utk hadapi apa2 jua situasi yg mendatang.

Thursday, November 13, 2014

Weaned Off

Akhirnya budak kecik berjaya jugak weaned off!

Dah banyak kali kami try sebelum ini nak stopkan dia breastfeeding. As much as I love breastfeeding, the current situation makes me so tired so kalau malam2 Insyirah masih nak bergantung, memang I can't cope it with it anymore. Lagipon dia dah 2 tahun 8 bulan, dah cukup besar utk wean-off and I guess my milk production pon dah takde sangat. 

Methodnya: sapu kopi la....hehehe. Sebelum ni buat gitu jugak. Memang dia merajuk, terus tido peluk bantal, lepas tu Abahnya jugak yg kesian dan cakap tak payah la stopkan dulu.

But now it's the best time to wean off, memang kena pon. Still guna method sapu kopi dan lepas tu dia terus tak nak dah. No more mintak "susu ummi". Akan minta "susu botol' aje. So far dah 2 minggu rasanya she has not asked for "susu ummi".

I'm kind of sad jugak, coz my baby dah besar...dah jadi kanak2. But somehow every child will grow up and that's a fact every parent have to accept kan?

She's really a big girl now..dah boleh main swing tanpa risau dia akan jatuh.

This is a selfie by her...suka betul main camera tepon ummi!
Our wefie :).

Tuesday, November 11, 2014

KL's Traffic Jam

Semalam ada meeting kat KL - Caps Square to be exact. Betul2 terletak kat tengah2 KL nun.

Meeting pukul 10 pagi, so mokcik pon bertolak dari Melaka pukul 7 pagi. Risau kalau jem teruk nak masuk KL. Ikut cadangan Waze, mokcik guna PLUS hi-way dan exit kat UPM. Sampai kat tol UPM pukul 8.15am dan bermula stage traffic jem. Thanks to Waze yg akan sentiasa update the fastest route utk elakkan jem tapi of course kena lalu pelbagai hi-way. Dari PLUS, then BESRAYA then DUKE and then finally mokcik sampai kat Caps Square at 9.20am.

Imagine, dari Serdang ke tengah bandaraya KL, took me 1 hour and 5 minute! Itupun setelah guna mcm2 hi-way! I really salute the KL-lites yg setiap hari mengharung jem ke tempat kerja. Mana yg mampu bayar tol banyak2 mungkin jimat masa sikit tapi still masih menempuh jem cuma kurang sikit je la masanya dibandingkan dengan mereka yg guna route tak bertol. 

For that Serdang - KL city centre route, I paid RM1.30 for BESRAYA dan RM2 for DUKE one way!

Sangat2 mahal kos nak ke tempat kerja! Belum kira duit minyak lagi.

Saya sangat simpati dengan warga KL terutama mereka yg berpendapatan rendah. Setiap pagi meredah jem, kemudian struggle dengan beban kerja yang banyak, ada yg perlu kerja lebih masa and then sampai rumah mungkin dah malam.

Teringat sembang dgn adik ipar yg bakal berpindah ke rumah baru di Puncak Alam tahun depan dan sedang gigih nak cari nursery baru utk anaknya. Katanya nursery yg paling awal dibuka pon pukul 6.30 am dan itu pon pada dia dah kira lambat sbb dia harus keluar rumah at least pukul 6 am utk sampai ke tempat kerja di Bangsar on time. 

Fuhhhhhh....

I don't know what to say...hanya boleh bersimpati dengan cerita ini. Ini bukan kisah terpencil, I'm sure kebanyakan parents di KL yg tak punya maids berdepan dengan situasi ini. I can't imagine how they do it. How they manage the kids when they have to go out from home as early as before Subuh?

I may not live in KL but I do hope that KL's traffic jams going to be improved. 

Maybe should implement the flexi working hours more seriously.

And reduce the 8-hours work time to 6-hours instead.

Or provide more jobs that can be home-based.

Public transport accessible to all areas dengan kadar kekerapan yg singkat dan tepat masanya!

Adalah menyedihkan betapa ramai parents terpaksa bergolok gadai spend masa di atas jalan demi kelangsungan ekonomi. Masa dgn keluarga sangat terhad. Kesian kat anak2.

Saya yang keluar rumah pukul 7.15 am dan akan balik sebelum 6pm pon terasa tak cukupnya masa utk menguruskan keluarga apalagi mereka yg keluar pukul 6 pagi dan sampai rumah pukul 8 malam.