Pages

Wednesday, June 15, 2016

Ramadhan 1437H/2016 - Catatan 1

Alhamdulilah, hari ni dah puasa hari ke-10. Kejap je dah habis satu fasa. Memang x terasa. Tahun ini ada kelainan sikit sbb tahun ini saya merasa bertadarus dan join tazkirah sbb organisasi baru saya aktif dengan aktiviti2 macam ni. Kebetulan pulak Ramadhan jatuh ketika students dah mula cuti belajar dan mula dengan final exam minggu ke 2 dan ke 3 Ramadhan, jadi kami yang staf2 akademik ni agak free sikit. So dapat la hari2 bertadarus dan attend sesi tazkirah.

Keje dulu takde suasana gini, bulan posa pon dok sibuk dengan keje. Dan yg disibukkan lagi oleh pengurusan dulu adalah tentang buka posa buffet kat hotel, hamper raya, bonus raya. So penghayatan ibadah Ramadhan tu pandai2 sendiri la. 

Cik HB bergurau tahun ni buka posa kat hotel mana...hahaha. Dah x merasa la jawabnya. Cukup2 la dah couple of years pegi buka posa bufet mewah di hotel2. Dulu pegi sbb di sponsor, ni nak pegi bayar sendiri mmg tak la. Bukan sbb kedekut tapi rasa ianya membazir sgt. Dulu mmg kurang kesedaran bab ni, asal makan free aje mmg ON la jawabnya. Tapi how much you can eat masa buka posa? Then, bila dah makan mcm2, walaupun semuanya sedap2 tapi u tak rasa pon kepuasannya. 

Kami sekarang buka posa ala kadar aje. Alhamdulilah, ari2 saya sempat masak sbb waktu keje flexible so saya masuk awal, balik pon awal. Kami sgt2 jarang membeli di pasar Ramadhan. Ada sekali cik HB saja2 bawa anak2 ronda PARAM, beli la popia basah, kek batik dan 1 air manis perisa apa tah. Popia rasa dah masam2, maybe sbb dibuat tengahari, then  ada taugeh mmg akan cepat bau. Kek batik a small piece harga RM3. Air manis x diminum abis, diorg cari air kosong jugak at last.

Tu yang rasa kalau x terdesak, xde la nak pegi beli2 kat PARAM. Dah la susah nak parking, sesak dengan orang lagi, terbeli makanan yg kita x puas hati, pastu termengumpat...kan dah bertambah dosa. Kalau nak beli kuih, sbb kuih x sempat buat sendiri, saya akan beli kat satu kakak yang menjual kat taman rumah saya. Lagi mudah.


Tak sempat nak amik gambar2 juadah buka puasa. Gambar atas tu antara sajian kami - ikan merah masak asam pedas, pekasam goreng dan sayur campur. Kuih karipap dan onde2 beli kat kakak laksa. Beli sikit2 aje supaya x berlebih.


Ikan merah dibeli dgn portion yang agak besar dr Pasar Besar Melaka so boleh bahagi kepada 3 portion. 1 masak asam pedas, 1 masak kari, 1 lagi buat masak lemak cili api letak mangga muda....puas hati makan.


Ada sekali sahur masak sambal sardin, so ada banyak leftover. Kita recycle dia buat roti sardin. Kat PARAM roti sardin seketul 50 sen tau! Buat sendiri lagi jimat. 

Saya mmg berusaha tak nak membazir makanan. Juadah buka puasa masak sendiri kita boleh panaskan utk masak sahur. Kalau lauk beli kat PARAM, selalunya dah x elok by then. Even yg saya masak waktu buka pon, malam tu saya letak dulu dalam fridge supaya x rosak. Bangun sahur panaskan aje.  Kadang2 sahur diorg ni x nak nasi, saya akan buat roti bakar la, goreng kueytiaw ke. So lauk yg lebih ni awal2 saya dah masukkan dalam freezer. Kalau dalam freezer 2-3 bulan pon tahan lagi. Tapi dengan syarat lepas masak dah asing siap2 dalam bekas. Jangan yg lebih dalam mangkuk yg hidang tu ko pegi simpan. Nanti x elok jugak jadi makanan tu. Tu saya plan ahead. Hidang lauk ikut portion nak makan. Kalau x cukup baru amik kat periuk. 

Hargai setiap makanan yang kita ada dan buat la pilihan yang bijak ye! Kalau ke PARAM jangan ikut nafsu, pandai2 la memilih dan beli la apa yg perlu sahaja :)

Monday, May 23, 2016

Life is Not Necessarily Revolve Around Social Network, You Know

Recently, I bumped into a friend I knew through my husband years ago....at our university's big event. She was surprised to see me there and was even more surprised when she found out that I've joined the uni as a staff.

Her question was: "How come you never mention anything about this job in FB?" (she happens to be my FB friend as well).

And I was like...errrrrr.

Ok, can't blame her...maybe last time I was actively sharing my stuffs in FB. Sikit2 up status...buat apa, beli apa, makan apa, pegi mana.....

Then, somehow in recent years I don't feel like sharing so much in FB anymore. Nak2 dengan rutin seharian yang makin sibuk. Sbb kadang2 kalau pos apa2, then ada orang like or comment, but you don't have time nak reply or like back, apparently ada orang offended. 

Then ada orang yg came out dengan statement "kalau org tu x reply or like your comment, tapi reply and like orang lain punya komen, maknanya dia tak suka kau, so unfriend je la"

Kelakar kan org boleh buat statement macam ni? I should have just ignored it, not that the statement ditujukan khas untuk saya, tapi sbb saya pon selalu gagal nak reply komen orang, so saya terasa mcm siapa makan cili terasa pedasnya....hehehehe

Yang keluar status2 camni bukan budak2, tapi mak2 orang yg dah nak masuk menopause pon....huhuhu. I am wondering cemana cara diorg berfikir. Do they think semua orang ada masa nak ngadap FB dan social network lain sepanjang masa?

I used to be addicted juga with FB and blogs dulu2. FB mula famous zaman2 saya kat dok kat Jerman. Mmg hidup mcm revolve around social network aje. At times, sampai malas nak uruskan rumahtangga dan anak2. It was not good kan? Tapi at least masa tu I was housewife, so it was about family saja.

Then balik Malaysia, life is getting tougher and busier. Hence, not much time to spend on social network. And then realizing that sharing too much of your personal life to outside world may bring more harm than good, I slowly review what to share and not.

Not that I don't like what friends are sharing about their personal stuffs. Seronok jugak tgk life orang lain. Yang suka share, be it. For my own stuffs, I have decided to put a limit.

Now FB is more a port for me untuk dapat knowledge and sharing knowledge. On and off masih lagi juga share personal stuffs but on cautious mode. I prefer bercerita in blog and IG occasionally. Again, everytime I want to post something I would think about how my family, my friends feel about it. 

Contoh, if you are sharing about your happy marriage constantly, to the details of what u get for your birthday, your anniversary, and if your husband mmg jenis romantic, sepanjang masa pon bagi hadiah, someone who is still single, or divorcee might be feeling sad. Or if you share about your wealth, luxurious stuffs you own, your big house etc, your holidays abroad, someone who is having financial difficulties might be feeling down. For me, occasional sharing might be acceptable, but those frequently sharing those stuffs, it might hurt someone else,

Again, that is just my personal view. It depends on how you view it yourself. Orang kata semua bergantung pada niat. We are living in the very challenging time where you can choose to just do anything at the click of your finger. Silap2 jadi saham dosa pulak. Tapi apa2 pon I'm not going to judge. Sebab I like to see jugak hidup orang lain. Some can be sort of life motivation.

So kalau ditanya kenapa x cerita about this and that kat FB?

My jawapan adalah....

Life is not necessarily revolve around FB/social network, you know....

Hehehehe. 

Friday, May 20, 2016

Wedding Epa

Alhamdulilah seorang lagi adik perempuan saya, Epa selamat dah mendirikan rumahtangga. Majlis walaupun buat secara sederhana tetap meriah. Menantu baru Mak Abah ni orang Jasin, Melaka. 

Layankan gambar2 sekitar majlis:

Majlis akad nikah

Majlis sanding

Keluarga besar kami, pon ada yang missing masa ni

Insha Allah, yg kiri, si bongsu akan langsungkan majlis perkahwinannya Julai nanti. 
Semoga majlis dia juga berjalan lancar. Doa2kan ye.

Friday, April 29, 2016

Inspirasi

Alhamdulilah, di tempat kerja sekarang saya ditemukan Allah s.w.t dengan beberapa characters yang mengagumkan. Mengagumkan in my own definition. Bukan hanya  pasal characters yang hebat dalam kerjaya, menjadi orang penting disana sini. Kagum juga dengan org macam tu tapi buat masa ini kagum dengan wanita2 yang bukan sahaja hebat dalam kerjaya tapi hebat dalam personaliti, hebat mindanya dan hebat akhlaknya juga.

Lepas berbulan2 memulakan kerjaya disini, berkenalan lebih mendalam dgn rakan2 sekerja, saya kagum dengan wanita yg saya namakan Lady X saja. Considerably muda (mid-30s), a Phd holder, punya anak 3 org dengan 2 org dibawah umur 2 tahun. Takde pembantu rumah.

Hari2 bangun pukul 4 pagi masak untuk sarapan dan makan tengahari. Lebih kagum dia x blend bawang, dia tumbuk ok! Sbb katanya suaminya pernah mentioned masakan dengan bawang yg ditumbuk lagi sedap dr yang blend. Tu mmg betul tapi kalau mokcik la tak terkejar rasanya setiap masa nak menumbuk bawang. Santan pon x guna instant ok, santan jenis perah dr kelapa parut gitu!Then dia menyusu badan sepenuhnya anaknya umur 5 bulan dan sekali tandem dengan si abang yang setahun lebih.

I dont know how she does it! Saya memahami penatnya la menyusu badan sepenuhnya tandem pulak tu. Saya juga memahami penatnya la bangun pagi2 memasak because I'm doing it too. Penatnya  la uruskan kerja2 rumahtangga tanpa helper. Inikan pulak ada baby dan toddler. Dan dia pulak pensyarah kanan yang kerjanya mmg banyak. Kami academicians disini mmg la banyak keje sampai tak terkejar rasanya.

Tapi katanya sebelum dia adalah pensyarah, dia adalah isteri dan dia adalah ibu. Itu tanggungjawab utama dia. Jadi dia kena usaha fulfillkan juga tanggungjawab yang wajib. Mcm dia dah tau, suami dia suka masakan yg bawang ditumbuk, so dia akan fulfillkan itu. Dan dia tau tanggungjawab menyusu badan adalah dituntut, maka dia juga berusaha fulfillkan itu.

And wait...that's not just it.....

Recently, kami berbual dari hati ke hati, then somehow she shared that suaminya ada menyimpan hasrat nak kahwin dua. Buat masa ni takde calon lagi tp suaminya selalu sebut pasal ni. And I was melopong habis....

Sebab x sangka, pompuan mcm ni punya la baik, cantik pon cantik, pendidikan ada, kerja ada, sanggup pagi2 masak utk bekal suami n anak2, buat keje2 rumah sendiri and yet suami dia nak kahwin lain????

I asked her how she faced it, dia kata dulu pon dia tak boleh terima. Dia pernah kantoi suami dia ada berhubungan dengan perempuan lain, dia mengamuk sakan. Suaminya minta maaf, dan lepas tu dia mula berfikir tentang the whole things. Dia mula bangun malam buat solat tahajud, mengadu pada Allah isi hatinya. Then dia mula faham suami tu bukan hak miliknya yang mutlak, suami dan apa saja dalam dunia ni milik Allah s.w.t. Yang penting bila kita diberi amanah menikmati harta dunia ni, macamana kita jalankan tanggungjawab kita. Kalau jadi anak, tanggungjawab pada ibu-bapa, jadi isteri pada suami dan jadi ibu, pada anak2.

Jadi dia buat kesimpulan, tak kira la macamana orang lain buat pada dia, dia hanya nak jalankan tanggungjawab sebaik mungkin. So dia kata, kalau dah mmg suami nak kahwin lain, sila la...dia x halang. Tapi selagi dia adalah seorang isteri dia akan jalankan tanggungjawab dia sebaik2nya.

Kagum kan? I was lagi la melopong....

Susah jugak tu, kita akan rasa orang x hargai kita....kita akan rasa like "aku je yg layan ko baik2, and ko x layan pon aku baik2"

Tapi kalau hati dah dididik memahami tujuan hidup di dunia ni, perkara tu akan jadi mudah. Sebab kita x harap penghargaan orang, kita tau Allah s.w.t ada untuk balas semuanya, baik atau buruk. Dan dia kata, sejak2 itu hatinya jadi tenang, macamana banyak pon keje dan tanggungjawab, dia x rasa penat pon.
 
Perkongsian sangat bermakna buat saya.


Tuesday, April 19, 2016

Memories on FB

It's just 2nd day of weekdays and I've been busy like there are ending business from what I'm doing. So I'm taking a 5-minutes break from work...phewwww.

Hari ni feeling a bit guilty to the kids because I didn't manage to cook proper things for their bekal for rehat and lunch box. Dah la hari ni hari Koku, and they stay at school sampai 5pm. Saya tak sempat masak pagi tadi sbb from yesterday saya sibuk menyiapkan tugasan saya yang due datenya pagi ni! Pagi tadi saya bangun awal bukan utk masak tapi siapkan keje pejabat! Huhuhuhu....Somehow saya bekalkan jugakan diorg leftover from last night's dinner. Mujur smlm saya buat ayam panggang so ada la leftover sikit.  

Tugasan saya siap on time but I am feeling miserable....

Then buka2 FB tengok ada memory ini....


That was 7 years ago! Zaman dok Jerman. A very memorable moments. It was early spring, the weather was beautiful, we walked to flea market and on the way home we strolled at canola field. Saya abadikan cerita itu di SINI.  It was in our neighbourhood. Raunheim was indeed a beautiful and serene place. Life was stress-free. I was a full time housewife. When weather was good, kids and I will spend our time outdoor. We would spend the time at the playground, strolling in the park, feeding the ducks...ahhhh such a lovely memories.Liza and Razif, kawan2 kami masih disana. Good for them, they can still enjoy the serenity of the place. 

Saya harap ada rezeki utk jejakkan kaki ke sana kembali. 

Wednesday, April 13, 2016

Idola Solehah Di Depan Mata

Ini bukan pasal Insyirah Solehah.....hehehe. Just my rambling thoughts.....

In every day life, sometimes you will meet several wonderful characters around you. They don't have to be very perfect and famous, they just every day people who lead a normal lifestyle, yet their characters, their personality is very much impressive and touches your heart - MY HEART.

Our university's Vice-Counselor , a very impressive figure, is married to a wonderful woman and she happens to be my colleague. She's in my faculty and even more interesting is in my department, so I communicate and work closely with her. Although she bears title "Datin",  she insisted all of us to call her just Kak F (since she's our senior and most probably among the elders in our department).

She's like a sunshine, always smiling and always friendly. Doesn't matter where and when you see her, she would always smiling. For me, character dia sangat la solehah, dengan pemakaian yang sempurna menutup aurat (always with tudung labuh dan jubah), dengan sikapnya yang peramah, lemah-lembut, ceria dan lansung tak pernah mementingkan title sebagai isteri NC and Datin. I've been here about 6 months and never once I see her not smiling. If you bump into her, dari jauh dah senyum ceria, dan hulur tangan bersalam dan akan berborak serba sedikit. Saya segan dengan dia but I always look forward to bump into her....hehehe. And no one talks ill about her. Pujian aje sentiasa kalau bercakap pasal dia

Bila dia jadi pengerusi mesyuarat, sangat la humble dan sangat la selesa bekerja di bawah dia. I am a member in a committee led by her and when she assigned me with a task, I'm more than happy to do it.

I want to learn more from her, on how to be such a cheerful and friendly and makes everyone around you happy with you. How to be a solehah like her (x mampu lagi nak bertudung labuh...hehehe), I'm sure hubungan dia dengan Allah sangat hebat, maka that's why dia adalah wanita yang hebat.

Kalau sebelum ni I'm always impressive with beautiful and stylish ladies, my view now is looking for those with solehah characters. I may be far from being a solehah, but there are always room for improvement to be a better person, kan?

Wednesday, April 6, 2016

Garden Update: April 2016

Pagi ni sbb ada sedikit masa, sy jenguk2 laman keliling rumah. Dah lama saya x spend masa belek2 pokok2 kat rumah. Ada masa saya siram, xde masa, nasib la ko wahai pokok2. Mmg laman saya in pathetic condition. Banyak jugak pokok2 yang dah jadi arwah...huhuhu.

Nak2 di musim El Nino ni lagi la kesian kat pokok2. Cuma sehari dua ni hujan dah mula turun. Semalam lebat betul hujan. Alhamdulilah. Semoga episod El Nino kali ni akan berakhir segera. Cuaca mmg sangat x menentu skrg ni.

Jenguk2 banyak jugak la yg menarik utk dikongsikan di blog ni. Tu yg saya spend juga masa sikit nak update blog. Last time sy update pasal gardening was October 2015! That was 6 months ago!!! Nampak sgt sejak saya bertukar kerjaya ni, masa saya utk hobi2 semakin dilupakan....huhuhu.

Apapon, saya masih mencintai dan meminati hobi berkebun. Cuma kerana kekangan masa dan saya kena bagi priority kepada perkara2 lain, maka tak boleh la nak all out. Kita buat saja la takat yang mampu.

Jadi utk update, meh mula dengan ini:


Pokok kantan saya dah berbunga!!! Yeay!!! Bila saya checked balik journal gardening dalam blog ni, kantan ni saya tanam Mei 2013, akhirnya dah nak 3 tahun baru berbunga. Alhamdulilah!!! 



Saya punya la seronok, saya pos kat group FB Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri dan dapat respon yg meriah dari ahli group. Tak sangka ramai jugak yg berminat dgn pokok kantan ni. Maybe sbb harga bunga kantan yg semakin mahal buat ramai org berminat nak tanam.

Camni la rupa pokok kantan saya dr jauh....berebut ruang dengan pokok mengkudu dan durian belanda. Huru-hara laman dapur saya ni. Tak sempat lagi nak kemas elok2. Durian belanda tu  pon dah berapa kali berputik tapi gugur putiknya. Tak tau la bila berjaya jadi buah.

Selain tu pulak, bayam ni pon tgh naik cantik....ni tinggalan hasil menanam dulu2...ada je benih yang tinggal lagi. 1 bulan sudah ada jugak tanam sawi, tp bila tinggalkan rumah seminggu masa outstation kat Ipoh, mati terus sawi tu....xpe la, pelan2 kita start balik nanti

Pokok pisang tanduk, ditanam oleh mak saya bulan Disember 2015. Angkut dari Tg. Malim. Asalnya ada 3 anak pokok tapi 2 lagi x survive. Satu pon satu la, akan ku jaga sebaiknya...chewah, siram pon kadang2 tak! Yg seronoknya, skrg dah ada stok daun pisang....bila2 nak buat nasi lemak ke, bakar ikan ke boleh amik fresh dari pokok.

Ni pokok terung pipit. Saya x tanam pon, beberapa bulan sudah tetiba sy jumpa dalam pasu pokok limau kasturi. Agaknya dibawa angin atau burung2. So saya ubah ke ruang yg kosong dan dah besar skrg, Lebat berbunga tapi yg jadi buah x berapa banyak. Sekali kutip adalah beberapa biji. Takat rebus buat ulam saja la. Tapi tetap bersyukur, bertambah lagi koleksi ulam2an saya :)

Di laman depan pulak:

Pokok bawang spider pon berbunga di musim panas ni....ni adalah dari rizom yang saya beli dari Kebun Bahagia Bersama pada Jun 2015. Ni la pertama kali ianya berbunga. Sebelum ni ada dah saya tanam dari April 2014 yg saya dapat as free gift dr KBB. Pernah berbunga juga sekali. Bila tah nak berbunga lagi

Amaryllis...juga berbunga...utk kali kedua...kali pertama Jun 2015. Nampaknya setahun sekali la je la dapat menikmati bunganya...hihihi. Bukan salah pokok, salah tukang kebun yg x consistent jaga pokok2nya. Baja pon x penah!

Itu saja update bulan ini. Saya mengharapkan semangat berkebun saya akan membuak2 kembali. Bukan tak nak atau malas tapi saya mmg terkejar2 dengan urusan seharian. 

Tapi rugi kalau x berbakti dengan tanah kan?  So let's hope ada kemajuan ye?