Pages

Monday, September 7, 2009

1 Tahun di sini...

Hari ni genap setahun kami menetap di bumi Jerman. Rasa mcm kejap aje. Ingat lagi masa mula2 sampai adalah kalut ngan pelbagai perkara. Nasib baik kami kenal ngan Liza n Mat yg sgt mesra dan baik hati walaupun mereka belum kenal pon siapa kami. Dari menjemput di airport, tumpangkan kami kat rumah diorg sampai 3 minggu!, bg kami makan, tolong cari rumah, cari brg rumah, tukang translate.....pendek kata byk la jasa baik diorg pd kami sampai la skrg. Terima kasih pd cik Rusdy yg memperkenalkan kami pd dua org yg baik hati nih! Semoga persahabatan ini kekal dunia & akhirat.

Liza and the twins......on the first day kami sampai Germany

Ramai kwn2 n famili di tanahair selalu ingat dok oversea adalah glamer dan best tapi hakikat sebenar bukan senang sebenarnya hidup diperantauan especially di Deutschland ni yg sgt la Deutsch dalam semua perkara apalagi dgn status sebagai pelajar yg berkeluarga. Dgn masalah bahasa, rules yg pelik2 dan complicated, kewangan yg limited mmg buat kami pening kepala dr bab mencari rumah sewa, mendapatkan line telefon/internet, memperbaharui visa hinggakan bab buang sampah! Semua penuh ngan complicated rules and procedures!

Tapi alhamdulilah, so far semua itu berjaya diharungi dgn bantuan beberapa kawan yg baik hati (Liza, Mat, Kak Liza, Kak Ina and few others). Dalam susah2 tu ada jugak yg disenangkan...cth: brg2 rumah byk org bagi (dr perabot, pingggan mangkuk hingga ke permainan kanak2!). Dan dgn kwn2 yg baik hati ni la jugak membuatkan kami rasa gembira dok kat sini.

Setahun disini byk perkara yg dipelajari dan byk pengalaman yg dikutip. Antaranya:

- Dari sepatah haram x tau Deutsch masa mula2 sampai --- boleh la ckp sikit2 kalau setakat nak membeli or sembang tanya kabar.

- Dari jarang memasak ( 5kg beras pon dekat 2 bulan baru nak abis!) --- memasak benda2 yg x penah pikir akan dimasak sendiri jika sy dok kat Mesia

- Dari spend masa purata 2-3 jam sehari ngan anak2 --- skrg 24 jam ok! Masuk toilet pon diorg tanya nak pi mana...haih!

- Dari sesuka hati menggunakan elektrik dan air --- lebih cermat dan berwaspada sbb charge elektrik n air disini jauh lebih mahal dr kat mesia. Even air yg dah digunakan pon ada charge dia tau!

- Dari nak pi kedai sejengkal pon naik keta, public transport rasanya setahun tu bape kali je naik --- hamik ko!!! pi mana2 pon jalan kaki/naik train/naik bas. Nak beli brg byk2 pon pikir byk kali...kot kang x daya nak nak angkut je.

- Dari kehidupan sosial yg hanya berkisar antara kwn2 kerja dan famili (nak jumpa kawan2 pon susah) --- hubungan dgn kengkawan lebih rapat. Almost every week jumpa kengkawan dan asik mkn2 (mana la x makin gemuk!)

- Dari pegi kedai beli brg,plastik isi brg akan diberi secara automatik --- sila la bawak beg shopping sendiri utk tidak membuang duit membayar plastik isi barang ye!

Insyaallah, ada lg setahun disini(if things follow schedule!) dan ada byk lg agenda yg ingin dilakukan sementara disini (jln2 buang duit...hahaha).

Ich genieße, in Deutschland zu leben.

7 comments:

areT said...

neny..rs mcm baru semlm je kau pegi sana kan..anyway, aku rasa kau takde prob nak sesuaikan diri kat sana since famili kau ikut sekali...dlm keadaan aku ni, ramai yg tanya napa tak further study kat oversea, sounds glamour kan..tp bila start study, aku tau napa mak aku suruh aku stay kat msia je...mmg rasa mcm rndah diri skit...tp takpelah..bak lirik lagu "bila yg tertulis utkku..adalah yg terbaik utk diri ku" (edited)..so salam ramdhan utk neny sekeluarga

Neny said...

Ada gak masalah Are-T, cuma aku x citer sgt kat blog. Kekadang aku takut jugak kalau duit x cukup ke, apa ke sbb ni negara org kan...kalau kat tempat sendiri ada gak famili nak mintak tolong. Tp so far alhamdulilah, xde la masalah2 yg berat.

Ye Are-T, ada hikmah tu nape ko study kat mesia bukan kat oversea. Hikmah ni kadang2 kita x nampak tp insyaallah kalau ko ikhlas menerimanya, mudah2an semuanya jadi mudah.

Salam Ramadan juer buat ko sekeluarga.

ayin1911 said...

Dh sethn dh..kejap je kan..
hopefully everything will goes as plan.. :)
hidup kat tempat org ni mmg payah.
tp tulah kawan2lah yg penting.

..Friends are the Family you choose for yourself..aite??

cahya said...

ahaks...
melambungnya puji²an...
segan i...
tak der la baek hati sgt pon...kalau akak kat tempat org ngan matt pon..mesti akak ngan abg zul akan buat benda yg sama...bukan menyusahkan..tp merapatkan silaturrahim... :)

Jalak Lenteng said...

dah setahun??tahniah kerana berjaya mengharungi till this far..anyway,seriously matt memang 'agent' yang terbaek di Jerman ni. just the right person at the right time! (asst. agent dia pon baik gak..tul tak cik cahye?):P

Neny said...

Ayin: Kan...kwn2 adalah seperti keluarga bila duduk merantau. Tanpa kwn2 alamat kesunyian la.

Cahaya:Ni bukan memuji...ini adalah fakta. Something that we are blessed with...meeting good people.

Jalak: Yep, it´s rezeki kan?

eyda said...

sangat menarik sekali n3 ni untuk orang yg tak pernah dok oversea sampai setahun (lama tuuu...). Saye baru g 2,3 hari pun dah rindu nak balik..hehehe