Dah hari raya ke empat pon kan?
Dan baru la rasa nak membelog....sbb semua tetamu2 raya dah pulang. Kalau tak rasanya x abis2 bergebang (korang tau vocab ni?).
Walau diperantauan sambutan raya disini meriah juga. Cuma takde ayah bonda dan saudara (sbb tu aku syahdu mendengar lagu raya Sudirman). Raya kali ini rumah kami , adalah destinasi 'balik kampung' utk beberapa kawan. Cuma kami bukan la 'Atuk' dan 'Opah' yg menyambut cucu2 pulang kekampung kerana mereka2 ni tiada yg beranak kecil. Bakal beranak ada la! (kenyit mata sikit kat Liza)
Petang/malam raya itu bertemankan suara takbir dan lagu raya dari Youtube, kami bergotong-royong masak juadah hari raya. Bukan la buat open house pon, setakat masak sikit2 utk kami2 jugak yg nak makan. Specialnya raya kali ni, aku merasa buat sate (eh...salah statement nih...satu batang pon x cucuk sebenarnya...hehehe). Sate resepi Dylla mmg meletop! Selain itu ada ayam percik (yg ini dah jadi lauk berbuka sebenarnya), kuah kacang, ketupat & lemang (segera punya la, apalagi), dan daging tumbuk. Malam tu aku sempat tido 2 jam lebih aje. Tido dekat2 kul 4am, bangun kul 6.20 am sbb mau rushing gi solat hari raya kat konsulat. Kalut sungguh semua org berebut bilik air....hahaha.
Tapi rush pon still terlepas train yg kitorg plan nak naik awal, maka terpaksa la menunggu (dah ler ari Ahad train setgh jam sekali...haiya). Dalam dok menunggu tu sempat la membuat sesi fotografi dan ada yg sempat membuat demo memakai sampin. Yang bestnya ari tu x sejuk sgt walaupun since minggu lepas suhu dropped sampai 11C. Rasanya pagi tu rombongan kami menjadi perhatian penunggu2 train yg lain sbb of course la pakaian kami yg nampak pelik di mata rakyat2 asing itu (eh...sapa yg rakyat asing nih?) dan sgt colourful. Rasa mcm kat scene 'Warna2 Malaysia' pulak! Even dalam train pon, mcm org dok pandang aje.
Walaupun terlewat dr perancangan, kami sampai di konsulat sebelum solat raya bermula. Xde la ramai sgt yg ada since pihak konsulat buat event ni limited to warga Islam Malaysia sekitar Frankfurt shj. Maybe sbb space pon limited then budget utk jamuan raya dah disalurkan ke majlis rasmi sambutan Aidilfitri 26hb depan, maka sbb itu la jemputan adalah terhad.

Lepas sesi makan dan bersosial serba sedikit, kami pulang ke Raunheim. On the way balik, train adalah sesak dgn manusia berbondong2 nak ke stadium tgk bola. Aku lak dah la pakai long john bagai kat dalam (sbb ingat sejuk), maka agak la serabut kepanasan.
Sampai rumah, sesi berikutnya? Tido! Hahaha.....serius semua org bergelimpangan tido kecuali aku dan sikembar. Dah le sampai2 rumah hujan turun. So mcm syok la tido. Aku x leh tido sbb kembar asik nak mcm2.
Pukul 4 pm, baru la semua org baru dan sibuk membakar sate dan mencari makanan2 lain. Dan kami juga menerima tetamu dari Sulzbach, Suharti sekeluarga dtg berkunjung. Makan2 diteruskan hingga kemalam (maknanya sambil bersembang sambil mkn)
Sampai rumah, sesi berikutnya? Tido! Hahaha.....serius semua org bergelimpangan tido kecuali aku dan sikembar. Dah le sampai2 rumah hujan turun. So mcm syok la tido. Aku x leh tido sbb kembar asik nak mcm2.
Pukul 4 pm, baru la semua org baru dan sibuk membakar sate dan mencari makanan2 lain. Dan kami juga menerima tetamu dari Sulzbach, Suharti sekeluarga dtg berkunjung. Makan2 diteruskan hingga kemalam (maknanya sambil bersembang sambil mkn)
Raya ke dua pulak kami berkunjung ke open house Suharti yg sgt meriah. Makanan mcm2 ada...sate, laksa, kuetiaw goreng, nasi minyak, ayam masak merah...haih...x larat nak senaraikan. Aku lak makan bersungguh2....elok2 dah hilang 3 kg masa posa, naik balik nih 3kg!
Begitulah suasana raya disini...



7 comments:
1.org tau maksud gebang :D
2.kenyit mata kat akak blk.. :)
3.tak aci tau..tak der gmbr time org potong daging ngan ayam utk satay...
4.frust..daging tumbuk tak jadi... menci..menci...menci..
5.nasib baik terlepas train..kalau tak,mesti tak dpt buat sesi fotografi..
6.nak tanya la..ada sapa2 amek video time takbir raya tak...
7.org rasa nyesal lak tak pi rumah kak ati...
8.matt pun frust tak pi rumah kak ati sbb terlepas nak rasa laksa...dah la dia antu laksa...ramai yg puji sedap...
#3 - Ala, masa liza potong daging, akak sibuk buat benda lain la
#4: Eh, daging tumbuk dah selamat abis dah pon raya ke-2. Sedap apa. Rendang yg x abis2.
#5: Hehehe...mesti matt nyesal mandi 7 minit aje
#6: takbir raya kat konsulat ka? X tau la. Ni mesti sbb matt kan?
#7&8: Tu la...rugi x pi...semua makanan favourite matt ada...ahaks!
3.org potong time achik br smp...pastu kena marah sbb tak duduk atas tikar tebal..dia siap bg selendang dia suruh buat lapik...
4.daging rendang abih dulu kat rumah ni...berebut ngan matt :P
daging tumbuk yg tak abeh..kengkonon nak alter...tp dah selamat jer dlm fridge tuh...
5.ha ah la...kena cerita dlm blog ni...buat julong2 kalinyer matt mandi n siap dlm 7minit..kah3...
6.ha ah..sbb matt..baby pun buleh cam suara papa dia..part tu yg kagum.. :)
7&8.matt dah berkira2 nak berbaik2 ngan ati...nak mntk tlg masak laksa time kenduri baby nnt... :P
wah, org kat msia pun tak buat sate sendiri time raya beb. haha.
respect!
selamat hari raya!
zetty: dah dok perantauan ni la baru suma benda nak cuba buat. Cuba kat mesia? X koser den....hahaha, beli je la kat kedai kan
wah tak tau pulak kat frankfurt ramai malaysian kat situ...
Post a Comment