Dari Sabtu, aktiviti disambung ke ari Ahad. Since x sempat nak bawa tetamu2 Aachen ni berjalan2 sekitar Frankfurt or Mainz memandangkan aku akan buat majlis buka posa secara potluck pd ari itu, maka kami hanya pegi jalan2 ke flohmarkt dekat ngan rumah aku.
Balik dari flohmarkt kami bergotong royong memasak. Menu tuan rumah adalah ayam masak merah (catered to Eja...hehehe), kuih ketayap, air sirap, murtabak. Yg lain2 bawa mee soto, kurma daging, buah melaka, roti sardin, agar2 dan apa tah lagi....aku x ingat semuanya. Liza siap buat kuih cara on-the-spot lagi. Laku sungguh kuih dia!
Agak ramai la jugak yg dtg malam tu....rasanya dekat 30 org. Lauk mmg licin, siap Kak Liza ngan rajinnya pi masak lg ayam masak lemak cili api...katanya utk moreh pulak. So lepas abis Terawih, bebudak sambung lg makan nasi pekena lauk masak lemak cili api pulak!
Malam tu kami semua kepenatan...aku rasanya kul 12 lebih mmg dah terlelap. Sudahnya semua x bangun sahur.....hahaha.
Photos courtesy of Puan Liza...makasih ya!






4 comments:
neny..rajin la korang masak..aku kalau kat tempat hang..aku tukang tgk org masak je..hehhe...btw..makanan2 tu nampak sedap:)
mmg meriah...kuih cara tu..menarik minat aku...ada jual ker acuan kuih cara tu kat german?? kagum aku...
cik puan neny mmg expert bab memasak nie :)
wahhhhh ada makan2 la di Raunheim.. tak ajak kita pun yea.. hihihi
Are-T: Camni la kalau dok merantau...rajin x rajin, buat jugak la.
Dura: Acu kuih cara kwn aku yg punya. Aku rasa tu import dr Mesia jugak kot. Err...malu aku dgr perkataan expert tu...cam x kena je.
Kak Ajzie: :Last minute plan kak ajzie. Raya jemput la mai.
Post a Comment