Pages

Friday, September 18, 2009

Entry Raya

Puan Liza telah menghantar tag tentang persiapan raya. Rasa cam seronok lak nak buat sbb ala2 menimbulkan rasa kemeriahan nak raya (abis, dah x buat lemang segala, buat entry raya pon jadi la)

Baju Raya

Dah dapat on the first week of raya. Dibeli dan dikirim oleh Mak & Abah. Tema adalah oren kecuali cik HB yg x mo baju melayu baru. Every year tetap pakai baju melayu nikah dia yg dah umo 5 thn tu....

Untuk Baby/Anak

Pon sama...Atuk & Opah kirim sekali ngan baju raya umi. Warna oren. X sabar nak tgk diorg pakai.

Family saya

Dulu every year, awal2 dah beli kain buat baju kurung siap ngan tudung utk Mak. Utk Abah, selalu bg je duit kat dia suh beli apa2 dia nak sbb takut kang x kena ngan taste. Utk adik2, beli la tudung ke, t-shirt sehelai ke...Pastu beli la kuih sejenis dua utk rumah Mak. Then prepare duit raya utk adik2 dan anak2 buah.

Family mertua
Pon sama mcm famili sendiri. Apa yg dibg pd famili sendiri, sama je ngan famili mertua. Adil dan saksama kan?

Kasut Raya

Takde. Pakai je la boot winter last year.

Kuih Raya

Ada la buat 3 jenis. Satu kuih gunting buat bersama2 ngan Liza ngan Kak Liza. Pastu experimen buat Almond London sbb teringin. Then tetiba ari tu buat biskut oat. Tu je la.

p/s: Liza, bila kita nak buat cornflakes madu?

Perabot baru

Takde maknanya.....kalu boleh cuma nak tukar lapik meja sahaja. Tu pon x cari2 lg...hehehe

Duit raya


Tahun ni xde budget duit raya. Tahun2 sebelum ni awal2 dah kena set aside budget duit raya. Anak buah sendiri ada 3 aje (before this la) tp anak buah cik HB 20 org! Mmg kena buat list!

Bonus
Dok berharap la org gomen dpt bonus thn ni...boleh la tumpang sekaki....hehehe. Sampai nak dah raya ni, xde pon!

Balik Kampung

Rasanya rumah ni adalah destinasi 'balik kampung' kot for several friends. Satu famili dah sampai. Ada lg 2 famili nih plan nak beraya kat sini. Tetiba rasa cam Atuk & Opah lak tunggu anak cucu balik...hehehe

Alang2 since dah buat tag raya, maka mari la kita membuat ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua keluarga dan sahabat handai yg berada di Malaysia. Buat sesama bloggers dan pembaca blog ini, jika ada tulisan atau komen2 yg meyakitkan jiwa dan raga or membuatkan anda menyampah dan terasa, harap ampunkan la ye. Buat kwn2 yg akan pulang ke kampung berhari raya, hati2 di jalan raya.

2 comments:

Mrs Azuhaizat said...

neny, agaknya memang semua orang lelaki macam tu kot, husband saya pun asyik pakai baju nikah yg berkurun tu, cuma baru-baru ni ja nak buat baju melayu baru..itupun sebab badan dah bertambah sihat dan baju tu dah x muat. :)

areT said...

wah...tema kaler oren ek...pasni bleh la naik gen2 oren aku tu ek....heheh