Bermula ngan Sabtu, kami dijemput ke majlis berbuka puasa di kediaman Jeneral Konsulat Frankfurt. Turut sama serta bersama2 kami adalah kawan2 dari Aachen seramai 3 famili - meriah kan? Sebelum ke Konsulat cuma sempat bawa diorg menikmati angin sungai Rhein Main yg semakin sejuk skrg. Nak bawa ke Romer segala mmg dah x sempat since diorg sampai kat Frankfurt pon dah lambat dan nak berkejar pulak ke Konsulat.
Majlis buka posa tahun ni masih dijamu ngan air tangan Chef Ismail yg tahun lepas juga beraya di sini. Suka betul la dia raya kat Frankfurt ni. Tak tau la apa yg bestnya raya kat sini. Makanan sgt byk, ada nasi beriani, kurma ayam, rendang daging, pulut kuning bubur lambuk dan mcm2 yg aku x larat nak senaraikan. Tapi aku notice tahun ni jemputan yg hadir agak kurang...tak tau la kenapa.
Sementara menunggu waktu berbuka...Malam tu kami sampai rumah dlm pukul 11 lebih. Kat rumah sambung sembang lagi ngan kawan2 Aachen. Rasanya sempat tido stgh jam aje before bangun balik utk sahur.


5 comments:
Selamat Hari Raya Nen... tahun depan ko sempat balik sebelum raya tak?
Tapi, raya kat perantauan pun tak de la tak best pun. Aku suka jer sepanjang 6 kali raya kat UK. hehe
betul tu neny..mana2 raya pon sama je
Dal: Selamat hari raya Dal...thn depan x tau la sempat balik sebelum raya ke x...
Are-T: X sama la Are-T raya di perantauan ngan raya ditempat sendiri. X best raya diperantauan pd aku sbb xde mak bapak dan adik beradik...sob..sob..sob..
neny..nak dengar statement sedih aku tak?..mak bapak dan adik beradik kau..ada kat msia, bila2 kau bleh jumpa..aku dah takde abah aku..mana2 pegi pun aku dah xkan jumpa dia...
Ye la Are-T, yg dah meninggal tu aku x leh nak kata apa la, setakat bersimpati je la boleh. Ko sabar ye...Pagi raya ko still boleh beraya lg ngan arwah...gi kubur dia, sedekah Al-fatihah.
Post a Comment