Since bulan 9 aritu saya ada cerita yang saya join Jom Kurus 1 Malaysia Season 5 Kevin Zahri kan? Tak sempat nak elaborate pasal program tu. Ni pon x cadang nak elaborate just nak tepek gambar2 untuk kenangan sendiri di masa depan.
JK1M berlangsung selama 6 minggu dengan 4 kali workout seminggu. Antara aktiviti2 dia ada tabata, zumba, fun run, hiking. Kevin Zahri ada la dtg sekali untuk bagi taklimat, selebihnya coach group kami yang handle workout kami.
Selfie beramai2 dgn Kevin masa dia turun Melaka. Gambar ni screenshot dr my IG.
Gambar dalam phone gallery sapa tah delete
Again, dah penah ckp before, berat sy x turun banyak selepas JK1M. Hanya turun 2kg. Salah sendiri sbb tak jaga makan. Tapi perbezaan yg saya rasa dr segi stamina sgt banyak.
Then saya sambung Fit For You (FFU) Season 5, dibawah kelolaan sepenuhnya coach saya, juga program 6 minggu tapi lebih advanced dari JK1M. Kami ada aerodance, total body workout dan mcm2 lagi. Saya suka dgn program macam ni sbb ini lah cara terbaik nak pastikan saya buat regular exercise.
Antara aktiviti kami:
Naik Bear Hill: ni bukit kecil kat Bukit Beruang Melaka, mmg tempat riadah org2 Melaka. Sebelum join JK1M/FFU, saya tak tau pon kewujudan tempat ni. Boleh tahan jugak la jungle trekking dia. Skrg kalau free, saya pon selalu ajak cik HB teman saya naik Bear Hill ni
Lagi gambar kat Bear Hill...semuanya remaja disitu, saya je remaja purba....hehehehe
Fun run Sg Melaka.
Masa FFU5, ada program naik Gunung Angsi. Masa JK1M pon ada hiking ke Gunung Datuk tapi masa tu saya x ikut sbb tak confident mampu naik gunung. Ni la antara kenangan manis untuk saya, sbb saya ingat at late 30s saya takde stamina nak panjat gunung, Alhamdulilah mampu lagi.Sebelum tu diorg ada naik Bukit Broga jugak, tapi yang tu pon saya x join.
Gambar2 sekitar pendakian Gunung Angsi:
Layankan aje mokcik syok posing sorang2 :)
2 girls yg baik dgn saya dalam program JK1M sampai la FFU. Muda lagi budak berdua ni
My colleagues yg turut sama join FFU. Kenal masa join program ni. Bukan dari jabatan saya.
Hajatnya nak sambung FFU Season 6 tapi agak sukar dah nak commit dengan masa workout especially weekdays sebelah malam. Sebab nak bagi tumpuan kat kembar yang tahun ini akan ada exam besar.
Tapi saya tak boleh biarkan diri saya berlemak tanpa exercise. Alhamdulilah, kat jabatan saya skrg ada member yg juga concern pasal exercise, so hari tu kami survey2 gym dan jumpa gym untuk ladies sahaja. Kami dah signed up for 3 months dan akan cuba pegi waktu lunch. Ada kelas zumba tapi satu sebelah malam dan satu lagi ptg. Yg petang tu saya dah pegi sekali. Gym pon dah 2-3 pegi on lumch time.
Mudah2an saya istiqamah untuk terus menerus mengekal gaya hidup sihat.







0 comments:
Post a Comment