Pages

Thursday, October 15, 2015

Home Garden in Japan

Few months back, my BFF Nat yang tinggal di Jepun ada share gambar2 aktiviti berkebunnya. Nat and family sebelum ni tinggal di Ibaraki, Tsukuba dok di apartment jadi tak penah berpeluang nak berkebun, April lepas dia sekeluarga berpindah ke Atsugi, Kanagawa dan dapat dok dirumah banglo yang ada tanah untuk berkebun.

Kebetulan pindah2 aje dah musim bunga nak masuk musim panas, apalagi Nat anak beranak terus excited bercucuk tanam. I did ask her utk buat blog dan documented kan cerita2 berkebun tapi Nat ckp takde masa. So I offered nak share gambar2 kebun dia kat my blog so that one day dia boleh baca balik cerita dia berkebun utk pertama kali. Nat ckp tunggu nanti dia pos gambar2 yg cantik sikit walaupun yg dah di share pada saya dah cukup cantik. Bulan berganti bulan, dia sibuk saya sibuk maka takde la gambar2 kebun yg baru.

Ni dah lama sy transfer gambar2 yg pernah dikongsi Nat to my blog sbb bila saya dah resign dr keje lama saya perlu pulangkan semula laptop yg sy gunakan ke majikan. So sbb sayangkan gambar2 ni baik saya masuk dalam blog, ok kan Nat?

Let's see the photos!

Untung Nat, masuk2 rumah ni dah tersedia laman yang cantik, siap ada pokok lanskap mcm2. Tu dia borong pokok bunga marigold (kita panggil bunga tahi ayam...hehehe)



Tu antara yg ditanam, selain marigold, ada pokok cili biasa dan cili capsicum.

Kobi suami Nat gigih berkebun. Kalau tgk rupa mmg org ingat dia org Jepun tapi sebenarnya org Melayu!

I was so excited tgk diorg tanam macam2 walaupun pertama kali berkebun. 

Sebenarnya lepas tu kami sembang2 kat skype, Nat ada tunjuk live pokok2 dia dan lepas beberapa bulan tunjuk hasil tanaman sekali, Ada bendi, terung, cili....Nat kata sampai tak termakan la. Menjadi semua tanamannya. Cuma di negara 4 musim ni, musim bunga dan musim panas je la seronok berkebun sbb faktor cuaca mmg membuatkan tanaman naik cantik. Bila masuk musim luruh, kena bongkar balik apa yg dtanam dan kemas2 laman, tu kata Nat.

So Nat, next year spring and summer berkebun semula ye? Nanti share cerita dan gambar and I will share again in this blog :)

Monday, October 12, 2015

Some Updates

Assalammualaikum...

Rupanya dah lebih sebulan tak menulis disini. Sbb dah selalu blogging bila dah sebulan x blogging terasa mcm lama pulak.

From September to now, there are changes in life. Paling significant, mulai Oktober saya dah bertukar kerja dan kerjaya. Alhamdulilah, setelah bertahun2 bekerja on contract basis, akhirnya I'm landed on a permanent job. Scope of works juga sudah berbeza, something very new to me tapi sangat disyukuri sbb memberikan saya peluang mendidik anak bangsa.

Bukan kah salah satu utk pahala yang berpanjangan adalah ilmu bermanfaat yang dikongsi bersama2?

So ini adalah minggu ke-2 saya dengan kerjaya dan organisasi baru. Masih awkward dengan banyak perkara but it is a learning process and I hope that prestasi saya bertambah baik selepas ini. Semoga Allah ikhlaskan hati saya dalam menjalankan tanggungjawab saya.

The job opportunity pon came at the right time di saat saya sgt fed-up dengan situasi kerja sebelum ini. Fed-up bukan apa tapi disebabkan my superiors tak buat kerja diaorg tapi dok taichi kat saya manjang. Kita pon takde la berkira sgt bab buat keje ni tapi impaknya bila dah berkali2 the one who supposed to attend the meeting dgn client, tapi tak nak pegi and hantar kita as wakil, and of course la client marah. Kita jugak la yg tadah telinga utk kena marah. Tak kira lagi segala report mak nenek pon taichi kat kita. So masa letak surat resign mmg saya suka la sgt dengan reaksi pihak management. Baru korang tau!

I know mana2 organisasi pon barangkali ada isu yang sama. Jadi pokok pangkalnya kita la yang kena positif. Geram geram jugak bila org taichi keje dia ke kita lepas tu take the credit, tapi lama2 org akan Nampak jugak siapa yang buat keje. Buat je la keje dengan ikhlas, sampai masa nanti akan ada benda baik yang Allah datangkan kat kita. Ni la yang saya katakana kat my colleague yang masih stuck disana dan dibuli dengan keje2 yg buat tanggungjawab dia pon.

I'm sure ditempat baru ini pon mestilah ada isu2nya nanti. Already the system here requires you to work independently. So pandai2 la nak hidup bak kata orang.

Hari tu I resigned much earlier dari tarikh saya masuk keje baru. Kiranya ada 2 minggu la bercuti. Konon2 nak berehat. Tapi takde maknanya. 2 minggu berlalu begitu pantas sampai tak terasa. Banyak yg saya rancang nak buat sepanjang 2 minggu tak kesampaian. Entah apa yang sibuk sangat pon tak tahu la.

That's about it now. I wish to write more especially pasal JK1M yang dah di minggu ke -6 (akhir) tapi saya tugasan yang lebih penting untuk disiapkan.

Till then...


Monday, September 7, 2015

BFFs Reunion


Alhamdulilah, bulan Ogos adalah bulan perjumpaan my BFFs.

Nat, my friend who lives in Japan came home for a short break sbb ada urusan rasmi disini. Despite her busy schedule, she still made time to visit me and family. Our kids are good together so diorg mmg suka kalau dapat berjumpa. I cooked nasi kerabu for them and they were very happy sbb nasi kerabu agak susah nak dapat kat Melaka. Too bad saya terlupa nak snap gambar2 kami bersama. Hope to see u again Nat!

Every time Nat balik dari Jepun, she would never forget to bring ole-ole dari sana. 
Tak sempat amik gambar dengan dia, amik gambar ole2 pon jadi la. 
Ada chips sayur2an, rock melon steamcake, coklat lagi, cereal lagi. 
Thanksssss Nat!!! Love u so much!


Then Ina, one of my housemates during Uni time pon singgah ke rumah masa dia on the way to JB. Mujur jugak dia datang sbb few days after that we were supposed to meet up for our ex-housemates reunion, Ina couldn't make it sbb husband dia x sihat.

On the ex-housemates reunion, we've been planning quite sometime to meet up. Tapi sbb masing2 banyak komitmen, nak mencari masa dan tempat sesuai mmg payah. Two years ago at least we managed to go for a short vacation together (except Ati). We ended up jumpa kat IOI City Mall sbb mcm convenient untuk semua. I was from kenduri in Seremban, cik Ma from Puchong, Mis from Bangi, Ati from Kota Warisan and Linda from Shah Alam. So IOI City Mall mcm tempat paling senang nak berjumpa. Somehow Ina x dapat join, and Kak Nah lives in Kedah so is not possible for her to come.

We hang out kat Johny Rocket Restaurant sbb convenient utk anak2 sbb ia terletak kat luar mall dan ada open space and water fountain to distract the kids. Thanks to the husbands yang sanggup luangkan masa utk keluar bersama2 dan jaga anak2....hehehe.

Mis, Ati, Linda and me...masa ni Cik Ma belum sampai lagi

The kids were well behave....well done!

Husbands were all supportive too...ni lepas bayar bil, we were entitled to join contest for BeeGees tapi kena amik gambar mcm kat atas tu...mujur husbands nak amik gambar..hehehe

This is us...hopefully kak nah and Ina will be in the photo next time

Linda at that time baru selesai chemo and waiting for surgery and Cik Ma is a breast cancer survivor masuk tahun ke 2 if not mistaken but if you meet these 2 friends of mine, you'll be amazed with their spirits. Very positive and vibrant. And we as close friends promise that we will support each other thru good and bad times especially now with Linda going thru her treatment.

I love them very much. Though susah nak berjumpa face-to-face dengan semua org but thanks to technology, we connect more now these days with WA. Insyaallah in November we plan another meet-up, hopefully this time Kak Nah will be around.

Last week, Linda went thru surgery and kebetulan saya and cik HB ada urusan di KL so sempat la melawat dia. She still have few rounds of radiotherapy treatment after this. Kita doakan semoga dia cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan yang lebih ceria dan sejahtera. 

Happy to see her looking well and full of spirit. Love u linda....semoga Allah berikan kesembuhan sepenuhnya selepas episod ini.

Thursday, September 3, 2015

JK1M Season 5 2015

It's September!

Sekejap aje kan? I didn't blog much these days. Faktor utama laptop saya sangat la bermasalah. Rasanya dah tahap boleh masuk ICU...huhuhu. Nak buat kerja pon payah. Asik2 menumpang desktop my clerk. Komplen kat pihak atasan pon takde makna. Mentang2 la projek dah nak abis!

Apa2 I'm trying not to complaint much. Hidup kena bersyukur sentiasa and try to omit the negative vibes from head.

It's been a while since I have stopped blogging about weight loss kan?

Bukannya dah kurus tapi didn't feel like blogging about it utk seketika. Didn't do much neither. Few months back I found out my weight scale sebenarnya tak betul! I was 5kg heavier that the weight I thought my real weight.

Masa tu adik trainee yang saya pernah cerita gi gym bersama saya dtg ke rumah dan kebetulan nampak weight scale saya. So dia pon timbang la. Dia ckp "tipu la scale akak ni, saya sepatutnya 5kg lagi berat!"

I couldn't believe her, so the next day saya gi timbang kat pusat gym and there u go....mmg 5kg more!

Huwaaaaaaaaaaaaaaa....

Lepas tu saya pon beli penimbang baru digital. Tapi semangat saya nak update progress saya tentang weight loss pon menurun jugak. I did few things towards weight loss but not as extensive as I should. Then came Ramadhan. Puasa turun 3kg but Raya and all, I ate and ate, that 3kg came back easily!

Last month I decided to try a new way of losing weight. I signed up with Jom Kurus 1 Malaysia di bawah kelolaan Kevin Zahri - the famous fitness guru in Malaysia.

I hope with professional help, moga2 dapat la saya turunkan berat badan ke berat badan ideal.

The group I joined is JK1M Ayer Keroh di bawah leader Coach Amir (Kevin's fitness trainer). Very proactive and reliable. Walaupun officially JK1M akan bermula 5/9 ni tapi Coach Amir dah set up group WA sebaik saja ada peserta yang berdaftar dengan group dia dan dah aturkan pre-meeting utk ahlinya 2 minggu lepas (atas inisiatif dia sendiri).

I attended yg pre-meeting tu and loved it very much. Walaupun rasa kena dera sbb dari 7.30 am sampai 10.30am kami buat mcm2 aktiviti fitness - zumba, circuit training, game tapi rasa sangat best!

Gambar dari WA...siapa tah yang snap gambar mokcik tengah jumping jacks ni.....kami tgh ada game time ni, kena start dr jumping jacks then spider walk, then lari then apa tah lagi, x ingat term dia. Seronok! rasa mcm zaman budak2 main sukaneka....hehehe


Ni la muka2 ahli JK1M#5 Ayer Keroh. Yang lelaki baju kelabu tu la Coach Amir. Ramai budak2 muda yang masuk program ni. Ada yang selim melim aje. Minah tudung oren tu dia dah kurus dah tapi katanya nak turunkan 5kg lagi. Yang pakai spek tu, doktor kat GH Melaka. Nak ikutkan badan dah kurus tapi join sbb nak kekalkan fitness. Kagum tak? Yang tudung hitam tu pon guru aerobics katanya tapi masih gagal nak dapat berat ideal sbb katanya kurang berdisiplin bab makan. Yg lain2 nak kata sgt2 obese tak jugak.

Our official program takes 6 weeks altogether melibatkan mcm2 program fitness dan teori pemakanan. Kata Coach Amir based on previous JK1M kendalian dia, dalam tempoh 6 minggu tu paling kurang pon peserta akan hilang 5kg. Paling banyak 23kg utk lelaki dan 16kg utk pompuan.

For me saya berharap dapat kurangkan 20kg. I'm at 77kg now. Dapat kurang 10kg dalam 6 minggu pon dah ok dah. The rest 10kg progressively la selepas tu. Ada banyak testimoni bekas peserta JK1M yang berjaya. Dari 120kg ke 58kg. Tapi bukan la dalam masa 6 minggu tu. Amik masa berbulan2 jugak la. Yang penting konsistensi. Ini lah masalah utama saya sebelum ni.


Ini lah team Ayer Keroh yang hadir pre-JK1M meeting aritu. Kalau ikutkan jumlah semuanya 65 org tapi masa ni tak semua yang hadir.

Wish me luck ok with this program...dah lama sangat saya overweight. Teringin nak selim melim macam 10 tahun sudah....huhuhu

Friday, August 21, 2015

Wedding Ngoh

Cik HB's niece, Ngoh dah selamat mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya few weeks ago. Ni the second cucu family Jalan Bayam yang berkahwin. Kakak kepada Ngoh, Long dah berkahwin in 2012 dan bakal jadi ibu November ini. So it's gonna be the first cicit in family Jalan Bayam!

Ngoh nikah 3 hari sebelum Ayoh meninggal. Kami tak balik pon masa ni dan tak plan pon nak balik kenduri Ngoh sbb cuti tahunan dah nak abis. We did plan nak pegi kenduri sebelah lelaki in September nanti sbb masa tu cuti sekolah. 

Tapi kebetulan Ayoh pula meninggal dan majlis kenduri Ngoh yg dah dirancang lama mmg jatuh 5 hari selepas tu. Jadi dapat la kami attend sekali.

Majlis nikah

Sehari sebelum kenduri, minah kecik ni sempat try pelamin...hehehe

Ngoh on the dais...i love the dais so much, design dia simple but so sweet

Our little family with the bride.

 Our family Jalan Bayam - tak semua ada ni...kalau cukup semuanya, rasanya x muat nak masuk gambar...hehehe

Pengantin and makcik2 kembar....mudah2an boleh dapat anak kembar juga ye Ngoh?

Utk Ngoh and Farid, Che Ros doakan semoga perkahwinan dipenuhi rahmah and mawaddah dan semoga bahagia dunia akhirat :).

Monday, August 17, 2015

Raya 2015

I know, I know....raya dah pon abis...apa nak buat, banyak sgt halangan nak update blog.

Tapi mokcik tetap nak buat entry Raya 2015. Sebab setiap tahun ada entry raya, mcm tak best xde entry raya utk tahun ini. Kenangan di masa hadapan. 

Giliran hari raya pertama tahun ini adalah di KB. Kami pulang few days early before raya sbb kebetulan cik HB ada urusan kerja di Gua Musang dan KB. Anak2 kami pontengkan sekolah 1 hari. Saya pulak mujur senang dapat cuti.

Trafik was good, maybe sbb balik awal. Tapi according to org2 lain trafik balik raya tahun ni tak seteruk tahun2 sudah. Ramai yg kata maybe ramai x balik kampung raya tahun ni. 

Kesan GST dan kenaikan harga barang?

Apapon, buat anak2 yang diperantauan, cuba la sedaya upaya pulang di hari raya kalau berkesempatan sbb banyak keberkatan menziarah ibu-bapa dan kaum keluarga nak2 pulak di hari raya. 

Tahun ni juga rupa2nya merupakan raya terakhir kami bersama arwah Ayoh yang selepas itu meninggal dunia kira2 dua minggu selepas raya. Jadi kami sangat bersyukur diberi kesempatan menjenguk Ayoh disaat2 terakhir kehidupannya.

Giliran saya buat juadah buka puasa, saya masak soto ayam dan asam pedas (asam pedas takde dalam gambar). Kami masak ikut giliran bergantung kepada siapa yang offer nak jadi ketua masak2 hari tu. Yang lain2 akan membantu. Seronok keluarga ni sbb mmg tak berkira dan saling bantu-membantu.

Family Jalan Bayam yang besar, mmg meriah bila berkumpul beramai2. Buka puasa bersama2 dan solat jemaah bersama2. 



Tahun ni tema sedondon kami warna biru. 


This is photo of me and biras2. Alhamdulilah punya ipar-duai, biras2 yang baik dan mesra. Cuma biras sulung saja yang takde masa ni sbb dia belum sampai. Yang atas paling kanan is my biras yang dulunya isteri abang ipar saya kedua, dah meninggal since 2010. Tapi walau macamana pon, hubungan kak Ni and family Jalan Bayam tetap mesra walaupun dah 5 tahun arwah meninggal dunia dan kak Ni pon dah kahwin lain. Dia tetap rajin menjenguk Mek Ayoh dan mesti datang setiap kali adanya majlis2 keluarga. Sangat pemurah dan mengambil berat hal2 keluarga. 

Kami tak kemana2 sangat sepanjang raya di KB sbb ramai sedara mara dan kenalan berkunjung ke rumah ziarah Ayoh. Gambar family beramai2 pon x sempat amik sbb lepas solat raya aje dah bertali arus org datang ke rumah. Gambar family sendiri dan bersama biras tu je yang ada dalam simpanan saya. We will try next time amik gambar family yang lengkap.

Raya ke-3 kami gerak balik ke Tg. Malim dan saya pulak demam keesokan harinya. So tak beraya ke mana2 jugak masa di Tg. Malim kecuali rumah kakak. 

That's all cerita raya 2015 :).

Monday, August 10, 2015

Al-Fatihah Buat Ayoh

Hampir sebulan rupanya saya tak update blog.

Sejak balik cuti raya dan beberapa minggu selepasnya, mmg saya agak sibuk. Urusan kerja, urusan rumahtangga, pulak tu laptop pulak selalu buat hal. Kadang2 hang. So mmg membantutkan hajat nak update blog.

Kami baru saja pulang dari KB smlm. Ayah mertua saya yg kami panggil Ayoh kembali ke rahmatullah seminggu yang lalu.

Mulanya pukul 2.30pm Isnin tarikh 3 Ogos itu, kami terima mesej di WA dari adik ipar yg minta kami semua pulang segera sbb Ayoh dah nazak. Saya baru je sampai opis waktu tu selepas jemput sikembar dari sekolah dan hantar diorg ke rumah. Then mula terima call sana sini dan terus balik Durian Tunggal, amik Insyirah dari babysitter, sambil2 call rumah suruh sikembar pack baju dan get ready.

Sampai dirumah around 3.15pm, main sumbat aje kain baju dalam beg, cik HB terima call mengatakan yg Ayoh dah pon meninggal.

Innalilahi wainna lilahi rojiun....

Juga diberitahu yang jenazah Ayoh akan disempurnakan dan dikebumikan secepat mungkin sbb mmg ini lah wasiatnya dari awal dia sakit dulu. Tak perlu tunggu siapa2. Ye lah, kalau nak tunggu, let say kalau yang memandu dari KL, ambil masa 7-8 jam jugak untuk sampai KB. 

Jenazah Ayoh selamat dikebumikan pukul 10.30 malam. Kami tiba pukul 1 pagi. Abang di Seremban juga berusaha nak sampai secepat mungkin, dia dan family amik flight tapi itu pon tak sempat nak melihat jenazah Ayoh sebelum dikebumikan. Kiranya 6 anak Ayoh tak sempat nak tengok Ayoh sebelum dikebumikan. Takpe lah, semua pon redho sbb dah tau keadaan Ayoh yang tersangat uzur sebelum ini dan menghormati permintaannya utk dikebumikan secepat mungkin. Lagipon kami semua dah balik menjenguk dia masa cuti hari raya 2 minggu sebelum itu.

Mengenali Ayoh selama 11 tahun sejak berkahwin dengan cik HB, Ayoh mmg ayah yang baik dan disayangi anak cucu. Lepas Ayoh dah meninggal, abang kakak cik HB duduk bercerita kisah2 Ayoh membesarkan anak2. Ada yang gembira, ada jugak kisah sedih tapi banyak yang menggembirakan bila bercerita kisah Ayoh. He has raised 11 kids, walaupun pendapatan tak seberapa tapi Ayoh sgt tegas mendidik anak2 terutama bab pendidikan. Me as menantu mmg respect lah dengan didikan Mek Ayoh sbb boleh dikatakan anak2 Mek Ayoh berjaya dalam pendidikan dan punya pekerjaan yang baik tapi tak lupa diri dan tak sombong dan masing2 sgt rapat dan bekerjasama dalam urusan keluarga.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ayoh dan dia ditempatkan bersama-sama para solihin dan mukmin. Ampuni lah dosa2nya dan lepaskanlah dia dari azab kubur dan seksa api neraka. Amin ya robbal alamin...

Gambar arwah Ayoh and cucu2 last year. Masa ni dah mula tak sihat tapi masih kuat lagi.