Pages

Monday, November 30, 2015

Langkawi 2015 - Part 1


Ni percubaan nak buat entry guna handphone since now i am having courses and the topic is boleh menyebabkan saya tertido, sejuk pon iye macam dok dlm peti ais maka sy pon try la nak buat entry blog. Skrg pon tak banyak masa boleh update blog sbb mmg banyak kerja2 nak dibuat. Jadi sementara ni nak la jugak update.Susah sebenarnya menaip guna phone sbb screen kecik tapi mokcik gigih jugak nak cuba...hehehe

Trip to Langkawi ni betul2 adhoc punya trip. Friday b4 deepavali tu masa sy dok buat keje di opis tetiba dpt WA msg dari cik HB ckp "esok jom gi langkawi".

And i was like "hah????"

Being me yg jenis suka plan ahead dan suka buat list, adhoc2 ni mmg la sgt tak disukai. Nak gi langkawi kot, xkan nak redah gitu je?

Tp cik HB ckp kalau plan2 mmg tak jadi la. Betul jugak, dah 2 kali buat plan nak gi langkawi tapi tak jadi2. Ada sekali dulu kitorg beli travel voucher yg bagi diskaun utk flight, hotel n mcm2. Konon nak pegi Langkawi la. Tapi sbb masa tu sy tak sihat sbb pregnant kan Insyirah langsung tak guna voucher tu sampai voucher tu expired.

Lepas tu sy pulak beli voucher hotel kat groupon utk Langkawi jugak. Berbulan2 plan nak gi siap ada excel spreadsheets utk itinerary and expenses. Pon x jadi jugak sbb masing2 tak dpt cari masa sesuai. Akhirnya voucher hotel tu pon expired jugak...huhuhu.

So balik pd plan adhoc ni, bila cik HB kata confirm kita pegi Langkawi, terus la saya apply cuti. Sini cuti kena apply online, kena apply at least 3 days before, ketua jabatan kata approve baru boleh cuti. Tapi saya dah terdesak, so apply je la online pastu email ke ketua jabatan tanya ada masalah x kalau nak cuti Monday, memandangkan Tuesday tu dah mmg cuti Deepavali. KJ cakap xde masalah, so cuti aje la..hehehe

Malam tu kelam-kabut cik HB booked motel, tiket feri dan kereta sewa. Mujur semua dapat. Kami amik the cheapest motel, the cheapest car rental. Sbb kos ke Langkawi ni mmg mahal2, jadi bab penginapan dan kereta ni amik yg murah2 aje la. Kami bertolak Sabtu tengahari sbb paginya cik HB pi servis kereta dulu. Mujur la PLUS hi-way tak sesak sgt walaupun dah nak Deepavali kecuali jem sekejap kat area Tapah-Simpang Pulai sbb ada accident.

Pukul 11 malam kami sampai Kuala Perlis dan mujur ada motel yg ada family room. Tido situ utk malam tu, then pagi2 terus gerak gi jeti Kuala Perlis. Tak jauh pon. Tapi nyaris nak terlepas feri sbb cik HB ingat tiket kami kul 8.45 am, tapi sebenarnya 8.15 am pagi. Nasib masa sampai terminal jeti pagi tu pukul 8.00 am and kami checked sekali lagi tiket. Terus kelam kabut beratur nak naik feri! Lagi satu mujur beli tiket online awal2 sbb kalau walk-in pagi tu dapat tiket pukul 1 tengahari!

1 jam naik feri, kami sampai jeti Pekan Kuah terus sarapan kat situ sementara tunggu org hantar kereta sewa. Kami sewa Myvi, bayar RM130 untuk 2 hari (ari balik dia x kira). Dah dapat kereta, pegi tgk motel yg letaknya 1km aje dr terminal jeti Kuah. Motel ni tak la cantik tapi selesa la jugak. Bak kata cik HB kita nak guna untuk bersiap dan tido aje. Most of the time kita akan jalan2. Still, murah2 pon RM100 jugak semalam. Kitorg booked thru trivago.com Tapi tak boleh check-in lagi sbb bilik belum ready (masa tu pukul 10 lebih). So kitorg pon gerak pegi Makam Mahsuri dulu.

Seronok jugak di Makam Mahsuri. Selain ziarah makam Mahsuri, bagus utk pengetahuan sejarah anak2, tgk rumah2 lama. Tengok salah satu rumah lama tu brought back memories zaman saya kecil2 sbb rupa rumah lama lebih kurang sama dgn rumah arwah Tok Wan.











Lepas Makam Mahsuri, kami pegi area Pantai Chenang. Singgah makan tengahari kedai biasa2 aje, lauk pon dah abis masa tu. Konon2 nak pi Underwater World tapi area Pantai Chenang punya la sesak, takde tempat pon parking. So kami terus aje la drive pusing2 Langkawi, kira mcm sight-seeing la. Dari Pantai Chenang drive menyusuri pantai lalu airport, then pantai Kok, pusing terus jalan menuju pantai Pasir Hitam, dan akhir sekali sampai balik ke pekan Kuah. Balik motel, solat dan mandi, pukul 5 lebih keluar balik pegi area Pantai Chenang.

 Parking kat Pantai Tengah, kat situ banyak aktiviti pantai. Cik HB usha2 parasailing (parachute yg ditarik bot), then di offer utk buat parasailing pada harga RM50 (harga asal RM100 kot). Sy la dok encourage cik HB suruh cuba, so dia pon buat la. Tapi tak naik sorang2 la, ada la guider yg jaga dia kat belakang. Boleh je nak naik sorang2, tapi cik HB kata mana la reti cemana nak take off dan landing.

Cik HB sebelum berlepas....


Bersambung....

Friday, November 13, 2015

Where's Your Manners, Girl?

Beberapa hari lepas, saya n family pi makan kat satu food court ni. Masa tu saya n Insyirah aje tunggu kat meja, cik HB and twins pi beli makanan.
 
Then, dtg satu family duduk meja sebelah. Tetiba satu budak perempuan remaja, maybe dalam umur 16-17thn gitu main grab saja kerusi kat meja kami. Terkejut saya....saya kan tercongok kat situ, takde pon dia reti nak tanya2 dulu kat saya samada kerusi tu boleh amik ke tak! Tapi sbb kerusi2 yg ada kat meja kami mmg cukup2 utk kami lima beranak, kena la saya ckp kat dia tak boleh amik sbb anak saya nak duduk kejap lagi. Tu pon mcm dengar tak dengar, sampai saya terpaksa pegang tangan dia nak stop dia dr amik kerusi kami. So dia tak jadi amik la tapi sikit pon tak tengok muka saya dan cakap sorry ke apa ke....
 
Even org dewasa yg ada dalam group (tak tau la samada dia tu mak ke kakak), yg dok perhatikan kejadian pon tak cakap apa2. Yang saya dengar dia marah remaja tu sbb remaja tu minta dia amikkan kerusi at the table on the other side dengan kata2 "itu pon ko tak reti amik sendiri?"
 
Adoiii....I was so surprised la with this behaviour. Mana la pegi adab sopan-santun masyarakat sekarang? Baik yang muda dan yang dah tua, dah tak reti hormat kat org lain dah. Buatkan saya risau dan takut memikirkan anak2 sendiri. Kot2 saya pon terlepas pandang perkara macam ni dan dah tak rasa apa2 or perasan kalau2 anak2 bersikap biadap/kurang ajar.
 
Nauzubillahi min zalik....
 
Semoga anak2 kita masih lagi ada adap sopan dan menghormati orang lain.

Thursday, October 29, 2015

The New Career

Lagi 2 hari genap sebulan saya bekerja dalam bidang akademik.
 
How is it going on?
 
Well, things are moving so fast in this one month time. Tak sempat nak 'honeymoon' or orientasi. Masuk2 aje dah terus gear 5 sbb dah ada kelas untuk di handle. Hari Khamis lapor diri terus masuk meeting jabatan. Friday attended engineering seminar. Isnin terus kena handle first lab! Imagine I only did the pre-lab stuffs with the technician at 10am then class started at 11am!
 
Mmg sangat nervoussss...saya kan tak pernah mengajar sebelum ni, then suddenly there are 20s 2nd year students in front of me waiting for their lecturer to start the lab session.
 
Tapi sebelum memulakan kelas saya saya declare awal2 kat students, that I am new to teaching line and that I had never been teaching before, so I would like to apologize siap2 in case there are flaws in my teaching way.
 
Alhamdulilah, that first lab went on smoothly and at least I knew the students managed to complete their lab session succesfully.
 
So after few classes, I feel more at ease with teaching. I guess I love teaching jugak la. Kadang2 ada la jugak perasaan takut bagi ajaran sesat sbb kita pon tak tau banyak sangat. But I'd be honest with the students....tak tahu ckp tak tahu and bagitau yang kita akan cuba cari jawapannya.
 
And my initial thought yg ingat this job akan bagi banyak masa free kat saya, tak la benar ye. Yes, working hours to punch-in/out is flexible but u have to make sure you have enough 40 hours clocking in the work. So pandai2 la adjust waktu bekerja tu. Lepas tu besides teaching class, ada banyak lagi kerja lain kena buat. Keje2 pantau students, key-in markah, arrange itu ini. Kena involve with research jugak sbb ada CPD point kena achieve youuuuu. So takde la free sangat teaching job ni (as a lot of people ingat keje mengajar ni banyak masa free!)
 
So that's about it for now. Skrg perasaan nak blogging tu tak berapa ada though saya nak berkongsi cerita JK1M yang dah berakhir. Takde mood nak tulis pasal tu ( saya turun 2kg ja tapi bukan salah program, salah saya sendiri...huhuhu). Insyallah, start November saya sambung Fit For You pulak.
 
Kalau ada mood saya blog pasal Fit For You pulak ye....
 
 
 
 

Monday, October 19, 2015

Garden Update - October 2015

July- August- September.

3 bulan tanpa garden update. Same old stories, kesibukan menguruskan rumahtangga dan kerjaya menyebabkan tak sempat nak bercerita pasal berkebun. Berkebun pon takat menyiram, ada la tanam satu dua pokok...jadi tak banyak la boleh dimasukkan dalam blog.

Tapi utk Oktober kita update la sikit. Buat kenangan sbb pokok2 in my kebun ada yg jenis "datang" dan "pergi". Meaning ada yang hidup x lama...hihihi. Bersilih ganti spesies2 pokok kat kebun i kekdahnya.

Saya lebih concentrate pada tumbuhan herba sekarang. Tanam semula kesum, pudina. Semai lagi belalai gajah dan sambung nyawa. Sbb skrg most of the time kalau makan nasi saya akan pi petik ulam2 ni utk makan dgn nasi. Fresh betul rasanya.


Koleksi herba kesayangan - letak berdekatan pintu dapur, senang nak siram dgn air beras dan air basuhan ikan. Belalai gajah tu dulu dah besar tp saya cantas sbb nampak semak. La ni ada 3 pasu dah. Mak rajin minta semaian saya, tu yg saya semai banyak2,


Kesum saya yg dah gemuk dan subur. Tak ingat bila tanam. Ada ke dalam sebulan dua lepas. Dulu pernah tanam back in 2013. Tapi tak lama lepas tu mati. Mungkin sbb masa tu berkongsi bekas dgn pokok kunyit hitam jadi pokok kunyit hitam dah mendominasi kawasan. Harap2 yg ni kekal lama  Bila subur mcm ni kalau nak buat asam pedas ke laksa ke anytime boleh amik.


Kesum ni saya tanam ikut kaedah yang dikongsi oleh rakan Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri di FB. Just campak btg kesum dalam pasu yang bertakung air dan sentiasa siram air sbb kesum suka air. On top of that saya selalu siram dgn air beras, air basuhan ikan dan buang uncang teh yang dah x guna dalam pasu dia. Mungkin tu kot sbbnya dia jadi subur.


Juga 2nd time tanam pudina. Dulu tanam atas tanah berkongsi patch dgn pegaga. Lama2 pudina yang pupus. La ni tanam dalam dedicated container. Tak campur sapa2....hehehe. Yg ni pon sama konsep dgn daun kesum. Perlukan air yang banyak.


Sedang mengemas area ni. Dulu kat sini ada grill tinggalan org buat grill dulu. Konon2 nak buat rack utk letak pasu2  semaian tanaman. Tapi pokok2 semai x tahan dok sini sbb direct sunlight. Then jadi tempat memanjat pokok kacang botor. Saya tgk mcm semak aje. Discuss dgn cik HB, last2 dia setuju utk buang grill tu. Terpaksa la korbankan pokok kacang botor. Pokok kacang botor kena tanam semula n guna proper trellis, baru nampak kemas. Tu tak abis lagi kemas. Lepas ni area tu saya nak tanam pokok pisang insyaallah. Dah lama bercita2 nak tanam pokok pisang tapi takde kawasan. Mak ckp kat kg ada anak pokok pisang tanduk...yeayyyy. Bukan la berharap sgt kat buahnya tapi nakkan daunnya. Bila2 nak buat nasi lemak ke, ikan bakar ke, nak lapik kukus buat pulut ke kan senang....


Thursday, October 15, 2015

Salam Maal Hijrah 1437H

Hampir terlupa nak buat catatan sempena Tahun Baru Hijrah 1437H. Catatan is more untuk peringatan diri sendiri. Resolusi bukan sahaja dibuat untuk tahun baru Masihi aje tapi yang lebih penting untuk Tahun Hijrah supaya dapat memperbaiki diri sebagai orang Islam.

So these are the aspects to improve:

1. Solat wajib diawal waktu

Yang ini pon perlu disiplin yang tinggi. Kena didik diri!

2. Solat sunat rawatib 

Solat sunat yg sgt dituntut supaya boleh jadi bonus utk cover cacat-cela solat wajib tp to be honest belum lagi terdidik utk buat yg ini. Tu yang jaga solat wajib awal waktu supaya dapat buat solat sunat rawatib. 

3. Solat tahajjud dan dhuha

Tahajjud dah mula bertatih2 jugak. Kalau tersedar sbb nak gi toilet, paksa diri amik wudu' dan kerjakan solat tahajud. Buat 2 rakaat je pon. Lepas tu tido balik. Kalau terjaga like pukul 5am -5.30am terus bangun dan sempat lagi solat tahajjud sebelum masuk Subuh. 2 rakaat tak lama mana pon tapi bila iman tak berapa nak ada, rasa mcm berat sgttttt. Astagfirullahalazim......

Dhuha mmg tak pernah diamal atas alasan sibuk kerja, Tapi la ni dgn kerja baru akan ada ari2 yg saya free sebelah pagi so Insyaallah akan mula latih diri bab ni.

3. Baca Al-Quran

KPI Al-Quran untuk tahun1436H tak begitu memberansang. Kalau tahun lepas saya berjaya khatam Al-Quran pada 5 Zulhijjah selepas bermula pada 1 Muharram 1435H (tau sbb rujuk entri INI), tapi tahun ini pada Awal Muharram 1437H saya baru sampai surah Al-Hajj. I've been trying baca Al-Quran at least satu muka surat satu hari but there were days yg tak achieve pon. So tahun ini kena letakkan matlamat utk khatam 2 kali. Kalau skrg surah Al-Hajj, patut khatam in 2 months time dan lepas tu start balik dan khatam before Awal Muharram 1438H. Insyaallah.

Juga nak amalkan:

Surah Al-kahfi - setiap malam jumaat
Surah Al- waqiah dan Al-Mulk - setiap malam sebelum tidur

Kahfi, Alhamdulilah dah jadi kebiasaan sejak beberapa tahun ni. Kalau x sempat sgt, baca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir, Mudah2an menjadi pembantu utk menghadapi kehidupan akhir zaman ni.

Al-waqiah adalah surah jika diamalkan insyaallah untuk  dari kefakiran manakala surah Al-Mulk adalah penghalang dari siksa kubur. Baru memulakankan amalan ini selepas Isya' dan utk permulaan saya baca satu surah satu hari berselang-seli. Akan cuba diikhtiarkan utk baca dua2 surah setiap malam.

Nak ikutkan panjang lagi resolusi tahun baru ini tapi to sum up, saya mahu jadi hamba Allah yang lebih baik. Nak bersedia utk kehidupan akhirat yg kekal abadi, Tengok senario seluruh dunia dgn mcm2 keburukan yang dah jadi dan sedang terjadi, sesungguh kiamat tu mmg semakin hampir. Bila tu jangan ditanya, tapi apa persediaan kita?

Tak usah kata kiamat la, tgk apa jadi dgn Syria? Syria tu dulu adalah negara yang aman makmur sejahtera sama mcm Malaysia. Tapi skrg dah kucar kacir bila Allah uji dengan peperangan dan keganasan. Selalu saya terfikir kalau ini terjadi kat saya, sanggup ke saya hadapinya? Bila difikirkan cerita Dajjal yg dtg mcm angin lalu dan boleh kafirkan orang sekelip mata, terkecuali kah saya? Ngeri bila fikirkan sbb tau tahap keimanan suam2 kuku aje. 

Sebab tu haruskan diri sementara masih ada masa, mari tingkatkan tahap keimanan kita dan tambah bekalan utk akhirat. Mari kita kejar akhirat dulu, insyaallah dunia pon akan dtg sekali.

Salam Maal Hijrah!

Home Garden in Japan

Few months back, my BFF Nat yang tinggal di Jepun ada share gambar2 aktiviti berkebunnya. Nat and family sebelum ni tinggal di Ibaraki, Tsukuba dok di apartment jadi tak penah berpeluang nak berkebun, April lepas dia sekeluarga berpindah ke Atsugi, Kanagawa dan dapat dok dirumah banglo yang ada tanah untuk berkebun.

Kebetulan pindah2 aje dah musim bunga nak masuk musim panas, apalagi Nat anak beranak terus excited bercucuk tanam. I did ask her utk buat blog dan documented kan cerita2 berkebun tapi Nat ckp takde masa. So I offered nak share gambar2 kebun dia kat my blog so that one day dia boleh baca balik cerita dia berkebun utk pertama kali. Nat ckp tunggu nanti dia pos gambar2 yg cantik sikit walaupun yg dah di share pada saya dah cukup cantik. Bulan berganti bulan, dia sibuk saya sibuk maka takde la gambar2 kebun yg baru.

Ni dah lama sy transfer gambar2 yg pernah dikongsi Nat to my blog sbb bila saya dah resign dr keje lama saya perlu pulangkan semula laptop yg sy gunakan ke majikan. So sbb sayangkan gambar2 ni baik saya masuk dalam blog, ok kan Nat?

Let's see the photos!

Untung Nat, masuk2 rumah ni dah tersedia laman yang cantik, siap ada pokok lanskap mcm2. Tu dia borong pokok bunga marigold (kita panggil bunga tahi ayam...hehehe)



Tu antara yg ditanam, selain marigold, ada pokok cili biasa dan cili capsicum.

Kobi suami Nat gigih berkebun. Kalau tgk rupa mmg org ingat dia org Jepun tapi sebenarnya org Melayu!

I was so excited tgk diorg tanam macam2 walaupun pertama kali berkebun. 

Sebenarnya lepas tu kami sembang2 kat skype, Nat ada tunjuk live pokok2 dia dan lepas beberapa bulan tunjuk hasil tanaman sekali, Ada bendi, terung, cili....Nat kata sampai tak termakan la. Menjadi semua tanamannya. Cuma di negara 4 musim ni, musim bunga dan musim panas je la seronok berkebun sbb faktor cuaca mmg membuatkan tanaman naik cantik. Bila masuk musim luruh, kena bongkar balik apa yg dtanam dan kemas2 laman, tu kata Nat.

So Nat, next year spring and summer berkebun semula ye? Nanti share cerita dan gambar and I will share again in this blog :)

Monday, October 12, 2015

Some Updates

Assalammualaikum...

Rupanya dah lebih sebulan tak menulis disini. Sbb dah selalu blogging bila dah sebulan x blogging terasa mcm lama pulak.

From September to now, there are changes in life. Paling significant, mulai Oktober saya dah bertukar kerja dan kerjaya. Alhamdulilah, setelah bertahun2 bekerja on contract basis, akhirnya I'm landed on a permanent job. Scope of works juga sudah berbeza, something very new to me tapi sangat disyukuri sbb memberikan saya peluang mendidik anak bangsa.

Bukan kah salah satu utk pahala yang berpanjangan adalah ilmu bermanfaat yang dikongsi bersama2?

So ini adalah minggu ke-2 saya dengan kerjaya dan organisasi baru. Masih awkward dengan banyak perkara but it is a learning process and I hope that prestasi saya bertambah baik selepas ini. Semoga Allah ikhlaskan hati saya dalam menjalankan tanggungjawab saya.

The job opportunity pon came at the right time di saat saya sgt fed-up dengan situasi kerja sebelum ini. Fed-up bukan apa tapi disebabkan my superiors tak buat kerja diaorg tapi dok taichi kat saya manjang. Kita pon takde la berkira sgt bab buat keje ni tapi impaknya bila dah berkali2 the one who supposed to attend the meeting dgn client, tapi tak nak pegi and hantar kita as wakil, and of course la client marah. Kita jugak la yg tadah telinga utk kena marah. Tak kira lagi segala report mak nenek pon taichi kat kita. So masa letak surat resign mmg saya suka la sgt dengan reaksi pihak management. Baru korang tau!

I know mana2 organisasi pon barangkali ada isu yang sama. Jadi pokok pangkalnya kita la yang kena positif. Geram geram jugak bila org taichi keje dia ke kita lepas tu take the credit, tapi lama2 org akan Nampak jugak siapa yang buat keje. Buat je la keje dengan ikhlas, sampai masa nanti akan ada benda baik yang Allah datangkan kat kita. Ni la yang saya katakana kat my colleague yang masih stuck disana dan dibuli dengan keje2 yg buat tanggungjawab dia pon.

I'm sure ditempat baru ini pon mestilah ada isu2nya nanti. Already the system here requires you to work independently. So pandai2 la nak hidup bak kata orang.

Hari tu I resigned much earlier dari tarikh saya masuk keje baru. Kiranya ada 2 minggu la bercuti. Konon2 nak berehat. Tapi takde maknanya. 2 minggu berlalu begitu pantas sampai tak terasa. Banyak yg saya rancang nak buat sepanjang 2 minggu tak kesampaian. Entah apa yang sibuk sangat pon tak tahu la.

That's about it now. I wish to write more especially pasal JK1M yang dah di minggu ke -6 (akhir) tapi saya tugasan yang lebih penting untuk disiapkan.

Till then...