Pages

Tuesday, September 22, 2009

Aidilfitri 2009

Dah hari raya ke empat pon kan?

Dan baru la rasa nak membelog....sbb semua tetamu2 raya dah pulang. Kalau tak rasanya x abis2 bergebang (korang tau vocab ni?).

Walau diperantauan sambutan raya disini meriah juga. Cuma takde ayah bonda dan saudara (sbb tu aku syahdu mendengar lagu raya Sudirman). Raya kali ini rumah kami , adalah destinasi 'balik kampung' utk beberapa kawan. Cuma kami bukan la 'Atuk' dan 'Opah' yg menyambut cucu2 pulang kekampung kerana mereka2 ni tiada yg beranak kecil. Bakal beranak ada la! (kenyit mata sikit kat Liza)

Petang/malam raya itu bertemankan suara takbir dan lagu raya dari Youtube, kami bergotong-royong masak juadah hari raya. Bukan la buat open house pon, setakat masak sikit2 utk kami2 jugak yg nak makan. Specialnya raya kali ni, aku merasa buat sate (eh...salah statement nih...satu batang pon x cucuk sebenarnya...hehehe). Sate resepi Dylla mmg meletop! Selain itu ada ayam percik (yg ini dah jadi lauk berbuka sebenarnya), kuah kacang, ketupat & lemang (segera punya la, apalagi), dan daging tumbuk. Malam tu aku sempat tido 2 jam lebih aje. Tido dekat2 kul 4am, bangun kul 6.20 am sbb mau rushing gi solat hari raya kat konsulat. Kalut sungguh semua org berebut bilik air....hahaha.


Kaum adam mengerjakan ayam daging

Proses mencucuk sate

Berlonggok segala benda atas meja makan...hahaha

Tapi rush pon still terlepas train yg kitorg plan nak naik awal, maka terpaksa la menunggu (dah ler ari Ahad train setgh jam sekali...haiya). Dalam dok menunggu tu sempat la membuat sesi fotografi dan ada yg sempat membuat demo memakai sampin. Yang bestnya ari tu x sejuk sgt walaupun since minggu lepas suhu dropped sampai 11C. Rasanya pagi tu rombongan kami menjadi perhatian penunggu2 train yg lain sbb of course la pakaian kami yg nampak pelik di mata rakyat2 asing itu (eh...sapa yg rakyat asing nih?) dan sgt colourful. Rasa mcm kat scene 'Warna2 Malaysia' pulak! Even dalam train pon, mcm org dok pandang aje.

Rombongan cik kiah lagi....


Demo pakai sampin oleh cik matt

Walaupun terlewat dr perancangan, kami sampai di konsulat sebelum solat raya bermula. Xde la ramai sgt yg ada since pihak konsulat buat event ni limited to warga Islam Malaysia sekitar Frankfurt shj. Maybe sbb space pon limited then budget utk jamuan raya dah disalurkan ke majlis rasmi sambutan Aidilfitri 26hb depan, maka sbb itu la jemputan adalah terhad.


Selepas solat, kami bergerak ke kediaman rasmi konsulat utk jamuan raya. Juadah biasa di pagi raya - ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, lodeh: cukup la mengubat kerinduan suasana hari raya di Malaysia.



Lepas sesi makan dan bersosial serba sedikit, kami pulang ke Raunheim. On the way balik, train adalah sesak dgn manusia berbondong2 nak ke stadium tgk bola. Aku lak dah la pakai long john bagai kat dalam (sbb ingat sejuk), maka agak la serabut kepanasan.

Sampai rumah, sesi berikutnya? Tido! Hahaha.....serius semua org bergelimpangan tido kecuali aku dan sikembar. Dah le sampai2 rumah hujan turun. So mcm syok la tido. Aku x leh tido sbb kembar asik nak mcm2.

Pukul 4 pm, baru la semua org baru dan sibuk membakar sate dan mencari makanan2 lain. Dan kami juga menerima tetamu dari Sulzbach, Suharti sekeluarga dtg berkunjung. Makan2 diteruskan hingga kemalam (maknanya sambil bersembang sambil mkn)

Dua org mamat yg gigih membakar sate

Raya ke dua pulak kami berkunjung ke open house Suharti yg sgt meriah. Makanan mcm2 ada...sate, laksa, kuetiaw goreng, nasi minyak, ayam masak merah...haih...x larat nak senaraikan. Aku lak makan bersungguh2....elok2 dah hilang 3 kg masa posa, naik balik nih 3kg!

Bersama tuan rumah berbaju merah yg beraksi membakar sate...

Begitulah suasana raya disini...

Friday, September 18, 2009

Entry Raya

Puan Liza telah menghantar tag tentang persiapan raya. Rasa cam seronok lak nak buat sbb ala2 menimbulkan rasa kemeriahan nak raya (abis, dah x buat lemang segala, buat entry raya pon jadi la)

Baju Raya

Dah dapat on the first week of raya. Dibeli dan dikirim oleh Mak & Abah. Tema adalah oren kecuali cik HB yg x mo baju melayu baru. Every year tetap pakai baju melayu nikah dia yg dah umo 5 thn tu....

Untuk Baby/Anak

Pon sama...Atuk & Opah kirim sekali ngan baju raya umi. Warna oren. X sabar nak tgk diorg pakai.

Family saya

Dulu every year, awal2 dah beli kain buat baju kurung siap ngan tudung utk Mak. Utk Abah, selalu bg je duit kat dia suh beli apa2 dia nak sbb takut kang x kena ngan taste. Utk adik2, beli la tudung ke, t-shirt sehelai ke...Pastu beli la kuih sejenis dua utk rumah Mak. Then prepare duit raya utk adik2 dan anak2 buah.

Family mertua
Pon sama mcm famili sendiri. Apa yg dibg pd famili sendiri, sama je ngan famili mertua. Adil dan saksama kan?

Kasut Raya

Takde. Pakai je la boot winter last year.

Kuih Raya

Ada la buat 3 jenis. Satu kuih gunting buat bersama2 ngan Liza ngan Kak Liza. Pastu experimen buat Almond London sbb teringin. Then tetiba ari tu buat biskut oat. Tu je la.

p/s: Liza, bila kita nak buat cornflakes madu?

Perabot baru

Takde maknanya.....kalu boleh cuma nak tukar lapik meja sahaja. Tu pon x cari2 lg...hehehe

Duit raya


Tahun ni xde budget duit raya. Tahun2 sebelum ni awal2 dah kena set aside budget duit raya. Anak buah sendiri ada 3 aje (before this la) tp anak buah cik HB 20 org! Mmg kena buat list!

Bonus
Dok berharap la org gomen dpt bonus thn ni...boleh la tumpang sekaki....hehehe. Sampai nak dah raya ni, xde pon!

Balik Kampung

Rasanya rumah ni adalah destinasi 'balik kampung' kot for several friends. Satu famili dah sampai. Ada lg 2 famili nih plan nak beraya kat sini. Tetiba rasa cam Atuk & Opah lak tunggu anak cucu balik...hehehe

Alang2 since dah buat tag raya, maka mari la kita membuat ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua keluarga dan sahabat handai yg berada di Malaysia. Buat sesama bloggers dan pembaca blog ini, jika ada tulisan atau komen2 yg meyakitkan jiwa dan raga or membuatkan anda menyampah dan terasa, harap ampunkan la ye. Buat kwn2 yg akan pulang ke kampung berhari raya, hati2 di jalan raya.

Hujung Minggu Yg Sibuk Part 3 - Museum Opel

Hari Isnin: Sempat membawa rombongan delegasi Aachen ke Museum Opel di Russelsheim yg aku sendiri x penah masuk walaupun berulang ke bandar Russelsheim setiap minggu...hehehe. Thanks la ye warga Aachen sbb menyuarakan hasrat hati nak ke museum ni, kalau x aku x tau la bilanya aku akan masuk ke museum ni.

Well, I don't speak the language of car and drive so can't really comment what are there in the museum except for several nice cars which I took the photos. To those who wish to know more details about the history of Opel and its manufacturing process, the museum offers a tour package for the visitors at the price of 4 Euro. The showroom is free however.

Rombongan cik kiah ke Museum Opel....



Mak ngan anak yg berangan...hehehe

Abis sesi lawatan Museum Opel, rombongan delegasi Aachen kemudiannya berangkat pulang ke Aachen. Terima kasih sbb sudi menziarah kami disini, mohon maaf diatas segala kekurangan pihak tuan rumah :)

Wednesday, September 16, 2009

Hujung Minggu Yg Sibuk Part 2 - Potluck

Dari Sabtu, aktiviti disambung ke ari Ahad. Since x sempat nak bawa tetamu2 Aachen ni berjalan2 sekitar Frankfurt or Mainz memandangkan aku akan buat majlis buka posa secara potluck pd ari itu, maka kami hanya pegi jalan2 ke flohmarkt dekat ngan rumah aku.

Balik dari flohmarkt kami bergotong royong memasak. Menu tuan rumah adalah ayam masak merah (catered to Eja...hehehe), kuih ketayap, air sirap, murtabak. Yg lain2 bawa mee soto, kurma daging, buah melaka, roti sardin, agar2 dan apa tah lagi....aku x ingat semuanya. Liza siap buat kuih cara on-the-spot lagi. Laku sungguh kuih dia!

Caterer ayam masak merah bertungkus lumus di dapurku yg kiut-miut itu....


Caterer kuih cara....korang leh buat bisnes pasar malam la lepas ni....

Antara makanan yg terhidang...

Agak ramai la jugak yg dtg malam tu....rasanya dekat 30 org. Lauk mmg licin, siap Kak Liza ngan rajinnya pi masak lg ayam masak lemak cili api...katanya utk moreh pulak. So lepas abis Terawih, bebudak sambung lg makan nasi pekena lauk masak lemak cili api pulak!

Antara tetamu yg hadir...

Malam tu kami semua kepenatan...aku rasanya kul 12 lebih mmg dah terlelap. Sudahnya semua x bangun sahur.....hahaha.

Photos courtesy of Puan Liza...makasih ya!

Tuesday, September 15, 2009

Hujung Minggu Yg Sibuk Part 1 - Buka Puasa @ Konsulat

Bermula ngan Sabtu, kami dijemput ke majlis berbuka puasa di kediaman Jeneral Konsulat Frankfurt. Turut sama serta bersama2 kami adalah kawan2 dari Aachen seramai 3 famili - meriah kan? Sebelum ke Konsulat cuma sempat bawa diorg menikmati angin sungai Rhein Main yg semakin sejuk skrg. Nak bawa ke Romer segala mmg dah x sempat since diorg sampai kat Frankfurt pon dah lambat dan nak berkejar pulak ke Konsulat.

Kaum bapa....

Kaum ibu...

Majlis buka posa tahun ni masih dijamu ngan air tangan Chef Ismail yg tahun lepas juga beraya di sini. Suka betul la dia raya kat Frankfurt ni. Tak tau la apa yg bestnya raya kat sini. Makanan sgt byk, ada nasi beriani, kurma ayam, rendang daging, pulut kuning bubur lambuk dan mcm2 yg aku x larat nak senaraikan. Tapi aku notice tahun ni jemputan yg hadir agak kurang...tak tau la kenapa.

Sementara menunggu waktu berbuka...

Makanan yg ada....

Chef posing ngan makanannya...

Malam tu kami sampai rumah dlm pukul 11 lebih. Kat rumah sambung sembang lagi ngan kawan2 Aachen. Rasanya sempat tido stgh jam aje before bangun balik utk sahur.

Thursday, September 10, 2009

Iftar @ DoyDoy

Eversince bulan puasa start, kitorg x penah lg berbuka kat luar. Means berbuka kat kedai makan...berbuka kat rumah org ada la. Cik HB sgt sibuk ngan exam jadinya kena je la menunggu hingga masa yg sesuai. So lepas Isnin aritu dia dah lepas satu heavy paper and ada lg gap sebulan sebelum the next paper, aku pon merengek2 la ajak berbuka kat luar. Tingin nak makan kat DoyDoy, satu restoran Turki kat Frankfurt. Aku penah makan sekali kat situ, sedap! Bulan posa ni bila teringat, lg la terliur.

Plan ajak Liza n Mat sekali, tp Mat lak masuk keje lambat, so mcm x leh nak balik cepat. Kitorg pon jadi malas nak pegi sbb kalau x pi beramai2 mcm x best. Tp at 5pm tatkala aku sibuk menggodek2 resepi di Internet (tgh blur x tau nak masak apa), Mat called bgtau yg dia boleh join. Hoh! apalagi, aku pon huru hara la bersiap ngan siapkan budak2. Sempat la kitorg sampai Frankfurt dlm kul 6pm gitu. Sempat merayau2 kat Kaufland, Karstadst dan beberapa kedai yg ada kat Hauptwache itu. Even Godi and Zul Konti pon join.


Terjumpa flohmarkt nih jugak tp xde brg2 yg menarik. Kot ada jual baju kurung ke, tudung ke, kuih raya ke, best la jugak!

DoyDoy actually typical restoran Turki yg jual kebap segala tp much proper dr kedai kebab biasa (sbb dia ada waiter and bila bayar tu sila2 la hulur tips sikiy ye!). Menu dia pon adalah berbeza sikit dr typical kedai kebab. Mcm menu yg kitorg pilih adalah set kombo yg ada ayam grill, kambing grill, daging grill, roti, pizza turki yg nipis itu, nasi yg ala2 nasi tomato dan salad. Pastu lak kombo utk seorg itu boleh makan utk 2 org (since cik HB not a big eater and aku lak paksa diri utk berdiet). Mmg mcm utk mkn 2 org since pizza turki tu ada dua keping! Utk satu plate kombo tu harga dia €15. Not bad la jugak...berpatutan dgn nilai makanan



Ni adalah starter...salad ngan bawang dan daun apa tah...biasa2 aje rasanya.

Ni la set kombo kitorg. Sambal tu rasa cam sambal kat mesia cuma xde rasa belacan aje. Pon sedap!

Ni Zul Konti punya...penuh ngan kambing. Sesuai utk penggemar kambing

Geng buka posa....

Geng buka posa....

Rasa2 mcm nak berbuka kat KFC pulak next week, boleh x cik HB?

Monday, September 7, 2009

1 Tahun di sini...

Hari ni genap setahun kami menetap di bumi Jerman. Rasa mcm kejap aje. Ingat lagi masa mula2 sampai adalah kalut ngan pelbagai perkara. Nasib baik kami kenal ngan Liza n Mat yg sgt mesra dan baik hati walaupun mereka belum kenal pon siapa kami. Dari menjemput di airport, tumpangkan kami kat rumah diorg sampai 3 minggu!, bg kami makan, tolong cari rumah, cari brg rumah, tukang translate.....pendek kata byk la jasa baik diorg pd kami sampai la skrg. Terima kasih pd cik Rusdy yg memperkenalkan kami pd dua org yg baik hati nih! Semoga persahabatan ini kekal dunia & akhirat.

Liza and the twins......on the first day kami sampai Germany

Ramai kwn2 n famili di tanahair selalu ingat dok oversea adalah glamer dan best tapi hakikat sebenar bukan senang sebenarnya hidup diperantauan especially di Deutschland ni yg sgt la Deutsch dalam semua perkara apalagi dgn status sebagai pelajar yg berkeluarga. Dgn masalah bahasa, rules yg pelik2 dan complicated, kewangan yg limited mmg buat kami pening kepala dr bab mencari rumah sewa, mendapatkan line telefon/internet, memperbaharui visa hinggakan bab buang sampah! Semua penuh ngan complicated rules and procedures!

Tapi alhamdulilah, so far semua itu berjaya diharungi dgn bantuan beberapa kawan yg baik hati (Liza, Mat, Kak Liza, Kak Ina and few others). Dalam susah2 tu ada jugak yg disenangkan...cth: brg2 rumah byk org bagi (dr perabot, pingggan mangkuk hingga ke permainan kanak2!). Dan dgn kwn2 yg baik hati ni la jugak membuatkan kami rasa gembira dok kat sini.

Setahun disini byk perkara yg dipelajari dan byk pengalaman yg dikutip. Antaranya:

- Dari sepatah haram x tau Deutsch masa mula2 sampai --- boleh la ckp sikit2 kalau setakat nak membeli or sembang tanya kabar.

- Dari jarang memasak ( 5kg beras pon dekat 2 bulan baru nak abis!) --- memasak benda2 yg x penah pikir akan dimasak sendiri jika sy dok kat Mesia

- Dari spend masa purata 2-3 jam sehari ngan anak2 --- skrg 24 jam ok! Masuk toilet pon diorg tanya nak pi mana...haih!

- Dari sesuka hati menggunakan elektrik dan air --- lebih cermat dan berwaspada sbb charge elektrik n air disini jauh lebih mahal dr kat mesia. Even air yg dah digunakan pon ada charge dia tau!

- Dari nak pi kedai sejengkal pon naik keta, public transport rasanya setahun tu bape kali je naik --- hamik ko!!! pi mana2 pon jalan kaki/naik train/naik bas. Nak beli brg byk2 pon pikir byk kali...kot kang x daya nak nak angkut je.

- Dari kehidupan sosial yg hanya berkisar antara kwn2 kerja dan famili (nak jumpa kawan2 pon susah) --- hubungan dgn kengkawan lebih rapat. Almost every week jumpa kengkawan dan asik mkn2 (mana la x makin gemuk!)

- Dari pegi kedai beli brg,plastik isi brg akan diberi secara automatik --- sila la bawak beg shopping sendiri utk tidak membuang duit membayar plastik isi barang ye!

Insyaallah, ada lg setahun disini(if things follow schedule!) dan ada byk lg agenda yg ingin dilakukan sementara disini (jln2 buang duit...hahaha).

Ich genieße, in Deutschland zu leben.