Pages

Monday, March 10, 2008

Cerita Pilihanraya & Gotong-Royong

Sempena pilihanraya 2008, aku balik kampung utk mengundi. Ini kali ke-2 aku mengundi and since dear cik HB tak mendaftar, dia takde pilihan melainkan ikut aku balik kampung. Antara 6 adik beradik aku yg layak mengundi, hanya aku n abg aku yg mengundi. The rest tak mendaftar, sungguh xde kesedaran atas kepentingan mengundi. Kecuali kakak aku yg dulu penah mengundi di Pahang, dah tukar alamat kat kg kami ni, tapi x tau kenapa namanya tak di update. Kesian dia, padahal semangat nak mengundi berkobar2....huhuhu.

Aku x berapa berminat nak sentuh citer pilihanraya 2008 ni. Yang pasti aku pon terkejut yg BN kalah teruk kali ni. Bukanlah aku ni penyokong BN, aku x berminat sebenarnya soal2 politik tapi sedikit2 terkena la jugak tempias cerita2 pilihanraya. Well, harap2 sesiapa pon memerintah, dapat menerajui negeri/negara dengan baik. Jangan pandai berjanji aje!

Dan selain pilihanraya, kami adik beradik balik sebab nak gotong-royong siapkan rumah mak sempena adik pompuan aku bakal berkahwin bulan Mei ini. Antaranya nak cat rumah dan buang khazanah2 yg tak guna. And since aku x berapa berminat ngan aktiviti cat-mengecat ini aku amik tugas caterer aje. So balik aje dr mengundi, berpeluh2 aku sorang2 kat dapur masakkan lunch utk keluarga besar aku ni.

Dalam dok mengemas2 tu banyak 'khazanah' lama kami jumpa. Mak n Abah aku mmg jenis yg sayang barang, kitorg nak buang pon payah. Jenuh ckp mcm2. Kitorg jumpa slip gaji lama Abah, tahun 1989. Gaji bersih Abah masa tu cuma RM766! Aku pon x tau gaji Abah byk tu aje. Bayangkanlah tahun 1989, kami semua 8 org adik beradik dan ramai yg bersekolah (adik bongsu lahir thn 1992). Mak aku cuma surirumahtangga. Tapi x penah pulak kami pegi sekolah x bawa duit belanja. Kalau nak bayar keperluan sekolah, mmg Abah bagi je duit. Tapi mmg kami hidup x mewah lah. Mak selalu ingatkan kami jgn beli benda yg x perlu. Abah mmg berbelanja sekadar yg dia mampu. Beli rumah murah, pakai motor kapcai aje. Kami pon jarang pergi jln2. Cuma bila jabatan Abah anjurkan rombongan mkn angin naik bas, barulah kami pergi. Tu pon bila adik2 makin ramai, dah xde. Tgk slip gaji Abah tu yang buat aku insaf sesgt. Dalam gaji x besar centu, Abah still buat potongan gaji utk simpanan Tabung Haji.

Anyway, x sempat kami nak kemas semua. Baru berjaya cat rumah dan buang satu almari lama yg dah nak pecah. Ada lagi satu almari buku yg penuh ngan buku2 lama dan majalah2 lama. Entah nanti Abah bg ke tak kami nak buang. Somehow mmg kena buang, kalau x serabut lah rumah or boleh jadi muzium nanti....hehehe.

3 comments:

Abu Ikhlas said...

neny
buku2 lama dan magazine jgn di buang. Archive kan aje dan nostalgia tu. I punya keje2 masa dekat U 20 thaun lalu masiha da dan tunjuk kan anak2 betapa kemasnye keje bapa dia.....terpegun mereka semua.......

areT said...

NENY...mak aku pun jenis sygkan barang2 lama...yg aku tak paham tu, klu simpan pun, bukannya pakai..last2 kena makan tikus je....famili aku mcm ko gak la neny....keluarga ramai...gaji abh aku kecik je...that's why aku bangga dgn apa yg aku ada skg..tu sumer hasil usaha abah dan mak aku...depa tak kaya...tp berjaya gak mendidik anak2...

Neny said...

Abu: Rumah mak i kecik je la. Kalau suma nak disimpan nanti kitorg nak tido pon xde tempat. Bila nak kenduri mula la pening kepala. Lgpon buku2 tu suma dah digigit2 tikus.

Are-T: A'ah la are-T. Ayah aku punya la sayangkan segala paip2 tinggalan keje dia, penuh bawah katil. Padahal x guna dah pon. Cemana tu?

Bab keluarga tu kita sama la are-T. Skrg ni masa nak membalas jasa diorg pulak.