Cuti sekolah lepas, kami suami-isteri amik cuti 2 hari bawak anak2 for short vacation. Kalau x kemana2 pon, saya mmg kena amik cuti sbb makcik babysitter Insyirah nak buat kenduri kahwin anak dia.
So dah alang2 bercuti, maka baik la kita pi somewhere kan....
Mujur juga seminggu sebelum tu ada tertengok kat Groupon, diorg ada voucher menarik ke Gold Coast Morib International Resort. It's affordable dan lokasi pon x jauh mana. Kami pon x penah sampai area Morib tu. So kita pon grab la voucher termurah yg ditawarkan - RM168 for 2D/1N for a studio suite, with breakfast + ticket to water theme park for 2 adults. Cuma perlu tambah another RM50/night surcharge sbb cuti sekolah. Dan juga breakfast n ticket water park for the twins.
So kami ke sana hari Khamis, took us nearly 2 hours dr Melaka nak sampai tempat ni.
Kalau diikutkan bila baca reviews kat internet, byk la kata Gold Coast Morib ni mengecewakan, x bersih, staff x friendly dan satu paling kelakar ada yg komplen, dia kata sebelum keluar bilik, dia x off aircond, balik bilik panas sbb ada org off kan air-cond dia!
Adoiii...xkan la x tau when you tarik the room card dari power pocket tu, mmg la power akan automatically off!
Hahahaha...org mcm ni pon ada ka...
Tapi for RM168 what do you expect?
Maybe sbb tajuk resortnya ada perkataan 'international' maka ramai la tinggi expectationnya.
My first impression, I think it's acceptable for its price.
Dari luar x nampak gah sgt, nampak bangunan apartment biasa2 aje tapi I think the room is quite cantik.
The room is without carpet....I think it's a good decision sbb when you have water park in the resort, sure the customer masuk bilik basah2 selalunya, hence susah nak maintain penjagaan carpet, so bilik pon jadi berkulat dan berbau.
The furnitures cantik...not too much. I like this kind of settings.
It's simple yet elegant
Ada balcony with chairs and coffee table
Bathroom pon besar dan cantik
Ada jakuzi!
Anak2 x sabar merasmikan jakuzi sebelum turun water park
Sebelum turun water park, makan siap2 bekal makanan yg dibawa dari rumah. Saya buat tuna croissant (croissant beli siap dr Tesco), garlic bread, ayam masak kicap, jelatah timun nenas dan crab sticks. Masuk water park, saya angkut the crab sticks sama rice cracker....abis licin semuanya!
The water park xde la besar sgt, x mcm Melaka Wonderland or A Famosa Resort yg ada vuvuzela bagai. But it's very compact with slides and nicely routed pools. So senang nak monitor anak2.
It's school holidays so the water park was quite crowded jugak la walaupun on weekdays. Kalau weekends must be very jammed-packed!
The girls really enjoyed the big slide. Ummi wished she could join too tapi sedang 'bendera merah', maka jadi pemerhati aje la...huhuhu
This little girl was very excited!!! Langsung x nak keluar dari pool.
Selepas lebih 3 jam bersukaria kat water park, kami naik bilik, budak2 sambung berjakuzi sebentar, lepas tu bersiap2 untuk pergi dinner kat Pantai Bagan Lalang. Agak jauh jugak la Pantai Bagan Lalang dr resort Morib ni, about half an hour perjalanan.
Sampai Pantai Bagan Lalang, it was time for sun to set. Cantiknya la view. Subhanaallah!
Spot the Avani Resort at the back. Formerly known as Golden Palm Tree Resort . This was where Datuk Lim Choong Wei did his weddding photoshoots. Very beautiful place indeed!
Then we had dinner kat restoran makanan laut betul2 depan pantai. Nama restorannya Senandung Malam. The seafoods mmg betul2 fresh dan masakannya pon sedap. We ordered butter prawn, sotong goreng tepung, ikan jenahak sweet sour, pepahat masak halia, ikan kembung bakar dan sayur campur. Makan sampai terlebih kenyang. Harga pon boleh tahan...x la mahal seperti yg disangka. Lebih kurang rate makan di Alai, Melaka.
Dah makan separuh jalan, baru teringat nak snap gambar makanan
Budak kecik seronok makan sotong goreng tepung. Itu je la yg dia nak makan pon.
Dah makan2, kami balik la ke resort. Lepak2 kat bilik aje. Takde tempat pon nak pegi malam2 gitu kat area Bagan Lalang - Morib. Beli la barangan keperluan siap2 ye sebelum kesana sbb susah nak jumpa kedai runcit/pasaraya, unless you want to drive to bandar Banting. Kami keputusan air mineral (sepatutnya bawa satu tong air dr rumah tapi terlupa....huhuhu), so cik HB terpaksa la beli kat kedai runcit resort. As usual, price would be double!
Next morning, kul 7.30am kami dah turun breakfast kat cafe resort. Ingatkan dah awal tapi rupanya dah penuh dah cafe. Lambat sikit lagi, alamat x dpt la meja nak duduk. The choices of breakfast menu not bad la jugak, from local delicacies to english breakfast ada disediakan. Cuma sbb org ramai sgt, susah sikit la nak amik2 makanan.
Then 8.30 masuk water park. Tiket smlm still valid utk digunakan lagi. Tapi kami dok sampai 10am aje la sbb nak berkejar balik Melaka, nak attend majlis rumah babysitter.
By 11 am, kami dah checked-out. Kalau x kerana ada urusan lain, boleh stay sampai ke petang sbb walaupun kena check-out at 12pm, kita boleh stay kat water park sampai tutup utk hari tu. Tapi lama2 sgt pon abis terbakar kulit anak2, plus telan klorin byk...hahahaha.
Kira puas hati la dgn pakej ni. Walaupun sekejap tapi anak2 happy :). Jadi la kan?















.jpg)


0 comments:
Post a Comment