It's April dan saya rasa mcm baru lagi keluar dgn entry Garden Update (March 2014). And I thought 'well, apa je la nak di update kat blog?'
But then pokok tomato saya yg dah membesar, berbuah dengan lebat dan pokok terung juga dah berbunga!
Dan saya sempat singgah ke nurseri Sg Buloh waktu on the way pulang dr kampung di Tg Malim ke Melaka. And you know la, saya kalau dpt ke nurseri Sg. Buloh rasanya mcm budak2 dapat pergi Wonderland...hehehehe.
So, yes...I have things to share la with regards to gardening :)
My raised bed at backyard: currently ada pegaga, pudina, pokok limau purut & limau nipis, , kari, pokok marigold & pokok halau nyamuk (utk halau makhluk perosak), terung, tomato, sayur pak choy, kailan, bendi, bawang, pandan.
Pokok tomato is a star for April! Banyak buahnya despite tak menerima penjagaan yg sempurna. Membaja pon tidak. Syukur pada Allah. Anyway, saya kena buat pancang utk support batang tomato yg makin menyembah bumi. Yg kelihatan pancang tu saya guna batang penyapu...hahahaha. Jadi la kan utk sementara...
Saya agak keliru dgn pokok2 bendi ni. Saiznya tetap kecil walaupun dah 2 bulan ditanam bersama dgn pokok tomato. Tapi yg menariknya, buah bendi dah keluar, cuma x serentak. Minggu lepas dpt la sebiji, dan ini nampak gayanya dapat la 3 biji...hehehe
Pokok terung dah berbunga! Mudah2an menjadi buah.
Saya ada la pos gambar2 tanaman kat FB and my FB's frens kata saya ni green fingers. Padahal bukan semua yg ditanam tu menjadi pon tapi sbb saya cuma pos gambar2 pokok yg menjadi aje, jadi org ingat saya green fingers la....Contohnya bayam dan tomato yg ditanam dalam pasu ni....dok la kemetot walaupun dah berbulan2 ditanam...the thing is, is not about being green fingers but the knowledges dan pemberian Allah jua yg pentingnya. Skrg saya sudah tau walaupun guna tanah organik utk tanaman dalam pasu, tanah tu perlu diperkayakan jugak dgn sumber2 nutrients lain, dan pembajaan jugak penting selain siraman. Tak tau la bila saya nak treat balik tanah2 dalam pasu2 tu.
The other side of backyard: Pokok delima, durian belanda, juga betik pon makin membesar. Bila saya dapat menikmati buahnya pon tak tahu la...
Kangkung yg telah saya cantas (guna utk masak), tumbuh semula. Saya tak berharap sgt dgn kangkung ni sbb dr awal dia x tumbuh cantik sgt pon (tak membesar ke saiz sepatutnya). Tapi kalau nak naik juga lagi, sila lah.....note the bunga ros jepun yg terselit tu :)
One of my mulberry tree berbuah...my fren ckp kena rajin pangkas pokok mulberi ni, baru dia cepat berbuah. Okey dokey....
Hati saya berbunga2 bila dapat beli pokok kemboja ni dr nurseri Sg. Buloh pada harga RM45. Dah lama saya idamkan nak tanam pokok ni, so masa kat nurseri Sg. Buloh saya ckp kat cik HB "by hook or by crook saya nak juga pokok kemboja hari ini". Maka berpusing2 la kami mencari pokok kemboja yg saiznya boleh masuk Toyota Rush. Mulanya kat satu kedai ni, nak jual sepokok RM80, tapi x dapat saiz pokok yg sesuai. Pusing punya pusing, dapat la pokok ni dan yg best, dijual pada RM45 shj.......weeeeeeee. Kawan cik HB yg upah kontraktor lanskap tanam pokok ini, harga RM150...well, termasuk handling cost dan juga menanam la....tu saya punya, ntah bila nak transfer atas tanah...tunggu cik HB dtg seru nak buat, saya nak buat x daya nak korek lubang dalam2.
Beli lagi sepokok sirih puteri (on the left) . Yg sebelah kanan tu dah 2 bulan jadi penyeri pintu masuk rumah. Kena cari pasu yg sama utk pokok sireh puteri.
My deretan pokok2 renek....terbaru di beli kat nurseri sg buloh, 2 pokok ros jepun warna peach dan kuning. Cepat la berbunga banyak2 buat penyeri laman :)
So itu la saja utk update bulan April ini. Mudah2an di bulan Mei nanti saya akan dapat update byk benda lagi i.e dah tambah pokok2 lagi :)




.jpg)




.jpg)

2 comments:
terbaeeekk kak!
Hahaha...tah apa je la tg terbaekkkk nya sayang...
Post a Comment