Weekend lepas, anak dara bongsu makcik bbsitter, Chaca kahwin. As anak bongsu, agak grand la jugak wedding dia, plus org Melaka in general mmg selalunya buat majlis kahwin besar2.
Macam majlis Chaca ni, 3 hari 3 malam youuuu!!!
Selalunya saya pi kenduri kat Melaka ni on the big day itself, tu pon pi makan saja.
Tapi untuk majlis Chaca ni, byk kali la jugak saya menjengah rumah makcik utk pelbagai events.
Cuma majlis akad nikah je saya x sempat nak pegi sbb masih kat Morib masa tu. Dan juga kenduri sebelah pengantin lelaki.
Abg si Chaca ada good contacts with mak2 andam dan butik pengantin, maka Chaca dapat special package la for her wedding. So baju persalinan aje dah 20 pasang. Tu pon saya x sempat tgk semua. Ada 2-3 baju je yg si Chaca pakai saya sempat amik gambar. Tak larat nak tunggu si pengantin dok berganti baju.
Baju minangkabau la
Korean princess la...
Ni majlis berinai, malam sebelum kenduri kahwin yg official. Sebelum bersanding, siap ada show bunga api bagai. Tu pon x bertandu2. Makcik kata zaman dia dulu siap naik tandu ye! Note the big head accessories...nampak berat kan?
Pagi sebelum majlis kenduri, si Chaca sambung lagi sesi berganti baju. Ntah bape pasang dia dok bertukar ganti, ni baju last sebelum baju bersanding sbb masa ni baru saya sampai...hehehe
Chaca with her parents. Pelamin pon ada 2, satu pelamin utk akad nikah, satu utk bersanding. Sakan kan?
Siap ada pencak silat show. Lepas tu tarian kebudayaan pon ada jugak tp sy x sempat amik gambar.
Kembar, Insyirah dan cucu2 makcik....baju diorg ditempah khas oleh makcik utk majlis ni
Insyirah dan cucu2 makcik yg dah mcm adik-beradik
Makcik siap menangis lepas Chaca dah menikah. Agaknya sedih melepaskan anak bongsu kesayangan. Macam tu la lumrah kehidupan. Ada fasa seterusnya yg semua org harus lalui.
.jpg)
.jpg)






0 comments:
Post a Comment