Salam Jumaat semua!
Dah baca surah Al-Kahfi?
Saya, Alhamdulilah...berjaya abiskan keseluruhan surah al-kahfi walaupun kena buat 3 slots in order nak abiskan. Lepas Maghrib, dapat baca 2 mukasurat, pastu terberenti sbb cik Insyirah sudah tarik2 telekung nak something, lepas Isyak pon 2-3 mukasurat kot, sebelum Insyirah tarik2 ajak tido. Then Subuh pagi ni dapat lagi 3 mukasurat dan selesai.
It's a struggle, tu yg bila dapat habiskan juga surah Al-Kahfi di malam Jumaat/pagi Jumaat, perasaannya sgt bersyukur sbb Allah bagi juga kesempatan utk membacanya, mudah2an menjadi pelindung di akhir zaman yg penuh fitnah ini.
Ada setengah orang masih tak boleh terima kenapa surah Al-Kahfi dibaca dimalam Jumaat, bukan surah Yassin. Ye, zaman saya membesar hingga tahun2 kebelakangan ini, memang kebiasaan org2 Melayu Islam membaca surah Yasin di malam Jumaat. Malah ramai lagi yg mengamalkannya. Hanya few years back, ramai alim-ulamak, juga yg arif tentang Islam menekankan surah Al-Kahfi diamalkan, terutamanya di malam Jumaat. Juga berusaha la menghafal 10 ayat pertama dan 10 akhir terakhir surah ini sebagai usaha menyelamatkan diri dr fitnah Dajjal.
Ini adalah hadis sahih yg berkaitan surah Al-Kahfi:
Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.”(HR Muslim 809)
Boleh baca dgn lebih lanjut di SINI.
Kalau baca tentang peristiwa akhir zaman, Dajjal dan Yakjuj & Makjuj, mmg la terasa ketakutannya. Terasa mcm diri tak cukup benteng dan kekuatan utk menghadapi jika ditakdirkan ianya berlaku sewaktu hayat masih ada.
Allahuakbar....seram sejuk....iman pon senipis kulit bawang.
Semoga Allah melindungi kita semua dari segala kejahatan dan ketakutan, dan dikuatkan iman untuk menghadapi apa jua ujian yg diberikan. Amin.
1 comments:
Salam Bahagia dan Perkenalan.
Syukur Alhamdulillah dapat menghabiskan bacaannya.
Post a Comment