Pages

Monday, December 22, 2014

Kisah2 dari Hospital

Walaupun dah lebih 2 minggu since discharged dari hospital, baru sekarang nak share some kisah2 yang saya kutip masa berada kat hospital. Tak lama saya kat hospital, just 2 hari satu malam tapi adalah kisah2 yg nak saya rekodkan kat sini buat bacaan di masa depan :)

Kisah 1: The Sweet HO 

The night I got heavy bleeding, we rushed to Emergency Room GH Melaka dan setelah tunggu sekian lama baru la diperiksa walaupun masa tu dah siap darah menitik2 di lantai disebabkan heavy bleeding. Dan kemudian dirujuk di Kamar Bersalin. Kat Kamar Bersalin pon tunggu lagi dan lepas seketika baru diperiksa. Apa boleh buat, dah hospital kerajaan, orang pon ramai jadi diorg kena utamakan kes2 kritikal dulu. So kena bersabar aje la. Kalau tak sabar dan ada banyak duit boleh la pegi hospital swasta. Yang kesian waktu menunggu tu ada ibu yang dah nak bersalin, bukaan pon dah 4 cm, muka dah berkerut2 tahan sakit tapi terpaksa juga tunggu sampai la ada yg entertain. Pulak tu sebelum boleh dilayan, kena interview dulu mcm2 soalan. 

Walaupun menunggu agak lama, saya kemudiannya dilayan oleh satu HO (Houseman Officer atau doktor pelatih) ni yang memang manis mukanya. Despite it was 3.30 am in the morning, and I could see her tired face, still she treated me with smiling face and cakap baik2. I knew 3 doctors in cik HB's family and I knew what a HO kena go through sepanjang tempoh housemanships diorg. Long working hours, non-stop treating patients, kena marah lagi dengan MO atau specialist. Pendek kata mmg stressful la.

So while she was tending me, I asked this HO " dah berapa jam keje?" and she was surprised by my question and jawab dah 36jam katanya with 5 hours break in between. And then the conversation between us flowing...she mentioned she is married, ada anak yg baru few months old, tapi sedih sbb katanya anaknya mcm tak kenal dia. Ye la, imagine if you work 36 hours already, and u only see her for 5 hours, the baby actually spends more time with the babysitter than the mother. And then she shared how difficult it is to manage a baby without a reliable family member helping taking care the child. Hantar taska sebelum ini, anaknya balik dengan lebam2 di badan dan taska tak nak ckp apa yg terjadi. Langsung dia buat report polis dan tukar taska lain.

" Sedih saya kak, saya jaga anak org lain baik2, org tak jaga anak saya baik2"....tu kata dia.

Then dia shared jugak mmg susah buat housemanship kat hospital Malaysia ni sbb mmg sangat stress. Sebab dia pernah buat praktikal kat oversea (I guess dia belajar medic oversea), dia kata situasi sangat berbeza. Kena marah dgn doktor specialist mcm kucing kurap pon ye. Yang ini saya pon sempat saksikan seorg specialist maki hamun HOs siap baling fail lagi!

Deep inside, I was asking "perlu ke berperangai begitu?"

So what if you are a specialist? Hebat sangat ke sampai perlu layan orang bawahan mcm tu?

What are u trying to show?

By the time I was about  to be sent to  the ward, that HO masih lagi bekerja, berlari sana-sini entertain patients. It was nearly 9am. Tak tau berapa lama dia perlu bekerja utk shift itu.

Adik HO, semoga kehidupanmu bertambah baik dan semoga hidupmu dirahmati Allah kerana apa yg kamu lakukan utk kerjamu mmg sangat mulia.

Dan terima kasih atas senyumanmu walaupun kamu mungkin terlalu penat dan tertekan utk sentiasa senyum.

Kisah 2: The Arrogant Specialist

Again, as my kisah last year, I was warded in wad kelas 3 despite ada GL yg melayakkan saya duduk single room kelas satu. I didn't mind, walaupun nurse bersusah payah memujuk katanya kelas satu takde kekosongan, you are here for just one-night observation so takpe kan duduk kejap kelas 3.

Iye, saya paham dan saya tak bising pon. What is there to complain when you still have a bed to lie down? Tapi still makanan tak sedap la...hehehe.

But the roomates were not that friendly so saya banyak membaca aje. And then the routine check-ups, MO interviews, bla...bla..bla...bosan yang amat dok hospital.

Next morning, the morning round, ada doktor specialist datang. A malay lady with loud voice. So bila sampai katil saya, dia pon tanya serba sikit. Then asked if I have any question. Saya pon tanya about my MC whether ada tak in the discharge note asingkan the hospitalization and MC. Tapi dia tersalah faham dan ingat saya nak MC lebih. Dengan nada yg sarcastic dan marah2 dia ckp org keguguran hanya layak dpt 7 hari, dia dulu pon dpt 7 hari dan itu pon lepas 3 hari dia dtg keje sbb dah sihat katanya.

I told her saya tak kisah berapa hari MC nak bagi pon cuma saya nak tau dalam MC tu tulis sekali dengan hari saya dimasukkan ke ward ke sbb company saya ada policy utk hospitalization dan MC. Dan jugak utk saya claim apa2 yg perlu dengan company.

Agaknya sbb dengar saya ckp banyak term2 professional (saya sikit lagi nak speaking aje...hahaha), nadanya terus lembut dan tanya "u ni keje apa?"

So saya cakap saya engineer utk company sekian sekian. Dan paham la saya sebentar tadi yang dia ckp sarcastic dengan saya tu sbb dia ingat agaknya saya ni low-educated person yang nak amik kesempatan atas status kesihatan saya. Maklum la, itu kan kelas 3 eh? 

Terus pulak lepas tu interview saya byk2 pasal keje saya and somehow I shared some info dengan dia pasal air, terus ckp kat MO dia, kasi saya MC 10 hari!

Bila saya cerita kat cik HB, cik HB kata that extra 3 hari dia kasi sbb nak cover malu la kot...

Hmmmm...

Oh, that specialist siap tanya saya lagi "oh, u tak kisah ye duduk kelas 3?"

*ternganga kejap*

Tapi sempat jawab dah kata kelas 1 takde kekosongan, takkan saya nak paksa hospital kasi jugak saya bilik kelas 1? Takkan saya nak ngamuk2 kat situ demand jugak kelas 1? Besar sangat ke darjat saya ni?

Alahaiiiii doktor!

Hmmmm.....macamana ye nak berdepan dengan mentaliti begini? Itu golongan profesional tu...

Tak boleh ke u layan semua orang sama rata tanpa kira taraf pendidikan dan pekerjaan seseorang?

Maaf cakap, saya rasa mentaliti penjawat awam yang suka memandang rendah pada orang masih lagi wujud tak kira la dari level mana sekali pon (saya pernah alami perkara INI dulu ). Though saya tak nafikan ada yang tak macam tu. 

Kepada yang tidak, saya ucapkan tahniah.

Saturday, December 13, 2014

Nasi Bamboo Sungai Klah

Pernah dengar pasal Nasi Bamboo atau nasi buluh Sungai Klah?

First time saya dengar masa tertengok Majalah 3 couple of months ago. Sungai Klah yg terletak kat Sungkai, Perak ni tak jauh dari rumah mak saya. Dari Tg. Malim ke Sungkai tak sampai setengah jam kalau ikut highway. 

Rupa2nya dah lama Nasi Bamboo Sungai Klah ni famous. Dapat masuk Majalah 3 pon sebab mmg dah famous dah cuma bila dah masuk Majalah 3 semakin famous la.

Cik HB sejak dah tgk pasal nasi buluh ni kat Majalah TV3, x sabar2 nak pegi makan. But we were so busy with mcm2, x sempat la nak pegi makan. Until recently baru dapat pegi. Rupa2nya kami dah pernah lalu kedai ni masa gi bercuti kat Felda Hot Spring Sungai Klah tahun lepas. Masa lalu tu saya ingatkan ada kenduri kawen sbb kedai ni duduk sebelah rumah org dan ada khemah2. Orang ramai sungguh. Rupa2nya kedai makan!

Disebabkan jiran2 mak cakap kedai ni popular so kena pegi awal supaya tak sesak dan lauk tak abis. Makanya kami pukul 10.30 am dah sampai kat kedai. Kiranya brunch la sbb tak breakfast pon pagi tu. Itupon orang dah agak ramai. 

Konsep kat sini layan diri...and terus bayar at each kaunter. Contoh: nasi buluh dan lauk pauk kat satu bahagian, order, tunggu dan terus bayar. Ayam/ikan bakar kat bahagian lain. Air pon sama. So kalau pegi ramai2, kena ramai la kakitangan nak kena angkat sendiri lauk-pauk. Macam kitorg aritu, saya pegi order nasi dan lauk-pauk. Cik HB and adik ipar gi order ayam bakar. Lepas tu adik ipar pi beli air.

Lauk-pauk dia takde la byk jenis sgt tapi cukup jugak la buat rambang mata. Saya amik asam pedas ikan baung, kentang goreng kunyit, kerabu taugeh-pucuk paku. Nasi buluh dia comes in set with kuah kari, sambal belacan dan ulam2an. Ayam bakar pulak ada beberapa jenis perisa - percik, ayam bunian, rempah and apa tah lagi. Kami amik ikan keli bakar jugak. Then cik HB tambah pulak kerang rebus.

Semua lauk-pauk dia sedap berasa. Ayam pulak ayam kampung. Harga ayam a bit pricey but still acceptable. Total harga makanan campur air dalam RM150. Ok la sbb kami ada 7 dewasa dan 4 kanak2. 




Kepada yang berminat nak pegi, boleh je google utk dapatkan GPS coordinate. Senang je nak sampai kedai ni sbb dia terletak tak jauh dari tol Sungkai dan x jauh dari jalan utama. Cuma dinasihatkan pergi la awal kalau nak makan dengan selesa sbb kedainya tak berapa besar. Pulak tu konsep layan diri so kalau dah ramai2 kena la beratur panjang2 nak beli makanan.

Tapi berbaloi...imagine cik HB yg quite fussy tu pon nak dtg lagi....hehehe.

Thursday, December 11, 2014

3rd Sad Time

Dah bape kali attempt nak siapkan entry yg satu ni. Entry yang ditulis masa tengah MC tapi tak abis2...ari ni dah start keje balik..memandangkan entry ni dah ditaip quite panjang berjela, maka teruskan saja la ye....
*********************************************************************************

Few weeks ago I found out I was pregnant. Although I was on 'family-planning' mode, we were ecstatic about the news and thought that it was just the right time since Insyirah pon dah lebih 2 tahun.

But I decided to keep the news just among family members and some close friends because nak tunggu kandungan betul2 stable. Dah 2 kali miscarried, one back in 2009 and one in 2013, so memamg agak trauma bila mengandung kali ini.

I was busy jugak at the time, you know la with new job at what nots,  so at 7 weeks, baru ke klinik utk confirmkan pregnancy.Prior to that saya tertanya2 jugak why morning sickness tak muncul tiba walaupun sudah 7 weeks sbb selalunya minggu ke-5, simptom2 mengandung mesti dah datang dengan jayanya. Cuma ada rasa kepenatan dan lapar sentiasa aje la.

The moment doktor scan, she said no heart beat detected and saya sudah terdetik something is not right. Tapi doktor kata mungkin kandungan kecil lagi so kita tunggu lagi 2 minggu dan scan semula. I was down tapi tak berhenti berharap. 

After 2 minggu, scan semula and obviously it's a blighted ovum condition. 

Kantung kosong - no baby :((((.

I was supposed to refer my case to hospital. But I was hoping tak perlu lagi buat D&C sbb this gonna be  the 3rd D&C. I read repeated D&Cs might cause trauma to the womb and may cause complications with the next pregnancy. So saya tangguhkan dulu ke hospital and ingat nak seek 2nd opinion with another doctor. Kot2 boleh melalui proses keguguran biasa. 

Tapi 2 weeks after that, saya start getting blood spots for a day or two dan lepas tu heavy bleeding with painful contractions. Masa tu baru rushed to the hospital and went thru all check-ups dan mcm2, and after few hours disahkan complete miscarriage. Dah scan, dan nampaknya semua dah keluar habis, so doktor kata x perlu la d&c.

Cuma still perlu warded untuk tempoh sekurang2nya 24jam utk pastikan semuanya betul2 ok.

Alhamdulilah takde apa2 complications, saya pon dah terasa sihat. Now on long MC, dapat MC 10 hari yo!

Walaupun hati terasa sedih kandungan yang ini juga tidak berjaya, pujuk la hati utk redha. Mungkin ada sesuatu yg lain Allah nak bagi kan? Mudah2an ada rezeki kami lain kali nak tambah anak.



The first scan image...simpan la buat kenangan. This shud be our 6th child....

Friday, November 28, 2014

Cabaran Pemakanan Sunnah

Ingat tak lagi pos saya tentang Amalan Pemakanan Sunnah?

That was in February, and now dah nak dekat Disember, mokcik sendiri baru nak mulakan...huhuhu. Ntah la apa yg disibukkan sangat sampai nak shopping makanan2 sunnah ni pon tak sempat.

Tapi 2 hari lepas sempat singgah MITC borong list makanan sunnah yg mcm Ustazah Norhafizah cakap tu. Minyak kelapa dara dan minyak zaitun saya dah beli kat Jusco. Kat kedai Ya Salam Belweel tu saya beli pati delima, minyak habbatus sauda, madu asli, cuka kurma dan za'faran.

Banyak kan?

Tapi banyak2 macam ni pon total harga semua barangan adalah lebih kurang dalam RM120 aje. How long it would last, tak tahu la....bergantung kepada konsisten tak konsisten saya mengamalkannya la....kan?

And pagi tadi dah try la ambil makanan2 ni semua ikut saranan Ustazah Norhafizah tu.

You know what....the first sudu besar of extra virgin olive oil mmg buat tekak saya kembang semacam! Then cepat2 telan 2 sudu pati delima. Which was ok sikit. Then bancuh 1 sudu besar minyak habbatus sauda + 1 sudu besar madu, 1 sudu besar minyak kelapa dara dan sedikit za'faran....ambil bau dulu...

Macam bau maruku!

Then proses nak minum pulak....adoiii...rasanya tak sedap ok, x macam makan maruku! Tapi makanan utk kesihatan mmg gitu kan? Selalunya tak sedap la.

Well, anyway saya kena gigihkan diri jadikan ini amalan harian. Dah melabur membeli begitu banyak takkan tak guna kan? I am positive about this. Insyaallah lama2 biasa la kan...lagi pon ini utk kebaikan diri. Dari segi dunia perubatan moden pon dah banyak saya baca kebaikan makanan2 sunnah ini. Dari dok bayar mahal2 utk produk2 kesihatan MLM baik kita usahakan dulu amalan pemakanan sunnah.

Insyaallah saya akan kongsikan nanti apa kesan pemakanan sunnah ni....doa2kan saya istiqomah ye :)

Tuesday, November 25, 2014

1 Ganjarannya 10!

Recently, on the way to work saya ada terdengar Motivasi Pagi ustaz Ebit Lew kat radio IKIM tentang ganjaran bersedekah. 

Bukan tak pernah tau ganjaran bersedekah tapi nak mendidik hati tu supaya rajin bersedekah kadang2 liat juga. Tapi perkongsian Ustaz Ebit Lew tentang ganjaran bersedekah dalam motivasi pagi tu benar2 terkesan dalam hati terutamanya bila bersedekah di kala kita susah.

Kisah Saiyidina Ali r.a yg hanya ada sebiji epal saja yg dia mampu beli utk Fatimah, si isteri yg sedang mengidam nak makan epal. Tapi dipertengahan jalan ada orang yg lapar sangat lalu sebiji epal tu disedekahkan ke orang itu. Pulang dirumah, Fatimah cakap ada orang hantar 10 biji epal!

Allahuakbar!

Dan pagi ni, Allah Maha Besar mengizinkan saya sendiri merasa nikmat ganjaran bersedekah itu.

Kisahnya, semalam di FB WargaKilang (NGO yg banyak membantu golongan asnaf dan miskin), announced yg mereka sedang melancarkan kutipan Kembali ke Sekolah dengan 1 kupon RM100 utk setiap murid dari golongan miskin. Tapi sbb diorg dah ada target berapa murid yg akan disponsor, maka yg nak menderma kena la book kupon itu. Warga Kilang ni mmg jujur dan amanah dalam menjalankan aktiviti2 mereka. Selalunya diorg tak nak kita derma duit kalau nak bantu projek2 diorg. Diorg lebih prefer kita sediakan sendiri barang2 yg disedekahkan dan join sekali bila mereka pi hantar bantuan kat org2 susah ni.

Nak tau lebih lanjut aktiviti Warga Kilang boleh baca di SINI

I wanted to take part tapi teringat duit dalam bank nyawa2 ikan dah. Maklum la dah hujung bulan, gaji pon belum masuk lagi. Tapi teringat2 takat RM100 boleh kot. So saya pon terus book satu kupon.

Pagi ni bila saya login Maybank nak transfer duit RM100, Allahuakbar....dalam akaun saya ada extra RM1000....rasa nak menitik air mata. Sebabnya itu adalah duit gaji saya bulan lepas yg company skrg tersalah kira dan bagi saya gaji kurang dari sepatutnya bulan lepas. Saya ingatkan diorg cuma akan bayar hujung bulan ni bersama gaji bulan ini tp rupanya diorg dah masukkan lagi awal!

Allah...Allah...Allah...sungguh benar janjiMu!

Saya share kisah ini supaya yg membaca akan mudah tergerak hati nak bersedekah. Juga buat motivasi utk diri sendiri. Kadang2 ganjaran tu mungkin kita x nampak dari segi wang ringgit tapi dalam bentuk lain.

Mudah2an kita semua terus istiqomah ke arah kebaikan.

Monday, November 24, 2014

Cuti Sekolah

Cuti sekolah sudah bermula!

Yeayyyyy!!!

Apahal mak pulak yg terlebih excited ye?

Eh, excited la...sbb sekurang2nya tak payah fikir preparation pagi2 nak make sure sikembar tu semuanya dah siap pepagi, tak payah buat bekal (but still kena masak utk Insyirah tapi tak la kena masak banyak utk semua org). Tak payah fikir mana la beg sekolah agama diorg, beg2 nak hantar transit, tak payah dengar ada budak jerit2 berebut stokin, sarung kepala dan macam2!

Tak payah tanya homework dah buat ke belum, esok seni nak kena bawak apa, bla...bla..bla....

Pendek kata kurang sikit la keje saya bila cuti sekolah...hehehe

Cuti sekolah ni kami x plan any expensive holiday treats. Next week kembar akan pergi kem tahfiz seminggu dari pukul 8am-5pm. Lepas tu Atuk and Opah akan dtg duduk rumah kami for 2 weeks so kembar akan spend masa dengan Atuk n Opah. Maybe dalam masa 2 minggu kami akan plan pergi short get-away or something. Tengok la macamana. Then cuti krismas, kami akan balik KB. Lepas tu dah nak mula sekolah kembali.

I'm hoping I can plan something for them to do masa cuti sekolah ni instead of using gadgets and watching TV. Tapi belum fikir lagi apa2 yg sesuai.

Any idea mommies?

Saturday, November 15, 2014

Adapting

It's Saturday morning.

And I'm at work...huhuhu.

It's been 2 weeks since I started with this new job fulltime. Belum lagi rasa selesa dengan environment kerja baru. Asyik terkenang opis lama dan bos lama....hahahaha.


I miss this car too! Used it for 2 tahun setengah, with no breakdown at all, saya sangat sayangkan Rush ni. Tapi kena la terima hakikat ianya bukan hak milik peribadi, melainkan part and parcel of the previous job. Bila dah habis job tu, kena la pulangkan. Macam ni la jugak kehidupan kita kat dunia ni, semuanya pinjaman belaka, sampai masanya kena pulangkan jugak.

Especially when I didn't usually work on Saturdays. Cuma dtg bila betul2 ada urgent works, itupon sangat2 jarang.

It's so quiet in the office now. Clerk cuti, bos masih warded kat hospital.

Hah, my new boss recently kena heart attack, langsung kena warded. But still, dalam dah sakit2 tu, dia suruh saya and another staff to bring the apa2 documents yg memerlukan perhatian dia dan berpesan update kan dia on daily works.

Adehhhhh...so workaholic!

Even the project manager pon dah pesan to him tak payah la fikir pasal kerja while you are sick but I guess ini orang karakternya mmg dah camni. Cakap la apa pon, dia tetap dengan cara dia.

Which makes me uncomfortable....coz I'm not workaholic...hahahaha.

I really miss my free Saturdays. Sebab pagi2 sabtu selalunya ada lah masa saya nak jenguk kebun saya. Trimming here and there, buang apa2 yg patut. Pagi tadi cuma sempat jenguk sekejap saja sambil berfikir bila la boleh nak kemas2 laman. Memang dah sangat serabut laman luar.

Dalam rumah pon sama jugak. Sana sini memerlukan perhatian.  Kadang2 rasa nak drop aje this job and be a full time housewife so that I can do what I love to do. But for the time being kena la pujuk hati bersabar dulu. Bukan senang nak ambil keputusan berhenti kerja gitu aje bila kita dah commit utk bekerja. My job is not a typical job yg senang2 majikan boleh cari pengganti. Bukan la special job jugak, tapi kalau you kerja in construction line and based at site, you'll know what I'm talking about. Tapi kalau keadaan memaksa, the choice is still in your hand la. 

Well, maybe lepas projek ni I would just stop working in this line. Maybe...sbb tak berani nak ckp lebih2. Kadang the technical works are not that hard but dealing with karenah manusia macam2 yg buat kita stress. Lagipon memang penat juggling life between works and home responsibilities. 

Apa2 pon semoga diberi ketabahan utk hadapi apa2 jua situasi yg mendatang.