Tadi saya baca Saiful Nang punya status in FB. Tentang dia terlupa tarikh ulangtahun perkahwinannya dan baru teringat selepas 5 hari and now is making justification why he has forgotten that important date.
Sweet dalam kelakar!
I'm sure isterinya tak jadi nak marah...hehehehe.
Baca la sendiri....
MENGAPA LELAKI SELALU LUPA TARIKH ULANGTAHUN PERKAHWINAN
Sudah 9 tahun rupanya. 10 Tahun dahulu ataupun 10kg yang lalu, saya bertemu dengan isteri saya ini di Cambridge University United Kingdom. Pengalaman mendayung (punting) di Sungai Cam sebagai seorang pelancong (saya) dan pemandu pelancong sukarelawan (isteri) selama 27 minit rupanya menjadi pemula kepada perjalanan kami yang menarik yang dah masuk 9 tahun.
Saya selalu lupa tarikh anniversary. Kerana saya masih rasa seperti baru minggu lepas sahaja kami bernikah. Tarikh lahirnya juga sering saya lupa kerana saya rasa dia sentiasa kelihatan muda dan sama seperti semasa kami berjumpa kali pertama. Membelek foto-foto lama, barulah nampak perbezaannya. Barulah perasan, saya juga semakin tua bersama isteri saya. Kerana kami bersama-sama beriringan seharian, tak pula saya perasan saya dan dia sudah semakin tua.
Minggu lepas seingat saya pada 9hb, isteri saya seperti berubah airmukanya dan kurang gembira. Lalu saya tanya "ada apa-apa masalah ke?" tapi dia gelengkan kepala dan terus menukar topik.
Hari ini, baru saya sedar, itu berlaku kemungkinan kerana saya lupa ualngtahun perkahwinan kami yang ke 9. Setiap tahun, kami hanya beri ucapan sahaja tanpa ada hadiah ataupun keraian. Sekadar ingatan sahaja. Pada saya, 3 orang anak yang ada ini adalah hadiah terbesar dari isteri saya dan juga dari saya.
Ramai lelaki yang terlepas pandang tarikh ulangtahun perkahwinan. Bukan kerana kita lupa cuma kita tak perasan dan ia terlepas setiap tahun.
Saya selalu ceritakan kepada isteri saya semasa saya di Asrama Semai Bakti Felda Johor Bahru dahulu. Penggal pertama di sana, kalendar saya berpangkah-pangkah untuk menantikan hari balik kampung. 3 bulan sebelum balik kampung dah mengira hari. Itu tanda tak sabar-sabar nak balik. Saya tidak mengira-ngira berapa tahun saya kahwin kerana saya rasa saya tak mahu jadi orang yang tak menyabar untuk "balik" tetapi tidak pula saya kira berapa lama saya berada di asrama itu. Tapi perkahwinan ini satu perjalanan yang menarik dan saya tak tahu penghujungnya bagaimana. Saya tak mampu kira dan saya tak boleh kitanya sekadar hanya menikmati perjalanan itu dan kekal dalam perjalanan itu selama yang mungkin.
Mungkin anda pun begitu. Bolehlah anda gunakan jawapan ini sebagai template kepada isteri anda . Saya juga sebenarnya selalu lupa hari jadi saya kerana saya rasa itu tak penting sangat berbanding bersedia untuk hari mati saya yang tak tahu lagi bila.
Perjalanan saya dengan isteri ialah satu perjalanan yang jauh. Rasa taknak sangat tengok "remaining distance" yang tertulis di GPS. Perjalanan dengan pengalaman yang sangat menarik bersama isteri saya sangat bernilai dan saya tidak mahu dia berakhir dengan cepat. Sebab itu saya tidak mahu mengira tentang ulangtahun.
Saya tidak tahu mengapa, apabila hari ulangtahun perkahwinan, kebanyakan pasangan meraikan nombor yang melambangkan tahun yang mereka telah BERTAHAN sebagai suami dan isteri. Saya pula sedih dengan pertambahan nombor itu bermakna pengurangan lagi jumlah hari dan tahun yang berbaki. Mungkin saya ni sewel, seorang disleksia mungkin berfikir menggunakan otak sebelah yang satu lagi. Itu sebab dia pelik.
Seperti masuk ke Disneyland dengan tiket 1 hari. Kalau boleh saya tak mahu tengok jam kerana nak main sepanjang masa. Tapi bila dalam mesyuarat dengan menteri, saya pula selalu tengok jam. Tak sabar nak habiskan meeting tu.
It has been 9 wonderful years. To be exact 9 years+5 days we are married and I still feel like in honeymoon with 3 flower girls.
Wife….I LOVE EWE!
SAIFUL NANG
Husband tak Romantik.
2 comments:
so touching
hehehehe...comel je cara Saiful Nang nak justify kenapa dia missed the date...
Post a Comment