Pages

Wednesday, February 19, 2014

Temporary Schedule

Cik HB is off to Cologne, Jermany for work since Monday. Seminggu je dia kat sana, Insya Allah Isnin depan balik la.

So my daily routine yg dirasakan dah hectic bertambah hectic la sbb kena cover his tasks. His tasks yg major adalah hantar kembar gi sekolah waktu pagi, jemput balik dari sekolah agama sebelah ptg then hantar mengaji pulak. Yg lain buang sampah, siram pokok, jaga Insyirah while I'm doing my tasks dan few more lah. 

So agak terkejar2 la jugak mokcik ni bila cik HB is not around. Alhamdulilah so far boleh manage but I have to stick to the schedule betul2, otherwise mmg tak tersempat nak buat semua. And minggu ni I have to forget my attempts nak achieve doing exercise 5 times a week.

So the schedule is:

5:00 am: Alarm bunyi, snooze kejap with mental note "Lagi 5 minit". Selalunya 5.15 baru betul2 bangun....hahaha. Kalau Insyirah terjaga, dia minta bf, mmg lari la jadual for 20 mins or so. Tapi kalau dia x jaga, it's good...then proceed to toilet and buat amalan sunnah sikit.

5.30 am: Selalunya I do pilates at this time....tapi kadang2 x buat juga...hehehe. But this week mmg x dapat la regardless rajin ke tak sbb saya mengejar masa. Kena siapkan urusan utk ke sekolah sbb nak kena hantar kembar ke sekolah. So terus masuk dapur and masak utk breakfast/bekal.

6.00 am: Naik atas balik utk mandi dan solat Subuh. 

6.30 am: Kejutkan kembar dan turun bawah balik utk sambung whatever yg belum siap like tapaukan makanan, serve breakfast. This is chaotic time sbb masa tu la Insyirah akan bangun and demand attention and masa tu jugak sikembar nak macam2. Sarung kepala misplaced la, x jumpa singlet la....adoiii, rasa mcm kena ada extra tangan n kaki masa ni. 

7.15 am: Must make sure everyone is in the car. Kena deal ngan Insyirah punya tantrum lagi sbb kalau ada kakak2 dia, dia x nak duduk atas car seat. Dia rasa dia dah besar sgt boleh duduk atas seat biasa. Kalau just me and her, she's fine. Somehow manage jugak la make her sit on the car seat. Sekolah kembar dekat aje, lebih kurang 2.5km ada kot. Tapi perjalanannya agak jem sbb nak kena menempuh pekan Durian Tunggal dan ada sekolah Cina tgh jalan so makin jem la pagi2. So hantar dan balik semula ke rumah akan makan masa paling cepat 20 min, paling lama 30 min kot.

7.45 am: Balik rumah balik, sebelum masuk rumah, siram pokok2 dulu. Sbb skrg ni musim panas, harus siram 2 kali. Insyirah pon kena siram sekali sbb dia suka menyebok masa kita menyiram tu. Tak pon dia kutip batu2 campak masuk longkang....huhuhu. Masuk rumah, tukar baju Insyirah dan baju keje...mujur bukan keje corporate jadi apa2 baju yg decent pon ok dah. Make-up? Ala, tepek sikit compact powder dan lipstick secalit...SIAP!

Pack barang2 nak diangkut yg belum ready. In between masak or the night before pon saya pack mana yg sempat. Capai itu ini secepat mungkin. Kalau ada baju kena basuh, time ni jugak campak masuk mesin dan on. Kalau ada dibasuh the night before, time ni jugak nak dijemur. Tengok apa yg sempat. Kalau x sempat, just hold it. 

8.15 am: Masa utk bergerak. Tapi kadang2 terlajak sampai 8.30am jugak baru gerak. Depends pada situasi at work. Kalau xde apa2 yg urgent in the morning, lambat sikit pon takpe. Tapi seboleh2nya saya nak sampai kat opis 8.30am. Singgah taska tempat transit kembar utk drop brg2 diorg. Mujur transit in the same taman...then hantar Insyirah ke rumah babysitter yg dekat ngan sekolah kembar. Sembang sikit2 ngan makcik, then off to opis. Selalunya ngam2 8.30am sampai. Baru tarik nafas lega dan boleh la menikmati proper breakfast :)

12.00: Lunch on the desk with tapau-from-home food.

12.35pm- 1pm: Jemput kembar dr sekolah kebangsaan then hantar ke transit. Minggu ni diorg ada test, so diorg request sy sendiri hantar ke sekolah agama sbb diaorg pakcik van selalu lambat. Fine, saya pon x busy sgt this week so boleh la. Kalau diorg naik van, lepas hantar ke transit, saya balik opis. Tapi sbb nak kena hantar diorg sekolah agama, saya drop diorg ke transit dan balik rumah. Kenapa x bawak diorg balik rumah? Sbb saya malas nak mencari lunch utk diorg. So biar la diorg makan dan siap2 kat transit. Tadi saya balik rumah sempat jugak la jemur kain dan lipat kain separuh jalan.....

2pm: Pegi transit dan hantar kembar ke sekolah agama then masuk keje balik.

6.00pm: Minggu ni saya balik keje lambat sikit sbb saya kena jemput kembar dr sekolah agama. Kalau x, selalunya 5.30pm saya dah balik dan terus jemput Insyirah. Tapi disebabkan opis saya terletak diantara rumah dan rumah babysitter, sekolah agama pon dekat ngan rumah babysitter, saya minta jasa baik makcik babysitter utk amik Insyirah lambat sikit. Sbb kalau saya amik Insyirah @ 5.30pm, pastu balik rumah, 6.15 nak kena keluar amik kembar pulak, alang2 la kan? So baik jemput semua sekali harung. 

6.15: Tunggu depan sekolah agama yg dah sesak dgn kereta/van parents. Jarang jemput kembar dr sekolah agama, so terasa la stressnya. Sekolah kebangsaan ada proper parkings so xde la stress sgt. So dah jemput kembar, hantar gi mengaji pulak. Mujur satu taman ngan babysitter. Diorg dah turun, pegi amik Insyirah pulak. Pastu patah balik tempat mengaji.

6.45pm. Selalunya time ni kembar dah abis ngaji kalau x ramai org. So terus balik rumah. Sebelum masuk rumah, siram pokok2 dulu. Again, Insyirah menyebuk, so basah lencun la...huhuhu. Dah selesai, masuk dapur, tgk apa yg boleh dimasak dgn segera. Like malam tadi, just buat sup sayur dan goreng ikan sardin. Cukup la tu. 

8.00 pm: Maghrib dgn anak2...Insyirah pon sekali tau! Tapi tahan hati je la masa kita sujud tu kang dia kudakan kita la, kakak2 dia la....

8.00pm-10.00pm: Sambung buat keje2 rumah yg perlu....selagi Insyirah x merengek nak susu atau nak perhatian. I will give priority to her sbb kesian kan satu hari dia dok ngan org lain, balik rumah kita lak sibuk buat keje lain. 

10.00pm: Bedtime for everyone...walau kadang2 ada je lagi yg x boleh tido but light is off.

So that's the routine la for this week. Penat but I would try not to complain :). I imagine macam ni la hidup ibu tunggal or wife yg suaminya keje jauh. Semuanya kena buat sendiri. 

So why would I complain kan? Syukur diberi nikmat kesihatan, kasih-sayang, masa dan keselesaan untuk melakukan semua ini :)


3 comments:

noor said...

wow 8.15 - 8.30 15 minutes to do all errands and manage to arrive office at 8.30? Kalau di outskirt KL ni pun, 8.15 keluar (tak singgah mana2 dah), tak tentu boleh sampai tempat kerja pukul 8.30. Paling kurang (kalau traffic slow moving tak stall) 8.35 itupun baru sampai kat gate tempat kerja... masuk dalam lagi... nak sampai kat meja kerja mahu 8.45 atau close to 9 am... You must consider yourself as beruntung. 30 minutes at most ulang alik dari rumah pergi sekolah dan balik ke rumah? That is definitely a bonus... hehehehe... agaknya org kat KL atau outskirt KL ni hidupnya banyak spend kat atas jln raya yg sentiasa sesak dgn kereta. Hmm... nak cari tempat kerja keluar dari kawasan outskirt KL lah... kalau org yg kerja KL lagi lah... pergi kerja, sebaik saja selesai azan, balik rumah sebaik saja azan maghrib. Yang tu lagi tak tahu nak cakap mcm mana... my neighbours ramai yg macam tu. Azan tu depa berdesup solat kat rumah lah kan... sbb tak lama lepas azan, masing2 start engine keter nak keluar kejer.

Neny said...

noor: yes, I am very lucky indeed sbb duduk kat pekan kecil dan cuma moving around in radius 3km or so between rumah, opis, sekolah anak2 dan babysitter.

Yes, I understand very well how it's like living in KL sbb penah duduk KL dulu. Skrg sibuk2 saya pon dgn urusan seharian, I don't have to deal with traffic jam. If u you really want to move out from KL, niatkan la dalam hati dan berdoa byk2. Mudah2an Allah makbulkan.

iu rf said...

xde lak button LIKE kat blogspot ni..hehehehe..

supermama!!